31 August 2010

biskut semperit & oats

Cuti merdeka ni mmg mama tersgtlah produktif. Selepas subuh, aktiviti membuat biskut ke-3 iaitu semperit bermula. Sakitnya tangan nak picit mak aiii....ni semua gara2 guna nozzle utk pipe icing tu. Tak sangka susah, igtkan guna nozzle ni sama je dgn guna acuan semperit. Hasilnya, bunga semperit ku tak sekata, ada yg cun...ada yg buruk. Dahla time nak tekan tu kena berdiri, kalau duduk...tak cukup tenaga pulak nak menekan dough tu. Aduhh mmg sgt menguji kesabaran, bercinta habis nak siapkan satu batter tu. Pastu nak kena potong ceri kecik2 pulak kan...leceh sungguh. Akhirnya dptla 2 balang besar!




close-up sket...1st time buat biskut ni tau!

Lepas siap semperit, sidai kain kejap...then back to kitchen utk membuat bread pudding. Sambil tunggu pudding masak, mama pun start projek biskut ke-4 iaitu oats (resepi mak pruzz). Biskut ni pun lama jugak proses nak siap, sebab kena terap. Satu adunan dpt 2.5 balang...huh pukul 4pm baru siap semua biskut2 ku...letih banget!!


biskut oats...ni kali ke-2 buat, mmg sedap!

Oklah, pen off for now....mama nak baring2 streching kan kaki and pinggang...bengkok rasa hari ni tapi puas! Actually buat biskut ni takdela memerlukan skill yg hebat2 pun, yg penting minat dan tahap kesabaran yg tinggi perlu ada...kalau tak sabar, mau mama stop half way sajerk hihi.
Iftar ptg ni, kita makan kuew teow goreng jelah yer...malas nak masak nasi, tak larat :p
Rasanya setakat ni saja projek biskut raya yatipruzz tahun 2010 nih. Cukupla 4 jenis, dpt 4 balang choc chips, 1 balang biskut arab, 2.5 balang oats dan 2 balang semperit... pencapaian yg memberangsangkan utk mama buyung berusia 36 weeks :) Tu belum campur 2 jenis biskut yg saya order dekat kampung - mazola (sbb hubby suke) dan blueberry tart (sbb saya suke :p) Pantang ni sure heaven bley mengunyah biskut raya je kejenya!

30 August 2010

tragedi bubur pulut hitam

Sadis tajuk entry kali ni kan?
Uh uh mmg saya sedih sangat2, dan terkilan yg amats.
First time masak bubur pulut hitam kelmarin, memandangkan ni salah satu favourite idlan selain bubur cha cha.
Santan fresh kami beli di Tesco pagi tu, manakala pulut hitam & daun pandan tu ihsan drpd Umi, juga ditapaukan pagi tu waktu kami nak pulang ke rumah TS selepas bermlm di rumah Umi pd hari sabtu. Aku masak byk, dgn niat nak diberi kpd jiran2 sebelah rumah. Risau juga takut terkurang/terlebih manis...tapi tawakal saje lah. Masuk je waktu azan, lepas mkn kurma, terusla aku rasa bubur tuh...rasa pelik! cuba rasa lagi...sah rasa masam! isk iskkk santan dah basi ke? Suruh hubby rasa....hmm dia kata mmg sah rasa masam. Frustnya kami!!! Yang pelik sebelum masak mmg aku dah bau santan tu utk make sure masih elok..lagipon baru beli pagi tadi. Bubur yg dah siap dimasak pun takdela bau pelik...tapi apakan daya kan! Hubby terus call kedua2 jiran kami, minta maaf, dan minta mereka supaya tak makan bubur tuh. Malu?? uish toksah nak cakapla...sampai sekarang perasaan malu dan bersalah menebal dlm diri....saya sgt2 terkilan!!


Inilah bubur hitam pertama ku, yang selamat masuk ke dlm tong sampah hukhuk.

Dan, memandangkan kelmarin aku masak nasi lemak & sambal ayam, maka seperiuk nasi lemak tu pun selamat masuk dlm tong sampah. Walaupun rasa dia ok, dan tidak pelik...tapi memandangkan aku menggunakan santan yg sama....rasanya better dibuangkan saja nasi tu, kalau sakit perut tak pasal je kan! Dugaan betul kan...tapi nak buat macam mana. Lepas buang nasi tu, aku pon masaklah nasi putih yg baru...considering lauk byk, takkan nak ratah lauk je cam tak best pulak.

Mujurlah petang yg sama aku tergerak hati nak buat nih.....homemade apple puff (resepi tgk blog Farra yer!) So kami makanla ini dulu sementara solat maghrib, dan menantikan nasi putih masak. Mujur yg ni rasanya sedap, terubat hati yg lara hihi :p


Pastry puff jenama Kawan..dibeli di Tesco, ada 10 keping. Size dia kecik comel jer, sebesar kulit popia yg kecik tuh.


Diisi dgn apple filling yg sudah dimasak.


siap dibalut, sealed, dan diletak dlm loyang sebelum dibakar selama 25-30min, or until golden brown. Suhu tinggi, dlm 210 celcius. Memula saya buat suhu 180, punyala lama nak tunggu dia tukar jadi brownish hehe.


The result....mmg sedap! Pastry dia sgt fluffy....idlan siap pulun 2 ketul :)
Actually dah lama jumpa resepi menggunakan instant puff ni dlm internet, ramai blogger2 otai yg terer masak selalu guna ni...cuma aku slalu lupa nk mencari pastry ni bila pergi ke supermarket, mujur kelmarin teringat :)
Boleh juga letak fillings lain, like sardin, sausage, chocolate, chicken, etc. Rasa2 next time aku nak buat fillings ala2 quiche - bubuh ayam, mushroom, cheese, crab stick, white sauce....pasti nyummy!!!
Anyway esok cuti Merdeka kan...dah plan nak buat bread pudding byk2, dan beri pd jiran, nak tebus rasa bersalah kelmarin :(
Dan tidak lupa projek kuih raya ke-3..biskut semperit, atau oats resepi mak :)

28 August 2010

bazar ramadhan BTHO

Kelmarin rasa sgt malas nak masak. Hubby pulak sangat menyokong, katanya teringin nak mkn something yg different sket (boring ke Yang kite masak nasi putih everyday? :p). Hubby ajak ke bazar ramadhan Bangi, tapi aku malas (fobia sebenarnya sbb tpt tu besar, takut pitam, pastu konfem jem teruk). Nak pegi yg dekat rumah kami, kecik sgtla pulak, choice of food tak byk. Last2 buat talian hayat pd K. Tie tanye bazar dekat BTHO dekat mana. Dah dpt identify the location, zoom terus kami ke sana bersama kanak2.

Bazar tu berdekatan Carefourre, okla kawasan luas & tak sesak, dan yg penting tak sebesar Bangi jadi takdela penat sgt nak round. Hubby beli nasi lemak bungkus (rm1) + ikan pari asam pedas (rm3.50)...katanya ni style org Melaka, mmg sedap pair dgn asam pedas. Aku pulak beli nasi beriyani lauk ayam msk merah (rm6)...nyumm nasi dia mmg sedap! Nak tunggu mama masak beriyani sendiri konfem malas kan :) Idlan request char kuew teow (rm2.50) & donut coklat (rm1). Kuih kami beli murtabak (rm2.50), dan of course tepung pelita (rm2) kegemaranku! Utk sahur kami beli roti john (rm3.50) sajer. Dugaan membawa kekanak ni, bila derang nampak air yg berwarna warni tu huuu sumer nak. Idlan time tu jugak request nak bukak pose tatkala nampak air2 yg lazat tuh :p Kami beli la jugak air tembikai (rm2) utk dia....tu pun puas pujuk suruh tunggu minum lepas azan :) Last sekali mama beli pisang berangan (rm1.80) utk firas yg mmg hantu pisang :)

So cuba kira berapa total perbelanjaan kami? RM25.80 utk sehari di bazar ramadhan!
Waa kalau 5 hari mau bengkok poket kan hehe.
Ni sekali sekala okla...tukar angin kata orang.
Hubby kata...at least lagi murah dr mkn kat kenny rogers, or pizza hut :p

my 2-yo amir firas...


is still waking up at night for milk, on average around 2-3 times.
Refuse to drink using a bigger bottle, which I don't know why.
Perhaps we need to look for ones printed with his favourite cartoon character, like Barney, or maybe Bob the Builder.
Hope that extra portion of milk at a time can last him lil bit longer, and wake up lesser so that mama can have enough sleep throughout the night!
Text Color

26 August 2010

Biskut raya kedua ku yg dibuat weekend lepas..biskut arab.
Sempoi sgt sbb takyah guna mixer...pakai gaul2 dgn tangan je i loike!
Buat 1 adunan, so dpt 1 balang jer....now tinggal 1/2 balang sbb lepas terawih je sure ngapp 2-3 ketul :p

Weekend ni rehat jer, takde projek biskut raya sbb ade jemputan di rumah cousin ku...siang nak lepak di rumah mak and plan nak mintak tolong mak potong sket kaki seluar baju melayu kekanak tuh....labuh sgt seluar memasing :)



Ni lauk kelmarin...lauk org malas & nak cepat, maka paprik it was then!
Campak semua dlm kuali i.e. ayam, daging, udang, carrot, bunga kobis, capsicum & mushroom....siap! Tak goreng sayur dah, so lauk tambahan macam biasa sambal bilis & tempe kegemaranku :)



25 August 2010

counting the days

Dah beberapa hari sampai awal dan menjadi orang pertama merasmikan ofis...rasa cemerlang plaks :p Seronok kluar awal ni, jln lengang, parking dpt di tempat yg depan2...senang nak balik dan tak payah menempuh jem di dlm parking lot.

Makin nak raya, makin cuak rasanya.
Kerja makin bertimbun. Yang current belum settle, datang pula request baru tak henti-henti.
Terpaksa schedule meeting everyday, utk close award secepat yg mungkin. Boring bila tengok calendar yg penuh, tapi nak buat macam mana. Semua harus dikejar sebelum cuti raya. Lepas raya kena pula cuti mandatori seminggu, duhhhh macam mana kalau minggu selepas tu saya terbersalin bos?? Harus pening nih!

Oh, set bersalin belum beli..tukang urut belum carik...pastu baru teringat ada byk lagi romper2 firas yg cun yg tidak dpt dijejaki! Harus kena selongkar kotak2 plastik mencari baju2 comel tuh secepat mungkin dan basuh. Ahh satu lagi, bengkung lilit2 yg panjang tu pun belum dibasuh lagi! Eiii byknya keje yg menunggu!

Ok dokie let's get back to work!

24 August 2010


Last weekend kami beli songkok dia di Warta Bangi. Lepas try pakai, habis satu Warta dia jln dan enggan menanggalkan songkoknya. Orang pandang2...mama tebalkan muka sajerk :p

22 August 2010

11th iftar

Sabtu yg sangat produktif, dan of course penat!
Bermula dgn ehemmm biasala basuh baju, sidai baju. Kemudian buat kek batik utk en hubby (Tini sorriiii kek ko aku tak buat, biskut marie tak cukup n aku sgt malas nak gi kedai beli :p).
Kemudian membersihkan semua lauk pauk utk stock seminggu. Masak lunch utk firas. Dan pukul 1.30pm mama zaaaaaaasss utk recharge battery sampai 2.45pm hehe :p

Lepas refresh, terus start buat biskut raya pertamaku...choc chips, our all-time favourite. Terlupa nak kurangkan adunan jadi separuh, akibatnya...dari petang sampai ke malam (read: 1.15am) baru siap bakar kesemuanya. Dapatlah 4 balang penuh! Letih makcik tau huhu

Anyway, jom layan gambar utk iftar hari ini....


laksa sarawak...hubby mmg tak jemu2 mkn hehe


bubur cha cha kegemaran idlan. Pecah rekod ni 1st time mama buat bubur cha cha, selama ni mengharapkan nek umi jek tolong buat utk idlan hehe. Pagi2 pukul 7am dah buat talian hayat kat umi tanyer camner nak buat :p


vermicelli goreng utk idlan & firas. Takde ayam, takde sotong, takde lauk. Depa berdua mmg mkn mee kosong jek huhu


Dan inilah choc chips yg membuatkan mama penat bagai nak rak hari ni. Dari jam 3.30pm, kemudian stop utk masak for berbuka, kemudian sambung lepas terawih...sampai ke 1.15am..pecah rekod betul!
Anyway, balang biskut dah habis. Tadi suruh hubby beli 3 ketul je, konon nk buat sikit je biskut...tapi nah choc chips je dah guna 4 balang. Terpaksa tunggu balang baru utk next biscuit project :)
Rasa-rasanya next nak buat yg senang2 jer...maybe biskut arab & semperit. Ada lagi tak biskut lain yg senang yer??

20 August 2010

mc

Daripada plan asal nak mintak mc ehsan, tiba2 hah kena mc betul2.
Bgn sahur pagi tadi, rasa loya2..isk pelik semacam ni. Lepas sahur, terus muntah2 dan habis semua makanan keluar...diikuti cirit birit.
Jam 9am, muntah lagi & cirit birit lagi.
Jam 10am, dah sampai di klinik gynae...masya Allah punyalah ramai orang!
Dan selepas penat menunggu, bercampur dgn badan yg mmg dah lesu akibat muntah & cirit birit, akhirnya jam 12.15pm baru dpt berjumpa doktor!
Rasanya mungkin food poisoning kot. First time beli makanan luar, terus kena padah :p
Tapi yg heran, cik abe pun mkn big mac seperti ku...tapi dia ok jer....kata orang dah nak kena kan, nak buat camner :)

Ptg, mama malas masak lagi...rasa nak relaks2 dan rehat je. Hubby ajak pergi Bangi, cari sampin dan songkok kekanak tuh. Kemudian pegi bazar ramadhan yg berdekatan dgn pkns Bangi...waaa ramainya orang & besarnya tapak bazar tu. Tapi baru round sket, mama dah rasa nak pitam & pengsan...jalan pun macam dah tak betul, ala2 penguin gemuk yg jalan menyenget...can you imagine? sgt buruk dan horror. Mujur selamat sampai kereta...kalau pengsan tgh jalan confirm malu! Lepas ni tobat takmo pegi bazar ramadhan dah...biarlah acik duk rumah jer :p

19 August 2010

idlan...

muntah 3x di tadika petang tadi. Kesian dia...mesti sbb penat puasa/perut kosong kot. Tu pun dia tak buka puasa, katanya takde makanan, semua budak 6 tahun puasa...cikgu pulak tak suruh dia buka. Aduh flat anak mama. Next time mama kena pesan cikgu kalau dia tak larat, sakit atau muntah...mesti suruh dia buka puasa. Malam lepas minum susu, dia muntah lagi. Langsung tak lalu makan. Jadi lepas maghrib abah bawa ke klinik, after mkn ubat barulah dia nampak ok sikit.

2. Mama pun diuji hari ini. Jam 8.05am keluar rumah, akhirnya selepas sesat hampir 2 jam pukul 9.55am baru sampai di tm bukit petaling sedangkan meeting sepatutnya jam 9am. Giler sungguh tak penah sesat dlm kl sebegini lama. Penat call sana sini, penat pusing dan tawaf istana negara tu byk kali...still konfius nak amik simpang mana satu. Orang yg organize meeting bley lambat, sgt malu kan! Mama dah suruh mereka proceed, tapi chairman tu still nak tunggu (sebenarnya takde org nak present, semua tak dpt hadir..so mama sorang je wakil committee yg dpt hadir dan kebetulan semua dokumen berada di tanganku). Mujurlah GM tu sporting, baik & tak marah langsung. Meeting dimulakan dgn al-Fatihah, disudahi dgn tasbih kifarah dan surah an-nas. Sejuk hati mama...hilang penat bila dpt berkenalan dgn orang macam ni. 10.45am meeting habis, mama kena rush balik ke menara utk another meeting jam 11am. Again tersalah masuk simpang, instead of PJ, mama ke KL. Tawaf la lagi satu KL sampai ke jln sultan ismail, lalu lot 10, etc. Dugaan sungguh! Sekali lagi tuan yg organize meeting lambat...malu lagi! Habis meeting, bila duduk je di cubic...incoming call masuk bertalu-talu, email pun byk dan nampak gaya ramai yg sudah mula melompat...stress nya rasa aduhai.

3. Dan disebabkan stress terlampau, mama declare ptg ni sebagai off-kitchen day. Malas sgt nak masak, takde mood. Lepas ambil kekanak, idlan kata nak mkn McD...jadi pegila ke Jusco nearby, malangnya jem teruk sgt so terpaksa patah blk rumah. Terus call abah, minta abah belikan McD & air milo...kesian dekat idlan yg dah muntah2 tadi. Mama singgah di gerai dekat rumah, dan beli roti john utk sahur esok. Time berbuka, idlan langsung tak lalu mkn...mama pula mkn big mac cuma separuh, abah pun flat hari ni....nampak gaya cuma si firas je maintain hepi go lucky as if nothing happens...yela dia kecik lagi, mane nak faham masalah org besar kan :p

Anyway, esok mama nak pegi check up...dan mmg dah plan nak mintak mc dari gynae. Orang confirm ramai sebab time puasa klinik gynae tutup jam 3pm, rasanya paling awal boleh sampai ofis pukul 12, nak drive ke ofis mmg tak berbaloi...baik work from home sajelah... jimat minyak, jimat masa, jimat tenaga...yg penting stress-free!

8th iftar

1. Sambung lagi pasal menu ramadhan...ni adalah hidangan utk semalam.


Kuew teow goreng - special request dari Idlan, sebenarnya dari hari sebelumnya dia dah demand nak kuew teow/mee goreng, takmo nasi. Time tu mama tgh msk tomyam, adus malas dah rasanya nak goreng kuew teow plak. Nego punya nego, last minute mama masak spaghetti 'kuah putih' i.e carbonara. Wahhh bukan dgn vendor jer, dgn anak sendiri pun mama kena terer nego nampak gayanya :p


kuih bakar - beli di LG1 Menara. Ramai betul manusia yg menjual, meriah sgt rasa. Beli kuih ni pun sebab dah tahu blk ofis nnt mama cuma nak goreng kuew teow...so at least adalah hidangan tambahan. Seketul tu RM3.50. Rasa dia...hmm bolehla takdela kawww sgt.


Ni rezeki terpijak - bubur lambuk from surau menara. My colleague next cubic yg kasik. Blk from meeting aku tegur dia, "wahhh byk shopping makanan kat bwh eh...beli cendol ke tuh?" Dia pun reply, eh tak ni surau kasik tadi...bukan cendol, bubur lambuk. You nak ke?
aku pon cepat2 ckp...eh taknak taknak saje tanya igt beli kat bawah. Pastuh mamat tu terus amik plastik bubur tu and letak kat meja aku...puas ku tolak tapi dia kata "amikla bwk balik".
Punyela malu den, menyesal tanya pun ade. Mamat tu anak dia dahla ramai (5 kots)...aku rasa dia kesian tgk perutku yg boyot ni kot, pastu semlm dia macam ter'impress' sbb tahu aku masih lg drive ke ofis (tu belum den ckp drive keta manual tuh hehe)....mesti dia kesian kat mak buyung sorang ni....waaaa malunya rasa!!


Murah rezeki lagi, ptg sebelum berbuka akak sebelah kasik roti jala & kuah kari. In return kami pulangkan pinggan dia bersama kuew teow goreng tadi :)

Betul la org kata bulan puasa ni murah rezeki....alhamdulillah.

Idlan masih lagi berpuasa...syukur. Bermakna so far dia cuma ponteng 2 hari yg pertama, hari seterusnya cemerlang terbilang hihi. Ptg ni dia request nak kuew teow/mee goreng lagik...adus takkan nak mkn tu everyday kots sayang?? Nampak gaya terpaksala mama singgah memana cari makanan kegemaran dia tuh :p Plan today nak masak tenggiri asam pedas nyum nyum.

2. Cerita pasal keje. Pagi ni jam 9am mama ada meeting di tm bukit petaling (dah lupa jln nak pegi!!). Pukul 11am another meeting dekat menara, so mesti kena rush blk ofis on time. Seboleh2 nak avoid meeting di luar time bulan puasa ni...tapi tak boleh nak elak jugak huhu. Next week pun ade meeting di luar..bosannya alahai. Makin dekat masa nak bersalin ni, makin cuak rasa. Kerja semakin bertambah, existing quotation tak close...datang yg baru pulak bertubi-tubi. Risau nak cuti pantang bila memikirkan kerja yg pending.

Team kami mmg under severe pressure sekarang. Semua gara2 sistem baru SR* yg membuatkan workload bertambah, hiccups sana sini, dan byk PO yg pending dan stuck dlm sistem. Funny yet thru. Email dah melayang2 kluar dari ofis CFO kpd team kami...spending company makin menurun, adakah kerana genuine cost savings, atau sebab lain? dan jawapannya, PO stuck dlm sistem, team kami lambat approve, etc etc. Pressure sungguh rasa, agm ku sampai demam and mc...colleague aku siap cabut fixed line & tak angkat h/p kes taknak layan karenah user yg sibuk calling2, dan GM ku yg sgt memahami tu pun sampai tak terdefend dah team kami. Siapa yg patut dipersalahkan? tu orang yg sibuk nak launch sistem baru nak dpt nama & merit punye pasal, tapi sistem tak ready, workflow takde, communication to user takder...yg jadi mangsa, team kami hukhuk. Ditambah pula dgn cuti mandatori selepas raya ni..isk risaunye saya! Baru je plan nak keje minggu tuh utk settle kan mana2 yg pending sebelum bersalin...alih2 kena paksa cuti! my oh my.........

17 August 2010

34th weeks

am counting down to 5-6 weeks before labor. As of yesterday i've managed to clean and arrange all the baby clothes in my closet. 99% of it was Firas's actually, except those 2 sets of mittens & booties (still in tact in their packaging) that i bought last week. Oh few of those lil tiny clothes were actually from Idlan's times...like a Mickey romper that i still remember bought by hubby (during a warehouse sales somewhere in KL) when i was in confinement at umi's house & a blue white romper that mak ude bought from uk. So considered a 3rd generation already kan :)


The baby's name is still not finalize yet. Running out of idea actually. Hubby wanted the second name to start with 'F', but when i run thru the "F' list it seems none has actually caught my interest. I've actually propose something that starts with 'R' tapi org tu tak setuju...so let's just leave it undecided till the baby born :)
And most importantly, i hope the baby will not come out sooner than his expected date. I wanted to go back to kedah to celebrate the Raya, i wanted to enjoy all those scrumptious hidangan di hari raya, and what worries me most, my gynae will be taking leave for 4 days during Raya. Oh i don't want to give labor with other gynae but her only. On 24th Sept, me and my neighbours will be holding a jamuan raya for our taman, where there will be few tents set up right in front of our house. The baby's EDD is 26 Sept, so please yer adik be cooperative..mama wants to enjoy the jamuan first before abah takes me to the hospital!

pasal mkn lagi....

Sambung menu ramadhan lagi :)

These are what we had on the 5th day. Hubby's kinda bored with white rice already, so he asked for a change, nasi lemak that is! So here goes the nasi lemak with its condiments - sambal sotong, kangkung goreng, telur rebus & ayam goreng.




and not forgetting his favourite kek batik :)

6th Ramadhan:


posing dulu b4 azan :)


udang msk lemak cili api 'child friendly', kembung goreng rempah, sayur campur, terubuk masin import dr sarawak & nugget for the kids.


1st time hubby beli murtabak dekat gerai di tmn kami...tapi mama x mkn pun...


sebab nak spare perut utk my all-time favourite dessert, cream caramel!
this never fails to please my tastebuds nyummie :)

dan sirap bandung cincau hasil air tgn cik abe :)

To date, alhamdulillah idlan has managed to fast for 4 days. It was not a smooth-sailing journey anyway, he throws lots of drama along the way to the extend comparing himself with firas... like saying 'tu firas bley makan tuh...tu firas minum susu...etc'. But whatever it is, we're proud of you dear!

14 August 2010

4th Ramadhan

It's 6.15pm and i'm done with the cooking.
Our menu for today's iftar....

cream puff


daging msk kerutuk, sayur campur, bilis & tempe goreng.

Cik abe pegi bazar Ramadhan ptg ni..macam biasa mama kirim my favourite tepung pelita walaupun semlm dah mkn 2 ketul :) Then dia beli apam warna warni utk idlan, dan popia RM1. Cukuplah tu buat hari ini.

Oh yer rempah kerutuk tu diimport khas dr kelantan :) Dah kirim awal2 dari umi masa dia blk sana last month. Ada org tu order kek batik, tapi dia terlupa beli susu pekat...so nampak gaya kek batik kena tunggu esok pulak yer Yang! :)

As at 6.30pm idlan is still fasting. Ni tgh round motor dgn abah dekat taman. Tgh hari tadi bukan main byk kali mintak nak buka puasa...tambah2 bila tgk nasi goreng si firas. Jenuhla kami pujuk supaya dia bertahan :)

finally...

Idlan made it on his 3rd day!

And that's partly because hubby fetched him from tadika right after friday prayer, to monitor his progress back at home :p Hubby forced idlan to sleep, tapi bila si abah terlena...si anak still widely awake watching cartoons! About 5.30pm, hubby took him to pasar ramadhan and let him choose what he wants. He requested for air milo, and hubby bought some roti jala & tepung pelita to add to the existing fried mee that i cooked for iftar (it's idlan's favourite by the way :p). Since i used the whole pack of mee, it's too much for the three of us, so we gave some to our neighbour next door, and alhamdulillah in return we got back our plate filled with mee kari...rezeki tu. Few minutes before berbuka, idlan cried upon seeing his air milo on the table...tambah2 bila tgk si firas dah siap rasmi air dia hihi. We coaxed him to wait .....and finally azan pun tiba! syukur :)

This morning for sahur we had the leftover fried mee and share a pack of nasi beriyani that hubby bought yesterday. Today, our dessert will be kek batik...specially requested by hubby. Hence tomorrow shall be the turn for my favourite cream caramel then :))

13 August 2010

ayam black pepper

Resepi ayam black pepper...khas utk k.tie.
Sempoi je sebenarnya..ni version saya sendiri...tak tahula version org terer masak camner kan.

Apa saya buat, marinatekan ayam tu dgn bawang besar & putih yg sudah ditumbuk, lada hitam yg ditumbuk hancur (saya tak suke guna lada hitam serbuk sebab kurang power), kicap, sos tiram, dan garam. Tu jelah! hehe

Then tumiskan bwg, dan masukkan ayam sehingga masak. Boleh tambah cendawan, capsicum, tomato dan akhir sekali bwg besar yg dihiris sebagai hiasan. Oh ayam tu tak payah goreng yer...kalau goreng mungkin jadi keras sket la nanti.

p/s: Kalau buat versi daging pun sedap!

Sempoi dan cepat kan...silalah cuba :)


ayam yg sedang dimarinate....

2. Hari ke-2 Ramadhan, Idlan kecundang jua dlm cubaan hendak berpuasanya. Pukul 5.30pm bukak puasa minum air kosong. Macam mana tak penat, siang tak tidur, petang pulak main berkejar-kejaran dgn kengkawan. Hari ni kami dah pesan....tolong tidur waktu tgh hari, ptg jangan sakan main sangat!

Menu berbuka Day 2- bawal sweet sour, kacang buncis+scramble egg, kentang & bilis goreng. Cubaan membuat cendol ku gagal...hubby tak lalu sbb bau santan kotak yg agak kuat. Nak buat camner, santan fresh dah habis kat kedai runcit tu. First time beli gula melaka kat kedai...balik rumah baru tahu betapa lecehnya nak mengetuk gula melaka tuh, keras yg amat! Takde ke orang jual air gula melaka ready made jer ye? senang keje hehe

12 August 2010

1 Ramadhan

Dgn gigih keluar rumah pukul 6.25am, by 7am dah selamat sampai ke ofis dan berjaya dpt parking di depan2...senang nak keluar ptg nanti dan takdela jem berjam-jam di dlm parking sahaja! Tepat 4.30pm, mama dah chiow dari ofis...pukul 5.10pm sampai rumah, solat asar...dan off to kitchen start masak. Cepat je siap by the time 6.10pm dah siap buat ayam black pepper, sawi masak lemak & telur dadar. Senang main campak je memandangkan bhn2 semua dah ready mlm tadi :) Then terus ke nursery mengambil kekanak tuh....dah ohhhh mama nampak Idlan tgh mengunyah biskut tiger! Aisehman percubaan hari pertama sudah gagal hikhik. Katanya dia bukak pose jam 4pm, minum air kosong jer.....lapar boleh tahan, tapi tak boleh tahan dahaga. Then petang tu kawan dia beri mkn biskut tiger.

Dari nursery, kami ke kedai runcit sbb mama nak cari ikan bawal, tempe, capsicum, etc utk masak berbuka ptg ni. Orang punyala ramai, berhimpit-himpit dlm kedai. Ditambah hendak mengawal kekanak berdua tu yg kejap nak air solivite, kejap nak itu nak ini dan bz berlari-larian dlm kedai tuh....adus mencabar keimanan sungguh! Benda yg nak dibeli sikit ajer...tapi buang masa lama dlm kedai sebab si kecik siap main hide n seek dlm tuh...dahla sempit isk isk. Balik rumah dah jam 6.45pm...adus terus rasa lelah dan penat...padahal lepas masak tadi takdela penat mana :p Buat talian hayat pada Umi tanye macam mana nak buat sirap bandung (oppss jgn gelak yer 1st time nak wat air bandung sendiri nih :p). So kelmarin dptla berbuka dgn sirap bandung buatan mama! hehe lazat sungguh dpt pekena air manis & sejuk :) Dan yg buat mama happy, si Firas nampaknya suka mkn ayam black pepper dan kuah masak lemak (sayur dia x makan)

Pagi tadi, Idlan taknak sahur mkn nasi....jadi dia mkn seketul Squiggles strawberry, dan kami paksa dia minum 2 cawan air..tu pun susah dia nak habiskan. Harap2 hari ni dia boleh tahan dahaga tu :)

11 August 2010

pre-raya shopping

Puasa tak sampai lagi sehari dah ckp pasal shopping raya yer?
Kasik can la mak yong shopping awal, jadi sepanjang puasa nanti tak payah susah2 berasak dgn orang lain shopping last minute ye tak :) Lagi pun badan makin berat...baru jln sikit dah semput hoho

Pukul 10am++ ku dah keluar dr rumah drive ke Sogo. Hubby menyusul kemudian (kol 12++ baru dia sampai) sebab kena pulun habiskan marking assignment student2 dia :p Aku parking di hadapan Kompleks Campbell, open parking di situ maksimum RM7/day...kira okla, mahal lagi parking kat ofis kan hoho.

Orang kat Sogo wahhh punyerlah ramai! Macam esok nak raya jek hehe....ramai yg mengambil cuti seperti daku rupanya! So ni lah hasil rembatan dr pagi sampai ke ptg...takdela byk mana pun...beli mana yg perlu saje.


rod utk tie curtain, dan table runner utk dining (ni unplanned expense hehe)


Utk firas sepsg baju & seluar..utk si abang sehelai baju je.
Sebelum kuar rumah mama dah godek2 baju mereka, dan nampaknya ada lg baju & seluar baru yg belum dipakai...so bley consider baju raya :)
Utk adik baby, 2 pasang mitten & booties jer! Baju langsung tak beli...takde yg berkenan. Esok2 bley beli online jika perlu :) Target nak cari bodysuits or romper yg comel2 tapi takde la plak yg cun. Sori yer dik...ur turn will be next time ya!


Ni rembatan yg paling kami suka. 3 pasang baju melayu dibeli di Semua House, kain cantik, harga sgt berpatutan...lagi murah beli baju ready-made compared to beli kain. Memang berbaloi-baloi! Yg kami suka, kebetulan size dua beradik tu ada...so terus rembat! Jadi tema tahun ni kaler green yer :) Ohh mama yong takde baju raya...yela perut boyot, tak tahu nak beli baju raya camner. Plan nak pakai abaya mekah color hitam je habis cerita!


Ni utk mama. Belah kiri tu murah sajerk RM15...belah kanan tu mula2 dgr RM29...so bersemangat la belek 2-3 helai lagi. Pastu adik kedai tu kata ada diskaun 10% kak so jadi RMxx...aduh terkejut acik dengar. Rasa cam nak letak balik, tapi hubby ku yg baik hati ckp dia nak sponsor, kira tudung raya la...so ape lagi acik amik la hehe bley matching dgn tema green baju mereka sumer tu kan :)

and a matching sandal/wedges for raya as well. Again cik abe bayarkan...kira parts of besday present. Tq Yang!!!


Tinggi kan...memang tak sesuai utk mak yong sebenarnya, tapi takpe melaram kejap je utk raya :) Lepas habis pantang bley pakai balik pi ofis!
So tu jelah kisah shopping raya kami.
tak byk kan?
takdela sampai berbakul atau bertroli-troli macam orang lain :p
Apa2 pun, acik suka la dgn Sogo skarang....surau dia dah refurbished, jadi makin besar, lawa, cantik, selesa....kalau tidak dulu surau dia sgt stuffy, panas dan suram. Dekat tingkat atas dah ada food court yg besar dan selesa...choice of food pun byk.

10 August 2010

1 Ramadhan

This is purely just for my personal tracking.
Niat di hati memang nak masak sendiri utk menu berbuka.
Kita tunggu keadaan traffic esok macam mana, harap2 takdela jem teruk dan sempatlah sampai rumah utk masak.


Menu - Day 1:
ayam black pepper
sawi & tauhu masak lemak
telur dadar
serunding - khas dari kelantan tau :)


Ayam dah siap marinate, sayur dah siap potong, bwg dah dikupas & ada sebekas sudah diblend...sampai je rumah esok boleh terus campak bahan2 sajer.
Sahur pagi esok, plan nak masak nasi goreng+nugget....first day nak train Idlan bangun sahur, jadi menu sahur pun kenalah ikut tekak dia ye tak. Harap2 berjayala dia puasa full day esok :)
Salam Ramadhan sumer!
* next update - shopping raya :p

09 August 2010

ABIM

Alhamdulillah, Idlan pass exam utk masuk ke Abim.
Surat baru sampai ke rumah ptg tadi.
Tapi bila tengok yuran yg dikenakan....adui mak datuk rasa macam nak pengsan sekejap!
Tu belum masuk kos nak beli baju seragam, duit buku, etc.
Mahalnya fees sekolah bukan kerajaan ni yer huhuhu

Harus kena kumpul duit dari sekarang utk preparation masuk ke sekolah nanti!

stress

Tima kasih yer kpd sumer kengkawan di atas besday wish dan ucap selamat sumer tuh. Appreciate it very much :)

Acik mengalami stress.com tahap gaban la ini hari sampai kepala dah berdenyut-denyut dek migrain ni...macam2 masalah timbul, backlogs dan pending tasks to do (bukan kerana ai tak efficient tau, tapi due to new department restructuring tetiba team kami diberi tugas baru yg sgt2 time consuming yg dulunya di handle oleh satu team khas..tensi giler!). One of my colleague dah MIA berhari-hari kerna tension. Call tak berjawab, email tak dilayan...user dia dah bising2, jgn kes di escalate ke GM kami sudahla..kalau tidak haru satu team. Another colleague of mine dah pesan....yati ko jgn terberanak kat sini sudah la yer! hehe ai cakap bersalin lambat lagi...tapi esok ai dah nekad nak EL, nak pi shopping release tension. Kira kes lari dari ofis jugakla ni :p Bak kata orang, tak baik stress2, nanti baby kat dlm pun stress kesian dia...justified yer bos i nak cuti esok!

So esok jom Yang kita pi shopping raya yey!!

08 August 2010

adik baby...

Alhamdulillah my 32th week check up last Friday went well. The gud thing is my baby was no longer in breech position, his head already moved downwards..syukran ya Allah kerna memakbulkan doa hambamu ini. My gynae said 90% chances he'll stay in that position and will not move upward....am so relieved to hear that!

Well, the birthday celebration is over, Ramadhan is coming up in no time...and i'm far from ready for the baby's arrival. Not talking about the birth anyway (hope that will come naturally macam firas dulu :p), preparation here means about the baby's thingy i.e. cloth, diapers, yada yada. Umi has advised me several times to start washing the baby's clothes (i mean Firas's) and get them all folded and arranged in the drawer. I may need to add lil' bit more to the collection, like some mittens & booties...and few more of those cutie tiny suits. And uh, we also do not even start yet with the raya's preparation...the kids' clothes, baju melayu, kuih raya, everything! Parkson is having big sales when we went to alamanda last friday, feel like going there again one day to do the raya shopping tapi kaki dah start lenguh2 and sakit....so how meh? ish ishhh

Apa-apa pun, selamat menyambut Ramadhan yer to all my friends n blog reader. This yr Ramadhan is indeed very special to me...dikurniakan kesihatan yg sempurna dan dpt berpuasa seperti org lain..masya Allah rasa beruntung dan bersyukur sungguh kali ni! Sama-samalah kita merebut kerahmatan dan ganjaran yg Allah janjikan kpd umatnya di bulan penuh keberkatan ini yer.....

Firas's besday!

Jumaat malam sabtu, abah belanja kami semua di Manhattan Fish Market, Alamanda. First time try makan di situ, emm not bad, portion dia besar…mmg semput nak menghabiskan. Kami berdua order seafood platter for two (rm46.90) – ada fish fillet, fried calamari, fried rice, oyster, grilled prawn and chips. Utk idlan kami order creamy seafood pasta (rm19.90) - fettuccine with creamy sauce & fried calamari. Tapi bagiku rasa dia terkurang masin…boleh diimprove lagi :p Lepas dinner & solat, pergi beli groceries , kek & hadiah besday firas. Sampai rumah dah 10pm++, kaki dan badan penat yg amats..makanya niat nak membuat cheese tarts terpaksa di cancel.

Keesokan harinya, pagi2 lagi mama dah bangun. Lepas settle few chores, start masuk ke dapur membuat laksa Sarawak & baked macaroni & cheese. Abah pulak tolong kemas rumah, vakum & sebagainya. Pukul 1pm++ baru selesai masak. Lepak & baring2 kejap lepas lunch sebab kaki dah lenguh yg amats. Kemudian mama deco sket2 kek firas…. letak lilin, edible image & pipe kan icing di sekeliling kek. Hujan lebat yg amats…kekanak & abah lena diulit mimpi, mama pulak tak boleh tidur sbb penat..mata taknak lelap plaks. Anyway seperti tahun lepas kami cuma menjemput 3 family jer…umi&papa, family abangku, dan sepupuku..tapi kakak sepupu tak dpt dtg sbb anak dia ada sekolah ganti…jadi betul2 small crowd lah kiranya. The kids had fun with their balloons…walaupun cuma 4 org tapi dah cukup kecoh satu rumah. Besday boy pun very cooperative this year…mujur dia behave time potong kek.

Alhamdulillah…makanan tak byk yg berlebih, just nice utk diberi tapau sedikit kpd abangku, dan untuk kami makan esok hari (yey takyah masak dah!). Kaki ku sakit yg amats…walaupun Cuma masak utk tak sampai 10 orang, tapi penangan penat kali ni lain macam sungguh. Tu pun byk pinggan yg Umi dah tolong basuh…kalau tidak lagi cramp kaki. Mujur lah kami decide utk jemput family sajer…kalau big crowd confirm mama terus pengsan lepas majlis :p

Anyway to my dear Amir Firas, Selamat Hari Jadi yg ke-2 sayang!! Semoga membesar dgn sihat & bijak, sebijak namamu. Semoga menjadi insan yg soleh dan berguna buat agama dan bangsamu. Mama, abah & abang Idlan luv you with all our hearts!

And to B, thanks for everything sayang – the card & dinner, and most importantly, for being such a wonderful hubby n father to our kids. May our loves n happiness last forever. Nak hadiah besday coach bley yang? :p

And me, uh ahhh dah masuk big 3.0.! Syukran ya Allah…di atas segala kurniaanmu. Kesihatan tubuh badan & rezeki yg Kau limpahkan, hidupku yang dikelilingi insan2 tersayang, keluarga yg bahagia, dan ketenangan jiwa dan fikiran…moga aku tidak alpa dan akan terus bersyukur dgn segala kurniaanmu ini ya Allah.


mama yg gemuks...dah 56.1kg bila check up ptg tadi :p


tepi air pancut @ alamanda


abang wat muka 'psycho'



adik penat pk nak order ape ke?



aksi mencairkan cheese di atas grilled prawn


platter for two....mmg kenyang yg amats!


choc. indulgence SR - selepas dihias dgn edible, lilin & icing.
Lilin tu ai simpan, besday idlan nnt bley recycle hihi

belon & banner - wajib spt taun lepas :)


perbincangan serius antara menantu & mak mertua :p


menu hari itu - laksa sarawak (kuah dlm periuk nasi, tidak di display)


baked macaroni & cheese...
pulut kuning & rendang ayam - umi bwk :)

bermanja dgn nek umi


melepek dekat pak su plaks...


dgn sepupu mereka - Hannah
Hannah kata ade belon macam sosej & ubi....

cake-cutting


besday boy cuma mkn kek jer ari tu...lain sumer dia bolayan isk isk


dpt 'duit raya' dari nek umi :p


'berkhemah' dgn abang...tu la hadiah yg kami beli hihi


uppss walaupun dah tua mama pun dpt hadiah gak jgn jeles.
kain batik & kad pemberian nek umi...cantik!

dan kad yg comel dari abah :)
hadiah belum dpt...tak tahu nak mintak ape tahun ni