Dugaan dtg lagi. Selasa lepas tiba2 aku diserang gastrik yg teruk dek akibat terlewat sket amik lunch. Bila dah kena, cam biasa aku akan muntah2 non stop dari tgh hari sampai la ke esok paginya. Rabu, ku pegi menyerah diri berjumpa doktor sbb badan dah terlampau lemah and dehydrated and as expected, surgeon ku tahan masuk wad. Berkampungla aku di KPJ lagi skali dari rabu-ahad lepas.
Rabu, first day di wad blood test dibuat and yg tak best, result ku sangat abnormal. Doc suspect masih ade saki baki gall stones yg tertinggal dlm common bile duct (CBD)ku. Aku dilarang mkn hari tu, hanya bergantung kpd IV drip and clear fluids jer.
Khamis bermula 6am, aku diarahkan berpuasa mkn dan minum dan pukul 9++, aku pegi buat ultrasound. Result ultrasound nampak macam ok, CBD looks normal tp blood test result masih belum improving, maka doc arahkan aku membuat MRCP (ala2 MRI scan). Dlm pukul 12noon aku pegi buat MRI, time tu nak jln mmg dah tak larat, badan huyung hayang sbb terlalu lemah dek kerana hampir sehari setengah berpuasa. Sebelum masuk ke bwh mesin MRI tu aku dah start muntah2...rasanye gastrik dtg balik. Sepanjang discan di bwh MRI perut bergelodak, tekak loya and aku struggle giler menahan diri dari termuntah. Dahla sejam duduk dlm mesin tu,badan langsung takleh gerak, sejam yg penuh penyeksaan. In fact ade few steps yg terpaksa ku ulang lagi skali kerana aku tak berjaya ikut arahan pegawai imaging tu, dia suruh aku tarik nafas, buang nafas, tahan nafas...benda simple camtu pon tak dpt kubuat sbb dah terlalu lemah. Habis MRI, kluar je dari mesin tu ku muntah lagi berkali-kali. Result MRI menunjukkan ade 3-4 biji gall stones yg masih tertinggal dlm CBD ku yg dah dilated (inflammed). Gastro ku dipanggil turun dan lepas dia tgk result MRI, terus dia ckp yg aku perlu menjalani ERCP (procedure utk kluarkan gall stones) ptg tu jugak. Aku cuma mampu mengangguk kepala je...kepala dah tak boleh nak digest pepe info dah dek kerana terlalu lemah and hampir pengsan...(malangnyer tak pengsan betul2 hehe). Dlm pukul 3pm, aku masuk ke bilik procedure. Ku diberi local anestetik (LA) bukan GA, bermakna aku separa sedar sepjg procedure dijlnkan. Aku disuruh meniarap, kepala disengetkan, mulutku disumbat benda supaya terbuka, dan beberapa tiub dimasukkan thru mulut. Then aku pengsan. Tiba2 ku tersedar, ku dengar gastro ku marah2 nurse, sekali sekala dia tersebut '4 letter words' and aku tahu, sekali lagi kes ku kali ni agak complicated. Then aku batuk terbahak2, and muntah byk kali disebabkan rasa tak selesa dgn tiub2 dlm mulut ku. Adus sgt trauma bila teringatkan procedure hari tuh....kenapala aku tak pengsan sampai habis procedure.
Esoknyer, gastro dtg ke wad. Katanye procedure kurang berjaya, hanya satu gall stone yg berjaya dikluarkan , yg lain tak berjaya. A straightforward case cuma amik masa dlm sejam, tapi ERCP ku mengambil masa hampir 2 jam, dan disebabkan conditionku yg dah teruk procedure terpaksa diberhentikan. Sangatla kecewa bila kudengar, especially bila teringatkan what has happened throughout the procedure. It was damn horrible and terrified, lagi teruk dari surgery baru2 ni. Tapi disebabkan aku masih lemah, aku cuma angguk2 mendengar je...tak mampu nak komen pepe.
Ahad, alhamdulillah aku berjaya discharged nevertheless sampai skarang perutku senang rasa bloated, dek kerana post-effect dan infection yg berlaku selepas procedure. Kata gastro ku, a second ERCP will be done after hari raya, which scares me a lot when come to think about it. Sekarang ni, aku cuma berharap yg aku kekal sihat sampailah ke hari raya, harap2 takde kes kena tahan wad lagi. Apa yg bakal berlaku lepas raya, kita tunggu dan lihat jela yer :p
In terms of diet, ku masih berpantang cam biasa. Satu perubahan besar, sejak surgery hari tu, the most i can eat at one time hanyalah about 1/4 of the plate (rasanye firas mkn lagi byk hehe), couldnt go more than that kalau tidak immediately perut rasa sakit and bloated. Kalau breakfast, cuma sekeping roti dan sedikit milo, nak habiskan satu mug pon tak boleh. Perut obviously dah tak buncit hehe, kempis terus you....berat confirm dah hilang few kilos. Ku kira Dia mendugaku dgn menarik nikmat makanku buat sementara waktu kali ni...dan hikmahnya aku skarang menjadi manusia yg sgt berhati-hati dgn soal pemakanan....insaf rasanye. Physically badanku masih lemah, belum fit lagi. Ku cuma larat masak makanan utk diri sendiri...husband tapau food dari bazar ramadhan jer kesian dia :(
oklah sekian updates buat kali ni....doakan saya cepat sihat yer kengkawan... :)