Kenapa laman 2? Sebab projek laman 1 dah lama bermula dan berakhir, hasil dia dulu memangla sgt menarik, tapi disebabkan maintenance yg tinggi, dan memerlukan 'kerajinan' tahap dewa, maka laman kami yg dulunya indah, sekarang bertukar menjadi semak samun yg sangat sesak mata memandang! Masa beraya di Ampang minggu lepas, papa ku membebel buat sekian kalinya menyuruh kami membersihkan laman dan menjadikan ia 'sedap mata memandang'. Aku cuma memberikan alasan lemau ku...'takde masa, bz'...tapi nampak gaya papa ku dah tak boleh buy in with that same-old-lame-excuse anymore.
Maka 2 hari lepas, aku mulakan projek dengan menebas/membuang pokok2 yg dulunya cantik tetapi sekarang dah tumbuh tinggi dan sgt panjang hingga menyesakkan pemandangan. Slack tak ambil gambar sebelum dan selepas...kalau tidak sure korang dpt tengok perbezaan ketara. Terbongkok2 mak buyung dan anak2 teruna menebas pokok2 tu...sampaikan umi siap pesan, jgn keje renyah2 sgt, nnt terbersalin awal susah! Anyway umi dan papa ku tiada hingga hari sabtu, mereka pergi berholiday ke negara jiran, sebab tu umiku dah pesan suruh doa tunggu dia balik KL baru bersalin :p
Hari ni, cik abe pulak sambung buat kerja..ditemani anak2 yg setia dan nampaknya minat sungguh dgn hal2 berkaitan 'green project' nih :p Aku cuma tolong sekejap je, baru pindahkan batu sket bontot dan badan dah rasa lenguh and sakit. Akibatnya, lunch terus tak jadi masak sebab penat terlampau :p
Akhirnya semua pokok dan akar berjaya ditebas dan dibuang.
2 besen besar berisi batu. Rendam dlm clorox, nnt later kena 'gonyoh' kasik cun balik!
Perasan tak si kecik yg bergaya tanpa seluar tapi bertopi? style baru tuh :)
Rumput yg masih belum ditebas
Plan kami, kali ni nak buang semua rumput dan pokok, dan tiles kan kesemua bahagian yg ada dlm 3 kaki lebih lebarnya. Disekeliling pond, akan diletakkan kembali 'railway sleepers' dan batu2 putih yg akan dicuci. Pokok2 akan ditanam dalam pasu, no more planting on the ground yer. Jadi esok kami plan untuk pergi mencari tiles, 'shelek' kan kembali railway sleepers yg sudah worn out, dan buatlah apa yg patut. Kalau orang datang beraya, harus pengsan depa tengok rumah kami yg semak samun & comot nih :p
Later saya akan updatekan bila projek dah complete ok! :)
4 comments:
oh maintenance mahal sgt ke? aku baru bercita-cita nak buat
silap x elaborate.... Maintenance dr segi 'time & effort' hehe. Kalo all tiles, senang sket nk maintain pokok dlm pasu
haha betul betul tu aku tiles je terus kawasan rumah
tu la aku tak larat nak menten2 ni.so mmg tade hiasan la laman..yg ada pokok2 utk mkn je cam serai, limau, daun kari , kunyit etc
Post a Comment