30 July 2012

Day 8

Sorry for keeping u guys bored with the food updates. Frankly i hv other issues that distracts my focus on work. But lets not dwell much on that. Buang karen jer hoho

For today's iftar we had asam pedas ikan kembung, udang goreng daun kari+black pepper & sayur campur. Also kek batik for dessert. I must say that kek batik is yatipruzz signature when it comes to the month of ramadhan :)

Right after Asar we went to Yummie to buy some ingredients for my biskut raya project. Secure the bahan2 first & later only to think about when to kick off the project haha. Wish i could take few days from my annual leaves..tapi mcm takde harapan jek. Works are too taxing at the moment. Tak menang tangan rasa!

Eh nak tanyer u ols yg expert wat biskut...tepung rose utk kasi biskut rangup kan? Kalau tak guna & just replace with normal flour + corn flour ok jugak kan??


Published with Blogger-droid v2.0.4

28 July 2012

Day 7

Going sempoi this time. The boys kata dah bosan mkn plain white rice..so fried rice it was then! Pair dgn ayam goreng berempah..n popia goreng...alhamdulillah :)

Puasa kali ni ai mkn sket la rasanya.

Hidup terasa cam super bz...nk baking dan sebagainya terasa agaklah malas.

Projek nk buat biskut raya ape pun still blom decide :(

Anda buat biskut apa yer? Mehla share sket!


Published with Blogger-droid v2.0.4

26 July 2012

Day 6

Waaa cepatnyer diam x diam dah nk seminggu kite puasa. Idlan so far alhamdulillah...senang kejut bgn sahur, lalu mkn nasi..time berbuka pon selera :)


Menu today sgt sempoi...kari ayam & tenggiri goreng cili kicap. Sayur malas masak..hence timun n tomato jer hihi. Kuar 420pm..tp jem dlm parking dh 1/2jam. Dasat btol penangan bln pose ni. Bykkan bersabsr yer!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Day 2-5

Day 2- buka di rumah umi. Sbb seharian mengukur jln Tar shopping bj raya. Entry bj raya kemudian yer!


Day 3- ayam masak kicap, sayur n cheezy wedges. Sempoi tp puas sbb air tgn sendiri.


Day 4- hari yg sgt stress. 3 meetings dr pg-ptg. Abis miting 530pm...sampai rumah dh lambat. Hb beli je dekat param. As usual, harga makanan sumer mahal dr biasa. Pasrah jerla.


Day 5- daging black pepper, sotong goreng tepung, sayur msk lemak.


P/s: seronok dpt msk time pose ni.lg seronok tgk freezer penuh dgn lauk pauk hehe. Yg x best, jem dlm parking ofis teruk sgt. Maka silalah usaha kuar 5 min awal. Pasti traffic smooth n clear jer


Published with Blogger-droid v2.0.4

21 July 2012

Ramadhan Day 1

Menu hari ini:

Udang lemak cili api

Bawal sweet sour

Sambal bilis goreng + tempe

Sayur campur

Popia goreng

Cream caramel


Dua menu terakhir itu adalah dessert wajib yg konfem aku akan buat di bulan Ramadhan hehe

Idlan sgt suke udang msk lemak tu....syukur gembira hati mama walaupun sakit giler pinggang hari ini!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Ramadhan yg lalu....

Khas buat Farra yg mahu kite berkongsi kenangan di bulan Ramadhan :) Memandangkan memori jangka panjangku agak lemah, ku kira ini sahaja yg mampu ku ingat dan masih kuat tersimpan dlm kotak memori (wahhh full bm apekahhhh hehe)


2009 - ramadhan yg paling mencabar dan menduga sepjg hidup ini kerana beberapa hari sebelum puasa aku terpaksa warded di kpj dan menjalani operation membuang gall bladder. Firas berusia 15 bulan dan masih fully bf. Namun selepas operation susuku merudum teruk dan sepjg di wad hubby menggunakan ebm utk setiap feeding. Sehinggalah stok ebm habis terus. Teringat jua kes staff nurse yg membuang 2 botol ebm yg ku simpan di dlm fridge hospital dgn mengatakan yg susu itu basi! Masya Allah sedihnya perasaan tuhan je yg tahu. Punyalah perit nk mendptkan 2 botol tu...kerana susu ku perah ketika selesai operation dlm mana badan masih lemah. Dahla bila perah cuma dpt 1-2oz...jadi cuba kira brape kali perahan baru cukup sebotol.

Ok sepjg ramadhan, mmg ku langsung tidak berpuasa kerana dlm proses recovery. Masih terpaksa ulang alik ke hospital sepjg 2 minggu kerana ada complication selepas surgery. Jadi ponteng puasa cukup 30 hari hoho


2010 - Cukup puasa 30 hari! Kerana aku tgh sarat mengandungkan Ammar. Ammar lahir pada minggu ketiga Syawal kalau tak silap..sebab tu diberi nama Ammar Fitri :) Rasanya tahun ni biskut raya mmg buat sendiri. Sebab sepanjang preggy aku terover rajin baking kek dan seangkatan dgnnya hehe


2011 - Cukup puasa 30 hari jugak!!! Ya itulah kelebihan ibu yg menyusukan anaknya secara eksklusif. Tiada bendera merah yg muncul sejak Ammar dilahirkan hinggalah beberapa bulan lepas di mana haid mula menghantui diri bila aku start mencampurkan susu formula buat Ammar. Tak silap ebm ku habis tatkala ammar berusia 16 bulan. Tahun ni langsung tak buat biskut raya sebab ammar masih kecil dan kerap bgn mlm. Well mama perlukan masa rehat yg mencukupi betul tak! Ramadhan tahun ni aku sgt rajin memasak time berbuka. Kiranya achieve kpi 5 lah walaupun perut boyot around 38 mths :)


2012 - konfem tak boleh puasa penuh hehe.

Cuba juga nak achieve kpi 5 part masak..part biskut raya masih belum pasti dan decide lagi memandangkan tuntutan kerja ofis yg sgt byk. Ammar masih lg menyusu...dan hari ni hari pertama berpuasa...tekak terasa sgt kering walhal baru pukul 12 huhu. Pagi tadi dah buat Popia frozen bebyk...dan cream caramel baru je siap masak. Tinggal nak masak ptg je nnt.


Idlan - masuk tahun ketiga dia puasa. Sahur x susah nak kejut..tapi dia jenis x mkn byk. Dulu2 cuma layan koko krunch. Nasi putih dia reject. Pagi tadi ku goreng mihun...nampak selera la jugak tadi siap tambah sekali :)


Oklah...selamat menyambut ramadhan kpd semua. Cubalah menunaikan terawikh setiap hari...membaca al-Quran sekerap mungkin..bykkan amal sedekah kpd mereka yg memerlukan. Aku cuba berazam utk menjadi lebih bersabar...dan lebih tabah dlm menghadapi masalah2 di tempat kerja. Paling penting..nk cuba kurangkan stress agar tidak terlalu kerap migrain!


Published with Blogger-droid v2.0.4

17 July 2012

Al Mulk

Kata Idlan...ustazah suruh dia hafal surah Al Mulk..sebab nanti ada persembahan time Ramadhan nanti. Tak pasti la persembahan ape, betul ke idak...tunggu jela surat.

Tadi idlan ckp pada si abah...abah, idlan nak tasmiq dgn abah.
Dia pun duduk depan abah...dan baca surah Al Mulk.
Ayat 1-20...berjaya dibaca dgn sgt lancar..langsung tak tersekat.

Idlan tak hafal sampai habis...ada 10 ayat lagi kena hafal.

Ya Allah nak...mama dan abah sgt kagum dgn kamu. Terangnya hatimu...terima kasih Ya Allah!
Mama dulu...selalu baca surah Al Mulk masa dekat STF dolu2...bayangkan masa tu umur mama dah 16-17 thn..baru terkial-kial nak menghafal. Kamu yg belum masuk 8 tahun, dah berjaya menghafal sejauh ini.
Betapa kerdilnya mama rasa diri ini!
Moga Allah terus-terusan menerangkan hati kamu...amin.

p/s: Tiba2 mama teringat time awak 6 tahun dulu, awak naik pentas baca surah Al Luqman masa konvo budak tadika 6 tahun. Masa tu mengalir air mata mama bila tengok dan dengar anak mama mengalunkan ayat2 suci Al Quran depan orang ramai...sejuk perut mama yg mengandungkan kamu dulu :)

15 July 2012

Restaurant Wadi Hadramawt, Jln Ampang

Aduhh asyik citer pasal makan je eh..mentang2 lagi seminggu nak pose hihi layan saje eh.
Sabtu mlm lepas nek umi blanjer kami semua kat Wadi Hadramawt, Jln Ampang. Few days before that aku dah buat reservation siap2...takut kalo full house time weekend kan. Lagipon kedai makanan nasi Arab ni dah jadi macam trend plaks...sket2 org sebut nasi Arab...berlambak restoran nama 'Hadramawt' dekat KL ni. Owner lain, tapi semua pakat guna nama 'Hadramawt'...wat confuse jer hoho. Kitorang sendiri pun mlm tu sesat sebenarnya...sebab on the way nak sampai WH nih, kami lalu dekat satu restoran nama 'Hadramawt' before Gleneagles Ampang...igtkan this one lah..rupanya silap...WH ni atas lagi drpd Gleneaglas...terletak sebelah Petronas Jln Ampang.

sampai around 8pm, orang tak ramai lagi time tuh.


ok jom intai menu!

so korang dah tahu harga dia kan? hehe agak mahal sket dari Saba'. Tak pasti kalau compare dgn Ar Rawsha mane lagi mahal sbb aku tak penah dine in dekat ar rawsha.

snap shots makanan dia...
haaa sape terer n tahu ape nama benda nih. Time sampai tu kitorang macam terpana kejap...uh uh apekahhhh? besar gilerrr...this is called Mulawwah breads...complementary sbb kitorang order 3 kebab set. patutnya each kebab set tu dpt small Mulawwah bread nih. Rasa dia? mmg sedap..mcm makan a healthy version of roti canai tanpa minyak...hehe. tapi bila dah sejuk kureng sedap..sbb makin keras texture dia.

close-up sket...yg biji hitam2 tu adalah habatus sauda. Anak2 kami sumer pakat buang biji2 hitam tu..depa kata lada hitam :p

this is chicken kebab set..ada roti nan bawah dia..tersorok. 

another style of chicken kebab...lupa la ape nama dia.
Chicken Madghout! chicken tu kami amik 1/2 chicken..nasi dia portion besar..utk 2-3 org. Mmg sedap! Nasi dia kaler oren..cam nasi beriyani. Kurang berminyak..so rasa sihat jugak la mkn :p

Ok selain Chicken Madghout ni, kami order 3 Lamb Haneeth & 1 Chicken Mandy. So in total ade 5 set nasi. Mmg sgt kenyang dan lebih drpd mencukupi utk kami yg seramai 7 dewasa & 4 kanak-kanak dewasa (ammar kira baby lagik la since dia mkn ciput jer hehe). So mmg terpaksa menapau blk nasi & Mulawwah bread yg besar bagak tuh :)

the cousins2 yg mmg kecoh bangat everytime berjumpa :)
tq so much nek Umi blanjer kami semua!!! Next time kite pekena Red Wok plak ok!

So utk 5 rice set, 3 kebab set & 9 air...total bil adalah RM258. Not bad jugak kan :)

Uncle Chilli's @ Amcorp Mall

Service - very fast! Orders from customers are taken via a PDA...klasssss

Taste - sedap! Especially its fried wantan. Highly recommended. Rm6 only for 10 pcs.

Ambience - cosy sbb gelap. Ample space in between tables. So selesa la.

Price - tak mahal. Nasi or mee ranging from rm6.90 - rm10. Portion ok...


Overall verdict - sedap, reasonably-priced...silalah pegi! Hehe


Published with Blogger-droid v2.0.4

11 July 2012

my drama king

Mamat sorang ni suke betul buat drama. Kadang tu mama biar je dia menangis atas lantai...mmg tegar betul budak ni menunggu org angkat dan pujuk. Penuh dgn lakonan...melodramatik sungguh.


Published with Blogger-droid v2.0.4

10 July 2012

Raudhah gathering @ Julie's


Agenda:
melawat Julie's newborn aka baby Imran
makan-makan
borak-borak
bersua muka dgn org jauh yg bercuti dari Auckland :p

Some wrap-up:
Ijah dah terer buat air soya
Wenie preggie twins??? ahhh baru tahu congrats dear!!!!
Safurah dah put on some kilos hahaha maduuuuu sila stop buat kek!!! :p
Pot luck time Ramadhan nanti - sila decide rumah siapa (cop bukan rumah yatipruzz hehehe)
Raudhah's grand trip to Auckland year 2014 - dgn rasmi melantik Julie sebagai the official group planner sila terima yer :)

so warga Raudhah sekalian, sila kumpul dana dari sekarang!!!

dark choc brownies

For a colleague yg macam agak malu2 nk order sbb akak agak bz lately sejak tukar portfolio nih :)


Terima kasih la dik sudi mkn brownies akak nih hehe


Published with Blogger-droid v2.0.4

07 July 2012

Choc cheese tart!

Dah berkurun tak buat. Mujur skills masih ade lg hehe. Paling syok time nak wat choc drizzles tuh...sgt ohsemmmm


Published with Blogger-droid v2.0.4

05 July 2012

who's who?


Cer teka cer teka! Sape betul mmg hebat lah hehe

Published with Blogger-droid v2.0.4

04 July 2012

nightmare

Ok my colleague just got promoted to a higher post..which means i need to cover her portfolio until the bosses find a suitable replacement.


And so the nightmare begins.

Cepatlah dpt pengganti.

Sape minat sila roger.

Portfolio exactly similar wth mine. Doing procurement of IT-related commodities.


Published with Blogger-droid v2.0.4

03 July 2012

10 yrs already! i lurve u T*!!

Tq dear company...for the hard n pain we've endured together. For revealing the truth meaning of patience n passion. For teaching the harder way of climbing up with own's strength rather than relying on others. And for the good news that all of us..the so-called 'amongst the most loyal worker in the co' have been hoping n dreaming for.

Most importantly, tq for funding my degree n masters degree..that i dun hv to worry my parents to dig in their pockets for the education funds.

Jasamu kukenang!!


Published with Blogger-droid v2.0.4

02 July 2012

KAFA's result

We were at hb's hometown in Kedah over the weekend when Idlan said Ustazah Yani texted my hb telling that he got no 1 in class. Syukur!! Tak sia2 study before pegi Perth dulu hihi

This is the first yr Idlan going to Kafa. As some of u might know, idlan went to Abim for his Year 1 in school. It was really a tough decision when we finally decided to change his school comes Year 2. But alhamdulillah, we're satisfied wth Kafa's syllabus & the teachers thus far.

He got 5 subjects altogether, which some of the contents were really good that even neither of us have the chance to learn it years back. Sifat2 wajib & mustahil bagi Allah, dalil aqli & naqli supporting these, adab masuk ke masjid & menjaga mashaf AlQuran...those to name a few. When idlan is doing his revision, it was wholly a new knowledge for me altogether! Mama pun sama2 bz menghafal dgn anak hehe...maksud qidam, baqa', fana'...semua benda baru buat mama!

Some may think the workloads n subjects at sekolah agama are too burdensome for the kids, but so far in this Kafa it's still tolerable. Takde homework langsung okey..bukak buku time nk ujian or exam je :) Then every Thursday n Friday night is mengaji time from 8-10pm. I know some of the parents dont enroll their kids to sek agama for certain reasons, but i personally think the coverage is good for early exposure to our kids. Even myself didnt go to sek agama which explains why my knowledge for b.arab is zero. ..and i entirely hv to rely to hb to teach idlan huhu sgt rugi kan!


Published with Blogger-droid v2.0.4