29 September 2009

gambar Raya 2009 @ Junjung, Kedah


si Abang dan Adik dah ready :)


L: the 4 of us.
R: My SIL, Mak & Pruzz


Upacara salam sambil 'posing'

t
The boys with their mak ude
L: Gatal pi lunch kat Noodle Station @ Giant Kulim time raya kedua kots :p
R: Blueberry cheesecake dihidang time raya pertama..khas buat tatapan Aini hihi

L: 5 orang cucu2 Tok Wan yg dah cukup menggamatkan seisi rumah!
R: mama and the boys beraya kat rumah abg pruzz

oklah tu je kot....gambar byk lagi tapi takut korang bosan plak nak scroll down bebyk hehe....kite tunggu gambar raya di Ampang plak this weekend okie :)

28 September 2009

Citer Raya

Salam frens,

Ramai yg masih dlm raya mode ker? Saya dah selamat bekerja hari ni…first day at work after a month on mc. Ofis agak lengang, ramai yg masih bercuti rupanya.

Citer raya? Alhamdulillah sgt meriah kali ni. 8 hari kami di kedah..mmg raya sakan. Everyday kuar berjln raya melawat sanak saudara. Yang dtg beraya ke rumah pon ramai…ade yg sampai pukul 9.30pm pon ader. Penat mmg penat, tapi best…lagipun anak2 semua sihat dan cergas…so fikiran pon tenang jelah. Firas sgt behave bila pegi beraya ke rumah org…ramai puji dia baik…suara tak berbunyi. Tapi kat rumah, masya allah kaki penjerit sungguh! Tak dapat sesuatu benda dia jerit, jatuh sket jerit....sket2 jerit je keje dia huhu. Idlan pulak syiok sakan berjumpa dgn cousin2 dia Aiman dan Haikal. Almost everyday pegi rumah derang…main robot la bunga api la…sampai lupa mama ngan abah dia. Kat rumah tok, remote astro dia yg control, pagi ke petang sokmo tgk cartoon network...sampaikan merajuk2 bila abah nak tukar channel. Pagi2 naik motor ronda kampung dgn tok wan….sampaikan ade one day tu kaki dia terkena ekzos motor, so balik kl ni bawak balik parut la sket :p Today tak pegi nursery, sbb kaki dia masih berbandage takleh kena air.

Saya pula Alhamdulillah sihat walafiat sepanjang raya ni…ketupat rendang sumer saya jamah, tapi dalam kuantiti yg sedikit jela…mujur perut ok :) Berat pon dah bertambah ni hehe. Sebelum pulang ke kl, FIL ade bwk saya berubat cara kampung dgn seorang ustaz ni….harap2 dgn izin Allah gall stones yg masih tertinggal dlm bile duct saya dpt hancur, or makin mengecil. Hujung minggu ni, baru berpeluang beraya dgn ibu bapa, abang dan adik saya di Ampang…tak sabarnyer!!! Gambar raya…tunggu next entry okeh…tak bwk card reader la pulok.

16 September 2009

balik kampung jom....!

Rasanya dah ade kengkawan yg sudah mula bercuti raya. Ada sorang kawan saya tu siap cuti 2 minggu lagik tu sbb bibik pulang ke kampung halaman :p

Di kesempatan ini, saya sekeluarga (pruzz+yati=idlan+firas) ingin meminta ampun dan maaf di atas segala salah silap kami, andai terlanjur kata, terkasar bahasa dan perbuatan, minta dihalalkan makan minum kot terlupa nak cakap, dan segala-galanya la zahir dan batin yer.
Yang pulang ke kampung, drive safely, berhati-hati di jalan raya ok. Biar lambat asalkan selamat tiba di destinasi yg dituju.

Kami akan pulang ke Junjung kedah pagi esok....dan akan berada di sana sampailah ke Jumaat depan. So sape yg dekat kedah tuh...mai la raya ke umah kami ok (actually rumah MIL ku ahaksss:p). Bley pekena blueberry cheesecake barang se-slice dua...:)

Salam Hari Raya buat semua......muahssss!

14 September 2009

biskut raya # 2...

adalah cornflakes chocolate. Another easy peasy recipe yg tak payah guna mixer atau oven, so sgt sesuai utk beginner atau mereka yg tak cukup peralatan nak membaking :) Resipi ni umi ku yg kasik back in 2007, kasik thru phone je...and disebabkan senang ku cuma store dlm otak jer.

So saper nak try dipersilakan ok...jgn malu2....gerenti sedap, kekanak and bapak budak pon suker :)

Cornflakes Chocolate
Bhn2:
cornflakes
cooking chocolate
toasted almond
butter

cara2:
1. Cairkan cooking chocolate. Bubuh sedikit butter, nak kasik chocolate tu tak terlalu pekat, sticky and nak kasik kilat sket.
2. Gaulkan almond dlm chocolate tu. Bubuh cornflakes...kacau rata semua batter tu.
3. Scoop dlm paper cup secepat mungkin (nanti takut chocolate keras). Bila chocolate dah kering baru simpan dlm tight container ok.
4. Alternatively boleh jugak tabur toasted almond last skali...kalau nak kasik contra effect dgn chocolate tu :)



Sorilah saya takde measurement utk setiap bahan. Semuanya agak2 dan ikut firasat hati jer...sbb mak saya pon tak kasik measurement dia hihi. Saya buat 2x tadi...so dptla bwk balik kampung satu balang. Biskut choc chips rangup ari tu cuma tinggal separuh balang je lagi...so tak dapatla nak bwk blk kampung :p

Biskut ni senang, tapi bab nak scoop dlm paper cup tu saya cukup malas dan agak membosankan (saye lagi enjoy buat biskut terap2, or yg guna acuan...sebab ade elemen2 seni di situ hehe). Saya kira those yg ade anak dara sure seronok kalau dpt buat sama2...atau pun saper yg ade bibik ker, ha bley kasik off day bibik tak payah masak tapi tolong cik puan buat biskut raya!

Rasanya ni biskut raya saya yg terakhir buat tahun ni, sebabnya saya dah kehabisan balang biskut di rumah. Nak kluar pegi beli saya malas drive....so oven officially close for production starting from tomorrow :)

more t-shirt Muslimah up for grabs!

Nisastore updated with more muslimah t-shirts, designed by Aqeela Muslimah.
Open now for pre-order!

Salam Ramadan :)

11 September 2009

biskut hangit!

Tiba2 semangat nak buat biskut raya menjelma. Konon nak lari from the norms, ku cuba resepi baru yg diamik dari kak Hanieliza, iaitu biskut choc chips rangup (rasanye Aini slalu buat biskut ni). So proses membuat dimulakan dlm pukul 9 lebey pagi tadi...buat cuma satu adunan je sbb nak try. 2 batch dulang dimasukkan dlm oven2ku yg comel tu, and aku pon terus naik ke atas nak check email opis. Asyik sgt online sampai terlupa ku tgh bakar biskut, last2 bila turun tgk biskutku dah hangit! Adus pertama kali dlm sejarah ku buat biskut hangit, tensi sgt rasa. Dipendekkan citer, ku berjaya dpt satu balang je sbb batch pertama yg hangit tu ku sedekah ke dlm tong sampah. Komen...rasanye resepi ni kurang menepati citarasaku sbb rasa koko powder yg kuat dan biskut nyer agak kurang manis. So kalau nak buat next time bley improve lagi kot. Tapi ku suke texture dia yg sgt rangup. Rasanya, ku lebey suke resepi choc chip famous amos yg sudah dimodify many times dan menjadi biskut setiaku setiap kali menjelang raya :)

Esok lusa nak buat biskut lagi tak? hmmm tgk la kalo tak penat dan rajin :p


close up gambar biskut yg tak hangit :)

Tukar topik, ni menu yg ku masak kelmarin utk en hubby, our all-time favourite daging black pepper. Sejak kawin kalau beli daging, mesti akan masak menu nih. Easy peasy tapi sedap (kalau sendiri tak puji sape lagik ye dak hehe). Ptg ni igt nak masak kari ikan bawal. Bahan basah byk lagi dlm freezer, kena make sure sumer sempat dimasak before balik kampung :)

08 September 2009

geram

Ahad lepas sekali lagi saya diwardedkan ke KPJ, akibat muntah non-stop sejak jumaat malam. Seperti biasa, bila dah warded, saya dilarang mkn, cuma boleh mengambil clear fluids saja. IV drip dipasang utk mengelakkan saya dr terus dehydrated, dan alhamdulillah kelmarin saya dah discharged walaupun badan masih lemah. Oh saya agak terkejut bila timbang, saya kehilangan hampir 10kg sejak sakit 3 minggu yg lepas....yer kengkawan berat saya skarang sama macam berat time zaman anak dara dulu...sangatla kerempeng huhuhu

Dlm pada gembira kerana dah boleh discharged, saya diduga sekali lagi ptg kelmarin. Sebelum pulang saya meminta 2 botol EBM yg saya tumpang di fridge nursery (kali ni saya warded di tingkat 3, iaitu maternity ward). Hampir 15 minit menunggu, tetiba nurse dtg dgn membawa botol yg kosong dan baru dibasuh. Dia ckp susu saya terpaksa dibuang kerana dah expired. Darah saya dah berderau. Saya tanye, mane tahu susu saya dah expired? dia kata, sbb macam berkeladak, dan terpisah pada dua. Saya ckp mmgla susu kalau simpan dia terbahagi 2 macam tu, lapisan lemak terapung di atas. Terus saya ckp nak jumpe perempuan yg buang susu saya tuh. 20 minit kami tunggu di luar nursery, pompuan tu still tak kuar, bz katanya. Jam dah pukul 6:45pm, husband belum beli makanan utk berbuka, kami pon ke kaunter dan isi complaint form. Sambil isi tu suara saya membebel sket, agak shaking kerana menahan marah dan hampir menangis. Just imagine, saya bangun pukul 5:30am utk pam susu tu, dlm sakit dan badan yg lemah saya kuatkan semangat utk pam, alhamdulillah dpt plak dekat 11oz, padahal dlm keadaan sakit macam tu slalunye saya dpt kurang drpd tu. Alih2 senang jer pompuan b*d*h tu membuang susu saya tanpa minta kebenaran saya dulu. Kot ye pon basi ke ape ke tunjukla pada saya dulu, biar saya yg decide ape nak dibuat pada susu tuh. Mmg mangkuk ayun sungguh pompuan tuh. Habis isi complaint form, pompuan tu still tak muncul2 juga, saya kira dia takut nak berdepan dgn saya.

Ya Allah saya rasa saya dah cukup bersabar kelmarin, sekurang2nya saya tak mengamuk atau meroyan depan kaunter tu walaupun dlm hati saya marah tak terkira tuhan jer yg tahu. Mujurla saya tgh lemah, kalau saya sihat mahu rasanye saya serbu masuk ke bilik nursery tu dan berdepan dgn minah yg tak tahu adab susila dan rasa hormat pd org lain. Suka hati dia merampas hak firas, dahla langsung tak mintak maaf. Malam tadi susah sgt saya nak tido, teringat2 peristiwa ni. Kata org sabar tu separuh dari iman, memaafkan org tu lebih baik dan afdal dari menyimpan dendam. Tapi saya kira, macam mana saya nak maafkan sedangkan dia langsung tak minta maaf dari saya, just forgive and forget camtu je...aduh saya bukannya siti khadijah atau maryam yg terlalu tinggi iman dan tahan kesabaran di dada.

Itulah kisah sedih saya hari ni. Dalam keadaan terdesak beginilah Dia menduga saya lagi. Stock ebm saya hanya tinggal utk 2-3 hari je lagi. Kami dah membeli susu formula dan start top up 2-3x sehari. Firas nampak macam kurang gemar dgn susu formula, ku kira mungkin dia tak biasa lagi kot. Apa pon, saya harap susu badan saya akan terus mengalir dan jika diizinkanNya dptla saya menyusukan firas sampailah dia berumur 2 tahun. Walaupun title esklusif tu dah takder, saya redha. Sekurang2nya zat susu ibu masih dpt dirasai walaupun tak sepenuhnya.....semoga saya terus kuat Ya Allah......

03 September 2009

menu ramadhan

Pertama skali, tima kasih yer kengkawan di atas doa and kata2 semangat dari korang. Alhamdulillah saya rasa bertambah sihat walaupun badan cepat sgt letih. Tak sure la letih post-effect surgery hari tu, atau letih sbb kurang zat ahaks. Lunch dan dinner, menu saya masih berkisar kpd sup (tanpa minyak) atau ikan bakar. Nasi 2 sudu, air diminum 1/2 jam lepas mkn. Kalau silap dr regime di atas, confirm perut akan terus rasa sakit dan bloated. Bila direnungkan, seharusnya saya bersyukur, sbb saya still boleh makan ayam dan ikan, walaupun muak mengadap sup, saya cuba bertahan dan mengingatkan diri sendiri...org miskin tu lagikla, ada yg berlaukkan ikan masin setiap hari. So compared with myself, takdela teruk sgt betul tak. Jika saya makan 2 sudu, org2 miskin tu mungkin hanya dpt mkn nasi sesudu sehari...atau selang sehari...so keadaan saya jauh lebih baik dari mereka. Bila dah sakit ni, mmg byk betul hikmah yg Allah beri. Dia membuat saya semakin insaf, semakin beringat, dan semakin bersyukur dgn nikmat yg diberi. Walaupun surgeon dah kasik green light utk back to normal diet, saya still tak berani. Takut tersilap mkn akan trigger balik gastrik+muntah2 tu. So pesan pada diri sendiri, selagi bley bertahan...ku cuba la bertahan :) Kelmarin cikgu taska idlan tegur, kurusnya akak....dlm hati saya senyum jela...mahu nyer den tak kurus, selama 2 minggu hampir setiap hari nurse pricked tangan amik darah, pastu mkn nasi sket....confirm la macam org tgh diet hihi

Oh kelmarin saya masak utk husband. Kesian dia kena cirit birit seharian dek kerana lauk yg dibeli di opis. Masak simple je, tenggiri goreng cili+sup sayur+cucur bilis. Alhamdulillah habis dimkn utk sahur skali. Saya faham, walaupun simple (dan maybe tak sedap hehe) air tangan isteri tu sometimes rasa lebih sedap dari lauk di bazar ramadhan tu. Pagi tadi, husband dah ke tesco membeli sedikit ration...so ptg ni saya igt nak masak udang msk lemak serai+sayur campur cendawan utk dia. Utk diri sendiri ngan kekanak tu saya dah masak sup ayam tadi.

Sebenarnye saya rasa sgt bosan duk dekat rumah ni. Time pagi byk tgk rancangan masakan kat tv. Then belek2 resepi dlm majalah dan berangan nak masak itu ini utk husband. Saya jarang sgt online...sbb laptop dan modem di atas, dan disebabkan saya cepat letih so malasla nak turun naik tangga.

Nanti esok lusa kalau rajin saya postkan resipi yg saya collect from tv okeh :)
Selamat berbuka!

01 September 2009

admitted lagik...

Dugaan dtg lagi. Selasa lepas tiba2 aku diserang gastrik yg teruk dek akibat terlewat sket amik lunch. Bila dah kena, cam biasa aku akan muntah2 non stop dari tgh hari sampai la ke esok paginya. Rabu, ku pegi menyerah diri berjumpa doktor sbb badan dah terlampau lemah and dehydrated and as expected, surgeon ku tahan masuk wad. Berkampungla aku di KPJ lagi skali dari rabu-ahad lepas.

Rabu, first day di wad blood test dibuat and yg tak best, result ku sangat abnormal. Doc suspect masih ade saki baki gall stones yg tertinggal dlm common bile duct (CBD)ku. Aku dilarang mkn hari tu, hanya bergantung kpd IV drip and clear fluids jer.

Khamis bermula 6am, aku diarahkan berpuasa mkn dan minum dan pukul 9++, aku pegi buat ultrasound. Result ultrasound nampak macam ok, CBD looks normal tp blood test result masih belum improving, maka doc arahkan aku membuat MRCP (ala2 MRI scan). Dlm pukul 12noon aku pegi buat MRI, time tu nak jln mmg dah tak larat, badan huyung hayang sbb terlalu lemah dek kerana hampir sehari setengah berpuasa. Sebelum masuk ke bwh mesin MRI tu aku dah start muntah2...rasanye gastrik dtg balik. Sepanjang discan di bwh MRI perut bergelodak, tekak loya and aku struggle giler menahan diri dari termuntah. Dahla sejam duduk dlm mesin tu,badan langsung takleh gerak, sejam yg penuh penyeksaan. In fact ade few steps yg terpaksa ku ulang lagi skali kerana aku tak berjaya ikut arahan pegawai imaging tu, dia suruh aku tarik nafas, buang nafas, tahan nafas...benda simple camtu pon tak dpt kubuat sbb dah terlalu lemah. Habis MRI, kluar je dari mesin tu ku muntah lagi berkali-kali. Result MRI menunjukkan ade 3-4 biji gall stones yg masih tertinggal dlm CBD ku yg dah dilated (inflammed). Gastro ku dipanggil turun dan lepas dia tgk result MRI, terus dia ckp yg aku perlu menjalani ERCP (procedure utk kluarkan gall stones) ptg tu jugak. Aku cuma mampu mengangguk kepala je...kepala dah tak boleh nak digest pepe info dah dek kerana terlalu lemah and hampir pengsan...(malangnyer tak pengsan betul2 hehe). Dlm pukul 3pm, aku masuk ke bilik procedure. Ku diberi local anestetik (LA) bukan GA, bermakna aku separa sedar sepjg procedure dijlnkan. Aku disuruh meniarap, kepala disengetkan, mulutku disumbat benda supaya terbuka, dan beberapa tiub dimasukkan thru mulut. Then aku pengsan. Tiba2 ku tersedar, ku dengar gastro ku marah2 nurse, sekali sekala dia tersebut '4 letter words' and aku tahu, sekali lagi kes ku kali ni agak complicated. Then aku batuk terbahak2, and muntah byk kali disebabkan rasa tak selesa dgn tiub2 dlm mulut ku. Adus sgt trauma bila teringatkan procedure hari tuh....kenapala aku tak pengsan sampai habis procedure.

Esoknyer, gastro dtg ke wad. Katanye procedure kurang berjaya, hanya satu gall stone yg berjaya dikluarkan , yg lain tak berjaya. A straightforward case cuma amik masa dlm sejam, tapi ERCP ku mengambil masa hampir 2 jam, dan disebabkan conditionku yg dah teruk procedure terpaksa diberhentikan. Sangatla kecewa bila kudengar, especially bila teringatkan what has happened throughout the procedure. It was damn horrible and terrified, lagi teruk dari surgery baru2 ni. Tapi disebabkan aku masih lemah, aku cuma angguk2 mendengar je...tak mampu nak komen pepe.

Ahad, alhamdulillah aku berjaya discharged nevertheless sampai skarang perutku senang rasa bloated, dek kerana post-effect dan infection yg berlaku selepas procedure. Kata gastro ku, a second ERCP will be done after hari raya, which scares me a lot when come to think about it. Sekarang ni, aku cuma berharap yg aku kekal sihat sampailah ke hari raya, harap2 takde kes kena tahan wad lagi. Apa yg bakal berlaku lepas raya, kita tunggu dan lihat jela yer :p

In terms of diet, ku masih berpantang cam biasa. Satu perubahan besar, sejak surgery hari tu, the most i can eat at one time hanyalah about 1/4 of the plate (rasanye firas mkn lagi byk hehe), couldnt go more than that kalau tidak immediately perut rasa sakit and bloated. Kalau breakfast, cuma sekeping roti dan sedikit milo, nak habiskan satu mug pon tak boleh. Perut obviously dah tak buncit hehe, kempis terus you....berat confirm dah hilang few kilos. Ku kira Dia mendugaku dgn menarik nikmat makanku buat sementara waktu kali ni...dan hikmahnya aku skarang menjadi manusia yg sgt berhati-hati dgn soal pemakanan....insaf rasanye. Physically badanku masih lemah, belum fit lagi. Ku cuma larat masak makanan utk diri sendiri...husband tapau food dari bazar ramadhan jer kesian dia :(

oklah sekian updates buat kali ni....doakan saya cepat sihat yer kengkawan... :)