Sakan prektis..siap bole brek2 and pause utk balance kan diri :p
13 February 2016
Irfan @ 1yr 2 weeks
Sakan prektis..siap bole brek2 and pause utk balance kan diri :p
17 January 2016
Irfan Faris..2wks to 1yr old
14 December 2015
Irfan Faris @ 10.5mths young
Milestones: suka berdiri dan agak laju meniti2 di tepi sofa, kabinet tv, kerusi, katil, dan apa saja yg bole dicapai.
Habit suka menyembur still menjadi2. Air liur mmg byk, baju sokmo basah, maybe sbb suka gigit segala benda depan mata, and he is teething right now! 1 gigi susu atas belah kiri dh muncul.
Skarang ni mama agak nervous for 2 things.
1. Bila gigi dah muncul, it means sudah sampai masanya surgeon kena buat a small operation to detach his tongue from the lips. And it'll be under a full GA, in the operation theatre...tpt paling fobia when it relates to you. Mama harap this time it wont be hard for u in terms of recovery or anything. Moga Allah makbulkan doa mama dan abah. May Allah eases everything that is planned for you sayang. May Allah eases your journey.
2. Esok hari pertama mama akan hantar Irfan ke Addin. Hampir 11 bulan berkepit dgn mama, mama harap Irfan dpt sesuaikan diri dgn kawan2 baru, Irfan suka dgn cikgu2, senang mkn, senang tidur, suka main dgn kawan2, dan suka tempat baru tu. Jgn nangis byk sgt, jgn fikir2 pasal mama tau. Mama ada jer, bila dah petang mama amik Irfan ok! Be a good boy sayang, dengar ckp cikgu, sayang kat cikgu tau! Aduhai mama takleh sambung dah ni..dah berjurai air mata mama bila pk. Moga Allah permudahkan segalanya buat Irfan dan keluarga kita. Moga ini keputusan yg terbaik buat kita semua.
Terima kasih Ya Allah, kerana Kau pinjamkan Irfan kpd kami. Terima kasih Ya Allah, kerana Kau menjadikan kami lebih insaf dan bersyukur di atas segala nikmat dan dugaan yg diberi. Permudahkanlah segala urusan kami, dan janganlah Kau uji kami dgn sesuatu yg diluar kemampuan kami. Amin Ya Rabbal alamin.
11 November 2015
Irfan Faris @ 9.5mo
Milestones: Pull himself up to stand, and finally he has started to crawl since few days back.Terima kasih Ya Allah kerana Kau telah memudahkan buatnya. Terima kasih Ya Allah, kerana Kau mengurniakan anak yg istimewa ini kpd kami. Dia mengajar kami erti kesabaran yang tinggi, dan meletakkan sepenuh keyakinan ke atas setiap takdirMu. Alhamdulillah Allahu akbar.
27 October 2015
9 months young
Berat: 7.265kg (adoi naik sket je dr last mth huhu)
Milestones: army crawl, duduk dah independent, suka berdiri pegang orang, angkat2 bontot mcm nak merangkak tapi blom dpt ilham lagi caner hehe
Insiden: so far 3x dah jatuh katil. Siang tdo atas toto je sekarang huhu
Yang disukai: all the weird things u just name it ...toys kurang layan. Menyembur time makan, ni mmg mama geram sgt!
Yang dibenci: car seat, stroller
Watak kegemaran: boboiboy!!! Upin Ipin jatuh no. 2. Kalau nangis mama kena nyanyi lagu boboiboy jer, terus senyap. Haha
Current obssession: mama mama mama. Tak pernah berubah sedari dulu.
05 October 2015
at 8 mths 1 wk...
he is starting to creep, move forward and pick up stuffs. He can raise his chest and butt off the floor, but is yet to figure the skill to crawl. Prefers his abang's erasers, textbook, my Vicks inhaler and some other weird things than his own toys. Gear kereta abah pun sgt dia minat okey! Yang tak bagus, he likes to put everything into his mouth.
Keep it going sayang!
26 September 2015
I'm 8 months young
Suka guling2. Make circles 360 degree, gostan ke belakang pandai, ke depan blom dpt ilham lagi hihi.
Duduk agak stabil, slightly assisted still. Tak lama dh nih bole lepas pegang insya allah.
High separation anxiety dgn mama, still. Yang ni mmg kes parah, sampai mak ude kena tutup mata dia bila mama lalu nk gi toilet :)
Takmo tido meniarap dh, tido menelentang pusing kiri kanan sesuka hati.
Selera makan ok, sama cam dulu. Kalo takde baby chair, jenuh perang time mkn.
Kurang minum susu. Nk main jer. Easily distracted ini budak, jenuh paksa dia baring time minum susu.
Stridor makin kerap pulak :(
Maybe sbb makin aktif, pas mkn dia pusing, cfm akan muak susu/solids. Harap2 larynx awak tak inflame teruk yer sayang.
Makin kerap kuar bunyi2 yg comel. Nek umi pun terhibur td..igtkn suara abg ammar. Rupanya suara awak!!
Hepi 8mo sayang mama. Cepat sembuh yer. Cepat2 merangkak tau..pasni bole kacau lego abang2 hehe
12 September 2015
Irfan @ 7.5mths
Alhamdulillah, he finally gets the hang of it!! Pusing byk kali from back to tummy tanpa perlu diacah2 dah. U really made my day sayang..walaupun mama dr pg migrain sampai skarang x ok lagik! haishhh x stress dgn keje ofis pun asek migrain lately :(
Lepas ni cpt2 merangkak ye sayang. Boleh kacau mainan abang2 hehehe
31 August 2015
He now rollovers on both sides!
Alhamdulillah, the best merdeka gift ever. Irfan finally made his 1st rollover debut from back to tummy this evening, not in front of me but abg Idlan instead! Mmg adik kesayangan abg long sungguh nih :) He made it few times, more than 5 as reported by idlan. I stayed more than half an hr lying nx to him after that, cheering n giving my utmost moral support but he just didnt want to show it to his mama..sabar jelah :p
Tak sia2 tadi berjln 4 jam kt Mitsui Outlet. Kelmarin plak swimming kt Precint 16. Mak ude ckp kena slalu bwk jln2 ni kasik motivation :p
Good job sayang. Syukur Allah makbulkan doa mama. Pasnih rajin2 meniarap lagi yer...tak sabar mama nk tgk!