17 February 2011

Bayi tidur bedung, perlu atau tidak?

Dah lama saya hendak menulis tentang perihal membedung bayi ni, sama ada ia perlu atau tidak. Jika dilihat dari aspek turun-temurun, ohh sudah pasti membedung bayi ni sangat WAJIB, bak kata orang tua-tua, senang sebab bayi anda boleh tidur dengan lena tanpa tangan dan kaki terangkat-angkat sebab terkejut. Di zaman moden ni, ada yang kata tak perlu bedung bayi sebab nanti bayi marah, memberontak, menangis sakan sebab macam kena ikat, etc.

Pengalaman saya sendiri, anak sulung cuma dibedung time dalam pantang. Dalam pantang pun umi selalu bukakan bedung dia, biar dia bebas bergerak. Alhamdulillah bila sudah diajar, lama-lama dia boleh tidur lena tanpa perlu dibedung.

Anak kedua, huiishhh tidur mesti wajib dibedung! Kalau tidak dia tak boleh tidur lena. Bedung sampai umur 7-8 bulan tak silap, sangat leceh ok. Nak keluar pergi shopping complex pun bila dia tidur dalam stroller kena bedung. Orang pun pandang semacam jer :p

Yang ketiga ni (umur 4 bulan), hahh memang wajib bedung jugak. Malam bila tangan terlepas dari bedung mesti dia terjaga dan menangis. Tapi saya nekad utk cuba ajar dia tidur tanpa bedung, jadi sudah beberapa malam saya test buka bedung dia. Mula2 memang perit, sikit2 jaga dan nangis, terpaksalah mama dia ni bangun dgn mata terkebil-kebil dan ikat bedung dia kembali. Tapi dua tiga hari ni Nampak macam dah ada significant improvement, dah boleh tidur ‘agak’ lena tanpa dibedung. Tapi mula-mula tu tangan mama kena kepit tangan dia, halang tangan dia dari bergerak dan garu kepala :p

Saya rasa jeles benar dgn bayi yg mudah tidur sendiri, dan hendak tidur tanpa mahu dibedung. Senang tau nak bawa jalan ke mana-mana. Macam kes saya, bila dukung dia tidur lena..lepas tu bila diletak dlm stroller tanpa dibedung, terus si kecil ni terjaga dan nangis…dusss leceh sungguh :p

Anak anda pula macam mana? bedung lama tak? Atau cuma dalam pantang sajer…..

Nota kaki:
Teringat cerita jiran depan rumah, anak dia dahla tembam giler, sampai 8 bulan masih berbedung..jadi bila keluar ke shopping complex terpaksa bedung dengan kain pelikat si ayah :p



Ammar @ 2 months. Kena ikat dek mama. Kain bedung tu beli sendiri dekat Kamdar dan hantar kedai untuk jahit tepi (jimatttt!). 1 meter baru RM4.50-5.00 tak silap.

different angle...gambar ni ambil time kami outing pergi main bowling dekat Alamanda before mama officially masuk kerja lepas pantang :)

boolatt kan mata saya?

TM Special Dividend

To all TM shareholders, please hold your share and avoid selling within this near time since TM will be paying out special dividend to all its shareholders. Amount is still uncertain, but the announcement shall be made to public, tentatively on 25th February 2011.

Too good to be true huh?

Have a nice day!
p/s: Latest price as at 9.22am today is 3.90.

16 February 2011

harga emas Public Gold

Ada rakan yang meminta saya letakkan harga emas terbaru Public Gold (PG). Berikut adalah harga pasaran pada hari ini. Sila refer kepada harga 'We Sell' jika anda mahu membeli emas dari PG, dan 'We Buy' jika anda mahu menjual emas sedia ada anda kepada PG.


Just for my personal reference, harga yg saya beli pada 11 May 2010 bagi emas 20gram ialah RM2762 + RM10 fee. Bagi dinar emas pula, harga yang saya beli pada 7 July 2010 ialah RM578.

Pelaburan emas ini merupakan satu pelaburan jangka masa panjang. Jadi janganlah anda beli hari ini, dan target untuk jual dalam masa 3-4 bulan. Siapa yang inginkan pulangan pelaburan yg cepat/jangka pendek, haaa anda boleh belajar main kontra dalam saham. Untung cepat (jika anda pandai pilih saham!), dan risiko untuk rugi pun sudah pasti ada :p Tapi ingat, ia memerlukan komitmen yg tinggi dan anda boleh berjaya jika dapat duduk mengadap screen laptop sekurang-kurangnya 12 jam, tolak waktu makan, minum, solat dan sebagainya hihi :)

Jadi apa pilihan anda?
Sebelum membuat pilihan, kumpullah ilmu sebanyak mungkin dulu yer, supaya anda tidak menyesal di kemudian hari.

cara hard reset HTC Touch 3G

Seperti yang anda sedia maklum, dua hari lepas saya agak stress, gara-gara hp HTC Touch 3G saya yang tiba-tiba 'hang' dan tidak boleh on langsung (actually stuck dekat black screen 'smart mobility' dan terus tak boleh proceed).

Ye inilah smart handphone atau lebih dikenali sebagai PDA handphone, handphone dia senang 'hang', sebab mekanisme phone tu bekerja sama lebih kurang macam pc anda, byk program di dalamnya.

First time handphone saya jadi hang dan giler terus, sebelum ni kalau hang saya cuma buat 'soft reset', iaitu tekan 'reset' button di belakang hp dan walllahhh, terus hp tu ok. Tapi kali ni, lepas buat soft reset berkali-kali, keluarkan bateri dan sim card berkali-kali, handphone itu masih degil untuk on. Jadi saya pun buka En Google, dan surf ke dalam website HTC utk cara-cara membuat 'hard reset'. Ini excerpt dari website HTC yer, buat panduan anda yang mengalami masalah sama seperti saya.


How do I perform a hard reset?
1.With the device turned on, press and hold the VOLUME DOWN and ENTER buttons, then press the RESET button with the stylus tip. (ni sangat tricky, sebenarnya anda kena tekan button volume down, enter dan reset button serentak!....duss terkapai-kapai jari saya nak tekan 3 button ni sekaligus hehe)

2. Release the RESET button, but continue pressing the VOLUME DOWN and ENTER buttons until you see this message on the screen:Warning! Your device will be set back to factory default settings. Please ensure any additional installed programs and/or user data have been backed up before a hard reset is performed.

3. Release the VOLUME DOWN and ENTER buttons, then press the VOLUME UP button to perform the hard reset, or press any other button to cancel the reset.

Ok senang saja bukan?
Saya ada call ke service center HTC, kata agen yg mengangkat call saya tu, untuk diagnosis kerosakan sahaja akan di charge RM50, kemudian mereka akan menghantar quotation kepada kita utk kos repair, dan proceed repair jika kita setuju. Hubby ada pergi kedai dan tanye berapa kos untuk repair, kata mamat kedai tu dalam RM100++.

Hoho saya bukan sahaja sudah jimat RM100++, tapi sangat gembira kerana dapat belajar sesuatu yg baru :)

Tapi perlu ingat, hard reset ni bermakna phone anda akan back to 'factory settings', jadi semua application yg baru download akan hilang. Hanya application asal akan retain dalam phone. Untuk kes saya, kesemua gambar2, notes dan sebagainya hilang...tapi tidak mengapa, janji saya tidak perlu membazir untuk beli phone baru hehe.

15 February 2011

Muffin coklat tanpa telur

Siapa kata anak teruna tak pandai masuk ke dapur?
Jangan main-main, anak sulung mama Muhammad Idlan Farhan sekarang ni sudah pandai basuh pinggan tau (walaupun punyalah lama dia main air :p).
Dan si teruna kedua Muhammad Amir Firas memang selalu jadi peneman setia mama di dapur. Dia sukalah tengok mama basuh pinggan, masak, goreng itu ini, dan yang pasti, bila mama busy buat kek dia pun pasti akan ada sekali.

Petang tadi mama buat muffin ekspress. Bukan guna muffin mix yer kengkawan, tapi teruja nak try resepi sempoi ni lepas tgk kawan mama (mama yg rajin dlm pantang sape lagi kalau bukan auntie Farra) buat muffin coklat tanpa telur. Resepi sangat mudah, dan yang paling best, tak payah guna mixer..semua kacau guna tangan saja. Bahan-bahan pun sikit jer. Kesimpulannya buat tak sampai 20 minit dah siap! Sesuai sangatlah bagi beginner, atau pun mereka yg kesuntukan masa tapi teringin sgt nak makan kek (mama lah tu hehe). Dan rasanya, usah gusar ye, walaupun tiada telur tapi rasa tetap mantop! Fluffy dan gebu tekstur dia :)


Bancuhan ikut resepi asal sangat cair, jadi mama tambah tepung gandum sikit

Ni yg mahal ni...my eldest two yg tolong taburkan choc chips (cc) atas muffin tu. Si Firas punyela letak byk giler cc, siap marah bila abang dia curi cc tu dan makan :p

concentrate betul budak nih!

keratan rentas muffin yg sudah siap...fluffy kan!

For full recipe visit here:

http://www.myresipi.com/top/detail/6595

(maaf saya tak boleh copy paste resipi tanpa kebenaran tuan empunya website tu)

Komen saya:

-resipi sedikit cair, sila tambah tepung sikit, in fact sukatan minyak dan air pun saya kurangkan ikut instinct sendiri hehe

- brown sugar 2 cups tu mungkin byk sgt, kurangkan menjadi 1.75 cups sahaja ok

Rindu pada kek!

Mama dan kek memang tidak dapat dipisahkan, kata orang...ibarat lagu dan irama gitu. Membuat kek ibarat satu terapi yang sangat indah, paling best bila kek masih di dalam oven dan aroma dia menusuk ke hidung...wahh time tu memang terasa tidak sabar mau ngap! Tetapi paling tidak best, hahh proses membasuh segala peralatan kek selesai sudah membuatnya...tapi kata orang, alah bisa tegal biasa, kalau malas basuh terus biarkan sahaja dia di dalam sink dan boleh basuh bila penat lelah buat kek sudah hilang hihi.
Dannnn kenapa mama suka buat kek? Kerana saya seorang peminat kek sejati, kasilah saya apa jua jenis kek, pasti anda tidak menyesal kerana dalam sekelip mata saya boleh habiskan! Ehh tapi masih ada exception, mama tidak berani makan kek keladi, kek perisa nangka, kek durian...hmm tu je kot perisa yg dikecualikan dari tekak ini, yg lain saya hentam saja :) Dannn yang kedua, kerana suami mama juga sangat suka makan kek, especially kek hasil air tangan isteri dia (ewahhhh).
Sebenarnya mama teringin sangat nak buat kek hari ini, tapi malangnya suami mama ada course di Monash, jadi bila mama cuma tinggal berempat dengan anak2, confirm mama tak dapat nak spend masa lama-lama di dapur mengadap mixer, tepung, gula dan sebagainya. Jadi untuk melepaskan rindu dendam terhadap kek, kita layan sajalah gambar2 lama kek yang pernah mama buat dulu...hukhukk aku rindu sama kek-kek ku!!

fresh fruit clan - yg ni dulu mama buat utk besday nek Umi. Umi tak suka choc cake, jadi dlm tu adalah vanilla sponge cake, dan dihiasi dgn fresh cream, peach dan blueberry. Kalau anda punya budget yg besar, bolehlah letak apa jua buah-buahan fresh di atas tu...kiwi, strawberry, anggur, etc. Dapat imagine tak?? haaa lazat kan!!

Hahhh this will always be our all-time favourite, apa lagi jika bukan blueberry cheese cake. Tengok blueberry yg meleleh di tepi kek tu pun dah buat air liur mama meleleh sekarang ni hukhuk

Ini adalah plain cheesecake, dihiasi dgn chocolate ganache yg lazat ituuu + strawberry +
choc curls. Lelehan choc ganache itu memang sgt mengancam :)


last but not least, my Premium choc moist cake. Kenapa premium? sbb ada fresh cream, ada choc ganache, ada strawberry, ada grated choc di tengah & keliling kek, dannn ada choc chips di tepi. Strawberry gemuk2 tu jenama Driscolls...sangatlah gemuk (mama lagi prefer Korean strawberry tapi kadang out of stock).
Jadi sekarang ni anda rasa yang mana satu kek yg paling mama rindu sekali???
---
----
---
---
---
---
---
---
---
Sudah pasti the last one, sebab tu paling leceh dan mengambil masa paling lama untuk disiapkan!
Nota kaki:
tak sabar nak tunggu Ammar besar!

14 February 2011

HTC ku sudah kembali pulih!

Aduh, terasa hidupku kembali sempurna bila hp sudah ok!

Dari semlm, hingga ke pagi tadi rasa stress bila hp rosak/hang. Bila pam susu pun production kurang 2oz. Bertambah stress bila call service center, tapi perempuan yg angkat tu tidaklah helpful langsung, malah suara sgt 'monotonous' seperti malas menjawab telefon.

Pagi tadi bangun jam 3am utk baca manual/user guide. Dah tergerak hati nak buat 'hard reset' tapi mata sudah layu, sambung tidur semula.

Pagi ni di ofis, sedang daku sambung baca manual dan sambil tu beremailan kpd sifu IT ku Semah, dia pun mengutarakan cadangan utk buat 'hard reset'. Apa lagi, lepas khatam baca teruslah cuba buat. Buat sekali gagal. Lepas tu bos panggil utk discussion (isk bos ni potong stim jerrr dahlah org bz byk keja). Habis discussion sambung buat kali kedua. Berjaya!!! Tapi bila hp tu hendak kembali ke setting asal, aku stuck part 'align your screen'. Kali ni cuba call mamat kedai tempat aku beli hp ni dulu (di Mines), mujur budak ni baik and guide the process. Dannnn alhamdulillah HTC ku berjaya berfungsi dgn normal dan jayanya...walaupun sms byk hilang, walaupun ring tone bunyi sgt pelik dan tidak best, etc.

Tidak mengapa, janji boleh call dan sms sudah mencukupi.

Tq Semahhhh...i owe you again this time!!! :)

Nota kaki:
Lain kali kalau buta IT, tak payahla sibuk nak bergaya dgn PDA phone/smart phone. Cubalah bersetia dgn hp basic anda, seperti Nokia 3310 ku dulu yg kuguna bertahun-tahun tapi langsung tidak rosak dan memberi masalah. Menyesal jual tau!!

HTC Touch 3G ku hang!!

Mula2 bateri habis dan hp terus off sendiri. Lepas recharge power, tiba2 dia hang dan tak boleh on. Puas sudah kucabut bateri dan sim card berkali-kali, tapi masih gagal. Ohhh daku sudah handphone-less. Kedai kata software mungkin rosak, jadi kena repair. Kosnya rm100+++ (mahalnya!!!).

Adakah boleh kita download software sendiri dan cuba re-install?
Sesiapa pengguna HTC atau yg expert bab handphone ni, ohhh tolonglah kasi pendapat.

Susah hidup tanpa handphone ni! hukhukk

12 February 2011

Tiramisu i love u :p

Wahh kenapa letak tajuk macam tu? Sebab happy banget bila first time buat resipi Tiramisu ni menjadi dan sangat sedap! (ewahh perasan sket sori yer!) Paling best, resipinya sangatlah sempoi jika saya bandingkan dgn resipi di internet. Jika anda surf, pelbagai version resipi tiramisu yg boleh kita cuba, dan majoriti menggunakan 'mascaporne cheese' yang sangat mahal itu. Tapi resepi di bawah ini, cuma guna Philadelphia sahaja...walaupun mahal tapi tidaklah semahal mascaporne....i like!!

Ok meh kita jenguk resipi dia...saya dapat resipi ni dari kawan saya, Hany Fariza (tq Hany for sharing the recipe!!), tuan empunya dapat dari cousin dia...original source saya sendiri tak pasti. Apa pun, Hany dah kasi green light utk saya share dlm blog :)

Bahan cream cheese:
1 kotak kecil whipping cream (200ml) - saya guna jenama Gold Label (non-dairy)
1 ketul cream cheese phildephia - 250g
1/2 cawan gula halus (sesedap rasa)
= campur semua, putar sampai gebu dan sebati. - make sure dia akan jadi creamy ala2 topping fresh cream, dan tidak cair

Bahan lapisan:
biskut marie (tiger) = boleh guna kek span or ape2 kek.
4 sudu kecil nescafe - saya guna 3 in 1 sajerk :p
4 sudu kecil gula
air panas= bancuh nescafe

-celup biskut marie dlm nescafe & susun dlm bekas.
-masukkan cream cheese satu lapis.
-celup biskut marie dlm nescafe susun lagi.
-masukkan cream cheese satu lapis lagi.
-ulang proses lapisan sampai habis bahan.
*lapisan atas adalah lapisan cream cheese.
-masukkan dlm peti ais = 4 jam
- taburkan serbuk koko.. potong n hidangkan.
*serbuk koko bleh campur ngan milo lagi sedap & setiap lapisan cream cheese bleh tabur serbuk koko+milo.

Nota kaki:
1. Anda boleh adjust kepekatan nescafe itu ikut citarasa masing2..siapa suka rasa thick coffee boleh bancuh pekat, siapa suka light taste bolehlah bancuh cair, atau kurangkan nescafe tu.
2. Biskut marie jangan celup lama...nanti kuat sangat pulak rasa coffee tu.
3. Saya ada try buat dgn kek, tapi tak sedap jika anda celup kek dlm nescafe sbb nanti dia jadi basah/watery. Di internet, siapa yg guna kek dia takkan celup dlm nescafe, instead kek tu diletak di lapisan bwh sekali...lapisan atas bubuh cream.
4. My tiramisu version tidak boleh dipotong, mungkin byk cream kot, jadi kena ceduk guna sudu. Bak kata anak saya si Firas...'kek aiskrim!"
5. Resipi di atas cuma boleh dpt dalam 10-12 medium cups sahaja...itu pun saya tidak bubuh penuh2...cuma buat 4 layer je.
6. Anda boleh guna apa sahaja jenis kek - sponge kek, cake mix, brownies, etc. Perisa pun terpulang pada citarasa anda- vanilla, coklat, etc. Husband saya komen, apa kata cuba guna kek pandan, atau kek oren? dusss cuba anda imagine 'tiramisu pandan layer'...sedap ke? haha. Siapa berani try nanti inform saya hasilnya tau!! :)

Ok tu saja...silalah try ok...senang, simple, dan paling penting...SEDAP!!
Jom layan gambar!


1st batch - dpt 6 cup saje...lepas tu stop sebab kena ambil Ammar from taska sbb EBM dah habis :p

2nd batch - dapat 10 cups...bawa pegi ofis sket, kasi geng Photobook sket, the remaining pulun kat rumah dan spare utk dibawa ke rumah Umi

close-up...nyum nyum!!

p/s: Dulu pernah sekali saya beli kek Tiramisu dari SR, tapi rasa dia masya Allah sangatlah pahit! Lepas tu serik tak nak makan tiramisu sehinggalah terbuka hati nak buat sendiri bila dpt resipi dari Hany...thanx again dear!! Lepas ni confirm tiramisu jadi menu wajib utk sambutan besday kekanak bertiga tu :)

11 February 2011

Gathering Geng Photobook @ TCB, BSC

Wah tiba-tiba dah wujud 'Geng Photobook' ker? Kata orang, bila wujud minat yg sama, maka chemistry itu pasti muncul, dan persahabatan yg sudah terjalin akan bertambah erat (cewahhh!). Kami bukan kawan baru, masing2 sudah kenal lama sejak di alam universiti lagi (except diriku yg cuma kenal kak ct di alam maya/dunia blogger, ini baru first time bersua muka tapi macam dah mesra kan kak kannnn...that's the power of chemistry setuju tak?? ). Apa-apa pun, terima kasih kepada kak Siti Zuraimah yg mengutarakan idea utk this so-called ad hoc short gathering, utk kami berkongsi melihat hasil Photobook masing2, dan seterusnya mencetuskan idea yg lebih bernas utk projek2 akan datang (wahhhh macam banyak projek jer? hehe). Terima kasih juga kak kerana sudi men'drive'kan kami ke sana, mujur ada 'Bumiku Ride' kan :p Kpd Semah, Aini, dan Zarid (consider geng jugaklah walaupun hasil dari Zarid belum muncul lagi :p), next time boleh kita bergather2 lagi ok!!! Special thanx juga kepada sifu ku Semah yg tidak jemu2 membantu macik yg buta IT ini sedari awal projek pembikinan Photobook aku, hinggalah siap! I lappp you my fren!!! Terima kasih daun keladi, next time jangan jemu bantu lagi yer :)

Ok jom kita layanzz gambar.


kak CT, Zarid, Aini

me and my sifu, Semah

chicken and mushroom fusilli (amongst the expensive ones, tapi kurang rasa, kena tambah lebih garam lagi..:p) Price: RM17++


Chicken ape yer ....alamak Aini den dah lupa nama dia...rasa sedap kan? hehe. Definitely a healthy choice since it serves with wholemeal bread c/w salad, sesuai utk mereka yg sedang berdiet :)

Lasagna. Rasa standard macam the one serves at SR, San Franc dan seangkatan dengannya.

Red Velvet cake (RM8.90/slice). The taste is somehow quite disappointing, dry and not moist, the cheese topping is dull and not creamy, overall the taste is far far below the one serves by O Gourmet/Just Heavenly (as informed by Aini and the rest yg pernah rasa O Gourmet's version)

Tuna Linguine ordered by kak ct. Sedap, highly recommended!

Right: my double hot chocolate with marshmallow serves in regular glass. Sangat besar, should have order the small size next time. Sedap!!

Us with our various version of Photobooks. Ada square Imagewrap, debossed hardcover, softcover, large/medium landscape Imagewrap.

Another pose from us...i like!!
(special thanx to Zarid yg sudi mengambil gambar kami...zarid tak masuk sebab dia takde Photobook lagi hehe...so ape lagi Zarid cepat hasilkan satu dari anda!!)
Balik dari gathering terus kelam kabut solat dan rush ke meeting jam 3pm. Sangat lemau bila ada meeting hari Jumaat (dahlah jadi chairman hukhuk), dahlah byk issue dan masalah...sampai migrain sepanjang2 meeting tu. Sampai rumah dekat jam 7pm, terus tertido lepas tidurkan Ammar.
Ok itu saja buat kali ini dari kami 'Geng Photobook' ahaksss.
Nota kaki:
First time aku makan di The Coffee Bean, baru tahu dari Aini dia ada halal Jakim. Kek-kek dia semua nampak lazat dan tempting...next time kena try kek pulak but no more red velvet ok :p

Marble choc cheese brownies

This is one of our (read: me n hubby) favourites. Buat dlm loyang 10'x10'...dpt pulun mkn tak hingat...sangat puas! :)

Ini resepinya (source: Internet, tapi tak igt dari website mana sebab dah byk sgt resepi semua pakai cut and paste saje ke microsoft word hehe)

Bhn2:
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur - B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum - ayak dgn BP and SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bika
1 tsp esen vanilla

cara:
1. cairkan butter. masukkan serbuk koko and kacau rata.
2. handwhisk gula and telur. masukkan ke dlm adunan butter tadi. kacau sebati.
3. masukkan susu cair and kacau sebati.
4. masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati. last, masuk esen vanilla.
5. Guna loyang 10' x 10'. tuang adunan brownies and bakar at 180 celcius for 40-50min (depends pd oven memasing). tinggalkan sket brownies tadi utk buat marble atas lapisan cheese nanti.

lapisan cheese:
250g cream cheese
65g gula castor
1 biji telur - B

1. pukul cream cheese sampai gebu.
2. masukkan gula..pukul lagi sampai sebati.
3. masukkan telur..pukul sampai sebati.

* after 40-50min keluarkan brownies dr oven. tuang adunan cheese dan ratakan. buat marble atas lapisan tu. bakar semula dlm oven for 15-30min (depends pd oven) sehingga cheese masak. Biar sejuk before potong.


ok jom layan gambar pulak!

Whip cream yg selalu ku gunakan adalah jenama Gold Label. Memang setia dgn jenama ni sejak azali sebab sedap. Siapa yg nak buat topping kek dengan fresh cream, sila beli 'non'dairy' whip cream ok, jangan guna 'dairy', nanti topping anda tak cantik (tak set dan keras). Harga makin mahal, dah naik rm2 berbanding dgn tahun lepas (sigh**). Nampak kitchen scale merah comel di sebelah kanan anda tu? Haaa scale murah saja, tapi masih bertahan sejak tahun 2005 (yer sejak kali pertama ku menceburi bidang baking ni :p)


Lapisan choc brownies dah masak. Sekarang letakkan lapisan cheese di atas dan bakar semula ye hingga cheese masak.

Close-up sikit....sudah dipotong dan bersedia utk dingap!!


Loyang 10'x10'...memang puas lah bila buka fridge setiap hari nampak brownies ni :)
Nota kaki:
1. Version brownies kali ni agak kureng rasanya (kurang moist and very dry) sebab daku ter'overbake' brownies tu dlm 10-15 minit. Yelah sambil buat brownies buat jugak tiramisu, pam susu, kemas rumah, monitor share...last2 terlupa brownies yg tgh bake dlm oven uh uhhhh.
Jadi bagi anda yg ingin mencuba, ingat yer jgn overbake nanti brownies anda kurang moist dan kurang umphhh! Walau bagaimana pun, saya berbesar hati sebab komen dari en suami --> ok jek pada kite still sedap!...(TQ Yang i lapp you!)
2. Perasan tak tiada corak marble di atas lapisan cheese? Sekali lagi saya terlupa nak tinggalkan sedikit adunan coklat utk dilorekkan di atas cheese. Jadi peringatan buat anda semua, jangan lupa tinggalkan sket adunan coklat anda. Selayaknya version kali ini dipanggil 'choc cheese brownies' saje...kena buang perkataan 'marble' hehe
Next resipi ---> Tiramisu
tungguuu!!!

10 February 2011

Photobook for Nek Umi's Birthday

As promised, here goes some of the pages taken from the finished Photobook, which i intend to give it to my mom on the upcoming weekend (tak sabar!!!) as her belated birthday gift. I guess this is something special (not the usual handbags, clothes, watch, shoes,etc that i had gave her previously), as the book features pics of her grandsons (not forgetting myself n hubby as well haha tukang sibuk je eh??), and she got to see their pics whenever she misses them.

The cover, featuring my 3 little boy..using 'Sephia' pic mode. The background is already embedded in the Photobook's software. Font courtesy from Semah...tq dear!!

The first aka welcoming page. The most recent pic taken purposely for this project. Firas with his usual cheeky face, Ammar yg blur like always, and my eldest, Idlan who just lost his 'gigi kapak' to his deskmate :p

My eldest Idlan Farhan, the breech baby - obedient and a very cautious boy in everything he does

Followed by Amir Firas, the induced baby, who shares the same birthdate with me, born on the 2008 Olympic day held in Beijing - the mischievous and 'naughtiest' amongst all!

Last but not least, my lil 4 mo baby Ammar Fitri - a very demanding baby i'd say, 'melekap' saja kerjanya :p

One of my favourite pages

Ni wajib letak, since my mom didn't attend my convo sob sob!

Singapore trip in 2009


our small family - with my brother n adik

GC trip last year - when i was 4 mo preggied to Ammar


right page - my favourite pic featuring the eldest two, taken at Currumbin Wildlife Sanc.
And these are purely for my personal reference:
11x8.5 Medium Landscape Imagewrap
Paper: 190gsm Photo Lustre Paper - Free Upgrade
Cover: ImageWrap Matte Lamination
Shipping Method: Standard Courier
Order Total: RM165.60 (delivery charges is RM15)
p/s: The price is after a 40% discount if you become their Facebook fan. The voucher code is available on their FB site.
My layout is pretty simple, not as 'hebat' as my sifu Semah hehe.
Yours can be much more attractive if you got ample time to work on it, and of course with lil bit of creativity added in. Me, being an ex-accounting student is not that creative enough, in fact i missed out the "Preview" button and only noticed it after i safely uploaded my project...sangat lah lemau hukhukk!!
So teruja tak anda? tunggu apa lagi silalah mengambil langkah pertama anda sebelum terlambat cewahhh (rasanya patut claim dari Photobook tak pasal special entry khas ni hehe cam ambassador tak bertauliah pun ada :p)

09 February 2011

It's Matched!

I placed a queue at 3.900 since the market opens at 9am. I waited till 1.30pm, and the movement is quite slow, in fact the price decreased and bounced, highest at 3.850. And now when i checked, the highest is at 3.990!! adessss rugi rugi!! Definitely my selling was matched when i went out to Yummie just now, or probably when i was busy making my cheese brownies.

ahh beginilah kehidupan!! (tiru nada macik2 ofis ku yg suke ckp slang Jawa :p)

Apa2 pun, masih dpt untung. Yang awak jgn marah kita tak grab the highest profit yer :p
Kalau melekap depan lappy 24 jam confirm dpt match at the highest price...tapi ku bukan remisier atau pun pemain share tegar wahaha

p/s: sedapnyer bau brownie dlm oven...tak sabar nak ngap!!

ramblings 123

I'm taking EL today. Mind and body totally exhausted, be it at work or home. I had migraine since Monday evening till now, had 3 dosage of ponstan already and i guess today it's time for me to just stay at home, get enough rest, and off the mind from office work and issues. It's only 9.09am, and so far i'm done folding 3 big 'bakul' of clothes (a major achievement i'd say haha, and thanx to my hubby who never fails to run the machine and hang the clothes, luv you Yang!!). It really stressed out when you came back and see loads of baju bertimbun2 on the sofa, untouched and waiting to be folded huhu. I'm done sweeping the floor, wipe the 'very' thick dust on my tv cabinet and coffee table...clap clap again to me!! Now it strikes my mind, is there any mommy out there who purposely takes leave just to clear up the house chores?? siapa ada angkat tangan! :) Hopefully things will be back under control when Ammar gets bigger, now he is still small, knows nothing except 'berkepit' for hours the moment we got back home. It takes 1-1.5hours just to put him into sleep, by the time he's settling down i am just too tired to do anything, in fact i've missed to sterilize his bottle for days already, what more to spend time to talk to Idlan about what happen at school during the day.

Bored already with my ramblings? hah that's me, when i started 'membebel' it can goes non-stop but what the heck, to blog it out is one of the way to let the burdens off the shoulder, apart from munching chocolate bars, which boost out your energy and reduce stress, tak percaya sila cuba! hehe

By the way, let's take a quick peek at below screen, the market is booming and is picking up peeps! I am thinking of letting go some shares but is still undecided at this moment. Perhaps i'll continue monitor for few hours and take action before the end of the day :) This is the good thing when you're at home - boleh blogging, boleh main share, boleh kemas rumah, boleh baking....see what a bless if you're a WAHM. No one to monitor, or peep at your screen to check whether you're doing your office work or something else hoho.


Oklah, i'm off for now. Wait for my next update on the finished Photobook ok.

p/s: was thinking to bake marble cheese brownies, or just a simple blueberry muffin, tapi malas nak pergi beli barang...how mehhh???

08 February 2011

Stock clearance!

Assalamualaikum peeps!
We're currently doing stock clearance from time to time...
to make way for the new upcoming stocks of course :)
So hurry and visit http://yatiscloset.blogspot.com for our latest offer ya!
Have a nice day!

07 February 2011

Photobook sudah sampai!!!

No pics for teaser, makcik bz banget hari ni. Pagi tadi parcel dari Gdex sudah terima, tapi time lunch hour baru sempat bukak. Tapi sifu ku Semah sudah dpt special preview tadi :p

Photobook shipped out on 2 Feb, today 7 Feb dapat.

Nantikan preview bergambar dlm next update saya ok!

Chiow chin chowww!

p/s: tak sabar nak pergi rumah Umi weekend ni dan hadiahkan ini kepada dia...sure nek Umi hepi, hopefully as happy as i am when looking at the finished product :))

02 February 2011

Muffin Coklat

Baru selesai membuat ekspres muffin coklat, kenapa ekspres sebab guna muffin mix yg dibeli dari Yummie Bangi. Teringat zaman dulu, masa mula-mula nak menjinakkan diri dalam dunia baking, selalulah pergi ke Bake With Yen di Puchong untuk beli muffin mix ni. Tapi bila dah pandai cari resepi sendiri dari internet, mama dah tak pandang la mix ni lagi :p

Hari ni, buat kesekian kalinya mama terpaksa buat muffin guna mix, pastinya sebab kekangan masa dan perkara lain yg lebih penting perlu dibuat dan diselesaikan. Senang guna mix ni, campak2 dan pukul sekejap je, terus siap.

Bahan2:
muffin mix 500g
egg 200g (lebih kurang 4 biji telur size A, mama guna size B, so bila timbang jadi 220g)
water 100g
corn oil 180g
choc chip 90g

Caranya:
Masukkan kesemua bahan, pukul rata dalam 5-10 minit, kemudian boleh terus masukkan campuran ke dalam cup. Choc chip tu jangan dipukul yer, gaul sahaja dlm campuran muffin tadi.
Bakar pada suhu 180 celcius, 15-20 minit bergantung kpd oven anda.

Mix sudah siap, jadi masukkan saja choc chips tu dan gaul rata.

Boleh tambah choc chips extra di atas muffin utk rasa yg lebih umpph, kanak-kanak pasti suka!

Hot from the oven! Nak rasa extra coklat lagi, silalah cari Hershey's chocolate syrup dan siram ke atas muffin anda....wowiiee sangat sedap!!

Muffin ni mama saja buat utk dibawa bekal utk perjalanan pulang ke kedah esok pagi. Jalan jauh, mesti kena spare makanan banyak2 dalam kereta betul tak? Niat di hati teringin nak buat marble chocolate cheese brownies, tapi bila fikir banyak benda nak kena settlekan hari ni, lupakanlah niat tu dulu. Esok bila Ammar dah besar, insya Allah nak mengaktifkan diri kembali ke dunia baking!







01 February 2011

transporting the milk

We'll be going back to Kedah this coming Thursday until Sunday. It keeps on raining nowadays, as such our most greatest fear amongst all is black-out when we were not at home. Further from past experience our taman will be in the dark especially when it rains heavily. Hubby threw out the idea of transfering the EBM to my mom's house, temporarily, at most for a week until we get back home. Surely my mom's freezer space is not enough to accomodate all those EBMs, as such we will be transporting the EBM, together with the deep freezer (zue, freezer awak akan berada di rumah mak kite for a week hehe).


1. First i bunk in all the EBMs into paper bags, later it'll be easier for us to empty the freezer and carry it into our car. Plus there is a risk that the container will break if we carry the freezer without emptying it. Got 5 paperbags altogether, stock from December 2010 till January 2011.

2. Process of inserting the paperbags into the deep freezer. Previously the EBMs are stacked-up one by one inside it...kalau angkut dlm kereta confirm tunggang terbalik nanti :p

3. So tomorrow morning the EBMs will travel all the way from Kajang to Ampang, and is staying there for good for a week :)

4. I still spare some EBMs (about 60 containers) that can last for 2 weeks inside our freezer, this to accomodate Ammar's need at daycare for the whole of next week (sementara kami pergi ke Ampang utk ambil balik the freezer).

That's the plan for our upcoming 'balik kampung' trip. Planning is very important isn't it?

Can't imagine what's gonna happen if we just leave the milk, the house got black-out and the milk got defrost and rotten just like that. Uhh habis penat lelah mama mengepam for the past 4 months, mesti sedih kan!!

Have a nice holidays peeps!

Restoran Mohd Chan Abdullah

It supposed to be Red Wok, our plan that has been planned since last week. But my oh my, the restaurant closed for CNY (it's a Chinese Muslim restaurant btw, serving korean style steamboat buffet, chinese cuisine ala carte, and many more). We wandered around the adjacent area, trying to find other restaurant that looks a bit outstanding or special than others, but none unfortunately. So finally we decided to dine in at Mohd Chan Abdullah, taking into consideration their special dim sum and pau that we've tried several times before.

Here goes our orders of the day.......

Seafood tomyam RM10/bowl

Siakap steam RM32

Salad + curry leaves...apekah?
haha sorry it was butter prawn actually, bila dah habis baru teringat nak snap the pic :p
RM18/serving

Our comment:
The Siakap steam is so-so, gravy dia tak cukup power, rasa kurang masam. The fish is no doubt very fresh, and taste sweet. The serving is suitable for 3-4 person actually, hence it took us quite some time to finish up the whole fish. Kenyang macam ular sawa! The tomyam is ok, but i guess nothing can beat Malee in Dengkil (still the best!). The butter prawn, ahh i guess no lengthy explanation is needed, mmg sedappp...tgkla cuma tinggal seredak jer baru teringat nak ambil gambar :p
Not in the pic:
Dim sum (price: RM3.80 for 3 pcs). This time we chose chicken carrot dim sum, mmg sedap!
Pau (Price: RM1.80/pc). The size is quite small tapi sedap, sila cuba ok!
Next review shall be Red Wok, a newly-opened restaurant in Kajang Impian. Tunggu!!!