15 July 2010

Tioman - Day 2

(Kita sambung day 2 pulak yer, dah hampir sejam aku stuck di tempat parking ni, apelah jem teruk plak ni tensi betul! Dah nak dekat pukul 7pm ni, sian idlan ngan firas mama lambat hari ni huhu. Abah pulak ade klas sampai 8pm.)

Usai menikmati buffet breakfast di kafe resort, kami terus balik tukar baju, dan bersiap sedia ke jeti untuk snorkeling trip. Trip dijadualkan dari jam 9am-1pm, di dua tempat iaitu Pulau Renggis dan Marine Park. Kanak2 sangat excited dengan life jacket masing2, perjalanan ke pulau renggis memakan masa dlm 1/2jam kot, lupa dah :p Dalam bot kami adalah beberapa orang Chinese couples yg turut serta dlm snorkel trip ni. Sampai di Pulau Renggis, bot diberhentikan…dan sorang2 ahli bot terjun/turun melalui tangga bot untuk ke tengah laut melihat keindahan ikan2 yang berwarna-warni dan batu karang di dasar laut. Cik abe ku merupakan orang pertama dlm group kami yg terjun, diikuti dengan Zahan, dan last skali Dman. Mommy2 semua tunggu atas bot jaga kekanak.

Then, mommy pertama Ijah turun ke laut…after few minutes Ijah dah selamat berenang dan snorkel ke tengah. Mommy kedua (aku la tuh hehe) turun perlahan2 dari tangga bot, sampai ke bawah tangan kanan masih memegang tangga bot manakala tangan kiri kulepaskan perlahan-lahan. Bila jenguk muka ke dalam air, masya Allah kecut perut macik!!! Dalamnya air dan dasar laut tuh!!! Macik terus kaget…few minutes jugakla menyelamkan muka ke dlm air tu sambil kumpul kekuatan dan semangat berani utk melepaskan tangan…tapi still tak berani kuang kuang kuang. Makin lama tekanan dari bawah bot makin menarik2 badan ke bawah bot….uihhh macik bertambah cuak nak lepaskan tangan. Amoi cina sebelah aku pun tak berani nak lepaskan tangan dia, sedangkan pakwe dia dah selamat tinggalkan dia snorkel ke tengah. Cik abe ku bukan main kasik semangat…tapi still tak berani! Si idlan bukan main ejek cakap mama ni dah besar pun penakut lagi! Dalam otak ni duk berfikir, kalau hanyut siapa nak selamatkan? Kalau termasuk bawah bot lagikla haru! Last-last dengan terkepot-kepot macik panjat balik tangga bot naik ke atas hohoho….kesimpulannya macik cuma snorkel di tepi bot je kuikuikuiii..malu malu!

Teringat peristiwa di Redang/Perhentian dulu, dek kerana sibuk nak mengikut Pruzz pergi ke tempat dalam, tak sedar yang aku dah berada jauh daripada bot. Akibatnya, diri sendiri dah tak larat nak berenang patah balik ke bot. So Pruzz pun tolonglah tarik aku. Then dia tak larat, kengkawan laki yg lain sorang2 tolong rescue aku…Tapai, Farul, dan sape ntah lagi. Malu ai tau!!! Hehehe tapi dulu takpe sebab kengkawan ramai….ni Cik abe takde nak tolong sebab duk kat atas bot jaga Firas, takkan nak mintak tolong abg bot…malu seh!! (semua tu antara alasan2 kukuh nak justify macik yg takut nak turun snorkel kali nih :p) Mommy ke-tiga Farra memang taknak turun langsung…malas katanya, sebab nak jaga Muaz (alasan jugak ni :p). Maknanya cuma Ijah je lah mommy bravo pada hari itu….syabas met!!! Bila dah lama sangat kekanak dah start rasa bosan sebab depa cuma boleh duduk atas bot memerhatikan ayah2 snorkel. After 1 hr kot bot bertolak ke destinasi kedua, iaitu Marine Park. Abang bot kata kat situ lagi dalam (tadi kat Renggis kedalaman air 7mtr…tinggi macik cuma 1.6mtr, logikla kan rasa cuak hehehe). Bila dengar lagi dalam, ahh dalam hati dah tersemat “confirm aku takkan turun snorkel!”. So dekat marine park cuma ayah2 yg turun, manakala mommy2 semua bermain di tepi pantai di kawasan marine park tu. Kekanak bukan main hepi, yelah dari tadi derang dah tanya bila boleh mandi nihhhh. Pruzz kata kat Tioman coral tak banyak dan kurang cantik berbanding Redang dan Perhentian…so next time tak payah datang lagi la kots. On the way balik ke resort, masing2 dah kepenatan/mengantuk. Sampai di resort, kami tapau makanan utk lunch, dan cuma makan di bilik. After mkn, semua terbongkang.

Petang, sekali lagi kami turun ke pantai. Kekanak pulun mandi lagi…idlan dah terer swimming dan terapung sbb ade life jacket. Mommy2 semua snorkel (tepi pantai berani ok hehe) tapi malangnya kali ni ikan tak berapa banyak sebab air agak pasang. Bila baling roti, barulah banyak ikan2 yg muncul segerombolan. Kali ni jam 7pm++ baru kami naik, tu pun puas pujuk kekanak untuk stop mandi. Dinner, kami makan di restoran lain pulak, dan kali ni harga dan taste makanan much better compared to gerai pertama semalam. Makanan melayu ada, western pun ada. Datang jauh2 tapi aku Cuma order maggi kari sup…hehe sedap tau makan panas2…dahla sejuk sebab hujan tiba2 turun dengan lebat malam tu, so kami lepak (read: stuck) di restoran agak lama. Pekena teh tarik yg kaw…uhh sedap! Last2 bila hujan agak reda kami redah je untuk balik ke resort. End day 2.



cam honeymoon plaks :p



siap sedia utk bersnorkelling

anak2 betul & instant :p

dlm bot ke Pulau Renggis


jejaka idaman malaya?

abah yg bravo :)

posing yg wajib sebagai bukti hehe

bestfren!

test pelampung Husna...tapi firas x suke duk dlm pelampung!


Our group - yg missing adalah Abah sbb tukang amik gambar.
time ni kami stuck di restoran dlm hujan yg lebat

6 comments:

  1. ala...tak puas snorkeling huhu

    ReplyDelete
  2. cutenyer firas posing :)

    ReplyDelete
  3. bestnye snorkeling.. teringin nak cuba snorkeling without life jacket. alaa, penah gi snorkeling pun 2 kali jek.. kat pulau kapas dan.... guesss where......... PD! kuang2... ada ke snorkeling kat PD. tapi itulah kenyataan. Vendor TM yang bawak..

    ReplyDelete
  4. atul awak terer swim bley la x pakai jacket :)

    snorkel kat pd mmg taknah dgr hehehe

    ReplyDelete
  5. ahahahahah snorkeling kat teluk depan hotel! konon2 naik bot dari teluk kemang, ingat ke mana la nak snorkel nye. rupa2 menuju ke hotel yg kami stay.

    p/s aku tunggu tepi laut je. atul, sue, zaiti ngan zam la yg join :)

    ReplyDelete
  6. kak tini: tu laa.. naik bot beria-ia..ingat jauh sangat nak pergi.. wakkakakaka.. akak tak join pun takpe.. tak nampak ape pun snorkeling kat PD tuuu...

    ReplyDelete