31 March 2011
kena tahan polis
28 March 2011
Fruitful yet a tiring weekend
I am one big boy already! Sudah meniarap dan angkat2 badan...dan suke sgt menjerit!!
2. Baked this plain cheesecake with ganache...one for Tini, another one for us of course wink wink* Dapatlah kasi jiran depan rumah sket...kira settle hutang dgn Tini dan jiran :p. I woke up at 2.30am to prepare the cake, and slept right after subuh. While waiting the cakes in the oven, i managed to fold 2 big baskets of clothes, and do some ironing...gigih seh!!
24 March 2011
Idlan - Keputusan penuh ujian semester pertama
Total subjek - 9
Total markah - 824/900
Purata markah - 92%
Kedudukan dalam kelas - 16/34
Terbeliak mata mama dan abah bila tengok kedudukan dalam kelas tu!
Sangka kami, result idlan dah kira ok..sebab dapat semua A kan.
Alih-alih..dapat nombor berbelas-belas tuuuu :p
Kitorang cakap kat Idlan, kena usaha lebih lagi...sebab kawan-kawan Idlan ramai yg terer belaka!! hehe
Abah cakap 1A dapat seringgit...tapi abah kasik RM10 (suruh masuk tabung tak boleh belanja).
Mama pun kasik RM10 jugak...kira fair and square la ni :p
Hmm lepas ujian 2 minggu lepas mama dan abah terus stop ajar idlan.
Idlan mmg lagi sukala...makan tgk tv tido main..tu je keja dia.
Nampak gaya lepas ni kena konsisten ajar balik la kot.
Abah cakap kat idlan..."dulu abah dapat no 1 atau 2 je dlm kelas...tak pernah dapat nombor banyak."
Mama pun sama.
Harap-harap genetik tu akan menurun kpd anak bujang kami ni ameen ......
Supermummy Fab Links
22 March 2011
solid food
Which means extra work for mama since i need to start preparing his solid wink wink*
It's been a long time since i last cooked porridge, blend it to its finest texture, prepare apple and various fruit purees, and many more.
For a start here goes Ammar's going-to-be food checklist:
1. apple puree - wish a bit dash of cinnamon powder, wallah sure sedap!
2. carrot puree
3. potato puree
4. brocolli puree
..........
and of course, blended porridge.
uh uh takleh pk dah.
Jom sarap dulu lah :)
21 March 2011
Cheesecake with ganache
The assorted chocolate shapes were first meant to deco the blackforest cake, tapi dah blackforest tak jadi..belasah letak atas kek ni
kids will always being kids...yg first diterkam adalah choc shapes tu la!
3 slices dah selamat ngapp...si firas pulun coklat ketul tu je kek langsung tak layan huhu
Ok next time mama tetap nak buat blackforest...kali ni kena make sure sponge cake tu menjadi kalau tidak rugi sebab guna telur banyak wooo!
18 March 2011
no Blackforest no nothing!
Konon nak buat blackforest cake, sebab esok nak pergi rumah nek Umi...dan kek blackforest ni mmg favourite nek Umi. Lagipun ada setin blackforest elok terperam dlm laci kabinet yg dibeli sejak tahun lepas kuikui....kes tak sempat guna sebab dah deliver Ammar :p
Untuk kek tu, mama beli sponge cake mix perisa coklat. Ikut instruction cuma perlu tambah telur, minyak jagung/melter butter, dan air. Campur sahaja kesemuanya dan bakar. Tapi anda tahu apa jadi dengan kek mama? bantat okay!!! Tak spongy, tidak berongga langsung! Cuma 1/2 of the cake yg cantik elok naik macam kek span, the rest macam kuih bingka, padat giler (ok jgn gelak yerrrr). Iskkk tension giler mama, rasa pun fail. So kek tu mama buang terus...tak selera nak makan. Gambar? iskkk of course tak teringat nak snap sebab geram punya pasal. Tak tahulah apa yg silap kali ni. Ni bukan first time beli cake mix ni. Dulu pun pernah beli ok jer nothing went wrong. Sedih sangat. Dahla time buat kek tu mama siap call nek Umi cakap 'esok dik nur nak bawak kek blackforest'. Ha itulah sape suruh declare awal-awal...sekali kek tak jadi malu sajerkk...frust macik tau huhu (dahla membazir telur 9 biji plak tu!).
Sampai sekarang masih terkilan. Mau tidaknya, mama dah siap buat coklat hiasan bentuk love , daun, sea shell, flower, corn, etc semata-mata utk letak kat atas kek. Alih-alih kek nya tidak jadi...so coklat ketul2 tu elok je menjadi santapan kekanak berdua tu petang tadi hoho
16 March 2011
She's drop dead gorgeous, but tell me she is not!
Sebelum tidur sempat lagik tu browse2 dan dussss, i landed on this piece and omg, this again what we called 'love at first sight!'.
DKNY Signature Hobo Khaki/Red
Last year i promised to Mr Hubby to 'puasa' from buying Coach for a year. Now it's 4 more months to go to complete the one-year cycle and see, i bumped into this red piece pulak danggg!
Soalan lazim:
Perlukah? of course tidak.
Haruskah? emm macam harus sebab takde hobo lagi in collection.
Mampukah? emm bila tengok status account sekarang, memang tak mampu tambah2 dah masuk tengah bulan ni kan :p. But when i think of the upcoming salary, atau bonus yg bakal tiba sebulan dua tu lagi, uihhh rasanya macam mampu hihi.
Urgent or Important? sangat urgent ni, sebab ada 4 pcs je lagi yg available, sape cepat dia dapat. Tapi mmg tak Important la iskkk
Justification?
1. reward diri sendiri setelah penat bekerja (slalu guna alasan ni, tapi betul kan??)
2. i never have anything red in collection, be it hobo, satchel, carryall, swingpack, or any of the kind. Red sling ada laa hikhik!
3. Hah talking about my red ring sling (RS), aihhh this piece definitely gonna be a perfect match with my RS. Surely this hobo is lightly weight and easy to carry anywhere with my lil Ammar. Can imagine or not? uishh rasa cam comel!
4. oh tak bley pk dah...sebab nak pi sarapan dulu.
So peeps, care to help me again to decide?
Recommendation plizzzz!!
She's drop dead beautiful, isn't she???
14 March 2011
undecided..and still I am
~ legacy stripe~
Back to legacy? hah i've always wanted the multicolor legacy stripe tote, but if i cant get the tote, dpt pegang the wristlet pun dah good enough kan :p
p/s: the kids are going to a waterpark today with their cousins that've just arrived from kulim last night. My mil and sil are going separate way... shopping of course! and me follows neither the kids nor my mil, simply bcoz i am down with fever since saturday huk hukk sedey!!
09 March 2011
Idlan dan ujian penggal pertama
Style ABIM, buku aktiviti (buku tulis & workbook yg besar tu) kena tinggalkan dekat sekolah, jadi mama dan abah confirm tak tahu apa yg anak dia dah belajar so far. Seminggu sebelum exam, diorang bz praktis utk hari sukan. Mama punyelah byk kali pesan dekat Idlan "minta cikgu kasi bawa balik buku exercise tau'. Tapi pesan punya pesan sampai ke hari sebelum exam mmg tak bawa balik buku tu, tak pastilah cikgu tak kasi bawa balik ker....atau si anak yg tak minta pada cikgu :p
Jadi kami cuma ajar idlan berpandukan buku teks sekolah. Seminggu sebelum exam baru start ajar dia, agak kelam kabut jugaklah. Ala-ala intensive coaching gitu (last minute la katakan exactly macam style mama dia time study dolu-dolu hihi). Setiap mlm spent around 15 minutes utk 1 subject. Tak boleh lama sebab by 8.30pm selalunya idlan mesti dah nak tidur..penat praktis sukan katanya (mmg betul pun!).
Come the exam week, setiap hari mama tanya...macam mana exam boleh buat tak?
Jawapan standard dia...ntah, atau boleh kot.
Mama mmg sgt tak sabar nak tahu result dia...cuak pun ada sebab ni kiranya 1st time Idlan di expose dgn sistem peperiksaan. Selalu pesan dekat dia, jawab laju jangan tulis slow nanti tak cukup masa. Lepas siap kena check balik semua jawapan...dan pelbagai lagilah pesanan kami hihi.
Now the results time....
Antara remarks yg diberikan oleh si anak:
- idlan dpt 100 utk sains tau mama...cikgu kata dpt no 1.
- ada kawan idlan dia dapat C utk bm.
- idlan dpt 37 utk english (mama terus terjerit haaaah 37 tu fail la tuhhhh. Tak sabar nak sampai rumah tengok kertas jawapan dia!)
- idlan dah dpt kertas bm, maths, jawi, etc. Bila mama tanye dapat berapa...dia jawab "ntah".
Mama terus terlompat lagi tanye dia...iskk idlan tak nak tahu ke idlan dpt berapa...tak kisah ke dpt berapa? Dia senyap je tak layan bebelan mama....grrrrrr.
Now the real results:
BM kertas 1 - 96
BM kertas 2 - 92
Sains -100
Maths kertas 1 - 21/25 =84
Maths kertas 2 - 25/25 = 100
English paper 1 - 37/40 rupanye bukan 37/100 hehe so jadi 92.5
English paper 2 - 33/40 = 82.5
Al-Quran - 92
Arab - 84
Jawi - 92
Pendidikan Teras Islam - 90
Overall, kebanyakan yang dapat salah tu was due to careless mistakes, ataupun salah utk soalan yg senang2 jer.
Like example for Maths:
ejaan empat dia tulis jadi 'epat'
0 lebih besar daripada 1
ular mempunyai berapa kaki? dia tak jawab sebab katanya "manalah idlan penah tengok ular mama!"
Soalan English dia banyak salah dekat 'rymes'...acceptable jugakla sebab agak tricky.
Untuk BM antara yg salah:
1. Bukit Bendera terletak di............(dia jwb Gunung Kinabalu)
2. Gunung paling tinggi di Malaysia ialah........(dia jawab Pulau Pinang)
3. Tempat tinggal binatang bagi ayam ialah.....(semak/reban). Idlan jwb semak. Mama marah ckp 'takkanlah ayam duk dlm semak'...dia jawab "manelah idlan tahu reban tu ape". ohh ok betul jugak yer anakku ni kan orang bandar :p
4. Tempat tinggal gajah ialan .....(paya/hutan). Dia jawab paya. Mama cakap 'takkanlah gajah duk dalam paya'. Dia jawab 'gajah kan selalu mandi..paya laaaa'. Aduss mama tak terkata :p
Al-Quran dan Jawi, hmm alhamdulillah pada mama idlan dah buat yg terbaik :)
Arab - oh ni mama no comment sebab mama pun buta arab dan langsung tak reti jawab wakakaka. Part mengajar Arab pun mama serah 100% kat abah. Even nak decipher soalan tu pun mama tak reti...isk iskk pity idlan to have me as his mama!
Mama tak tahu idlan dapat no berapa dalam kelas. Tapi overall results dia mama kira dah cukup bagus berdasarkan last minute latihan intensif yg mama dan abah berikan. Rasanya kalau selalu revise setiap malam mesti dia boleh jawab dgn lebih baik. So part ni tak boleh salahkan Idlan...memang kena salahkan si mama dan si abah yg malas nak mengajar anak mereka!
Mana taknya, beberapa hari sebelum exam baru mama terkedek-kedek jumpa acik Zarid dan minta dia ajar mama pasal abakus. TQ Zarid!!!
Dan yang paling best tu, semua soalan pasal abakus Idlan dapat betul hehe hepi nya mama :p
Kepada anak2 kawan mama yg lain - Mirul, Mus'ab, Izzul, Iman, Auni, Aisya, dan ramai lagi iskkk tak sempat mama nak list kan....gud lakss yer anak2 sekalian!!! Lepas exam boleh enjoy dekat PD nanti!! :)
07 March 2011
5mo boy
red bug in action
05 March 2011
-essay mode-
Saya sangat2 mengharapkan magik terjadi bagi tugasan kali ini. Saya kesuntukan masa, di pejabat apatah lagi di rumah.
Tadi mata sangat mengantuk, tapi bila saya mengalihkan sasaran dengan menulis blog, wahh pandai pula dia jadi segar bugar kembali.
Oklah, saya kena sambung kembali tugasan penting ini.
Aduhai berikanlah daku kekuatan.
Berikanlah daku magik yg hebat supaya aku mampu melakar ayat2 yg bombastik lagi fantastik supaya hasil akhirnya kebabooommmm.
....minta diri dulu yer :)
03 March 2011
ringgit strengthen!
Ini sudah bagus! Dulu saya tukar RM3.03...tapi nampak gaya kali ni bukan saja pulang modal, tapi dpt untung sket :)
Tapi masalahnya takde masa nak pegi Mid Valley walaupun sejengkal je dari ofis saya nih hukhuk
Sape nak pegi angkat tangan!! saya mahu kirim......
01 March 2011
TM News Release
In line with its continued focus on shareholder returns and capital
management, the Company also announced a proposed final gross dividend of 13.1
sen less tax 25% or approximately to RM351.5 million on top of the interim gross
dividend of 13 sen less tax 25% amounting to RM348.8 million distributed in
September last year. TM announced its plans to carry out a capital distribution
exercise to its shareholders of approximately RM1,037 million whereby TM’s
shareholders will be entitled to receive a cash payment of RM0.29 for every TM
share held. The total payout of the final dividend and capital distribution of
approximately 39 sen or RM1,388.9 million is expected to be paid in June 2011.Syukur alhamdulillah what a nice timing!!! Loads of things awaiting on the upcoming June (read: cash outflow) and this is just perfect :)
Cara menambah susu dengan Fenugreek
Jadi dulu saya memang sangat teruja nak membeli Fenugreek di saat stok susu perahan buat si kecil Firas merudum. Inilah rupa Fenugreek yg saya beli di GNC di Mid Valley, 610mg with 100 capsules for RM62.90, mahal giler kan??? harga tu back in 2009, sekarang saya tak pasti.
Saya makan 1 capsule each day, as recommended by the bottle label. Tapi malangnya hasil tidak memberangsangkan, susu saya tidak bertambah pun, sama seperti sedia kala. Jadi selepas beberapa minggu saya makan pil ni, saya terus decide utk stop sebab tiada effect, dan rasa dan baunya tidak sedap! Sebab itulah pil ni masih banyak berbaki sehinggalah si kecil Ammar dilahirkan :p
Dan pagi tadi, bila saya blogwalking ke blog mama Iman, saya terbaca artikel beliau tentang Fenugreek ni dan rupanya Fenugreek ini elok dimakan banyak, dalam 5-10 biji setiap hari, barulah boleh nampak hasilnya! Adusss maknanya amalan saya sebelum ini dah salah, lepas tu membebel seorang diri cakap 'Fenugreek takde effect!' hoho. Anyway thanks to mama Iman for her awesome review on this herb!
Saya sambung baca lagi, dan dusssss rupanya ada yg menjual pil ini dgn harga yg jauh lebih murah. Sila klik sini untuk mengetahui dgn lebih lanjut.