21 April 2010

Gold Coast - Day 1 (17 April)

Ni ala2 simple travelogue kami....abaikan tatabahasa yg tunggang langgang tu ok (dan gambar yg diletak terbalik dari Z-A), hopefully cerita ni sedikit sebyk dpt membantu kengkawan yg berhasrat nak pergi ke GC :) Conversion rate 1AUD=RM3.02 masa kami tukar duit tu....so do your own calculations ok.

Kami naik flight AA-X jam 2125 @ 16 April. Lepas check-in luggage, kami dinner di Toast of Asia...pekena mihun and nasi lemak set. Perjalanan memakan masa selama hampir 8 jam. 2 jam yg pertama agak memenatkan, sebab both kekanak still belum tido dan masih segar bugar bermain dgn tv screen yg ada di depan seat. Bila lampu dlm flight dimalapkan, barulah firas terasa nak tido. Susah jugak nak tidokan si kecik ni, sekejap peluk abah, sekejap peluk mama. Akhirnya berjaya jugak tido...tapi throughout the night mmg kedua2nya asyik berubah position. Kejap kepala abang atas riba mama, himpit kepala si adik, kejap adik hug mama macam koala, kejap abang kat hulu, adik kat hilir...mmg tak stay put langsung. Kami berdua pula takdelah lena sgt, sbb seat tak boleh nak adjust, so agak kurang selesa. Tapi dah bayar pun murah, what can u expect kan :p Kami paksa juga utk tido sekejap coz tomorrow's gonna be a long and tiring day for us. Jam 710am local time, kami selamat tiba di GC. Cuaca 19 degree celcius, tapi still panas...yg sejuk cuma angin dia. Hampir sejam kot kami Q di custom utk check-in and inspection. Custom dia very strict, sebelum check passport kami kena beratur panjang, letakkan beg, dan 2 ekor anjing besar akan inspect kami dan barang2 yg ada. Agak cuak time tu sebab takut tersentuh anjing tuh. Lepas check passport, tiba masa utk items declaration. Melalui research yg dibuat, kami dah prepare awal2. Semua foods and liquids (termasuk ubat kekanak) kami pack dlm zipper storage bag yg berasingan. Food yg kami bawa semuanya lepas - milo 3in1, nescafe, tuna 2 tin, maggi goreng, jem strawberry, & biskut2. Siap dpt pujian dari custom officer tuh...'very good!'. Ada org tu bwk frame gambar berkayu, officer tu belek2 kayu tu lama bukan main...ntah apala yg pelik dekat frame tuh. Kesimpulannya mmg letih la queue nak lepas customs depa nih.

Lepas tu, kami terus naik cab ke hotel Courtyard Marriott by Surfers Paradise, about 25min from airport. Taxi fare $50.30. GC sgt serene dan tenang, tak sibuk dan bz macam Jakarta or KL. Disebabkan masih awal, kami still tak boleh check-in...so lepas bayar deposit $200 dan letak beg, kami terus berjln keluar utk mencari breakfast. Tak byk choice makanan halal yg ada, so kami beli kebab & ape ntah satu lagi tu di Ali Baba's kebab..kebab $9, yg satu lagi cam pasta/pizza tu $5. Beli ice lemon tea di 7 eleven $4. Rege makanan mmg agak mahal lepas convert, tapi tutup mata jela..sekali sekala hihi. Lepas mkn kami terus ke bus stop utk ke Sea World. Lupa nk cakap, hotel kami dah bayar online, RM1032 for 3N...book via booking.com during its super deal promo :) Perjlnan ke Sea World around 10min jer, bus fare $14.80 return tix. Public transport depa very efficient, bus very frequent and punctual, driver bus sgtla courteous dan helpful, indirectly they act as a tourist guide, giving us informative facts and guidance yg membuatkan kami rasa agak secure and tak takut nak berjln sendiri walau di negara orang. Sampai di Sea World, we made a quick glance at their brochures and show times, tu penting utk buat planning what comes first and later. Semua tiket theme park kami dah beli siap2 thru online, so save the time for queing! Kami beli Escape Pass (2 parks over 3 days) for $288.20. Manusia punyelah ramai yg amats, ramai dgn mat salleh, i guess from other parts of OZ kot, muka org luar tak ramai sgt. 1st show was Sesame Street Beach Stage show, time sampai tu org dah ramai giler duduk dekat allocated seats surrounding the stage. Dptla tgk elmo and the gang menyanyi and dancing, lagu2 dia best gak and catchy...sesuai la utk kids. Firas very cooperative, bila org tepuk dia pun tepuk hihi. Then kami kasi kids naik few rides sebelum masuk ke 'shark attack'. Boleh tgk shark and the gang dari cermin dasar pool. Lepas tu, terus ke Pirate shows sambil mama queue beli food for lunch. Tak byk choice makanan halal yg ada, so kami just pilih seafood platter+soft drinks+juice...around $25. Next stop, kami pergi show Imagine - it's a dolphin show and the bestest show of all at that place i'd say. Dolphin2 sumer tu genius2 kots, sgt comel, cute, and bijak! Mujur firas bgn time tgh show, so sempatla dia join tepuk tgn dgn audience2 yg lain :p Then kami pegi ke Penguin point, ray reef, gamat, polar bear, etc....dan last skali tgk sea lion show. Mama dgn abah hampir2 tertido time show ni, sbb cuaca panas (even tho angin dia sgtla sejuk)+penat yg amat+jet lag+penat kejar firas yg berlari ke hulu hilir...mmg budak galok sungguh dia ni! Park tu dahla luas, dia plak pantang nampak tpt luas...makin sakanla dia berlari..yg penatnya kitorang la nk mengejar! Seharian kami di sea world, firas cuma minum susu sekali jer, mkn fries n biskut sket, tido sekejap kurang sejam....bila bgn dia terus all freshen up and active yg amats. Tak bley imagine kalau kena control 3 kids...mesti pening! Before 5pm kami dah surrender, terus berjln ke bus stop utk blk ke hotel. I need the bed!!! Lepas check-in abah terus lena...kekanak berdua tu masih lg aktif tgk tv and all. Konon mlm tu nak jln2 around area surfers cari souvenir tapi si abah lelap punyerla lama...last2 mama pun terlelap sekali ngan kekanak tuh. Kat sana pukul 530pm dah maghrib and gelap. Tgh mlm mama terjaga mkn kebab yg dibeli pagi tadi (kebab dia besarrrr, bley share 2 org).

okla mama dah lapar nk pi wat maggi goreng sat..before that kita layan gambar sat...full version dlm FB yer, tgh upload sket2.... Nnt kita sambung story later ok....ada kain 3 trip macam menunggu2 untuk dilipat, baju ofis belum beriron, rumah belum kemas n vacuum walhal habuk dah tebal beberapa inci, email ofis belum dibuka (sebenarnya takut nak bukak akakakaa especially bila on h/p tgk berpuluh miss call yg masuk) ....ishh time2 camni la den teringin nak ade maid and escape!!!















15 April 2010

Alamak.....

Belum tukar duit lagi
Belum packing
Belum beli brg kering yg nak dibawa
Belum ade jaket yg cantik utk posing2
Belum print visa, hasil research, etc


........................................................


Bekerja dgn gigih utk mengurangkan backlogs selepas bercuti sebaik mungkin :)

Ahh gossip gossip...bila la agaknya depa nak announce performance for each LOBs yer? Sumber terdekat menyatakan yg performance LOB akan dipecahkan lagi kepada sub2 division di bwhnya...waduh waduh sungguh complicated gitu!

13 April 2010

C.B.E.G

Dlm course yg saya attend baru2 ni, master trainer ada mengajar kami 4 benda yg merugikan pihak syarikat:
- No complain
- No blame
- No excuse
- No gossip

Tried my utmost best not to fall into these 4 negative traps nevertheless i eventually burst out yesterday due to this one hatred incident which caused unnecessary stress thru out the day.
Imagine i enter this one meeting as one of the approval committee. The tender exercise was handled by my colleague, as such he couldn’t become one of the approver. This one chairman lady entered the room (dahla lambat!), suddenly bombarded me with so many false accusations, blaming my colleague, blaming the whole team in our division, telling me it was us that caused the delay in delivery of the items, bla bla bla. I was like .....helloooooo, i’m an independent party ok, i’ve got no idea on the whole thing (obviously because i’m not the one that handled the tender), why am i being bombarded with all those negative charges by the way? She’s lucky enough i don’t know the history and chronology of the tender as such ku terima jela...telan sehabis-habisnya and being a ‘professional’ and for the sake of courtesy, i apologized on behalf of my colleague and said i’ll do my best to find a solution tho it seems impossible sebenarnya :p

After the meeting i finally managed to reach my colleague, and he told me the story from A-Z and know what, sebenar-benarnya staff minah tu yg punye salah, yg menyebabkan delay and whatnots, and it got nothing to do with our team. Tak ke malu gitu? Dahla marah dan kutuk org tak kena tempat, serbu tak bersebab, anda rasa patut ke saya maintain ‘no complain, no blame and no gossip’ to this kind of people?? Shameful of her, even her staff admits yg ‘oh bos aku mmg camtuh, ko terima jela...”...see i wasn’t the one that gave that unfavourable judgement towards her...org lain pun camtu.

Sungguh pelik yet true. Again i just couldn’t imagine how i could’ve work with this kind of people.
cepatla jumaat!!! Makin lemas rasanya huhuhu

09 April 2010

ragam manusia...itu dan ini

Kadang2 saya pelik, kenapalah dlm hidup ini saya perlu berurusan dgn orang yg berperangai sebegini rupa. Stress saya dibuatnya bila terpaksa deal dgn seseorang yg anggap dirinya terlalu bijak dan pandai, tetapi kedekut ilmu. Cuba bayangkan jika anda menelefon seseorang utk meminta pendapat dan nasihat kerana org itu boleh dikatakan 'subject matter expert' dlm perkara tersebut, tetapi tiba2 org tersebut boleh marah2, melenting kpd anda tak tentu pasal..malahan dgn angkuhnya menyuruh saya berfikir sendiri macam mana nak selesaikan isu tersebut. En XYZ, jika saya arif tentang perkara itu, in the very first place i wouldn't be calling you for advise ok. in fact you should be grateful and honoured kerana i call you dan minta pandangan you, bukannya i pakai redah dan buat decision sendiri. Dan jika i lebih arif tentang perkara itu, baik i je yg duduk dekat post u....am i right or not? Of course saya masih control nada suara saya, masih bertindak rasional and sounds professional walaupun dalam hati ni, tuhan je tahu betapa panas dan sakitnya hati. Darah memang menyirap tak igt, sampai terus migrain dibuatnya.

Dalam kereta balik ptg tu, perbualan telefon dgn En XYZ masih terngiang2..in fact sampai ke malam marah dan sakit hati saya masih belum hilang. Singgah di McD drive thru utk beli makanan buka puasa, marah punye pasal saya order large big mac meal+oreo mc flurry, tapi bila buka puasa...saya cuma larat makan fries dan mc flurry je. Semua gara2 migrain dek penangan En XYZ di siang hari tadi. I wish i wouldn't have to deal with him again in future, unfortunately that is not the case sebab memang akan ada circumstances di mana kami masih perlu merujuk kpd dia....dah nama pun subject matter expert, mestilah org akan sokmo refer kat kau kan!

Apa2 pun En XYZ, with your so-called attitude and whatnots, you're not going anywhere ok..believe me, once people hates you, it means there must be something wrong with yourself. How i wish you read this, and how i wish one day something will happen that awakes you and trigger your brain that finally makes you realize that ''''ohhh i need to change!"

Perhaps you need to go for "Teaming for Passion" course...baru you sedar tinggi rendahnya langit tu :p

06 April 2010

spelling test with mama...:p

"Idlan cuba spell mother, father, brother, leg....etc"

ini jawapannya:
made
fade
brade
lek
.....
.....

so lepas buat short recap spelling test time malam, berjaya lah dia eja dgn betul. Kalau berkesempatan sehari cuba spell 5-6 words, so lama2 byklah yg dia boleh eja. Yang penting, kena slalu sabar bila time explain kat dia ape beza bunyi english dan bahasa melayu. Dia pulak susah nak terima explanation and our reasoning, jadi kadang2 mama pun macam nak naik hantu la tahan marah :p

Kelmarin tanye dia, mama garang tak?
Dia jawab....garang!

ku tanye lagi, siapa lagi garang...mama ke abah?
Dia jawab.....abah!

#*^*^* :)))

05 April 2010

misc.

1. I bet ramai yg tgk ABPBH malam tadi betul tak? saya tgk sampai pukul 11pm je, sbb nak kena tidokan firas. Firas sakan menari, berhenjut, berpusing, tangan digaya ala2 rap...isk ganas anak ku. Dia lagi sakan time one nation emcees and Dato' M Daud Kilau buat persembahan...aduss jgn anakku nak jadi artis nanti sudahla!

2. Sambil berFBing kelmarin, saya sempat surf serba sedikit pasal GC. Mean temperature dlm 21 darjah celcius (Autumn). Buat mereka yg arif, boleh tak kasi pendapat sama ada kami perlu memakai glove, stoking dan baju sejuk yg tebal? fyi kami memang species yg tak tahan sejuk, hatta air cond bilik pun dipasang pada suhu 25-26 celcius :p Ini pertama kali kami bakal ke negara 4 musim, maka pandangan bernas anda semua amatlah dialu-alukan :)

03 April 2010

johnny's...lasagna...nyum nyum!

Kelmarin after ofis ku membuat a quick call kpd cik abang and ajak dia dinner bersama (which means without the kids :p) It was still early when we reached jusco, around 540pm and we just headed straight to the Johnny's. Dah lama mengidam sebenarnya nak pekena tomyam dia yg lazat tuh...tapi bila mengenangkan si firas yg confirm tak boleh duduk diam, hasrat terpaksa dipendam hinggala termaterialize yesterday hihi. Perut mmg dah lapar, considering lunch tadi kami cuma makan maggi sup di kedai mamak (kami i.e. sikulat, zarid, dan lela). So siapa yg suke steamboat, silalah ke Johnny's...memang berbaloi2!


cik abe ku in action!


kami amik set for 2, so ini adalah antara yg termasuk dlm package tu.

cooked and ready! gulp gulppp

Hari ini a.k.a sabtu, kami tidak ke mana-mana. Idlan baru sihat dari demam, firas masih sesema...jadi plan nya hanya lepak di rumah jelah. Pagiku bermula dgn sangat cemerlang, before 8 breakfast sudah tersedia. Again craving for cucur masih belum habis, gara2 baru tahu tips macam mana nak buat cucur yg bulat dan crispy di luar, lembut di dalam hehehe...sgt puas!
Lunch, ku buat homemade lasagna. Ni pun gara2 teringat post kak ct zuraimah yg buat lasagna utk breakfast! Utk meat sauce, ku bubuh Ramly minced meat, button mushroom, capsicum, bawang, black pepper dan tomato puree. Carrot tak bubuh sbb tak suke :p Untuk white/cheese sauce, sebenarnya dah terlupa macam mana nak buat, nak bukak lappy refer resepi sgtla malas....tapi mujurlah di belakang kotak San Remo tu ada disediakan simple recipe for lasagna. So bahan2nya...butter, tepung, fresh milk dan cheddar/mozarella cheese...dan sedikit garam and pepper sebagai perasa. Untuk detail step by step, ha bolehla beli lasagna sheet san remo, confirm lasagna anda menjadi!! Hubby ku bijak, sbb dia beli lasagna sheet yg ditulis 'no pre-cooking required', maknanya ku tak perlu merebus lasagna tu terlebih dahulu. Terus arrange layer by layer dlm baking dish berselang-seli dgn meat sauce and cheese sauce....dan bake for 35-45 minutes. Hasilnya....marvelessss!


first layer...meat sauce-lasagna-meat sauce

followed by cheese sauce. Repeat by arranging lasagna-meat sauce-cheese sauce....i got 4 layers in total kots


ends the final layer with cheese sauce, and last but not least sprinkle with shredded parmesan cheese (myself use cheddar jer hihi). Lepas tu terus bakar for 35-45min at 180 degrees.

Petang ni, umi nak dtg membawa mee bandung muar. Malam kami ada kenduri kawin di kajang.
Plan esok? masih belum difikirkan..........
have a nice n meaningful weekend peeps!

30 March 2010

challenge!

We are one T*!
Passion to win
Support each other
CHALLENGE!!!

balik rumah kena wat homework la plak, 2 short essays which i managed to complete in few minutes sambil bermain dgn firas. Kalo tak siap homework esok tak dpt kutip duit a.k.a markah utk team hehe.

Rasa sgt bersemangat lepas habis sesi first day tadi, tapi bila bukak email dgn kerja yg bertubi-tubi...adussss rasa sesak nafas balik. Ditambah memikirkan si abang yg masih belum baik dari demam, sesema and batuk kahak dia...si adik yg masih berhingus pekat dan batuk...isk isk harap2 mereka cepat sihat.

Visa dah siap apply baru kejap tadi...diam tak diam cepat pulak masa berlalu. Research belum habis buat lagik....tiket team park belum beli, isk rasa tak prepare pulak utk cuti2 mesia kali ni huhuhu

26 March 2010

of the good and bad news....

A huge disaster hit me yesterday. All my hard works, efforts, commitment, time and energy put forth in the past one month gone wasted, blew off just like that, simply because of mistakes done by the user. The approving committees wanted the project to be called off, and that will means i need to re-do the quotation process all over again. After a nervous and tense ‘confrontation and explanation’ session with my GM, i felt a bit relieved, it’s like a huge stone has been lifted off my shoulders...at least my GM understands the situation. Obviously the blame is not to be put on me, but since i’m the owner and the responsible party incharged, sedikit sebanyak makcik kena tempiasnya beb, and i am totally answerable should people query ehhh kenapa kami tak dpt barang lagik?? Well to those yg ada hsbb kat rumah tuh, kalau assurance team lambat sampai utk restrore fault korang due to shortage of test gears, ha blame it on me....saya lah penyebabnyer :( Whatever it is, it was a good lesson learnt. From now on i need to be more strict with the user, walaupun mereka adalah kawan baik ke, kawan rapat ke, teman tapi tak mesra ker...work is still work, daku tak boleh berlembut lagi...if not at the end of the day this is what’s exactly gonna happen.

Dan yg menjadi kemuncaknya, my GM said despite all the things that happen, you need to present and table the case to the CTIO! I was like terkelip2 and terus terjerit....ha ape bos, saya ke yg kena present? I’m finished men...seriously i am! i mean i don’t really mind meeting mr JJ if i were to present something good to him, tapi ni kes nak bwk berita buruk....ahhh mujur MAPS lambat lagi...kalo idak i am doubly triply hit and jatuh terjelepuk! Guess i may need to go back, pack my things and lari bercuti ke gold coast menyorokkan diri bley tak??? Huhuhu

Namun begitu, i’m still surviving, tambah2 bila pagi tadi tgk gaji dah masuk bersama2 dgn increment dan elaun. Tho nett yg saya dpt is less than 50% after ‘sedekah paksa rela’ kpd pcb...saya tetap bersyukur. At least it lights up my day :)

25 March 2010

gravida 4 para 3

The not so good things about having so many lady staffs in the division, the boss may face a situation whereby few of his/her staffs might go for a short 2-months vacation (for reason you know what i meant :p)

And this is happening to my unit at the moment. My staff shall be due in mid of August (pray it'll come out on the 8th so bley geng dgn firas hehe), then it'll be my turn on the final week of Sept, and follow suit is my other staff, which hers shall be on the end of Oct. Coincidence or what, i think it's more of the takdir by Allah....semua berturut-turut hihi. It's still too early to drop the news to our boss, hopefully things will be under full control during those periods :)

Yesterday a fren of mine asked about my pregnancy, forgetful or what i had lost count on the weeks i am in right now. So early this morning i googled the majalah pa ma website and glad to find that i am now 13w4d today :)

23 March 2010

TBR 19-20 March


moody nk tido...


curik minum air!!


with mak ude and haikal





idlan and aiman


test power kete baru mak ude :P


bila ckp nak mandi, terus refuse pakai baju :p


We (i.e my family, mak, SIL, and my BIL’s family) had a blast fun at TBR over the last weekend.
The boys had their first dip as soon as we arrived around 11am. Idlan was more excited than usual, as his best buddies aka cousin Aiman and Haikal tagged along this time. My dear firas is one bravo boy i’d say, as he refused pelampung but insisted to walk in the water on his own, up to his mouth level. Orang kata sambil menyelam minum air and that’s what he exactly did, curi-curi minum air pool tu auwwwww. Idlan finally tried the winding slides, thanks to abang Aiman for his encouragement :) Tapi yg tak tahan, kat air cetek pun nak pakai google, pegi breakfast pakai google, hatta tgk tv pun pakai google...aduss kami layanz jer la. We stayed for 1 night only (mind the tight budget bonus tak mashuk lagikkk), and late afternoon on the next day we stopped over at Nilai 3 to buy some kain.

Back at home, my dear hubby got fever, flu and red eye. Myself was down with a very bad flu and a bit of temp yesterday, but still gagahkan diri ke office due to lots of pending workloads. I wish to have an mc today but i just can’t say no to attend to my so-called ‘very important meeting’ this afternoon at 12pm...susah betul nak accommodate jadual big bosses nih, meeting terpaksa wat kol 12...confirm perut kelaparan nak tunggu miting habis!

Okla that’s all for this week :) Nak pi buat milo panas as back up for the next 1-2hr of meeting...

18 March 2010

haruskah???

Kelmarin meeting habis pukul 730pm, sampai rumah pukul 8pm. Mujurlah ade tea-break in between, kalau tidak harus perutku kelaparan nak tunggu dinner. Selesai solat dan dinner,terus cuci pinggan, lipat kain 2 bakul, dan kemas bilik bawah. Kenapa sgt efficient mlm tadi? hehe sebab family mak mertua dan abang ipar akan sampai hari ini. Maka imej kenalah dijaga ye dak? if not tip top pun at least sedap mata memandang kata orang :p Mujurlah hubby akan duduk rumah hari ni, dan volunteer untuk vacum dan kemas apa yg patut...tq yang!

Hari ni schedule penuh, back to back meeting yg saya pasti akan berlarutan hingga ke malam lagi. Nasib badan...mujur saya masih mampu mengawal stress level :) Kepala ligat mencari idea. Patutkah saya mencari excuse utk pulang awal? Boleh ke saya cakap....saya kena balik awal bos, mak mertua satu family datang dari kampung nih..nak kena bawak mereka makan sate Hj Samuri malam ni! Anda agak, bos saya boleh buy in tak with such excuse???

Apa2 pun, esok kami semua akan bercuti-cutian di PD yey! First thing in the morning i'm gonna switch off my hp so that it's obviously unreachable :p Kerja byk pending, tapi kalau fikir kerja, sampai bila pun takkan habis ye tak. Family comes first, dan yg pasti i truly deserve a break....tak bley keje berat2 nanti adik baby stress hohoho

15 March 2010

of books and vacation

I've done with 'Shopaholic and Baby'...my first book for the year 2010 (fret not yet true :p). I still have 1 new malay novel untouched, and yesterday after hours of lingering around at IOI mall (obviously book hunting was not my priority at first place) i made a quick stop at the Popular just to look for 'Shopaholic and sister' and 'Shopaholic ties the knot'. Not to my luck for both were out of stocks. So today my very understanding hubby pasted me this one link at mudah for the 2nd hand shopaholic series and tadddaa i've secured an online order! Jimat pun jimat nyeh nyehhh. Anyway i did bought another malay novel yesterday by Sri Diah, Doa buat suamiku...but the narrative is too slow that it did not excites me as much as when i read the Kinsella's. Tapi baca tetap akan baca...sebab mahal kan :p

Anyway, our Tioman trip may be cancelled. After 'brainstorming' with my mum (and hubby of course!) we think the 3D2N package may not worth the long journey that we have to endure via road, i may not be able to snorkel considering my 'condition' during that trip, firas may feel bored just waiting inside the boat with my mum while the rest of us have a dip in the sea, and oh farra just replied my email saying 'mau pengsan dulu kami drive, tu anak sorang jer'. They do have the fly option via Berjaya Air but the tix is somehow...arghh ridiculous and out of our budget. So instead of Tioman i googled and googled and was thinking of going to Swiss garden damai laut @ Lumut...not bad kan? bilik nampak cun, most importantly we can have a short getaway and balik kampung to junjung at the same time, jimat kos petrol since it's going to be in the same route! Bijak kan clap clap! Now i just need to wait for hubby and my mum to check on their schedules. Oh another important note, not to stay in during school or public holiday to avoid their incredulous room surchage :p

okla stop berangan, back to work peeps!

12 March 2010

Pagi tadi di Hot FM, tajuk hot check yg diutarakan adalah ‘berjaya selepas gagal’. Saya tertarik dengan cerita seorang pemanggil lelaki ni. Dia gagal dalam SRP, berhenti belajar dan kemudian mengambil upah kerja menarik tiang elektrik, kabel, etc. Ada macam2 lagi kerja yg dilakukan, semuanya memerlukan kudrat yg lebih dan memenatkan. Kemudian dia kumpul duit, dan Berjaya membeli mesin kecil utk menurap jalan. Bermula dgn menurap jalan kecil di kawasan rumah dia, sekarang ni dia Berjaya mendapat kontrak membina jambatan yg harganya jutaan ringgit.

Kagum bukan?

Ini satu lagi kisah benar, anak saudara kepada bapa mertua saya yg kami panggil abang zul. Kata emak, abg zul belajar tidaklah sepandai mana, tidak masuk U pun. Bermula dengan kerja kecil-kecilan, sekarang di mata kami semua dia memang sangatlah berjaya. Business berkaitan telekomunikasi tak silapku, kontrak jutaan dengan syarikat2 gergasi termasuklah TM :) Yg ku tahu, dia ada banyak asset, rumah sendiri sangat besar, rumah sewa mmg merata. Adik-beradik dia ramai, tapi bila adik2 nak kahwin, dialah yg paling banyak mengeluarkan belanja. Orangnya kecil sahaja, muka very humble, anak2 dia comel tak ingat. Kata emak, itulah abg zul, orangnya tak pandai mana, tapi salah satu sebab emak percaya dia berjaya adalah dia tidak pernah terlepas utk menunaikan solat duha. Setiap hari. Ya rezeki tu mmg datang daripada Allah. Kepada Dia kita meminta, dan hanya Dia yg berkuasa untuk memberi.

Saya sangat kagum bila kenal dgn orang yg sebegini mulia sifatnya.

Satu lagi yg saya percaya, berkat doa ibu dan bapa, maka berjayalah anak2 tu insya Allah. Oleh itu, jangan lupa pada kedua ibu bapa kita, walau setinggi mana anda berada, setimbun mana harta anda...mereka haruslah sentiasa bertapak di hati kita. Saya sangat terharu bila mana ibu saya selalu berkata, umi tak mengharapkan apa2 dari dik nur, cukuplah doa dari anak2 untuk bekalan di hari akhirat kelak. See, time tulis ni pun saya dah mengalirkan air mata huhuhu ku memang seorang drama queen :p

Saya sangat sayang ibu dan bapa saya...Moga mereka sentiasa berada di dalam lindunganNya.

sekian renungan di pagi Jumaat :p

10 March 2010

something to ponder...

Yesterday the whole team from my division had a special luncheon talk with Ustaz Ahmad Dusuki. It’s been ages since the last time i attended to any religious/motivational talk, as such yesterday’s sharing session truly opens up my mind, boost my spirit, where i believe emotions play a big role in controlling yourselves. Amongst things that was been emphasized by the ustaz:

1. Kita kerja kerana Allah, bukan kerana dipaksa, bukan kerana keperluan mencari harta, bukan kerana disuruh oleh suami, etc. Kerja adalah suatu ibadah, maka segala cabaran dan halangan yg dihadapi dlm melakukan kerja kita, insya allah ada ganjaran yg menanti di kemudian hari.

2. Bila kita stress dalam kerja, maka kembalilah kepada Allah. Dalam course stress management, mesti ada macam2 cara yg diajar untuk kita menghilangkan stress. Tapi on top of that, we’ve got to go back to our roots, i.e. Yg Esa. If before this chocolates would be my top-of-the-list stress reliever, i should now practice more on berzikir, berdoa, bersolat dan mengadu kepada-Nya....

3. Jangan jadi hamba kepada kerja. Habis waktu kerja, baliklah ke pangkuan keluarga, buatlah perkara lain yg masih menjadi tanggungjawab kita...i.e. sebagai suami/isteri/ibu, etc. Jangan kerja sehingga kita mengabaikan nikmat kesihatan, sampai kita terlupa perkara2 lain yg masih penting, seperti ibadah, tanggungjawab mendidik anak, menjaga suami, etc. ---- i truly like this one, as such i’m not shame to admit that i’m one of those yg very punctual bab balik awal! I still remember an-ex bos once said this to us.....if you die, the company can easily find someone to replace you, but if your loved ones die, can you get somebody to replace his/her? Something to ponder ok....:)

08 March 2010

We had a good day over the weekend. Saturday was well-spent at mid valley from lunch till evening. Planned items to buy all checked, body and legs all ached yet it was worth for the time and efforts put in :) I craved to have something at the Paddingtons for lunch, however we finally settled at Pizza Hut since no ‘Halal by Jakim’ sign was displayed at the outlet (lepas ni kena search dlm website Jakim plaks :p) Ever since the news of our favourite Old Town Kopitiam doesn’t have a halal cert from Jakim, we’re playing a bit more cautious nowadays. Kalau takde sign halal, kami walk off jer terus...

Ah back to our outing, after a good 15-20 minutes past lunch, firas dozed off in lalaland in his stroller, hence we had the opportunity to do our survey thingy without much disturbance. Idlan had a good time playing games in the kids area, we’ve done with our zohor prayer, i got both of my items paid after hours of searching, we took a short break just to stretching out at the Swensens and had a nice bowl of ice-creams+banana split (thanx yang!).....yet he was still sound asleep, both arms stretched upwards and relaxed...so serene :). In fact when we were walking i often peeped inside just to make sure he is still breathing! Risau tau sebab tak penah dia tido lama camni during outings :p I bet he was really tired after all the jumping and running around during the lunch time..perut dia pun dah kenyang pekena chicken wings+spaghetti carbonara hihi. Once we reached the car to load our things around 5pm++, he finally woke up, all fresh and smiling....agaknya dapat mimpi yg indah kots tadi :p

Aha remember i’m in midst of catching up with reading books again? I’m now on ‘shopaholic & baby’, already halfway thru it and enjoying every bits of it. Malam tadi pun tido pukul 12:33am, tu pun paksa tido sbb today keje, if not i think i can continue reading it till finish. Bagus bagus keep it up ok!

02 March 2010

Kelmarin, dlm pukul 10++ tidak semena-mena kepala rasa sakit, tekak pulak loya2 yg amats. Nak kata sebab pembawakan, isk takkan sekarang baru dia nak start kots. Ku cuba tahan duduk depan lappy sebaik mungkin, telan air liur sebyk mungkin, kunyah mentos, etc. Cum lunch, kepala mmg pusing tak hingat punyer, so terus decide utk half day je terus. Drive laju punyer, tangan kanan pegang stering, tangan kiri standby pegang plastic and main gear. Last2, sambil drive tu isi perut terkeluar...tapi time tu takde tempat yg sesuai utk stopkan kereta. So layan la drive lagi sambil muntah hihi...harap2 org sebelah tak perasan ku pegang plastic sambil uwek uwek :p Terasa macam supermommy pun ader hehe.

Hari ni check up, Alhamdulillah baby grows well, despite ku pernah keluar spotting 3x. Dr Zana ckp, loya2 tu biasa...hopefully this time it’ll be different. Yela sekarang dua2 yg keluar boys, maybe kali ni rezeki girl plak kan :)

Oh lupa, hari ni rasa agak luar biasa semangat dalam diri...sebab baru sahaja membeli 2 buah novel setelah sekian lama (read: months or years ago) ku tak membeli buku/novel. Untuk menghilangkan stress keje, ku beli Sophie Kinsella ‘Shopaholic & Baby (sbb ku tgh preggie kan, so sure akan byk relates dgn diri hehe) & ‘Bukan Yang Pertama’ karya Salina Ibrahim. Malam ni kalau tak mengantuk bole start kick off....hopefully semangat membaca ni akan berterusan for the yr 2010 :p

Alamak kepala dah start sakit balik la isk isk....memang sah masalah pembawakan kots huhu

01 March 2010

Sambutan Maulidur Rasul di Tmn Sutera

Ahad, seawal jam 7.45am mama dah menghantar idlan ke surau tempat semua kanak2 kena berkumpul. Mereka diarahkan utk beratur mengikut kumpulan, kumpulan pertama kanak2 dari Ad-din, kedua dari tadika Sri Umairah, ketiga kumpulan lelaki dewasa, dan terakhir kumpulan muslimat dewasa. Kami berarak dari surau, terus ke jalan 2/5, di mana khemah telah didirikan utk sesi ceramah dan makan2 (tapi diriku berarak sekerat je, lepas tu pusing balik rumah utk amik firas :p). Sambil berarak, kami mengalunkan selawat ke atas Rasululullah s.a.w.

Abah kena viral fever, so mama terpaksa balik ke rumah sekejap, siapkan breakfast, mandikan firas, & off ke khemah tempat mereka berkumpul. Mama terlambat sedikit, so terlepas peluang menyaksikan idlan bernasyid bersama rakan2 dia...isk terkilan sungguh! Lepas nasyid, ada sesi ceramah...tapi biasalah, mama cuma dpt absorb 30% je kot, selebihnya terpaksa berkejar ke sana ke mari tgk firas yg bz berlari-larian ke luar khemah dgn si abang dan kawan2 abang. Kalau berlari je takper, ni tangan dia sibuk kutip straw, botol air mineral, sumi, etc...then masuk mulut! isk isk mmg mat kutip sungguh budak ni! Lepas ceramah, ada sedikit jamuan makan. Agak susah nak beratur bila berdukungkan firas, dlm masa sama mata kena safeguard pouch kecil yg dibawa berisi susu, roti & kunci kereta...mujurlah ada jiran yg baik hati mengofferkan diri utk dukungkan firas. Huish semput betul mama pagi tuh....mmg mencabar bila berjalan dgn anak2 tanpa suami ni huhu

Apa pun, syukur majlis berjln dgn lancar. Mmg terserlah semangat kerukunan dan kejiranan di antara penduduk2 taman kami.


sesi beratur dalam kumpulan

idlan pendukung watak utama hari tuh :p

best frens! Idlan-Adam Imran-Izz

firas yg sibuk bermanja dgn kawan2 abang

25 February 2010

Alhamdulillah, di saat-saat ku tengah tension tahap gaban, tetiba ajen insurans ku membawa ang pow yg kata orang bak rezeki terpijak dari langit :p

Apa-apa pun, kami mungkin tidak ke mana2 weekend ni. Sabtu idlan ada kelas SR, ahad dia ada persembahan nasyid dan perarakan di surau taman kami bersempena dgn sambutan maulidur rasul. Perhaps sabtu tu boleh la ronggeng2 di mid valley ke lepas idlan habis kelas...kita cuba cari apa yg patut hihihi



.................

ku yg tengah bahagia~

24 February 2010

brain drain

Bulan ni sangat hectic bagi saya. Semua perkara berlaku terlalu cepat, sampai tak terkejar dibuatnya. Nafas saya semput, badan sangat penat, otak tak usah cakaplah mmg penat dikerah untuk berfikir selama 10-12jam saya berada di ofis.

Cuma satu la yg saya nak komplen, kenapalah perlu diadakan workshop pada hari weekend?
Sabtu lepas, workshop habis jam 1230am...kuar je dr bilik kami terus pekena supper. Budak hotel yg jaga hidangan tu siap tanya, derang ni taknak berenti break ke? Ahad, workshop habis jam 11:15pm. Bayangkan dari pagi-malam, otak kami dikerah utk bekerja, cuma berenti rehat utk solat zohor & lunch. Kami solat Asar di bilik jam 6:40pm...memang penat. Takde can langsung nak luruskan kaki ke, nak streching, nak lepak2 atas katil. Selesai je workshop hari ahad tu, ku terus pecut kereta keluar dari hotel (Grand Blue Wave s.alam) jam 11:25pm, selamat sampai di rumah jam 12am. Pertama kali dlm sejarah kot drive seorang diri di tengah2 mlm di ibu kota, jalan mmg lengang. Speed maintain 120km, sbb mata dah mengantuk tahap gaban. Mujur selamat sampai :) Isnin, workshop diteruskan di Menara & Annexe utk menjimatkan kos...ni mmg bagus la kan :p

Apa pun, mesej yg ingin saya sampaikan kpd bos2 di luar sana, janganlah buat workshop pada hari weekend. Utk ibu2 yg bekerja yang tidak ada pembantu rumah, kesian kepada suami mereka yg terpaksa menguruskan rumah, menjaga & melayan karenah anak2, etc. Apa tidak cukup ke 5 hari seminggu yg diberikan kpd kami utk bekerja? Janganlah curi masa weekend & rehat kami...satu2nya masa yg kami ada utk diluangkan bersama keluarga tercinta!

Weekend ni.....saya impikan percutian ringkas bersama keluarga, sebagai tanda terima kasih kpd suami tersayang yg sangat faham dgn tugas si isteri. Tapi tak sempat plan apa2 lagi macam mana tu huhuhu ....sesiapa yg nak kasi cadangan sila sila jangan malu2 yer :)

23 February 2010

i'm seriously in deep trouble.
ni la bahana amik keje half way.
hope Allah eases my way amin.......................




*macik yg tensen tahap dewa

18 February 2010

Dalam pada tgh evaluate quotations vendor2 nih, tetiba sorang mamat ni (ex-mmu gak :p) tanye kat aku..ko kenal tak mamat ni?

Aku ckp tak.
Dia ckp..budak mmu ni, batch kite, nama dia xxxx.
Aku ckp....mamat ni ker, yg nama dia xxxx nih? eh CEO ni beb.
Dia ckp...ha yela dia skang CEO, partner ngan sorang lg geng mmu...kalo dpt tender makan berdua jela derang.

huhuhu ganas kengkawan univ ku....dah jadi CEO gitu!
Kalo exchange name card sure malu nyer :p

cuti2 kelantan 13-16 Feb

Kita take a short break kejap utk update blog okie :p

Kami bertolak balik ke kelantan jam 540am pada hari Sabtu. Bangun jam 4am utk prepare breakfast bersama umi ku…nasi goreng kicap+sandwich telur. Berhenti di masjid pekan Bentong jam 630am utk solat subuh+breakfast+mandikan kekanak. Then, perjalanan diteruskan hinggalah jam 12++ kot kami sampai di R&R Gua Musang. Jalan agak jem, so mmg agak penat. Aku bergilir2 drive dgn umi ku, sbb kesian takut umi penat, ayah pulak dah tak boleh drive jauh. Akhirnya jam 515pm baru kami sampai di rumah nenek di Tumpat. Dekat 12jam duduk dlm kereta! Alhamdulillah si idlan & firas ok sepjg perjalanan. Malam tu, kami dinner di restoran di wakaf baru. Mmg best, service cepat, food pon sedap, harga pon ok!

Ahad, selepas pekena breakfast (myself mkn nasi berlauk ikan yg sedappp, pulut manis kaler coklat+kelapa, dan kuih muih), kami terus bergerak utk shopping di rantau panjang. Nak masuk parking punyerla jem yg amats, hampir 1/2jam baru dpt parking! Manusia mmg ramai tak ingat. Kami di sana dari pukul 11++, balik rumah jam 5pm. Sakan kan…sampai nak pitam pun ade sbb panas+pening ramai orang. Mujurlah ade stroller si firas, boleh jadi tempat letak barang2 hehe. Mama shopping blouse, kuali kecik, kuali leper roti jala, blanket baby yg boleh lipat jadi tilam, brooch, & topi kekanak. Abah pulak beli t-shirt, seluar, speck kekanak, dan set toto utk mak. Malam tu, kami ke pasar malam di pekan Tumpat beli makanan utk dinner….tak larat nak kuar mkn kat restoran dah sebab kepenatan.

Isnin, kami ke PCB sebab umi ku nak beli kain2 batik sutera utk dijual di ofis. Kira dekat ofis dia lah tokey kain batik hehe. Umi beli 7 pasang kain, aku cuma beli satu, batik sutera pertama yg kubeli utk diri sendiri hehe. Abah beli 1 batik long sleeve, dan 1 short sleeve. Dekat 2.5jam kami keluar masuk dari satu kedai ke kedai lain sepanjang area PCB tu. Firas pulak bantai tido dlm kereta sepanjang kami bershopping tu, mujur ada pak su yg tolong temankan dia hehe. Lepas penat shopping, kami pergi ke gerai makan di tepi pantai….alhamdulillah sedap, lega pon ade sebab dpt duduk & streching2…penat woooo berjalan tadi.

Dari PCB, kami bergerak pulang…tapi on the way back sempat pula singgah di Pengkalan Kubor…konon last minute shopping la ni sebab sampai jam 5pm, kedai2 kat situ pukul 6pm dah tutup. Tapi tak berjaya beli apa2 sebab barang2 sgt mahal…mmg makcik & pakcik kedai ‘katok’ habis mentang2 ramai manusia hari tuh…yela time2 cuti ni la depa nak wat duit kan.

So tu la kisah cuti2 kami kali ni. Nenek ku mmg hepi sbb rumah penuh dgn anak cucu cicit dia. Kekanak ade 4 ketul, mmg bingit la rumah. Time main gamat, time gaduh pun lagikla bising kan. Malam kami tido dlm kelambu sbb rumah nenek byk nyamuk, gemuk2 plak tu. So bebudak tu lagikla hepi kan main dlm kelambu :) Balik kali ni mmg every day breakfast mkn nasi berlauk…ahhh puas rasa! Cuma yg tak best, penat sbb jem time pegi dan balik ke kl….12 jam dlm kereta tau, sian tukang driver :p Dan yg sayu, bila nak salam dgn nenek time nak bergerak pulang…sian nenek ku rumah kembali kosong, duduk sorang2…nenek duk la ulang2 cakap, lepas ni kat depan kosong, dapur kosong…dudukla aku sorang2. Sedih pulak bila teringat kat nenek huhu

17 February 2010

Bertolak pulang dari Tumpat jam 9am, selamat sampai di taman sutera jam 9pm. Ganasss, 12 jam duduk dlm kereta, cramp satu badan. Jem sana sini, dari Kelantan, sampailah ke bentong dan karak…jem teruk! Sian hubbyku aka driver, penat satu badan. Mujur the kids ok, most of the time depa tido…so mama pun bley bantai tido :p Pagi ni ku gagahkan diri ke ofis (tapi 1030am baru sampai hohoho) sbb closing date utk satu quotation tgh hari nanti, nak tak nak kena collect and check sumer quotations tuh.

Citer balik kelate next time la ok…kite wat keje dulu!!!

12 February 2010

Works are piling up. I had 4 RFQs that are still pending and ongoing, all awaiting for evaluation right after the CNY holidays. User expects items to be delivered by end of Feb. I got disastrous calls from users informing another two are coming on the way, again the request is ‘quite’ urgent. My orang kanan is on a week holiday starting today, sempena majlis bertandang di rumah lelaki. On top of that I still need to attend to my old jobs, since the pengganti is undergoing an OJT till end Feb. I’m choking seriously, but surviving, and still trying to adapt to this whole new thingy.

Anyway, we’re going back to Kelantan tomorrow for the CNY…the whole clan is coming back yeszaaa my nenek sounds very happy when I called her few days ago. Dah lama tak balik sana, the last time I was there was July 2007….teruk kan! Hopefully the journey will be smooth all way long tho we foresee the heavy traffic especially at karak and gua musang area. Can’t wait to see my nenek, pekena nasi berlauk every morning, pergi shopping2 di rantau panjang, jln2 kat pantai tujuh, naik atas pasar siti Khadijah, yadaaaa yadaaa…..adussss seronoknyerrrr rasa!

08 February 2010

what a fruitful weekend :)

Pagi kami bermula seawal jam 9am, menghantar idlan ke tutorial SR dan kemudian terus ke Tesco Kajang membeli provision utk bulan ini. Tepat jam 11, kami keluar dari Tesco dan pick up Idlan…kemudian terus ke kedai elektrik di Kajang dengan agenda utama pada hari itu, iaitu membeli air-cond utk dipasang di master bedroom. Firas ada eczema, sama seperti si abang…so bila tidur malam dia agak kurang lena. Average bgn malam 3-4x utk minum susu, campur garu2 badan dia. Tapi jika kami on cuti-cuti dan tidur di hotel, guess what dia cuma bangun sekali sahaja. Ajaib kan penangan air-cond tu?? Selepas membuat perbandingan di antara brand, specs & yang paling penting harga, kami memilih Toshiba, 1hp, price RM1200 inclusive installation. Mula2 ingat nak pilih yg ada inverter, tapi menurut salesman tu, kalau you Cuma pasang sekejap je, inverter atau tidak, tak byk perbezaan dia…dan mungkin tidak wujud konsep energy savings. Personally kami berdua tidak tahan sejuk, so mungkin pasang air-cond sekejap sahaja utk hilangkan udara panas, then turn kepada fan biasa.

Air-cond dah close deal, tiba2 mataku terpesona pula dgn tv2 lcd yg besar itu. Ajak husband pergi tengok, dan dengan sekelip mata terus ku suakan idea utk tangkap 1 lcd. Lepas sesi tawar-menawar & sebagainya, husband ajak balik dulu…nanti kita fikir kemudian katanya. Oh yg kami eyeing tu adalah Samsung 40inch full HD LCD 5 series, cina kedai tu kasik RM2800+200 (wall-mount installation). Jam hampir pukul 1pm, kami bergerak ke Metropoint dan pekena lunch di Noodle Station. Alhamdulillah sedap…mmg sesiapa yg nak rasa pelbagai range of springy noodles, silalah ke sini! Anak2 behave well, especially firas yg happy & tak cranky langsung despite langsung tak tidur dari pagi.

Petang, kami rehat2 jer (i.e. tido!). Bila husband pergi main volley, aku curik masa surf rege tv tu dalam mudah.com.my. Yaaa harga yg kami dpt tu mmg sudah murah, tapi ada satu kedai ni offer RM2500. Malangnya ahad kedai tu tutup, so aku budget isnin baru nak call and confirmkan harga. Malam, jam 815pm kami ke Jusco cheras selatan, niat utama utk survey harga tv tu lagi. Dekat jusco harga yg diletak giler mahal, dlm RM3799 utk model yg sama isk isk.

Jam 10pm, kami bergerak ke area babies, niat di hati nak jenguk2 stroller kot ada yg berkenan di hati. Stroller ni mmg planned item to buy sejak dulu lagi sebelum ke GC, memandangkan stroller Tenderly sekarang ni sudah agak kusam, roda dah tak betul, dan berumur 5 tahun++, turun temurun dari si abang. Stroller lagi satu pulak agak besar, tak sesuai dan praktikal utk dibawa ke GC. Alhamdulillah, terjumpa pulak stroller sweet cherry yg agak ringan, praktikal, lipat payung, color pun cun, dan yg penting harga still within our budget. So item ke-2 yg dibeli pada hari tu adalah stroller color purple RM179.90....sangat berbaloi, dahla firas mmg enjoy the stroller big time :) Kami bergerak keluar dari Jusco jam 11pm, pintu Jusco pun dah separuh tutup time tu…mmg cipta rekod kali ni hehe.

Ahad, kami masih berfikir2 pasal tv tu. Nak beli atau tidak? Semalam dah penat survey, kalau tak beli rugi pulak hehe. Tv sekarang cuma 21inch tau, brand Samsung, usia hampir 6 tahun++, sama usia dgn perkahwinan kami :p Even umi & papa pun pakai tv 29inch, even mak ayah kat kampung pun pakai 29inch flat…kami masih 21inch…justifikasi agak kukuh isn’t it? Anyway abangku baru beli Samsung 40inch, model yg sama, pada harga RM3080 (campur installation). Petang, husband ku call kedai cina semlm, tanya dia..boleh kasik 2500 tak? Mamat tu tanpa ragu2 terus kata ok…campur installation 2700! Waahhh good bargain nih. Husband pun terus pegi kedai utk bayar deposit dan confirmkan, dan sempat pula tu dia kecek lagi utk kurangkan harga. So final price RM2680, maknanya kami dah untung RM400 berbanding abang ku hohoho. Jadi itulah item ke-3 yg dibeli dalam masa satu weekend. Ada yg keperluan, ada yg lebih kepada keinginan…tapi sekala sekala berbelanja setelah penat bekerja apa salahnya kan :)

Idlan agak happy, katanya yeyyy boleh idlan tgk Disney channel kat tv besar tiap2 hari! Sori sayang, kita cuma upgrade tv je, mama still tak terbuka hati nak subscribe Astro ok. Kalau ada Astro, dahi awak sure tercop Disney channel, abah pulak akan melekat tgk tv sampai ke mlm, nanti phd ntah ke mana…..:p

05 February 2010

Kata orang, rezeki terpijak namanya.
Husband call ptg kelmarin, time tu dlm lif, otw ke meeting. Katanya, mama nak blanjer gi mana weekend ni?
Ku terkujat...tapi lepas dia explain....waahaaaa hampir terjerit ku dibuatnya.

Terima kasih daun keladi LHDN...lain kali berilah lagi :)

02 February 2010

cuti-cuti Penang

Back from Penang for good. Penat sgt, pagi ni gagahkan diri ke ofis walaupun mata tersangatlah mengantuk…drive pon mamai giler pagi ni. Rezeki di bulan baru, keretaku adalah kereta terakhir yg dapat parking free di Annexe hehehe.

Sedikit cerita cuti-cuti kami di Penang…kami stay di rumah peranginan BNM, abangku yg tolong book. Banglo 2 bilik, lengkap dgn kitchen dan peralatan memasak, ruang tamu yg luas, bilik pun sangat luas. Hari sabtu kami bertolak dari Junjung ke Feringgi, stuck dlm kereta utk beberapa jam disebabkan perarakan Thaipusam, tensi sgt. Petang tu, kami jalan2 di pantai yang cuma terletak beberapa meter dari resort. Idlan bising nak naik kuda….aku malas nak naik, so at last dia naik dgn pak su (adik ku), bayaran RM30. Firas sibuk nak berdukung, langsung taknak cecah air pantai, agak moody sebab tgh ngantuk sakan. Malam kami dinner di restoran Khaleel yg terletak dlm 4km dari resort, niat di hati nak pekena nan+tandoori, tapi takder….last2 order maggi goreng jek haha. Firas lena dlm stroller, dari dlm kereta…sampailah kami habis makan pun masih lena lagi…sian dia tak dinner. Abang ku pulak keluar jumpa geng2 dia di hard rock yg terletak bersebelahan dgn resort kami.

Hari ke-2, pergi jalan2 di Queensbay Mall. Datang penang jauh2 tapi pergi jalan kat shopping mall, agak bosanla jugak kan, tapi itulah tak tahu nak jalan2 kat mane. Tgh hari, pekena lunch di Restoran Kapitan…belakang Queensbay tu. Restoran ni agak glamer kots…sebab recommended by kawan abangku. Kami pekena cheese nan+tandoori…rasa dia memang heaven! Petang, kami berjaya mengeluarkan peluh dgn bermain ping pong. Ahhh best giler rasa dpt lepas gian…Cuma slack nya tak dapat main betul2 sbb kekanak tu pun sibuk nak main..meja pulak cuma ada satu je. Lepas ping pong, pegi main2 air dekat pantai buat kali terakhir. Kali ni firas berjaya menjejakkan kaki ke dlm air. Idlan demand nak naik kuda lagi….tapi kami tak layanzz hehe. Time azan maghrib, baru la kami naik ke bilik…lepas mandi solat sumer, keluar dinner di restoran thai dekat dgn resort. Lepas dinner, kami jalan2 ke pasar malam di area batu feringgi…Cuma beli t-shirt utk kekanak tuh….pukul 11ish baru balik resort…penat sungguh malam tu.

Isnin, kami pun gerak pulang ke KL. Alhamdulillah jalan tak jem….semua smooth jer….pukul 6pm sampai di taman sutera. Agas stress sebab ada 3 beg plastic baju kotor yg menunggu utk dibasuh, baju2 ofis belum iron, lantai agak berhabuk…adusss ni la yg boring bila balik dari bercuti. Dan pagi ni time tgh shower, tiba2 lampu shower off…air jadi sejuk….adessss rasanya fius/wiring yg blow kots…sabor jela!



Jumaat - dinner @ Megamall Penang bersama tok & mak ude

tu la banglo BNM...mmg cun & luas

idlan & pak su naik kuda..mula2 gayat, lepas tu pagi petang asyik demand nak naik kuda :p

dgn family abangku...

firas blur+ngantuk







idlan kena buli :p

ruang tamu

cousins! Hannah-Huzaifah-Idlan-Firas

@ Jusco Queensbay Mall

sesi ping pong



abah tgh packing, dia syiok landing plak...

budak galok :p
@ R&R Sg Buloh. T-shirt sama color beli kat pasar mlm batu feringgi.