01 April 2011

solid food baby

Ada rakan pernah bertanya..
"ehh boleh ke baby baru 6 bulan dah makan bubur?"


Lepas tu ada sahabat lain pula bertanya...
"eh tak lekat ke kalau awal-awal dah kasi makan bubur?" Saya kasi nestum je, halus senang baby nak telan....rasa pun sedap!


Uh uh...dengan gembiranya saya menjawab.....
"boleh makan bubur...kena blend sampai hancur la"...

bak kata omputih, blended to its finest texture! hehe

Tak susah nak buat home-made baby food ni sebenarnya. Pokoknya, kena rajin sedikitlah tu je ngeeeee.

Mula-mula, kasi plain porridge.
Lepas tu, bolehlah campur dengan carrot, bayam, brocolli, kentang, dan labu. Kemudian boleh upgrade kepada ayam, ikan, daging (daging ni lambat sikit yer takut baby susah nak telan).
Nak lagi kelas...bubuh ikan salmon (macam yg saya buat utk Idlan dulu hehe). Kalau tak nak bubuh sayur atau lauk, boleh campur dengan buah-buahan seperti epal, pir, dan tomato.

Kita kena blend sampai hancur yer, baru lah senang baby nak telan. Sebab baby takde gigi lagi, macam mana dia nak kunyah kan. Kot terlekat kat anak tekak tu ishh tak ke haru dibuatnya, boleh jadi kes emergency tau! Kalau lepas blend masih tak hancur (kes guna blender besar jadi masih ada sayur/lauk yg tak dimakan oleh gigi blender tu), kita kena tapis. Guna je penapis teh dekat dapur tu mama, selesai masalah :)

Takde masa? ish masa boleh dicari. Jika dulu saya bangun pukul 5.15 - 5.30am, sekarang ni saya kunci jam pukul 5.00am. Awal sedikit je la dari dulu but it does make a big difference tau! Sambil masak bubur, saya mandi, kemudian pam, kemudian kemas bag ke taska & cooler bag, dan macam sekarang, sempat lagi tu saya update blog kih kihhh :p Alaaa sementara tunggu Subuh masuk la. Kata orang putih lagi, utilize your time to the maximum.

So far, sejak zaman Idlan dan Firas lagi saya masak setiap pagi. Saja nak kasi anak-anak makan masakan yg fresh. Tapi kalau tak sempat, jangan risau. Mama boleh buat frozen food siap2. Masak banyak2 time weekend, dan frozen kan. Bila nak makan, just defrost dan heat up dlm microwave. Senang bukan?

Kalau puree buah, memang saya buat stock frozen untuk seminggu.
Tapi hari ni, kes tak sempat, saya belasah campur epal dalam bubur nasi dan masak sekaligus...opss kira main short-cut habis la ni hehe

Faedah home-made baby food:

uishhh banyak tau!
Jimat duit, masakan segar, tiada perisa tambahan (gula/garam/pengawet), air tangan ibu, ...hmm tak sempat fikir dah....Subuh dah masuk tu saya nak solat dulu!



Bekalan Ammar pagi ni - fresh EBM+ 2 container solid food (porridge+apple). Lagi 1 container simpan petang utk mama suap lepas balik ofis :)

31 March 2011

kena tahan polis

Isnin petang - kena tahan en polis depan plaza pantai ni sebab potong Q untuk masuk ke susur Seremban dan speeding. Terus laju saya menjwb... "sorilah encik saya urgent sgt ni dah lambat nak amik anak dekat taska". Mujur en polis baik dia lepaskan saya dan tidak keluarkan notis saman :) Moral of the story - lenkali agak2la meeting jgn abis lambat sgt!! Caution: Next time saya dah fikir nak guna alasan ni pulak.... "sorilah encik baby saya dah menangis mengamuk ni susu dah habis saya kena rush balik susukan dia sebab saya fully breastfeed!" --- Itulah hakikat kerja di KL. Saya mengaku saya bukan pemandu berhemah dan sentiasa mengikut peraturan. Most of the times memang saya akan potong Q kalau depan ofis ni dan of course drive laju untuk balik amik anak-anak di taska. Anda pernah kena macam saya tak? hehehe

28 March 2011

Fruitful yet a tiring weekend

1. My lil Ammar turns 6m this weekend. He starts solid on Saturday, in which i made for him a plain porridge (no salt, no nothing, only rice hehe), blended to its finest texture. He doesnt seems to like it, probably due to its plain n dull taste (hoho!), but overall i think he kinds of enjoying this first experience. The next day i made some apple puree and mix it with the porridge and walllahhh, he enjoyed every bits of it :p Ini budak suke mkn manis2 nampaknye! (ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi hihi).

I am one big boy already! Sudah meniarap dan angkat2 badan...dan suke sgt menjerit!!


2. Baked this plain cheesecake with ganache...one for Tini, another one for us of course wink wink* Dapatlah kasi jiran depan rumah sket...kira settle hutang dgn Tini dan jiran :p. I woke up at 2.30am to prepare the cake, and slept right after subuh. While waiting the cakes in the oven, i managed to fold 2 big baskets of clothes, and do some ironing...gigih seh!!


i like the pineapple shape most...:)

3. We started to potty train Firas this weekend. Overall summary, accident 3x atas pelapik kaki, seluar tukar 3-4x, ulang-alik ke toilet for so many times i lost count already (dia sgt suke pegi toilet sbb nak main air sama), but in conclusion i think he's doing great so far. Dia suke 'pee' sikit2...jadi kerap la pegi toilet. There was a time when i was upstair trying to put Ammar into sleep, and guess what...Firas buang air besar dan si Abang yg tolong basuh!!! hehe bagusnya abang Idlan ni yg mama bangga nih :) Anyway abah tiada di rumah semasa kejadian sebab pegi ofis.

4. Our pond-refurbishment project almost 90% completed. Abah sudah 'shelek' balik kayu tu, cuci kolam, dan susun batu.

Berkilat balik...nampak cam baru kan? credits to abah!!!


my eldest 2 yg bz tolong abah sama :)


Batu kecil cuma letak atas air pancut tu, batu dalam kolam dikeluarkan balik...senang sket time nak basuh dan tukar air kolam tu nanti. Abah kata nanti nak beli fish letak dlm tu.


railway station dan 6 pcs of stepping stones. Later abah akan arrange batu2 kecil putih dan kelabu utk buat border di keliling pond ni...so that's the remaining 10% of the incomplete works :p

Fruitful and tiring am i right?

See i only have the chance to update this blog at 3am++ in the morning.

Update tetap update!! :p

24 March 2011

Idlan - Keputusan penuh ujian semester pertama

Idlan bawa balik report card hari ini.

Total subjek - 9
Total markah - 824/900
Purata markah - 92%
Kedudukan dalam kelas - 16/34

Terbeliak mata mama dan abah bila tengok kedudukan dalam kelas tu!
Sangka kami, result idlan dah kira ok..sebab dapat semua A kan.
Alih-alih..dapat nombor berbelas-belas tuuuu :p

Kitorang cakap kat Idlan, kena usaha lebih lagi...sebab kawan-kawan Idlan ramai yg terer belaka!! hehe

Abah cakap 1A dapat seringgit...tapi abah kasik RM10 (suruh masuk tabung tak boleh belanja).
Mama pun kasik RM10 jugak...kira fair and square la ni :p

Hmm lepas ujian 2 minggu lepas mama dan abah terus stop ajar idlan.
Idlan mmg lagi sukala...makan tgk tv tido main..tu je keja dia.
Nampak gaya lepas ni kena konsisten ajar balik la kot.

Abah cakap kat idlan..."dulu abah dapat no 1 atau 2 je dlm kelas...tak pernah dapat nombor banyak."
Mama pun sama.
Harap-harap genetik tu akan menurun kpd anak bujang kami ni ameen ......

Supermummy Fab Links

Walllaaaahh, my sales blog has been featured by Intan in her Supermummy Fab Links, thanx dear!! So wait no more peeps, this Mothercare red polkadot pre-walker shoes surely gonna be a good catch for your lil' one :) Visit here for details yer nite nite!



22 March 2011

solid food

Ammar is entering his 6-mth phase this coming weekend, how time flies!!
Which means extra work for mama since i need to start preparing his solid wink wink*
It's been a long time since i last cooked porridge, blend it to its finest texture, prepare apple and various fruit purees, and many more.

For a start here goes Ammar's going-to-be food checklist:

1. apple puree - wish a bit dash of cinnamon powder, wallah sure sedap!
2. carrot puree
3. potato puree
4. brocolli puree
..........
and of course, blended porridge.

uh uh takleh pk dah.

Jom sarap dulu lah :)

21 March 2011

Cheesecake with ganache

Kes lepas geram sebab blackforest tak jadi. So i made some effort to bake this plain cheesecake, which later was topped with ganache. Puas dpt mkn kek hasil air tangan sendiri...lama dah tak buat cheesecake kan :) Kiranye this was my first cheesecake of the year 2011 hoho..ala-ala kick off gitew :p


The assorted chocolate shapes were first meant to deco the blackforest cake, tapi dah blackforest tak jadi..belasah letak atas kek ni

kids will always being kids...yg first diterkam adalah choc shapes tu la!

3 slices dah selamat ngapp...si firas pulun coklat ketul tu je kek langsung tak layan huhu

Ok next time mama tetap nak buat blackforest...kali ni kena make sure sponge cake tu menjadi kalau tidak rugi sebab guna telur banyak wooo!

18 March 2011

no Blackforest no nothing!

Sengaja ambil cuti hari ni utk merehatkan minda dari kerja2 ofis, lagipun cuti masih banyak berbaki (gosipppp --> dgr kata tahun depan tak boleh carry forward leave hoho). Seperti biasa, kalau mama cuti, antara aktiviti wajib yg dilakukan adalahhhhhhhhh....pergi ke Yummie dan baking!!! :)

Konon nak buat blackforest cake, sebab esok nak pergi rumah nek Umi...dan kek blackforest ni mmg favourite nek Umi. Lagipun ada setin blackforest elok terperam dlm laci kabinet yg dibeli sejak tahun lepas kuikui....kes tak sempat guna sebab dah deliver Ammar :p

Untuk kek tu, mama beli sponge cake mix perisa coklat. Ikut instruction cuma perlu tambah telur, minyak jagung/melter butter, dan air. Campur sahaja kesemuanya dan bakar. Tapi anda tahu apa jadi dengan kek mama? bantat okay!!! Tak spongy, tidak berongga langsung! Cuma 1/2 of the cake yg cantik elok naik macam kek span, the rest macam kuih bingka, padat giler (ok jgn gelak yerrrr). Iskkk tension giler mama, rasa pun fail. So kek tu mama buang terus...tak selera nak makan. Gambar? iskkk of course tak teringat nak snap sebab geram punya pasal. Tak tahulah apa yg silap kali ni. Ni bukan first time beli cake mix ni. Dulu pun pernah beli ok jer nothing went wrong. Sedih sangat. Dahla time buat kek tu mama siap call nek Umi cakap 'esok dik nur nak bawak kek blackforest'. Ha itulah sape suruh declare awal-awal...sekali kek tak jadi malu sajerkk...frust macik tau huhu (dahla membazir telur 9 biji plak tu!).

Sampai sekarang masih terkilan. Mau tidaknya, mama dah siap buat coklat hiasan bentuk love , daun, sea shell, flower, corn, etc semata-mata utk letak kat atas kek. Alih-alih kek nya tidak jadi...so coklat ketul2 tu elok je menjadi santapan kekanak berdua tu petang tadi hoho

16 March 2011

She's drop dead gorgeous, but tell me she is not!

Omg omg i blame it to kak Nieta for introducing me this website.
Sebelum tidur sempat lagik tu browse2 dan dussss, i landed on this piece and omg, this again what we called 'love at first sight!'.

DKNY Signature Hobo Khaki/Red

Last year i promised to Mr Hubby to 'puasa' from buying Coach for a year. Now it's 4 more months to go to complete the one-year cycle and see, i bumped into this red piece pulak danggg!

Soalan lazim:

Perlukah? of course tidak.

Haruskah? emm macam harus sebab takde hobo lagi in collection.

Mampukah? emm bila tengok status account sekarang, memang tak mampu tambah2 dah masuk tengah bulan ni kan :p. But when i think of the upcoming salary, atau bonus yg bakal tiba sebulan dua tu lagi, uihhh rasanya macam mampu hihi.

Urgent or Important? sangat urgent ni, sebab ada 4 pcs je lagi yg available, sape cepat dia dapat. Tapi mmg tak Important la iskkk

Justification?

1. reward diri sendiri setelah penat bekerja (slalu guna alasan ni, tapi betul kan??)

2. i never have anything red in collection, be it hobo, satchel, carryall, swingpack, or any of the kind. Red sling ada laa hikhik!

3. Hah talking about my red ring sling (RS), aihhh this piece definitely gonna be a perfect match with my RS. Surely this hobo is lightly weight and easy to carry anywhere with my lil Ammar. Can imagine or not? uishh rasa cam comel!

4. oh tak bley pk dah...sebab nak pi sarapan dulu.

So peeps, care to help me again to decide?

Recommendation plizzzz!!

She's drop dead beautiful, isn't she???

14 March 2011

undecided..and still I am

~ signature rose~
Simple isnt it? But i like the trim rose color and that leather tag in rose,
as it's one of my favourite color.

~ legacy stripe~
Back to legacy? hah i've always wanted the multicolor legacy stripe tote, but if i cant get the tote, dpt pegang the wristlet pun dah good enough kan :p

Masih pening and can't decide.
This is when you were being spoilt with too many choices on the ebay.
Too many that you cant exactly decide which one to go.
So care to help me to choose peeps??

p/s: the kids are going to a waterpark today with their cousins that've just arrived from kulim last night. My mil and sil are going separate way... shopping of course! and me follows neither the kids nor my mil, simply bcoz i am down with fever since saturday huk hukk sedey!!

09 March 2011

Idlan dan ujian penggal pertama

Uish ni kira sebagai entry tertangguh. Ujian penggal pertama dah habis minggu lepas, tapi baru hari ni mama sempat nak update.

Style ABIM, buku aktiviti (buku tulis & workbook yg besar tu) kena tinggalkan dekat sekolah, jadi mama dan abah confirm tak tahu apa yg anak dia dah belajar so far. Seminggu sebelum exam, diorang bz praktis utk hari sukan. Mama punyelah byk kali pesan dekat Idlan "minta cikgu kasi bawa balik buku exercise tau'. Tapi pesan punya pesan sampai ke hari sebelum exam mmg tak bawa balik buku tu, tak pastilah cikgu tak kasi bawa balik ker....atau si anak yg tak minta pada cikgu :p

Jadi kami cuma ajar idlan berpandukan buku teks sekolah. Seminggu sebelum exam baru start ajar dia, agak kelam kabut jugaklah. Ala-ala intensive coaching gitu (last minute la katakan exactly macam style mama dia time study dolu-dolu hihi). Setiap mlm spent around 15 minutes utk 1 subject. Tak boleh lama sebab by 8.30pm selalunya idlan mesti dah nak tidur..penat praktis sukan katanya (mmg betul pun!).

Come the exam week, setiap hari mama tanya...macam mana exam boleh buat tak?
Jawapan standard dia...ntah, atau boleh kot.

Mama mmg sgt tak sabar nak tahu result dia...cuak pun ada sebab ni kiranya 1st time Idlan di expose dgn sistem peperiksaan. Selalu pesan dekat dia, jawab laju jangan tulis slow nanti tak cukup masa. Lepas siap kena check balik semua jawapan...dan pelbagai lagilah pesanan kami hihi.

Now the results time....

Antara remarks yg diberikan oleh si anak:

- idlan dpt 100 utk sains tau mama...cikgu kata dpt no 1.
- ada kawan idlan dia dapat C utk bm.
- idlan dpt 37 utk english (mama terus terjerit haaaah 37 tu fail la tuhhhh. Tak sabar nak sampai rumah tengok kertas jawapan dia!)
- idlan dah dpt kertas bm, maths, jawi, etc. Bila mama tanye dapat berapa...dia jawab "ntah".
Mama terus terlompat lagi tanye dia...iskk idlan tak nak tahu ke idlan dpt berapa...tak kisah ke dpt berapa? Dia senyap je tak layan bebelan mama....grrrrrr.

Now the real results:

BM kertas 1 - 96
BM kertas 2 - 92
Sains -100
Maths kertas 1 - 21/25 =84
Maths kertas 2 - 25/25 = 100
English paper 1 - 37/40 rupanye bukan 37/100 hehe so jadi 92.5
English paper 2 - 33/40 = 82.5
Al-Quran - 92
Arab - 84
Jawi - 92
Pendidikan Teras Islam - 90

Overall, kebanyakan yang dapat salah tu was due to careless mistakes, ataupun salah utk soalan yg senang2 jer.

Like example for Maths:
ejaan empat dia tulis jadi 'epat'
0 lebih besar daripada 1
ular mempunyai berapa kaki? dia tak jawab sebab katanya "manalah idlan penah tengok ular mama!"

Soalan English dia banyak salah dekat 'rymes'...acceptable jugakla sebab agak tricky.

Untuk BM antara yg salah:
1. Bukit Bendera terletak di............(dia jwb Gunung Kinabalu)
2. Gunung paling tinggi di Malaysia ialah........(dia jawab Pulau Pinang)
3. Tempat tinggal binatang bagi ayam ialah.....(semak/reban). Idlan jwb semak. Mama marah ckp 'takkanlah ayam duk dlm semak'...dia jawab "manelah idlan tahu reban tu ape". ohh ok betul jugak yer anakku ni kan orang bandar :p
4. Tempat tinggal gajah ialan .....(paya/hutan). Dia jawab paya. Mama cakap 'takkanlah gajah duk dalam paya'. Dia jawab 'gajah kan selalu mandi..paya laaaa'. Aduss mama tak terkata :p

Al-Quran dan Jawi, hmm alhamdulillah pada mama idlan dah buat yg terbaik :)

Arab - oh ni mama no comment sebab mama pun buta arab dan langsung tak reti jawab wakakaka. Part mengajar Arab pun mama serah 100% kat abah. Even nak decipher soalan tu pun mama tak reti...isk iskk pity idlan to have me as his mama!

Mama tak tahu idlan dapat no berapa dalam kelas. Tapi overall results dia mama kira dah cukup bagus berdasarkan last minute latihan intensif yg mama dan abah berikan. Rasanya kalau selalu revise setiap malam mesti dia boleh jawab dgn lebih baik. So part ni tak boleh salahkan Idlan...memang kena salahkan si mama dan si abah yg malas nak mengajar anak mereka!

Mana taknya, beberapa hari sebelum exam baru mama terkedek-kedek jumpa acik Zarid dan minta dia ajar mama pasal abakus. TQ Zarid!!!

Dan yang paling best tu, semua soalan pasal abakus Idlan dapat betul hehe hepi nya mama :p

Kepada anak2 kawan mama yg lain - Mirul, Mus'ab, Izzul, Iman, Auni, Aisya, dan ramai lagi iskkk tak sempat mama nak list kan....gud lakss yer anak2 sekalian!!! Lepas exam boleh enjoy dekat PD nanti!! :)

07 March 2011

5mo boy

baru sudah shower. Tgk tu teether baru mama belikan, tapi saya bukan heran pun isk geram sungguh mama....

red bug in action

mama suka benar snap aksi saya mulut cebik...lagi kuat saya jerit lagi mama suka!
Sabtu lepas mama dan abah bawa saya pergi cucuk (5-month jab).
Tak macho betul lah, mama baru je letak saya atas katil tu saya dah start meraung.
Time kena cucuk, huishh lagilah kuat saya menangis. Padahal masa injection 3 bulan dulu saya menangis kejap jer. Nampak sangat saya makin manja!
Oh berat saya 6.4kg. Agak ringan jika dibandingkan dengan abang2 saya dulu.
Tapi takpelah, mama cakap asal saya sihat walafiat sudahlah :)




05 March 2011

-essay mode-

Seksanya nak menghabiskan 10 soalan. Setiap malam saya bersengkang mata cuba nak menjawab soalan2 ni, tapi cuma beberapa patah ayat sahaja yg mampu saya karang. Jelas terbukti betapa berkaratnya otak ini setelah sekian lama tidak diasah bakatnya. Sudah lama pengajian MBA saya tinggalkan, maka bakat untuk menulis ayat2 berbentuk ilmiah dan berbunyi intelektual sudah tidak ada lagi di dalam diri ini.

Saya sangat2 mengharapkan magik terjadi bagi tugasan kali ini. Saya kesuntukan masa, di pejabat apatah lagi di rumah.

Tadi mata sangat mengantuk, tapi bila saya mengalihkan sasaran dengan menulis blog, wahh pandai pula dia jadi segar bugar kembali.

Oklah, saya kena sambung kembali tugasan penting ini.
Aduhai berikanlah daku kekuatan.
Berikanlah daku magik yg hebat supaya aku mampu melakar ayat2 yg bombastik lagi fantastik supaya hasil akhirnya kebabooommmm.

....minta diri dulu yer :)

03 March 2011

ringgit strengthen!

Lama dah perap duit balance balik dari GC dulu. Lagi sebulan cukup setahun duit ni disimpan, gara-gara currency sgt weak tahun lepas. Tapi kelmarin bila minta staff check kan rates dekat Mid Valley, walllahhhh saya sangat hepi!

Yesterday's rate: 1 AUD = RM3.095


Ini sudah bagus! Dulu saya tukar RM3.03...tapi nampak gaya kali ni bukan saja pulang modal, tapi dpt untung sket :)

Tapi masalahnya takde masa nak pegi Mid Valley walaupun sejengkal je dari ofis saya nih hukhuk

Sape nak pegi angkat tangan!! saya mahu kirim......

01 March 2011

TM News Release

I didn't manage to catch the VC session with our Dato' CE yesterday, hence i took an effort to open up the news release (disseminated via email to the staffs) and walllahhh this statement caught my attention most......(wink wink*)

In line with its continued focus on shareholder returns and capital
management, the Company also announced a proposed final gross dividend of 13.1
sen less tax 25% or approximately to RM351.5 million on top of the interim gross
dividend of 13 sen less tax 25% amounting to RM348.8 million distributed in
September last year. TM announced its plans to carry out a capital distribution
exercise to its shareholders of approximately RM1,037 million whereby TM’s
shareholders will be entitled to receive a cash payment of RM0.29 for every TM
share held. The total payout of the final dividend and capital distribution of
approximately 39 sen or RM1,388.9 million is expected to be paid in June 2011.

Syukur alhamdulillah what a nice timing!!! Loads of things awaiting on the upcoming June (read: cash outflow) and this is just perfect :)

Cara menambah susu dengan Fenugreek

Ramai ibu-ibu yang kata bila makan Fenugreek (halba) nanti susu ibu akan bertambah.
Jadi dulu saya memang sangat teruja nak membeli Fenugreek di saat stok susu perahan buat si kecil Firas merudum. Inilah rupa Fenugreek yg saya beli di GNC di Mid Valley, 610mg with 100 capsules for RM62.90, mahal giler kan??? harga tu back in 2009, sekarang saya tak pasti.

Saya makan 1 capsule each day, as recommended by the bottle label. Tapi malangnya hasil tidak memberangsangkan, susu saya tidak bertambah pun, sama seperti sedia kala. Jadi selepas beberapa minggu saya makan pil ni, saya terus decide utk stop sebab tiada effect, dan rasa dan baunya tidak sedap! Sebab itulah pil ni masih banyak berbaki sehinggalah si kecil Ammar dilahirkan :p

Dan pagi tadi, bila saya blogwalking ke blog mama Iman, saya terbaca artikel beliau tentang Fenugreek ni dan rupanya Fenugreek ini elok dimakan banyak, dalam 5-10 biji setiap hari, barulah boleh nampak hasilnya! Adusss maknanya amalan saya sebelum ini dah salah, lepas tu membebel seorang diri cakap 'Fenugreek takde effect!' hoho. Anyway thanks to mama Iman for her awesome review on this herb!

Saya sambung baca lagi, dan dusssss rupanya ada yg menjual pil ini dgn harga yg jauh lebih murah. Sila klik sini untuk mengetahui dgn lebih lanjut.

Saya bandingkan harga dari website di atas dgn harga yg saya beli di farmasi GNC tu, mak aiiihh beza dekat 3x ganda tuuuu, which translates to a significant saving i tell u!!
Jadi hari ni, saya makan 1 biji pagi tadi selepas breakfast, dan 2 biji lagi sebelum lunch. Malam nanti wajib makan lagi. Nanti bila ada significant effect saya akan kongsikan hasilnya ok :)
p/s: membaca itu jambatan ilmu, tak sempat baca paper tapi blogwalking pun jadiklah hihi. Now who says blogging is a waste of time and unproductive?

28 February 2011

Marilah minum air longan!

Dulu masa zaman Firas, mama ada cuba minum air longan time hasil susu merudum, tak silap masa Firas umur 10-11 bulan kots. Masa tu sibuklah baca forum susuibu dan sebagainya dan cari apakah makanan/minuman yg boleh tambah penghasilan air susu. Masa tu mama cuba buat air longan+red dates (kurma merah), tapi erkkk red dates tak sedaplah hoho. Mama cuma minum for few weeks sahaja, kemudian stop. Result? Memang ada pertambahan positif ke atas total output mama tapi takdelah banyak sangat, rasanya dlm 1-3oz je kot. Tapi itu sudah cukup bermakna buat mama! Mama ada juga makan pil Fenugreek, tapi pil ni takde effect pulak ke atas mama...lain orang lain effectnya ok.


Kali ni, nampak gayanya mama kena start minum balik air longan....sebab Ammar minum average 24-27oz daily, tapi output mama merudum sejak dua menjak ni. Hasil susu mama tidaklah semeriah mommy2 lain, seperti mommy Ariff, atau mommy Elyssa (yg sekali pam boleh dpt 10oz, tapi mama maksimum sekali pam 7-8oz di waktu pagi, waktu tgh hari dan petang default 5oz). Jadi cuba anda kira, di ofis mama dapat dalam 17oz, pagi sebelum keluar ofis 3oz, total = 20oz. Waktu malam kalau mama rajin bangun dapatlah lagi 3-4oz, tapi kalau mama malas? hehe sendiri mau ingatlah!



Inilah rupa longan kering (dried longan). Mama beli dekat kedai Eu Yan Sang di Jusco, 200g for RM10.60..agak mahal la sket drpd beli dekat Giant/Tesco/kedai senseh yg tidak glamer :p


Basuh dan toskan airnya yer...

Rebus dalam periuk hingga buahnya masak..rupa macam laici kan? Seperiuk kecil tu mama dapatlah bubuh dalam satu bekas air + 1 mug (utk diminum waktu mlm). Mama simpan dalam fridge utk dibawa bekal ke ofis esoknya.

Rutin harian mama- cooler bag, bag laptop & handbag. Nampak botol Castrol merah yg cun tuh..hah dlm tu la air longan mama. Berat betul nak mengangkut barang2 ni setiap hari...tapi nak buat macam mana, nasib wanita bekerja hoho..tu belum masuk beg nursery kekanak lagik tuh. Sebab tu lah penting datang awal ke ofis, supaya dpt parking free, supaya tak payah nak jalan jauh sambil membimbit barang2 nih. Bayangkan kalau tetiba mama mengader nak bergaya pakai high heels, dan kena parking luar...uhhh macam mak limah lenggang je bwk byk barang sambil terkedek2 berjln control macho!
Kelmarin minum longan ni masih belum ada effect...kena continuous utk beberapa minggu baru nampak hasilnya kot....caiyo caiyo!
p/s: sekarang dapat imagine tak betapa bertuahnya menjadi 'working at home mum'...tak sakit bahu dan tangan mengusung byk barang setiap hari kan!


Ammar sudah 5 bulan

Saya sudah 5 bulan! Mama cakap minggu depan kena pegi cucuk erkkkk...


Kali ni baru mama berjaya tangkap gambar saya muka senyum, kalau tidak selama ni mesti muka saya blur sokmo...

Abang2 kesayangan yg mesti mahu menempel sama kalau mama mahu snap gambar saya :)

Mama cakap dia sayang sangat baju biru putih ni. Sebab ia adalah hadiah dari Mak Ude yg dibeli di UK, dipakai oleh abang long, abang ngah...dan sekarang turn saya pula pakai yer! Nanti mama cari gambar kami bertiga pakai baju ni dan auntie compare sendiri sama tak muka kami?
Ok sekian dulu update dari mama saya....mama cakap dia nak sambung buat kerja :p


27 February 2011

y@ti's cLoset

Salam All,
Looking for cutie lil tiny baby apparels at affordable prices?
Kindly visit http://yatiscloset.blogspot.com , my new line of business (and yes a total diversion from baking altogether haha).
Well, the fact that having a lil baby that demands full attention, plus having to take care of my two growing up kid and tod is not that easy i must say. Due to that i do not have time to spend my sweat and tears (cewahh) baking cakes, muffins and watnots for time being, at least not until Ammar turns 1 yr. As such i decided to do something else, and that 'something else' must be created out of your passion isnt it?
So baby kids and apparels it is then!
I'm now starting at a small scale, hoping that this new venture of mine will turn out to be bigger and expand to the extend i can finally become a WAHM one day. Amin. Pray for me yer!!
So wait no more, grab yours now, for your lil and lovely ones :)
Luv,

26 February 2011

breastfeeding 1.2.3

Terkesan hati bila rakan baikku ditegur dan dikritik dek kerana penulisan beliau yg agak terbuka tentang breastfeeding. Hairan bila ilmu yang bagus, yang sgtlah perlu dikongsi bersama dipersoalkan sedemikian rupa.

Kata orang putih, 'sharing is caring'. Saya fikir ramai setuju tentang pernyataan ini. Cuba renungkan, dulu-dulu berapa ramai sangatkah ibu muda yg berjaya menyusukan anak mereka eksklusif sehingga usia 2 tahun? Usahkan 2 tahun, 6 bulan pun belum tentu tercapai. Contoh terdekat, diri saya sendirilah. Idlan lahir pada tahun 2004, masa tu rata-rata di kalangan kami belum aktif berblogging (hi hi). Rakan di sekeliling..hmm memang tak ramailah yg menyusukan bayi mereka. Nak tanya pada ibu sendiri? hmm ibu saya sendiri pun tidak berapa arif tentang menyusukan bayi selepas habis tempoh berpantang, cara menyimpan stok susu, cara mengepam, pam apa yg sesuai, dan sebagainya. Nak cari maklumat di internet? emm tidak pernah terfikir pula diri saya tatkala itu (kes ignorance la nih!), makanya saya hanya berjaya menyusukan Idlan sehingga umur dia 4 bulan. Itupun bercampur dengan formula yer kengkawan, bukan eksklusif tau!

4 tahun kemudian, lahirlah Firas ke dunia. Kali ini, semasa mengandung lagi saya dah kumpul maklumat tentang bf, dan yang paling best, semakin ramai rakan2 terdekat yg berjaya bf anak2 mereka sehingga umur 2 tahun. Dan capaian ilmu di internet tentang bf sangatlah banyak, google saja dan wallahh muncullah maklumat yg anda inginkan. Forum tentang penyusuan bayi semakin byk, sahabat yg berblogging pasal bf pun semakin ramai!

Saya paling suka bila rakan2 menunjukkan gambar stok susu beku mereka. Saya suka baca macam mana mereka menyusun jadual pengepaman, pam apa yg mereka guna, macam mana cara nak tambah pengaliran susu, etc. Dan melalui blog juga baru saya tahu lobak putih boleh dibuat masak tomyam! haha jgn gelak ye, selama ni saya cuma tahu masak air, atau goreng saja (sgt bosan!).

Bila ada rakan post gambar pasal stok susu mereka, janganlah anda cakap...iskk dia ni riak sungguh nak menunjuk la tuh! Atau anda kata...alahhh macamlah dia sorang je yang banyak susu!

Sebaliknya, cuba fikir dari sudut yg positif. Isk banyaknya susu dia, lepas ni aku kena usaha lebih nih! (sebenarnya inilah sumber inspirasi dan motivasi saya, bila tgk susu mommy lain byk giler saya mesti bertambah semangat nak kumpul stok macam mereka :)

Saya rasa ibu2 zaman moden sekarang ni sgt suka baca pengalaman mommies lain tentang bf melalui blog, berbanding masuk ke website ilmiah yg menerangkan facts tentang bf (eg: kellymoms). Kata orang, bila baca experience orang lain tu terasa lebih 'real', atau lebih dekat, especially bila pengalaman orang tu exactly sama dgn apa yg kita lalui.

Kepada mommies dan rakan2 seperjuanganku sekalian, just keep on writing ok. Mungkin ada seorang dua tak suka, tapi percayalah raaaamaiii lagi yg suka baca sebenarnya. Ilmu yang bagus dan boleh membawa manfaat, rasanya wajib utk dikongsi bersama betul tak?

25 February 2011

Cars Rescue backpack

Mama beli utk tujuan bisnes, tapi bila tgk cute...isk tak bley tahan ni reserve seketul utk anak teruna ku :p

muka saya yg hepi dpt bag baru! Lepas ni boleh jadi official model mama ni :p

- front view-

Boleh visit my online shop for detail measurement ok. First batch tinggal 1 unit saje lagi...kalau ramai interested saya boleh order stok baru.

p/s: Tengok FB kesian byk kereta yg tenggelam akibat hujan lebat petang kelmarin...mujurlah saya dah lama tak pergi (read: mencari alasan tidak pergi) training di MMC kalau tidak harus nangis terduduk bila tengok kereta tenggelam nampak bumbung jer huhu!

24 February 2011

babywearing n me

Outing last Friday to The Mines...

2nd time bwk Ammar dlm carrier...carrier lama turun-temurun dr zaman Idlan :p Mama cakap takper, nanti sebelum kita fly mama tangkap satu carrier baru utk Ammar :)



Ammar tengok fish...


Posing cheeky dari abang ngah sementara tunggu makanan sampai. Abang long kat belakang tu dah tak keruan..kes lapar :p

Pose dari abang long...mulut kena tutup okay sebab gigi kapak sudah patah! hoho
Next time mama upload gambar posing dgn sling pulak yer :)

23 February 2011

EBM - chilled or frozen?

I've received enquiries many times from friends and neighbours on the way i handle my EBM for Ammar's daily needs at daycare. So here goes my routine, it might differs from other bf mommies out there but do not fret, just follow whatever methods that suits you best.

Previously during the first few weeks after confinement, i sent 5 bottles of thawed milk (3oz each) to the teacher. The night before, i will take out 5 containers of frozen milk, thaw them outside for about 1 hour and later put it back into fridge for the whole night. The next morning, i will transfer all the thawed EBM from their respective containers into bottles. This is just exactly like what i did during Firas's time, for 15 months :) Meaning, everyday i will have to wash approximately 9 bottles (5 from taska, 4 for the EBM expressed at the office).

Then, the teacher told me to do not give them so many bottles, instead just send off the frozen EBM and let them do the rest. Back then i was thinking 'waalllaahh what a relief!' since i dont have to do the thaw and milk transfer process anymore..jimat masa seh plus tak payah basuh byk botol!! Further there will be no more case where the thawed milk has to be discarded should Ammar didn't consume it (sangat rugi tau hukhukkk).

So now i just supply 8-9 frozen EBM everyday, plus a bottle of fresh EBM that i pump around 6-6.30am before i left for work. On certain occassion where i didnt manage to pump, i will give them a bottle of chilled EBM (the one that i expressed at work during day time) instead of the fresh EBM.

On top of that, i will ensure there will be buffer stock (around 2 containers) inside their freezer, just in case Ammar suddenly decided to drink more during the day :p, or for cases where i need to stay back for meetings, or stuck in traffic. Everyday when i reached taska to fetch Ammar, i will take a peep inside their freezer and check the balance of EBM so that i know how many containers i need to send to them on the following day. Indirectly i also get to know how much EBM he consumes throughout the day (again this is very important at least to me who is now on 'kais pagi makan pagi stage' kata orang hihi).

So that's it peeps.
How about you?

Ummie's Collection

Everytime saya pakai baju kurung moden ni, mesti ada yang tegur kata cantik (wink wink**). Ini batik sutera yer kengkawan, sourced originally from Kelantan. Ingat lagi dulu beli masa mengandungkan Ammar, cepat-cepat hantar kedai suruh depa jahit...sebab kes nak pakai sebelum perut makin besar & memboyot (sempatlah pakai sekali je time tu :p). Dan sekarang bila sudah slim, batik ini sudah boleh disarungkan semula ke badan :)


Kepada kawan2 yang terasa mahu memakai batik sutera dari Kelantan atau Terengganu, haaa bolehlah melawat blog umi saya http://ummiecollection.blogspot.com (wahhh ibu ku pun sudah buat biz hehehe). Semua batik diambil khas dari 2 negeri di Pantai Timur ini, jadi kualitinya pasti tip top! Kain diambil dari tokey2 batik yang berlainan, jadi usah gusar kerana setiap satu design dan color adalah unik, jadi tidak mungkin anda akan terjumpa si Ana atau si Esah yang memakai batik sama sejibik seperti anda :) Ibu saya juga ada menjual koleksi handbag dan pakaian wanita, jadi bila free tu bolehlah menjamu mata dgn klik link di atas (dan juga link di sebelah kanan blog saya ini).

Jika berminat, bolehlah contact ibu saya (she's such a one sweet lady jgn takut yer), atau kalau anda malu, meh liaise direct dgn saya...insya Allah saya boleh nego2 dgn ibu saya minta harga diskaun utk kawan-kawan (ewahh pepandai je aku muehehe sejak masuk procurement ni keje saya asyik bernego sajerk :p).

ok sekian promosi buat hari ini :)

p/s: masih tak sempat nak watch my wishlist items on eBay....sedey!!!!
Ni update blog pun pukul 2am wahaaaa!

22 February 2011

Jam selamat!

Jam ku selamat alhamdulillah!!!
Tertinggal dalam toilet di ofis petang kelmarin, balik rumah baru sedar. Tapi tak tahu nak call siapa di ofis sebab dah lambat (tak inform husband takut kena marah hehe sebab dulu dah pernah hilang jam kes tertinggal dekat toilet surau!).
Pagi ni first thing in the morning terus meluru masuk toilet, tapi dgn hampanya tak jumpa jam itu.
Terus shoot email kepada BC ku minta dia war-warkan kepada ofismate.
Dan BC ku reply inform 'jam ada pada saya'.

Adusss syukurnya alhamdulillah......

Jam Swatch hitam yg ku beli pada 7 May 2010...tak sampai setahun lagi umurnya :)

20 February 2011

Sweet Chat Cafe

5 bulan pantang makan durian, akhirnya mama kalah pada godaan Jumaat lepas. Jom kita terjah!


BBQ chicken meltie - RM9.90

Baked mac cheese - RM10.90

Scone 2pcs - RM6.90 (sangat sedap hokay, nak buat scones sendiri sgtlah leceh, so order saja lah :p)


Durian pancake - RM7.90 (a must-try, sekali cuba pasti nak lagi!)


Bubur pulut hitam c/w Tong Yuen (filling peanuts) - yg ni pun sedap!


Ice chocolate - RM8.90
Not in the pic:
Sandwich set - consists of chicken sandwich, tropical punch & bubur pulut hitam
Price: RM17.90
Dah banyak kali kami ke SCC, tapi setiap kali datang sini mesti order menu yang sama.
Menu wajib sudah tentu durian pancake, scones, mac cheese & bubur pulut hitam!
Harga dia agak mahal sebab tak banyak menu set disediakan, kebanyakan food comes in ala carte. So far yang saya tahu SCC ada di The Mines & Mid Valley...tak banyak outlet lagi di Malaysia ni tapi boleh cuba google utk check the lastest outlet ok.

kasut lagik!

Jummat selepas kerja:
Abah ajak pergi Mines, nak cari kasut katanya. Mama pantang dengar Mines, terus teringat Sweet Chat Cafe (read: their ever scrumptious durian pancake & scones!).
Selesai outing, berjaya lepas gian makan dekat SCC selepas hampir 5 bulan memantangkan diri dari durian, dan inilah hasilnya.......

------
-----
----
------
------
------








crocs Bob the Builder utk Firas....ohh dia mmg an avid fan of Bob n the gang!

and a pair of black wedges for mama! Again a case of love at first sight :p

4 inch you jangan marah, time test pakai tu try berdiri sebelah abah, kira pass la sebab abah still lagi tinggi :p My highest heel in collection kiranya ni jgn terpelecot time jalan sudahla yer mama!

Inilah yg mama benci, bila keluar orang lain yang nak cari benda tapi akhirnya orang lain yang 'terbeli' benda......ishhhh. Ini tiada dalam wish list mama ok, so definitely an impulse buying tak sukenya!! (tapi mahu :p)

18 February 2011

EBM difference...

The one you're getting from the right breast is more than the left one, or vice versa.
I am pretty sure some of the breastfeeding mommies out there do experience the same thing. I just dont have the time to look up from the net on the reason behind this. Whether it's purely hormonal thingy, or due to lack of stimulation from one side, or problems in latching, or anything.

During Firas's time, i got more EBM on the right hand side, while now with Ammar i got more from the left breast. I rotate equally between both left and right side during direct breastfeeding, hence i strongly believe my case is not due to lack of stimulation. In fact i've tried to give continuous direct feeding on my right breast for few days to see the 'after-effect' of this action but as you can see below, the result is still the same.


right breast 3oz, left breast nearly 6oz.

Whatever the reason is, it's 'fitrah' determined by Allah and insya Allah is enough for your baby...

17 February 2011

Coach Poppy Storypatch Wristlet

This currently on the top of my wishlist.
Did blogwalking last few days, and when i bumped into this wristlet, i kind of fall in love at first sight...jatuh cinta pandang pertama gitu!!

Coach Poppy Storypatch Wristlet
Dimension: 6'x4'

Lowest price in the online shop - RM200

When i look up in eBay, there are loads of sellers auctioning this item, and the price omg is soooo tempting that i almost placed a bid last night (but lucky i forgot my eBay password hence i couldn't log in haha).

What do you think peeps? is it nice?

My current wallet seriously sudah wear and tear, probably in need of replacement within this near time. But the other frugal side of me was telling...jangan beli jangan beli!! Adesss ku di dalam dilema :p

kebab Restoran Saba' Cyberjaya

Hahh mesti selalu dengar pasal Restoran Saba' kan?
Jom kita tengok salah satu menu favourite kami (on top of their signature dish - nasi arab yg lazat itewwww)........presenting....

lamb kebab with chips & salads, wrapped in pitta bread

Harga: RM7/pc

Komen kami:

Lamb dia sangatlah lembut dan sedap, cuma style orang Arab agaknya bila makan roti pitta mesti tak bubuh cili sos. Jadi kalau nak lebih umpph kena bubuh cili sos sendiri yer kengkawan!
But again, i guess nothing can beat their ever scrumptious nasi arab, makan nasi sepinggan pun tak puas! :p