Showing posts with label firas. Show all posts
Showing posts with label firas. Show all posts

08 August 2015

Hepi 7th birthday dear Amir Firas

Alhamdulillah, makin besar anak mama yg sorang ni. Paling cheeky, suka sengih, suka ipad, bila tanya apa2 suka jwb 'emm ntah tak ingat'. Moga Allah terus kurniakan kesihatan yg baik buat anak mama nih, moga dikurniakan akal fikiran yg cerdik, kuat iman, jadi anak yg soleh dan taat pd agama Allah. Mama, abah, abg Idlan, Ammar dan baby Irfan sayangggg Firas!!

Besday kali ni agak special walaupun tiada sambutan yg meriah. Buat pertama kali kami travel blk kg. Irfan 1st time dpt jumpa tok wan :) Dan syukur kami dpt menyempurnakan aqiqah Irfan.

Syukur padamu Ya Allah di atas segala rezeki dan rahmat yg Kau kurniakan kpdku dan keluargaku. Limpahilah kami dgn kasih sayangmu dan iman, lindungilah kami dari segala azab dan musibah, terangilah hati kami dgn cahaya keimanan agar kami terus mentaatiMu Ya Allah.

12 January 2015

First day of school - 2015

Tak sangka penat mengalahkan keje ofis!

8am- pegi NSK beli lauk n groceries. Abah dh hantar firas n ammar gi Kafa n tadika. Abg Idlan naik bas ke skla.

9.40am- smpi rumah, siang lauk, msk lemak udang cili api favourite idlan + ikan kembung goreng cili kicap...tgk2 dh pukul 12! kalut pakai tudung sbb nk gi Kafa tgk firas naik bas sek.

12.15pm- bas dtg. Dia cool je naik bas. Oh duit blanjer dh hilang masa mandi kat Kafa tadi. Mujur ada rm2 dlm keta hehe so mama pass kat dia. Mama blk rumah lunch n solat dulu..lapar n penat sgt! Blk rumah bila bukak beg kafa tgk2 towel n songkok takde la plak haishhh

2pm- Gi Kafa cr towel n songkok..takde. hurmm ntah2 firas bwk dlm beg skla kots? Terus gi skla..tgk dia elok je dlm kelas duk sebelah Kimi.

2.30pm- rehat. dia beli sosej..then gi toilet (lama bukan main buang air besar rupanya!)..then mama teman gi surau utk solat Zohor. adoi slow n steady betul. elok je abis solat loceng dh bunyi..hmm 30min dia rehat..patut 20min je..cikgu kasi can 1st day kot.

3.10pm- mama gerak blk rumah n rehat. ptg kol 6pm pegi fetch Ammar dekat tadika..then pegi skla blk skodeng firas naik bas :)

Ok sekian laporan hari pertama persekolahan anak2 mama. Mujur abg idlan dh besar...and Ammar dah 5yrs so kira senior kat tadika dah hehe. If not mau lg kalut :p

11 January 2015

Basikal baru!

buat si abah dan Firas :)

Abah lepas buat MRI confirm diagnosed as PCL injury level 3. Operation only 60% success rate, rehab 1 yr. Another option is physio + supplement, and see the progress fr time to time.

And so he opted for physio for time being. Bye bye to volley & badminton, he now must change his lifestyle, and choose a much lighter-impact exercise.

So pasnih abah cycling dgn bebudak je la :)

For reference, beskal abah rm850, Firas rm150. Ammar recycle je beskal lama Firas hehe kira okla tu sbb abah baru polish :)

Mama? nanti2 lah dulu habis pantang bole pk. Bila tgk org lari..tingin nk lari. Tengok org panjat bukit Broga..tingin panjat gak. Cross trainer kat rumah dh lama tersadai sian dia. Hurmm pas abis pantang kena restart aktiviti2 menghasilkan peluh ni :)

24 November 2014

Majlis Konvokesyen Tadika Nur Addin 2014

Firas dah tamat tadika! Aduhai besar dah anak mama nih. Risau bukan main taun depan nk masuk school kena angkat beg berat..dah la kurus mamat ni..cian dia!

Majlis Konvokesyen seperti tahun2 lepas berlangsung di Jade Hills Resort Club berdekatan dgn rumah kami. Kali ni majlis tamat lewat sgt dlm 1.30pm gitu, aduhh penat sgt rasa, kids pon dah restless dan lapar...mama plak sampai migrain dibuatnya.


Majlis dimulakan dgn bacaan Surah Al Insan oleh Firas dan 3 org kawan2 dia. Teringat masa zmn Idlan dulu, dia baca sorang2 atas stage Surah Al Luqman.


dah lupa ni persembahan apa :p


Ammar...dpt anugerah Matematik Terbaik 4 Tahun :)


senyum lebar kat pakcik official photographer of the day


Firas...dpt Anugerah Matematik Terbaik 6 Tahun...mcm berjanji plak derang berdua kuikui


Persembahan aerobik budak2 4 Tahun




Choral speaking budak2 6 tahun


selesai berarak dan naik ke pentas dgn jubah konvo mereka!


penyampaian gambar konvo dan sijil tamat graduasi tadika :)


Kanak2 6 tahun Tadika Nur Addin...alhamdulillah


dgn abg Idlan..muka dah monyok kepenatan time nih..lapar pon yer jugak!!


bersama Cikgu Niza..pengetua Addin


bersama cikgu2 tadika


dah boleh tersenyum lebar..sbb dah order makanan :)




Ammar yg tgh menangis and cranky sbb baru lepas bergaduh dgn kawan dia + lapar + penat huhu


Hari Anugerah SKLA 2014

Minggu terakhir persekolahan yang penuh dgn aktiviti sekolah anak-anak. Bermula dgn majlis anugerah Kafa (tapi ibu bapa tidak dijemput hehe), diikuti majlis anugerah di sekolah kebangsaan, dan akhir sekali majlis konvokesyen Firas yang berlangsung kelmarin. Alhamdulillah pengakhiran yang cemerlang buat anak2, moga mereka terus cemerlang di dunia dan juga akhirat. Paling penting moga pencapaian akademik kamu semua terus seiring dgn sahsiah yg baik, iman dan amal yer anak2 mama sekalian!


Majlis di SKLA


'Kelebihan' jadi pengawas, kena keras tugas sebelum majlis berlangsung kuikui


Alhamdulillah, abg Idlan naik pentas tahun nih :)


yg tengah tu besfren Idlan..nama pun lebih kurang Farhan Afham, sama2 naik stage tahun nih. Tahun lepas sama2 tak dpt naik stage hehe. Mereka berkawan rapat since darjah 2, geng taman, geng bola sepak, geng ilangkan kunci locker di i-City sampai kena denda bayar RM50 minggu lepas...erkkk geram betul mama!


selfie 3 beranak. Adik2 tak dpt dtg sbb bz praktis utk konvo.


30 June 2014

off day with the kids

Syukur as at noon today firas is getting better. Lepas mkn nasi x muntah dah :) Good job sayang esok kita sambung puasa balik ok!
Sangap rasa duk umah. Nak buat pb..belum sampai seru. Nak baking or buat cookies bdn x larat. Nak wat dessert, cream caramel semlm byk lagi berbaki...nnt membazir pulak. So kejenya asyikla duk google resepi2 hehe. Nak cuba bila tu belum pasti..tp bookmark siap2 dlm hp :) Hubby ckp pegila jusco cari baju raya...ohh lagikla malas tambah2 nk angkut 2 org ni kan..pingsan!

kids learning the arabic with their ipad..mama pon tumpang sekaki blajo skali :)

06 December 2013

of Firas

Geeshh my blog has been left unattended for quite some time, thanks to the never ending office workloads, i lose the energy and mood to write. I even missed doing things i used and loved to do in the past i.e. baking, baking and baking. The kitchen mixer must have been longing to whip up something and spread the love to the household :p

My dear Amir Firas in a white jubah. So innocent, pure, suci murni gitu. I couldn't stop smiling when looking at this pic, courtesy of his kindy's teacher. Last month we went to his kindy graduation day at the Jade Hills Clubhouse. He did not graduated yet, but we got the chance to see him up on the stage performing coral speaking with his other 5yo and 6yo friends. Sangat hebat mereka semua, they could remember such a long story narrated by their teachers. It was more than 5 full pages of wordings if i can recall correctly. Well even if they missed out certain sentences i still think the kids were just superb! Guru2 yg mengajar apetah lagi...mmg sangat hebat :) Anyway this yr Firas walked away with 2 piala. Hafazan surah terbaik dan bacaan Qiraati terbaik for 5yo. Alhamdulillah moga sentiasa diterangkan hati ye sayang.

okla time's up...till the nx entry ya :)

19 August 2013

Happy 5th Birthday dear Amir Firas!!

He was borne on 8.8.2008 (same with me! hehe) at 1041pm, apparently it was the start of an Olympic Games in Beijing for that year.My gynae suggested that i go for induce, so that we can share the same birth date haha. Giler tak panik time dengar tuh...as his initial EDD was 15.8.2008. So we had several round of calls to my mil, colleagues n friends just to get their opinions...should i give it a try or just wait for natural birth :p
well we finally settled for an induce. Dari 9am menunggu....pukul 1041pm baru dia kuar phewwwww. My gynae had actually said...rasanya takde harapan awak nak dpt baby 8.8. That time i was like uwaaaarghh menyesalnya induce! That's why for Ammar's case i waited for natural birth hehe serik woo!

Despite us sharing the same birth date, our character was different altogether. Dia ni keras hati, susah nak menangis (unlike mama dia yg sgt la senang meleleh hihi), sentiasa ceria dan suka benar sengih. Perangai dia pon sgtla kontra dgn Idlan...tapi takper, kami percaya setiap anak tu ada kelebihan dan kekurangan memasing :)

Cup cakes project for his birthday celebration at tadika today. 120 cuppies altogether, a mix of vanilla buttercake and choc moist flavor..with buttercream frosting. Sgt penat ok. Sabtu mlm start membakar...Ahad pagi sambung ke petang pulak mendeko...ntah brape jam terperap di dapur uhhh sgt penat! Nevertheless i hope he will have a great birthday celeb today with his friends....






tahun depan konfem takmo buat cup cakes dah...serik!! haha

We luv u loads Amir Firas. Moga Allah sentiasa melindungi mu dalam apa jua keadaan. Moga membesar dgn sihat, dan menjadi anak yg soleh, dan hidup berpandukan iman dan agama dlm setiap tindakan. Amin.

12 July 2013

Sukaneka Tadika Nur Addin, Salam Ramdhan, menu iftar :)

Panjangnya tajuk!
Kata orang, tajuk melambangkan isi kandungan. Jadinya meh kita consolidate dlm a single entry, senang kan hehe

Sukaneka Tadika Nur Addin yang ke-7 dibuat pada hari Ahad lepas. Alhamdulillah cuaca dah ok, tidak lagi jerebu, jadi sukan berlangsung dgn lancar walaupun cuaca amatlah panas terik huhu. Kali ni Firas dlm team pasukan merah, tema atau logo sorakan mereka 'Red is the champion!'. Uhh di akhir acara, mmg pasukan rumah Merah yg menang jadi juara...congrats my dear!

Malu2 pulak si bujang sorang nih bila suruh posing. Kat rumah bila kami tanya masuk acara apa, dia kata takde apa2. Tapi di hari kejadian, lerr rupanya ade dekat 5-6 acara yg dia kena masuk!

tengah Q utk dipasangkan tag pasukan merah.
 
Dari Idlan 3 tahun, sehinggalah sekarang Firas dah 5 tahun, kami masih setia bersama Tadika Nur Addin. Maknanya dah nak masuk 5 tahun anak2 kami dididik oleh cikgu2 di Addin. Alhamdulillah mmg kami puas hati dgn tadika nih, walaupun cikgu2 yg best seringkali bertukar ganti...tapi pengetua mereka tetap komited utk pastikan anak2 yg dihantar ke sini berjaya :)

Firas dan rakan2 baiknya!
 
Bersiap sedia utk menyanyi lagu opening. Kali ni derang pilih lagu 'Terima Kasih Cikgu' yg dlm cerita Upin Ipin tuh...mmg comel!
 
ammar yg setia menanti abangnya. Tahun depan ammar pulak yg akan pegi 'school' pakai baju seragam hijau kuning. How time flies!
 
tolong abah tolong!!!! Budak ni tergedik2 kena geletek. 

Byk lagi gambar lain dlm kamera, malas pulak nak transfer. Tapi kesimpulannya Firas punya pasukan dpt no. 1, so dptlah bwk balik gold medal. Abg Idlan agak jeles di situ, sebab dulu dia cuma penah dpt silver medal jer hihi 

Ok diam tak diam, kita dah masuk ke hari ke-3 Ramadhan...cepat kan! Alhamdulillah so far aku tak kena migrain, berkat dan hikmah bulan ramadhan tu sendiri i guess. Kalau tidak first day pose selalu kena rekod migrain :( Firas pulak buat pertama kali digalakkan berpuasa oleh cikgu2 tadika. Pesan cikgu, mereka takkan menyediakan makanan utk budak 5 dan 6 tahun, jadi mak pak kena suruh anak pose. Kalau tak larat, barulah boleh mintak kat cikgu utk berbuka. Jadi abah akan suap Firas siap2 sebelum ke tadika, dan so far dia berpuasa dari jam 8am sampailah ke 530pm. Bila aku atau si abahnya ambil dari tadika waktu petang, balik rumah tu terus dia bukak puasa makan koko krunch dan susu. Kira oklah tu, mmg good boy! Actually aku agak kesian nak suruh dia puasa betul2, sebab si bujang ni kurus yg amat...15kg je ok...kalo pose full mesti lagi kurus huhu. Ammar pulak bila ditanya 'ammar pose tak'...laju je dia jawab 'Ammar puasha lahhh!' tapi sambil jawab sambil gonggong botol susu :p

Popia frozen!! Aku buat ni wiken lepas, konon nak stock up utk bulan pose, tapi sebelum start pose dah habis separuh :p Takper wiken ni insya Allah akan ku buat lagi byk..caiyo caiyo!
 
mmg terbaik! ehh bukan perasan tau...tapi at least rasanya way much better dari yg dijual kat pasar mlm tuh. Sebab inti dia ku bubuh ayam, telur, togey, dan carrot. Esok nak tambah kacang buncis. Nak lagi sedap bubuh udang. Tapi kids ni masalahnya kalo tgk byk vege derang mesti reject punyer. Either tak layan terus, atau derang akan korek buang segala sayur-sayuran tu and susun tepi pinggan :(
 
Menu ramadhan day 1 - ayam masak merah feveret kids, sayur sawi, kobis & carrot masak lemak & telur dadar. Kuih pulak hubby import dari tepi tasik kat rumah kami hehe...en hubby mmg hantu kuih muih...isteri dia pulak tak reti nk buat kuih2 tradisional nih...kalo suruh buat carrot cake bley lah! hehe

Menu day 2 - sotong and udang goreng tepung (hubby ckp sedapppp giler pish posh pish posh kembang si isteri :p)
Dan juga ikan bawal masak kari. 
Kids langsung tak layan lauk ikan isk isk nampak gaya depa ni mmg hantu ayam jer huhu dilema betul si mama takkan nak masak lauk ayam je everyday??

Alhamdulillah di bulan ramadhan nih company kami kasik staff keluar pukul 430pm, so by 530pm dah boleh sampai rumah. Mandi2 and solat asar, kemudian terus berperang di dapur. By 715pm insya Allah dah siap masak. Tapi masalah bagi kami yg kerja di KL ni, kalau keluar lewat sikit je pon dah jem yg amat. Jadi kebanyakan dari kami dah ciow pukul 4.25pm hihi. Hey jgn tak tahu even one minute makes a lot of difference tau!!

Kepada kengkawan tersayang, Selamat Berpuasa yer. Moga kita semua kekal sihat, dan dpt menjalani ibadah puasa dgn lancar dan sempurna. Azam ku utk melaksanakan terawikh setiap mlm, solat dhuha setiap pagi, dan kalo boleh nak cuba khatam Al-Quran...kalau tak dpt khatam dpt habiskan 15-20 juzuk pon kira dah syukur :)