21 January 2011

of baby Ammar..

1. Dia demam hari ni. Mula2 start dgn selsema, tiba2 mlm tadi asyiklah cranky alih2 jam 5am bila rasa badan dia panas. Lepas kasi ubat, temperature down. Mama monitor sampai jam 8am++, then decide utk pergi ke ofis sebab dah ada appointment dgn vendor.

2. Baru terima sms dari taska inform Ammar kurang tido, kurang minum susu, kepala panas. Adesss susah hati mama!

3. Kuat minum susu sekarang ni. Average 24-27oz per day, obviously demand exceeds supply hoho! It's time to work harder yer mama! Dulu sehari kalau pam boleh dpt 27oz, tapi sekarang dlm 19-20oz sajerk. Sekarang dekat ofis cuma pam 2x, tak sempat nak pam 3x sebab bz. Malam2 bangun pam cuma sekali sebab Ammar kerap bangun, average 1-1.5hr dia akan bangun utk menyusu. Ya Allah moga2 susu utk Ammar akan berterusan sehingga dia mencapai usia 2 tahun. Ini merupakan azam no. 1 bagi tahun 2011 ni, jadi harap2 impian ku ini akan terlaksana!

of Mama....

1. Bz bz bz. Kerja semakin mencabar, masalah berterusan, dan kes yg satu itu masih belum selesai. But life goes on as usual, moga Allah kuatkan hati ini. Bak kata Zuedin, kak yati nampak je kurus tapi strong lady. Yeahh i think i am one strong lady indeed caiyo caiyo!!!

2. Bila sudah bz, projek Photobook utk dihadiahkan kpd nek Umi masih belum ada progres yg positif. Baru selesai pilih gambar kelmarin. Now it's time to click, drag and arrange all the piccas...aduhaiiiiiii! Nampaknya masa sangat2 mencemburui ku kebelakangan ini :p Niat di hati mula2 ingat nak outsource kpd Semah (semah jgn marah hehe) tapi bila fikir balik ish mana boleh, storyboard hanya diriku yg boleh faham. Susunan gambar mengikut events dan kronologi sangatlah penting. Dan sentuhan personal tu perlu ada betul tak Semah? Barulah boleh jadi 'hadiah ikhlas dari si anak buat ibunya yg tercinta!' Duss tak sabar nak menunggu final output tu nanti macam mana :)

3. Ada beberapa rakan dan jiran bertanya 'saya masih buat kek ke?'
Maaf yer kengkawan dan jiran ku, sejak beranak 3 ni nampak gaya saya seperti tidak terurus gitu. Kain utk dilipat selalu backlogs 2 bakul (itu pun mujurlah ada suami tersayang yg tolong basuhkan kain), rumah jarang berkemas, masak apetah lagi (kalau masak pun mesti pasta carbonara tin prego itu hehehe). Ditambah dengan si kecil yg hobinya asyiklah mahu berkepit berjam-jam. I am truly exhausted with everthing, work front, domestic front, segala-galanya lah! Rasa nak pergi cuti-cuti Malaysia gitu....tapi ishhh baru 3 minggu kerja takkan nak cuti dah kot? Sungguh tidak justify di mata bos saya hahaha. Jadi buat masa ini, saya tidak terima order utk kek/muffin/tart dan seangkatan dgnnya yer kengkawan.

Oklah, sebelum saya melalut dan membebel dgn lebih panjang, sekian update buat hari ini dari saya buat pembaca2 blog ku yg setia...muahhhs!

7 comments:

  1. Best kan ada blog leh luahkan perasaan?

    Mmg sgt penat..sama-samalah kita tabah mengharunginya, caiyokk

    Cuti 1tm dh plan ke nk gi mana? Aku pon x amik order dahh

    ReplyDelete
  2. ya betul..blog la tpt meluahkan perasaan, selain kat hubby, umi dan Yang Esa.

    CNY balik kg...tok wan tak penah tgk ammar lg.

    ReplyDelete
  3. ooo ok..kami salunya lps pantang je blk kg terus..ok enjoy la seminggu cuti tu

    ReplyDelete
  4. tadela cuti seminggu..idlan kan sekolah :p

    ReplyDelete
  5. eh anak kau panggil mak kau nek ummi gak yer? heh, sama gelaran anak aku kat neneknya

    ReplyDelete
  6. memula dulu derang panggil umi sbb ikut aku kan hehe...aku soh tambah nek kat depan :)

    ReplyDelete
  7. best kan bleh luah perasaan kat sini? hehe.. slalu gak buat.. penatnye baca entry yati.. korang semua memang power!!

    ReplyDelete