Betul la kata orang, FB ni agak banyak jasanya. Kawan yg dah lama menghilang, tiba-tiba boleh muncul kembali dalam hidup kita. Bertanya khabar, bertukar berita. Kalau dulu time kecik main getah, galah panjang, teng teng… sekarang ni masing-masing dah besar, dah berkahwin, beranak-pinak, etc. Macam kes saya, 2-3 hari ni ada beberapa kawan lama yang saya kira sudah lost contact hampir 17-20 tahun, tiba-tiba add saya sebagai friends dlm FB. Gembiranya hati bukan kepalang.
Bukan apa, ada seorang sahabat ni, kami memang berkawan baik semasa darjah 4-5, masa tu saya bersekolah di Tumpat, Kelantan (yerrr saya pernah duduk di kampung nenek dari umur 9-11 tahun, maka makcik memang terer kecek kelate la time tu :p) Naik basikal sesama, main sesama, etc…yang paling saya ingat, kami sama-sama main hoki utk sekolah time tu. Dan pada suatu ketika, time tengah praktis di padang, saya accidentally telah tersepitkan my hockey stick di tangannya, menyebabkan jarinya bengkak & darah membeku (tapi tak ingat jari mana, saya mmg teruk bab2 long term memory nih). Dan selepas itu pelbagai lagi insiden berlaku yang menyebabkan hubungan kami menjadi renggang (opps lupa cakap sahabat ni seorang perempuan yer hehe), sehinggalah saya berpindah ke KL semasa darjah 6, hubungan kami terputus begitu sahaja. So bayangkan bila rakan anda tiba2 add anda sebagai 'friend', itu bermakna dia masih ingatkan anda, dan masih menganggap anda sebagai ‘friend’ dia betul tak?
Tiba-tiba saya rasa terharu pulak....ke makcik ni terover sensitive yer? hohoho
Hebatnya penangan FB, walaupun saya bukan ahli tegar FB (especially bab main2 game macam café la ternak binatang la and whatnots), tapi hari demi hari saya semakin menghargai kewujudan laman web ini :) Ni baru kawan-kawan lama, belum bf lama lagi ekk...akakaka kalau tahu dek cik abe mahu dia kasik 'stare yg sangat2 mean' macam kak elin stare pada kids yg ejek anak dia duduk dlm stroller tu :p
yup, FB menemukan aku dgn ramai orang...! kawan sekolah yang lama
ReplyDelete