Showing posts with label home. Show all posts
Showing posts with label home. Show all posts

01 September 2014

Ikea stuffs - of rearranging n assembling

Our small project post a whole day trip to Ikea last Saturday. Thought of adding some Expedit shelves to the corner of the stairs, but after a 2nd thought we just bring down our existing one from the living hall upstairs. That empty space previously occupied by the Expedit might be replaced by Billy, probably on our nx trip. Anyway i think they hv discontinued the Expedit series n replaced it by Kallax; they just look almost the same to our eyes.

We had some wishlist that still remain in the list at the moment; a double decker wood bed frame in birch for the kids' room, a shoe rack n a Poang rocking chair with red cushion which i think would be good when i want to breastfeed the lil one n put him/her into sleep afterwards (while the mommy also hv the chance to doze off as well!)

So we brought home just few little stuffs n not forgotten settling for the meatballs craving over the hectic lunch hour. They still dont put the bestseller Daim cake on sale, so we took the almond n classic cheesecake instead. Also their giant n cheap chicken curry puffs n the 80sen vanilla ice cream for tea-time before we headed home...marbeles!

adding some green to our humble kitchen. Jgn mati sudahlah hehe
 
multipurpose trolley. takdela penting pon tapi saje je beli..esok kalo wat open house senang leh letak barang hihi
 
the Expedit shelves from upstairs now relocated next to the stairs...with some Ikea vases bought yearsss ago.

A trofast + Expedit + a standing lamp 

03 April 2011

dah siap!!!

...though not 100% completed. Akhirnya Abah berjaya yey!! Bayangkan projek start sejak mama tgh sarat preggie, now Ammar dah 6 bulan baru boleh tarik nafas lega :p

Dah siap susun batu. Yerrrr batu beratus-ratus lemon yg mama dan kekanak berdua tu basuh dan tenyeh satu-persatu dulu. Mujur tak terberanak tepi kolam dulu hoho. Keliling batu tu budget nak bubuh border nanti, dengan harapan kekanak tak sepak atau kutip batu tu dan main baling sesuka hati :p


Kolam dah berkilat balik lepas Abah syelek baru. Dah ada penghuni pun, beberapa ekor ikan gapi yg Abah ambil dari dalam longkang ngeeee. Nanti abah pegi beli ikan lain next time kasik gapi tu ada kawan :)

Off topic - my lil Ammar yg sudah genap 6 bulan. Pergi jab kelmarin, berat baru 6.5kg..ini budak sangat ringan berbanding abang2 dia :p Romper belang kelabu putih tu abang Idlan punyer tau, pemberian auntie Aida dulu....beb ko ingat lagi tak?? hampir 7 tahun aku simpan baju ni still elok lagi :)

Pandangan atas- ewahh dinner hari ni bersantai tepi kolam nampak?? kelas gitu :p Mama dah cakap kat Abah kena pasang fan dekat porch nampaknya, sangatla panas kalau nak duduk lepak sini...berpeluh-peluh anak bujang kami ni!


Weekend ni surprisingly kami tak keluar. Ala sebenarnya Jumaat lepas balik ofis dah keluar, jadi sabtu & ahad adalah waktu untuk rehat dan kemas2 rumah. Mama berjaya korek baju2 lama Idlan dulu...waaa punyelah banyak baju jalan yg masih elok, ada tu baru pakai sekali dua jer. So baju2 tu semua dah dikeluarkan, dan dimasukkan ke kabinet Firas. Jimat duit takyah beli baju jalan baru :) Baju basahan umur 3 tahun pun kami dah basuh, jadi sekali lagi tak payah nak cari baju basahan lain utk Firas.


Inilah untungnya kalau anak sama jantina, baju boleh recycle dari abang ke adik. Mama dah labelkan dekat setiap kotak tu - baju jalan 1 tahun, baju jalan 2 tahun, baju basahan 1 tahun, baju tidur, etc...jadi senang nak cari bila perlu.


Memandangkan Ammar dah masuk 6 bulan, baju baby yg kecik2 semua mama dah simpan, dan niat nak kasi dekat kak Ida, saudara dua pupu sebelah nek umi. Dia ada 2 anak perempuan, dan sekarang tgh sarat preggie baby boy. Sure excited 1st time nak timang baby boy :)


Abah tanya, tak nak simpan dah ke baju baby? kira Ammar last ker ni???

Mama jawab...hehe kot la lepas ni dpt girl pulak :)


28 March 2011

Fruitful yet a tiring weekend

1. My lil Ammar turns 6m this weekend. He starts solid on Saturday, in which i made for him a plain porridge (no salt, no nothing, only rice hehe), blended to its finest texture. He doesnt seems to like it, probably due to its plain n dull taste (hoho!), but overall i think he kinds of enjoying this first experience. The next day i made some apple puree and mix it with the porridge and walllahhh, he enjoyed every bits of it :p Ini budak suke mkn manis2 nampaknye! (ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi hihi).

I am one big boy already! Sudah meniarap dan angkat2 badan...dan suke sgt menjerit!!


2. Baked this plain cheesecake with ganache...one for Tini, another one for us of course wink wink* Dapatlah kasi jiran depan rumah sket...kira settle hutang dgn Tini dan jiran :p. I woke up at 2.30am to prepare the cake, and slept right after subuh. While waiting the cakes in the oven, i managed to fold 2 big baskets of clothes, and do some ironing...gigih seh!!


i like the pineapple shape most...:)

3. We started to potty train Firas this weekend. Overall summary, accident 3x atas pelapik kaki, seluar tukar 3-4x, ulang-alik ke toilet for so many times i lost count already (dia sgt suke pegi toilet sbb nak main air sama), but in conclusion i think he's doing great so far. Dia suke 'pee' sikit2...jadi kerap la pegi toilet. There was a time when i was upstair trying to put Ammar into sleep, and guess what...Firas buang air besar dan si Abang yg tolong basuh!!! hehe bagusnya abang Idlan ni yg mama bangga nih :) Anyway abah tiada di rumah semasa kejadian sebab pegi ofis.

4. Our pond-refurbishment project almost 90% completed. Abah sudah 'shelek' balik kayu tu, cuci kolam, dan susun batu.

Berkilat balik...nampak cam baru kan? credits to abah!!!


my eldest 2 yg bz tolong abah sama :)


Batu kecil cuma letak atas air pancut tu, batu dalam kolam dikeluarkan balik...senang sket time nak basuh dan tukar air kolam tu nanti. Abah kata nanti nak beli fish letak dlm tu.


railway station dan 6 pcs of stepping stones. Later abah akan arrange batu2 kecil putih dan kelabu utk buat border di keliling pond ni...so that's the remaining 10% of the incomplete works :p

Fruitful and tiring am i right?

See i only have the chance to update this blog at 3am++ in the morning.

Update tetap update!! :p

18 September 2010

projek laman 2..con't

It was quite surprising to find that we had actually bought these loads of stones years back when we first developed our 'laman'. Such a tiring job as i need to scrub the dirty stones one by one, lucky the 2 kiddos became my loyal helper :)


Cleaned already! Quite a lot aren't they?


as bare as padang jarak padang tekukur :p
thanx to hubby yg sampai sakit pinggang mencangkul all those grass and trees.


The remaining uncleaned stones which i have no idea when we'll continue to clean... tengok pon dah penat, what more to start arghhh!! Not sure where to keep the stones later on...hubby said mane der org jual guni, ye ke? Anyone interested to buy the stones? we're more than happy to sell those at super-cheap price :)

Anyway, we've confirmed with this one mamat named Faizal to have the small area to be fully covered with tiles, he promised to do the job earliest by next Tuesday. We also requested him to 'cement' the remaining area behind our kitchen. Fees will be RM350 for the front laman and RM350 for the kitchen, quite reasonable la tuh. We bought the porch tiles at Sg Chua, RM2.20 per piece, pattern exactly the same as our existing, only that the color is slightly different probably due to different batch of production. When the porch is all-tiled, then only we can start scouting for some 'pokok pasu' and whatnots to add some color to the front 'laman' hehe. And as for the dapur, yes i am determined to 'plant' or 'buy' pokok cili, daun kari, serai, pandan, limau and whatever pokok that's easy to take care of. Jimat duit nak masak kari petik je daun kari dari belakang rumah :p

Well just to share some facts, yesterday i cooked nasi lemak and used pandan leaves taken from my umi's house few weeks back...surprisingly the pandan leaves is still ok, unlike the one that i bought from kedai runcit where after few days it got 'berkulat' already! So what does this tell you?

16 September 2010

projek laman 2

Sedang org bersantai di rumah, atau keluar berjalan raya bersempena Hari Malaysia...kami semua cuma lepak di rumah, dan cuba memulakan projek laman kami.

Kenapa laman 2? Sebab projek laman 1 dah lama bermula dan berakhir, hasil dia dulu memangla sgt menarik, tapi disebabkan maintenance yg tinggi, dan memerlukan 'kerajinan' tahap dewa, maka laman kami yg dulunya indah, sekarang bertukar menjadi semak samun yg sangat sesak mata memandang! Masa beraya di Ampang minggu lepas, papa ku membebel buat sekian kalinya menyuruh kami membersihkan laman dan menjadikan ia 'sedap mata memandang'. Aku cuma memberikan alasan lemau ku...'takde masa, bz'...tapi nampak gaya papa ku dah tak boleh buy in with that same-old-lame-excuse anymore.

Maka 2 hari lepas, aku mulakan projek dengan menebas/membuang pokok2 yg dulunya cantik tetapi sekarang dah tumbuh tinggi dan sgt panjang hingga menyesakkan pemandangan. Slack tak ambil gambar sebelum dan selepas...kalau tidak sure korang dpt tengok perbezaan ketara. Terbongkok2 mak buyung dan anak2 teruna menebas pokok2 tu...sampaikan umi siap pesan, jgn keje renyah2 sgt, nnt terbersalin awal susah! Anyway umi dan papa ku tiada hingga hari sabtu, mereka pergi berholiday ke negara jiran, sebab tu umiku dah pesan suruh doa tunggu dia balik KL baru bersalin :p

Hari ni, cik abe pulak sambung buat kerja..ditemani anak2 yg setia dan nampaknya minat sungguh dgn hal2 berkaitan 'green project' nih :p Aku cuma tolong sekejap je, baru pindahkan batu sket bontot dan badan dah rasa lenguh and sakit. Akibatnya, lunch terus tak jadi masak sebab penat terlampau :p


Akhirnya semua pokok dan akar berjaya ditebas dan dibuang.


2 besen besar berisi batu. Rendam dlm clorox, nnt later kena 'gonyoh' kasik cun balik!

Perasan tak si kecik yg bergaya tanpa seluar tapi bertopi? style baru tuh :)


Rumput yg masih belum ditebas


Pond yg sudah tidak ada rupa 'pond'...kena polish balik!


Plan kami, kali ni nak buang semua rumput dan pokok, dan tiles kan kesemua bahagian yg ada dlm 3 kaki lebih lebarnya. Disekeliling pond, akan diletakkan kembali 'railway sleepers' dan batu2 putih yg akan dicuci. Pokok2 akan ditanam dalam pasu, no more planting on the ground yer. Jadi esok kami plan untuk pergi mencari tiles, 'shelek' kan kembali railway sleepers yg sudah worn out, dan buatlah apa yg patut. Kalau orang datang beraya, harus pengsan depa tengok rumah kami yg semak samun & comot nih :p
Later saya akan updatekan bila projek dah complete ok! :)

03 August 2010

Alhamdulillah, setelah berbulan-bulan projek tergendala akhirnya projek membaiki wiring utk water heater, menampal semula tiles 2 kaki di sekeliling kabinet yg sudah jatuh, menukar lampu baru dan menukar kedudukan lampu dan kipas di hall atas berjaya dilaksanakan kelmarin. 3 orang pekerja yg dtg...2 melayu, seorang indon. Lama jugak masa yg diambil, especially utk menukar lampu dan kipas di hall atas memandangkan both item kedudukannya sgtlah tinggi. Peristiwa malang terjadi tatkala mamat indon tu memijak ke ceiling hall atas utk menukar point kipas....ceiling pecah dan mamat tu sudah terjatuh separuh, mujur dia sempat berpaut pada palang2 besi di atas ceiling, kalau tidak ntahla mungkin cedera atau patah kaki kalau jatuh terus ke bawah lantai nauzubillah. Oh btw aku on mc kelmarin, time mereka membuat kerja cuma cik abe yg supervise...ku berdengkur di bilik bawah kui kui. Dengar bunyi cam benda jatuh...aku igtkan kipas yg terjatuh...rupanya orang. Pastuh takde dengar bunyi org kecoh2 or jerit2...so aku dengan teruknya terus menyambung tidur :p Kejadian kedua, salah satu lampu atas terpecah....makanya lampu 3 serangkai kami dah jadi 2 serangkai jer...tapi takperlah, hall atas orang tak nampak sgt :p

Kelmarin sempat juga kami ke Sg Chua dan Balakong utk mencari seketul lagi lampu idaman....hajat nak diletak di tepi rak tv. Tapi tiada satu pun yg berkenan di hati...so pencarian ditangguhkan. Nak cari hadiah besday Firas pun tak sempat...rasanya nak cari either khemah atau lego2 yg besar gedabak macam yg dia selalu main di taska. Kalau beli khemah, si abang pun boleh tumpang sekaki...dan yg penting takdelah depa berdua serabutkan rumah dgn tilam2 kami utk dijadikan khemah :p

29 July 2010

flower ball?

Remember i was kind of a bit stress and annoyed yesterday just because of these few ppls yg keep on bugging me with issues n problems with a quotation that we're currently working on together. So yesterday out of the blue i made a quick stop at the Jusco nearby our house on my way back home just to buy this.......


1 stalk of white & big flower ball, another stalk of smaller version, plus some orange-colored flowers. Well to be frank it's my first time in life buying flowers and put it in our house...(ape kena mengena stress dgn bunga yer i also do not see the connection hoho)

and guess what....

my small boy mistakenly thought they were 'balls' right after he came back from school. He was about to touch and cabut the 'balls' sambil sebut 'bula bula!' but lucky dgn pantasnya i shouted 'firas don't touch!'....terus mamat tu terkejut n tak jadi pegang :p



the whole view....the flower ball after being combined with my existing ranting2 kayu. Does it looks ok to you...or serabut? ntahla seriously me got no skill to evaluate the artistic value for things like these tapi Pruzz kata ok jer :p

It's either me picking up the wrong choice...or something wrong with the flower's design haha

Lepas ni confirm tak boleh beli bunga dah!

24 July 2010

Seri Abim dan Nilai 3

Seri Abim
1. Pagi tadi as early as 830am kami sudah berada di perkarangan sekolah Seri Abim. Idlan bakal menduduki peperiksaan kelayakan untuk masuk ke darjah 1. Ramai juga budak2 yg register, dalam 200++ dan mengikut kata guru di sana mereka nak mengambil seramai 180 orang pelajar. Idlan duduk di belakang sekali...jadi aku bolehlah mengintai melalui tingkap belakang kelas. Jam 9am peperiksaan bermula..masa yg diberikan adalah sejam, kertas soalan ada 10 mukasurat, soalan bercampur-campur untuk subjek Bahasa Melayu, English, Sains, Matematik dan Jawi. Bila exam bermula, Pruzz pergi ke kantin untuk breakfast bersama Firas. Sementara mama setia berdiri di luar kelas memerhatikan si anak. Anak relaks, mama yg terlebih cuak dan risau huhu. Ni baru exam nak masuk darjah 1, belum exam UPSR lagi :p

First page, kena mewarna mengikut arahan yg diberi. Kuperhatikan idlan punyalah berhati-hati, terkeluar garisan sikit dia padam....so agak lambatla dia menghabiskan page pertama tu sedangkan ada budak yg dah masuk page ketiga....mama start risau! Lepas tu page yg seterusnya dia ok...cuma masuk part isi tempat kosong utk alif, ba, ta sampai ya...boleh pulak idlan terlupa huruf 'ha' ('ha' yg sebelum 'lam alif'). Mungkin sebab dah lama tak tulis alif ba ta sampai terlupa isk isk....lain2 tu mama sempatla intai rasanya betul dah dia jawab. Apa2 pun mama doakan idlan lulus ok!! Jam 945am Idlan dah siap....maknanya 45 minit mama berdiri di luar kelas tu...uh uhh memang lenguhla kaki dan badan :p


Nilai 3
Lepas exam tu, kami terus menuju ke Nilai 3 (idlan ponteng klas SR hari ni hehe).
Masuk hari ni, bermakna sudah 3 minggu berturut-turut kami ke sana! Aduh memang letih, ditambah pula dgn cuaca yg panas. Minggu pertama kami membeli lampu untuk dining area dan 2 sets string curtain untuk menutup bahagian dapur basah yg agak terbuka. Minggu kedua membeli langsir untuk dimatchingkan dengan warna dinding yg sudah bertukar. Dan hari ini membeli beberapa barang perhiasan to add more colors to the house.


1 set (3 ketul) frame gambar...plan untuk digantung di tangga.
RM120 selepas diskaun..memang berbaloi!
Jadi plan untuk menggantung kain Ikea boleh discrap off :)

Jam...ini plan nya untuk digantung di dinding atas tv
RM99...murah jugak berbanding di Athome, Folio, etc.

Akhir sekali, rod besi berwarna hitam untuk dimatchingkan dgn langsir.
Rod lama kami berwarna coklat, sungguh tidak 'in' dengan warna langsir baru huhu

Ada lagi beberapa benda nak cari, tapi tiada yg berkenan di hati....terpaksala teruskan jalan2 cari 'barang' di tempat lain pulak lepas ni

22 July 2010

sudden transformation

After 3 years of living in green, we're now changing into a black/silver mode.
Scary huh?

..........
..........
..........

Stay tune for more updates okie :)

18 July 2010

Dekat 5 jam menghabiskan masa di Nilai 3. Dahlah badan dan kaki memang dah berat dan lenguh, tapi demi mencapai misi mak buyung gagahkan diri!
Balik rumah flat giler...satu badan acik sakit!!

03 July 2010

idea idea!

Bila tengah bosan ni, tiba2 muncul beberapa idea bernas setelah berdiskusi dengan cik abe.
A minor face-lift to the house perhaps?
Muehehehehe kita tunggu!!!

p/s: Sian si adik baby, satu benda pun tak beli lagi untuk dia....mama bz sibuk beli benda lain. Takpe yer sayang, bila confirm gender nanti...kita boleh start shopping utk awak yer!

03 August 2009

happy banget....

sebab:
1. berjaya iklankan brg2 to let go di mudah.com.my malam jumaat lepas. Stay up sampai kol 3am seh gara2 nak snap gambar, upload, etc. Dah berjaya jual kamera digicam Nikon Coolpix 3200 kami pada harga RM60. Murah sgt ker? yerrr sudah semestinye kerana sabtu tu aku terima lebih dari 10 calls/sms/email yg interested nak grab nikon itu...terasa glamer giler sabtu tuh hihi. Siap ade yg bertanye, betul ke Rm60 cik yati? ahaksss silap strategy kah kami? igtkan tak laku dah digicam 3.2 megapixel :p

2. Sofa spt yg diiklankan di previous entry pon dah slamat diangkut oleh opismate ku a.k.a kak sem kelmarin. Lega sket ruang family hall atas kami....nampak luas dan tenang :)

3. Sedikit makeover di ruang tamu, kami berjaya gantung 'bunting' (read:kain ikea + rod) menggantikan white blind yg dah digunakan sejak 2 tahun lepas. Blind putih tu pon dah jadi ala2 creamy gitu sbb berhabuk :p

4. Berjaya tahan van paper lama dan menjual paper+magazine lama kami pada harga RM16. Dah tak semak samun porch kami dgn magazine yg bertimbun2 itewwww.

5. My little baby finally walks! Actually since the past 2 weeks dia dah made few steps, tapi kali ni dah BANYAK steps dan complete satu rumah dia tawaf. Berjaya gak dia jalan before he hits 1 yr this upcoming weekend :)

28 July 2009

Lelong lelong!

Iklan sat....

Sesiapa berminat nak beli sofa 3-2-1+coffee table+rak tv (illustration spt di bawah) boleh msg me okeh. Selling all items for ONLY RM200 :)
Excluding transportation yer....

sekian tima kasih!




jom make-over part two

OK kite sambung sket lagi. Kali ni projek bedroom idlan pulak yer. Actually kami start dgn bilik dia dulu, then baru continue with family hall tu. Kerja yg paling seksa skali adalah cat stripes2 tuh. Kami tampal masking tape utk buat lining, at the end bila cabut tape tu tercabut skali ngan cat asal...so dah jadi extra keje nak touch up balik lining cream tuh...very tedious and tiring tak igt. Akibatnyer 2-3 days alone spent for painting jer (pruzz yg cat, ku cuma touch up about 5% jer sbb takut nak panjat naik tangga hehe). A lesson well-learnt, sbb tu utk SOHO pruzz kami cat free-hand jer..tak guna tape dah..lagi cepat and efficient :)

Habis cat, baru start pasang ODDA bedframe, MALM 3-chest drawer and Trofast frame tuh. Knowing Ikea nyer style kan, setiap perabot comes with lots of screws and tok nenek dia...so lama la jugak spent time utk pasang sumer2 tuh. Opps kalo nak suruh org ikea tolong pasang pon bley...dia charge rasanyer 10-15% from the item's price. Yang paling ku suke skali adalah curtain polka dots tuh...beli kat Nagoya tesco kajang @ rm9.80/meter...umi tolong jahitkan..so cost jahit dah free la :) Perasan tak curtain tu sama dgn tote bag yg pernah ku tunjuk dulu..ngeee suke!

enjoy the pics ok..gambar before make-over lupa nak bwk plaks.


L: proses mengemas dan membuang brg2 yg takmo dipakai


L: Sebelah Trofast frame tu nak letak Mammut study table+chair+shelves...tapi tak terangkut2 lagi dari bwh...tak larat dah sebenarnyer :p
R: Bedframe tu actually boleh masukkan katil single kat bwh dia..tapi kami tak beli lagi considering firas yg kecik lagi. So for time being sumbat je baju2 lama kekanak kat situ.

Opposite dinding purple tu masih kosong, rasanye nak cat kaler light yellow and hias dgn frame or pepe jer la...tunggu next round plak...dah boring every weekend spend mengadap projek2 ni..letih sgt!

Anyway, idlan belum rasmikan lagi bilik nih....dia TAKUT!
nampak gaya memula abah la kena temankan dia tido hihi

jom make-over bersama Pruzz-Yati part one

Cam poyo jek tajuk tu ek..hehe tajuk mesti bombastic even tho hasilnya biasa2 jer hihi.
Ni gambar dekat family hall atas showing work in progress yg dilakukan. Perabot beli kat ikea, 2-3 bulan lepas dah beli tapi nak start buat keje tu malas yg amat. Cuba la tgk semak samun tuh...mmg mematahkan semangat nak start projek betul dak? Konon nak DIY semua furniture yg beli tuh...bila bukak nak pasang je masya Allah bukan main byk skru dan accessories nyer. Mujurla ade Pruzz yg kreatif iteww...kalo harapkan aku, confirm 4 hari 4 mlm pon tak nampak rupa perabot lagi :p Semua perabot yg lama kitorang sumbat dlm bilik sebelah yg ala2 dah macam stor gitu.

serabut giler kan..mmg sesak nafas kalo sape tengok!


L:bilik sebelah hall yg dah macam stor.
R: bookcase EXPEDIT yg dah siap dipasang.
Hall lepas dicat. Idea stripes biasala ilham Pruzz..aku cuma tukang pilih color.
Kerja mengecat 50-50. First time la aku pegang berus cat..kira okla kan as a
beginner hehe. Cat guna Nippon Paint, 3 different purple tones.


Hall selepas dimasukkan Expedit bookcase and study table Vika Amon.
Ade few things lagi yg belum dipasang i.e. Lack shelves, frame, etc.
So itulah family hall yg dah transform into SOHO pruzz :)
Iklan:
Sape berminat nak beli sofa spt gambar di atas, msg me okeh. Sofa 3-2-1 + FREE glass coffee table selling at RM200 ONLY (transportation exluded).

19 July 2009

sabtu yg tak best

Pukul 5:23am. The men of the house tgh syiok tido, ku baru bgn kemas dapur, basuh pinggan, & lipat kain. Semalam seharian terbaring jer...gastrik yg teruk amats, nak buat keje pon rasa tak bermaya. Gone the whole saturday begitu sahaja :( Ntah ape kesla perutku ini huhu. Stok ubat tinggal ngam2 utk sehari je, nampak gaya monday kena jumpe mr doc lagi...serius tak bley jadik nih. Petang B ke tesco beli kotak plastik utk simpan baju lama idlan, and dia ade beli jeli gamat formula Dr Azimuth. Baru mkn 2 sudu tadi...ikut kotak tu gamat+spirulina bley neutralize and balancekan kandungan acidity dlm perut, hopefully after mkn gamat ni perutku sihat semula dgn izinNya. Orang slalu kata, gastrik sebab tak mkn/skip makan. Tapi kes acid refluks aku ni, after mkn je perut mesti sakit. Sampai rasa fobia nak telan makanan. Padanla aku notice patient2 doc aku tuh mostly kurus2 belaka...agaknyer depa pon tak lalu mkn macam aku hehe.

si little dodo pulak tetiba demam panas+sesema petang kelmarin. Adik sakit, mama sakit...sian abang takde sape nak temankan kawan tu mandi kolam...merajuk dia petang semlm.

Insya Allah hari ni kalo badan ok nak sambung kemas bilik idlan..alhamdulillah proses mengecat dah settle, katil+drawer MALM+kotak mainan Trofast dah siap pasang. Tinggal nak vacuum+ lap almari + pindahkan baju2 ke almari+susun mainan. So that next week....bley start proses make-over workspace B plak :) Harap sumer dpt settle before mak & mak ude dtg KL nanti...kalo idak mahu pengsan derang tgk semak samun kat hall atas tuh ngeeeeee :p

17 May 2009

outing lagik?

Opss misi nak stay kat rumah tak berjaya ari ni. Actually dari kelmarin dah pasang 'niat' nak kluar today :p

Dlm pukul 12, kami kluar ke tesco kajang. Catch a quick lunch at TCRS, adik behaved well dlm high chair..so dpt la mkn dgn tenangnyer. Right after that terus menuju ke Nagoya, misi utama outing hari ini. Akhirnye jumpe jugak dgn kain idaman utk buat curtain idlan :) Thanx to kak as from toteboutique.blogspot.com sbb inform ku di mana nak cari kain2 cun yg digunakan utk tote bag beliau. And dlm masa 2jam++ kami spent di Nagoya, akhirnye decide utk beli kain polka dot grey black utk curtain idlan (actually sama fabric dgn tote bag yg ku order dari kak as so kiranyer bag mama sama color dgn curtain idlan hohoho).

polka dot grey black utk dimatchkan dgn 3 rona ungu bagi feature wall
RM9.80/mtr
Tangkapan kedua, beli kain baju melayu raya utk pruzz dan kekanak tuh. Color dark magenta, utk matching dgn kain bandung mama yg umi hadiahkan from Bandung. Dan tangkapan ketiga, beli kain curtain utk main hall kami yg taknah ditukar sejak berpindah masuk ke rumah 2 taun lepas :p. Kami pilih 2 kain berlainan utk dicantum, main body color creamish dan top color dark green. Kali ni pilih utk jahit ring style, selamat dihantar ke nagoya utk upah jahit (sekeping RM11 excluding rings).



Kiranyer sekarang hunting mission utk stuffs projek kid's room all completed, cuma pending bab implementation jer :p Tunggu abah free baru bley start dgn kerja2 mengecat dan sebagainyer.

18 April 2009

our newest project

Opps...Firas officially crawls today...to be exact early in the morning!
Few steps crawling and after that back to menyusur as usual :p

My day starts little bit late since i slept at 4am last night to finish up deco on the cakes ordered by my neighbour. Anyway the whole day was spent at Umi's house, having lunch and bergather2 with my bros. Before that we went to Macy sg besi, scout around for idlan's curtain and rug (and maybe ours for the living hall since we never change our curtain since the 1st day we moved in :p) but none caught our interest. Very the flowery laa hohoho sgt tak sesuai! Oh did i mention that we're in process of creating kid's room and workspace for my hubby? we already bought most of the main items last week at ikea, now pending for installation since we haven't decide on the wall color yet. Most probably we'll go for dark purple, or blue...or maybe something lighter...huhu i dont know. If dark then it suits well with the all-white furnitures that we bought earlier. Can't wait to have them all fixed and see the results :) I may need to take 1-2days leave to help hubby paint the wall and assemble the bed, storage cabinet, table and shelves. Well, with the new workspace, i hope you'll work harder yer sayang!

13 August 2007

frame ikea

Our piccas corner @ home....guna frame ikea..murah je...kalo nak sila la pegi beli..saya bukan dealer :p

bunga tu sila la abaikan...hehe