28 February 2011

Marilah minum air longan!

Dulu masa zaman Firas, mama ada cuba minum air longan time hasil susu merudum, tak silap masa Firas umur 10-11 bulan kots. Masa tu sibuklah baca forum susuibu dan sebagainya dan cari apakah makanan/minuman yg boleh tambah penghasilan air susu. Masa tu mama cuba buat air longan+red dates (kurma merah), tapi erkkk red dates tak sedaplah hoho. Mama cuma minum for few weeks sahaja, kemudian stop. Result? Memang ada pertambahan positif ke atas total output mama tapi takdelah banyak sangat, rasanya dlm 1-3oz je kot. Tapi itu sudah cukup bermakna buat mama! Mama ada juga makan pil Fenugreek, tapi pil ni takde effect pulak ke atas mama...lain orang lain effectnya ok.


Kali ni, nampak gayanya mama kena start minum balik air longan....sebab Ammar minum average 24-27oz daily, tapi output mama merudum sejak dua menjak ni. Hasil susu mama tidaklah semeriah mommy2 lain, seperti mommy Ariff, atau mommy Elyssa (yg sekali pam boleh dpt 10oz, tapi mama maksimum sekali pam 7-8oz di waktu pagi, waktu tgh hari dan petang default 5oz). Jadi cuba anda kira, di ofis mama dapat dalam 17oz, pagi sebelum keluar ofis 3oz, total = 20oz. Waktu malam kalau mama rajin bangun dapatlah lagi 3-4oz, tapi kalau mama malas? hehe sendiri mau ingatlah!



Inilah rupa longan kering (dried longan). Mama beli dekat kedai Eu Yan Sang di Jusco, 200g for RM10.60..agak mahal la sket drpd beli dekat Giant/Tesco/kedai senseh yg tidak glamer :p


Basuh dan toskan airnya yer...

Rebus dalam periuk hingga buahnya masak..rupa macam laici kan? Seperiuk kecil tu mama dapatlah bubuh dalam satu bekas air + 1 mug (utk diminum waktu mlm). Mama simpan dalam fridge utk dibawa bekal ke ofis esoknya.

Rutin harian mama- cooler bag, bag laptop & handbag. Nampak botol Castrol merah yg cun tuh..hah dlm tu la air longan mama. Berat betul nak mengangkut barang2 ni setiap hari...tapi nak buat macam mana, nasib wanita bekerja hoho..tu belum masuk beg nursery kekanak lagik tuh. Sebab tu lah penting datang awal ke ofis, supaya dpt parking free, supaya tak payah nak jalan jauh sambil membimbit barang2 nih. Bayangkan kalau tetiba mama mengader nak bergaya pakai high heels, dan kena parking luar...uhhh macam mak limah lenggang je bwk byk barang sambil terkedek2 berjln control macho!
Kelmarin minum longan ni masih belum ada effect...kena continuous utk beberapa minggu baru nampak hasilnya kot....caiyo caiyo!
p/s: sekarang dapat imagine tak betapa bertuahnya menjadi 'working at home mum'...tak sakit bahu dan tangan mengusung byk barang setiap hari kan!


Ammar sudah 5 bulan

Saya sudah 5 bulan! Mama cakap minggu depan kena pegi cucuk erkkkk...


Kali ni baru mama berjaya tangkap gambar saya muka senyum, kalau tidak selama ni mesti muka saya blur sokmo...

Abang2 kesayangan yg mesti mahu menempel sama kalau mama mahu snap gambar saya :)

Mama cakap dia sayang sangat baju biru putih ni. Sebab ia adalah hadiah dari Mak Ude yg dibeli di UK, dipakai oleh abang long, abang ngah...dan sekarang turn saya pula pakai yer! Nanti mama cari gambar kami bertiga pakai baju ni dan auntie compare sendiri sama tak muka kami?
Ok sekian dulu update dari mama saya....mama cakap dia nak sambung buat kerja :p


27 February 2011

y@ti's cLoset

Salam All,
Looking for cutie lil tiny baby apparels at affordable prices?
Kindly visit http://yatiscloset.blogspot.com , my new line of business (and yes a total diversion from baking altogether haha).
Well, the fact that having a lil baby that demands full attention, plus having to take care of my two growing up kid and tod is not that easy i must say. Due to that i do not have time to spend my sweat and tears (cewahh) baking cakes, muffins and watnots for time being, at least not until Ammar turns 1 yr. As such i decided to do something else, and that 'something else' must be created out of your passion isnt it?
So baby kids and apparels it is then!
I'm now starting at a small scale, hoping that this new venture of mine will turn out to be bigger and expand to the extend i can finally become a WAHM one day. Amin. Pray for me yer!!
So wait no more, grab yours now, for your lil and lovely ones :)
Luv,

26 February 2011

breastfeeding 1.2.3

Terkesan hati bila rakan baikku ditegur dan dikritik dek kerana penulisan beliau yg agak terbuka tentang breastfeeding. Hairan bila ilmu yang bagus, yang sgtlah perlu dikongsi bersama dipersoalkan sedemikian rupa.

Kata orang putih, 'sharing is caring'. Saya fikir ramai setuju tentang pernyataan ini. Cuba renungkan, dulu-dulu berapa ramai sangatkah ibu muda yg berjaya menyusukan anak mereka eksklusif sehingga usia 2 tahun? Usahkan 2 tahun, 6 bulan pun belum tentu tercapai. Contoh terdekat, diri saya sendirilah. Idlan lahir pada tahun 2004, masa tu rata-rata di kalangan kami belum aktif berblogging (hi hi). Rakan di sekeliling..hmm memang tak ramailah yg menyusukan bayi mereka. Nak tanya pada ibu sendiri? hmm ibu saya sendiri pun tidak berapa arif tentang menyusukan bayi selepas habis tempoh berpantang, cara menyimpan stok susu, cara mengepam, pam apa yg sesuai, dan sebagainya. Nak cari maklumat di internet? emm tidak pernah terfikir pula diri saya tatkala itu (kes ignorance la nih!), makanya saya hanya berjaya menyusukan Idlan sehingga umur dia 4 bulan. Itupun bercampur dengan formula yer kengkawan, bukan eksklusif tau!

4 tahun kemudian, lahirlah Firas ke dunia. Kali ini, semasa mengandung lagi saya dah kumpul maklumat tentang bf, dan yang paling best, semakin ramai rakan2 terdekat yg berjaya bf anak2 mereka sehingga umur 2 tahun. Dan capaian ilmu di internet tentang bf sangatlah banyak, google saja dan wallahh muncullah maklumat yg anda inginkan. Forum tentang penyusuan bayi semakin byk, sahabat yg berblogging pasal bf pun semakin ramai!

Saya paling suka bila rakan2 menunjukkan gambar stok susu beku mereka. Saya suka baca macam mana mereka menyusun jadual pengepaman, pam apa yg mereka guna, macam mana cara nak tambah pengaliran susu, etc. Dan melalui blog juga baru saya tahu lobak putih boleh dibuat masak tomyam! haha jgn gelak ye, selama ni saya cuma tahu masak air, atau goreng saja (sgt bosan!).

Bila ada rakan post gambar pasal stok susu mereka, janganlah anda cakap...iskk dia ni riak sungguh nak menunjuk la tuh! Atau anda kata...alahhh macamlah dia sorang je yang banyak susu!

Sebaliknya, cuba fikir dari sudut yg positif. Isk banyaknya susu dia, lepas ni aku kena usaha lebih nih! (sebenarnya inilah sumber inspirasi dan motivasi saya, bila tgk susu mommy lain byk giler saya mesti bertambah semangat nak kumpul stok macam mereka :)

Saya rasa ibu2 zaman moden sekarang ni sgt suka baca pengalaman mommies lain tentang bf melalui blog, berbanding masuk ke website ilmiah yg menerangkan facts tentang bf (eg: kellymoms). Kata orang, bila baca experience orang lain tu terasa lebih 'real', atau lebih dekat, especially bila pengalaman orang tu exactly sama dgn apa yg kita lalui.

Kepada mommies dan rakan2 seperjuanganku sekalian, just keep on writing ok. Mungkin ada seorang dua tak suka, tapi percayalah raaaamaiii lagi yg suka baca sebenarnya. Ilmu yang bagus dan boleh membawa manfaat, rasanya wajib utk dikongsi bersama betul tak?

25 February 2011

Cars Rescue backpack

Mama beli utk tujuan bisnes, tapi bila tgk cute...isk tak bley tahan ni reserve seketul utk anak teruna ku :p

muka saya yg hepi dpt bag baru! Lepas ni boleh jadi official model mama ni :p

- front view-

Boleh visit my online shop for detail measurement ok. First batch tinggal 1 unit saje lagi...kalau ramai interested saya boleh order stok baru.

p/s: Tengok FB kesian byk kereta yg tenggelam akibat hujan lebat petang kelmarin...mujurlah saya dah lama tak pergi (read: mencari alasan tidak pergi) training di MMC kalau tidak harus nangis terduduk bila tengok kereta tenggelam nampak bumbung jer huhu!

24 February 2011

babywearing n me

Outing last Friday to The Mines...

2nd time bwk Ammar dlm carrier...carrier lama turun-temurun dr zaman Idlan :p Mama cakap takper, nanti sebelum kita fly mama tangkap satu carrier baru utk Ammar :)



Ammar tengok fish...


Posing cheeky dari abang ngah sementara tunggu makanan sampai. Abang long kat belakang tu dah tak keruan..kes lapar :p

Pose dari abang long...mulut kena tutup okay sebab gigi kapak sudah patah! hoho
Next time mama upload gambar posing dgn sling pulak yer :)

23 February 2011

EBM - chilled or frozen?

I've received enquiries many times from friends and neighbours on the way i handle my EBM for Ammar's daily needs at daycare. So here goes my routine, it might differs from other bf mommies out there but do not fret, just follow whatever methods that suits you best.

Previously during the first few weeks after confinement, i sent 5 bottles of thawed milk (3oz each) to the teacher. The night before, i will take out 5 containers of frozen milk, thaw them outside for about 1 hour and later put it back into fridge for the whole night. The next morning, i will transfer all the thawed EBM from their respective containers into bottles. This is just exactly like what i did during Firas's time, for 15 months :) Meaning, everyday i will have to wash approximately 9 bottles (5 from taska, 4 for the EBM expressed at the office).

Then, the teacher told me to do not give them so many bottles, instead just send off the frozen EBM and let them do the rest. Back then i was thinking 'waalllaahh what a relief!' since i dont have to do the thaw and milk transfer process anymore..jimat masa seh plus tak payah basuh byk botol!! Further there will be no more case where the thawed milk has to be discarded should Ammar didn't consume it (sangat rugi tau hukhukkk).

So now i just supply 8-9 frozen EBM everyday, plus a bottle of fresh EBM that i pump around 6-6.30am before i left for work. On certain occassion where i didnt manage to pump, i will give them a bottle of chilled EBM (the one that i expressed at work during day time) instead of the fresh EBM.

On top of that, i will ensure there will be buffer stock (around 2 containers) inside their freezer, just in case Ammar suddenly decided to drink more during the day :p, or for cases where i need to stay back for meetings, or stuck in traffic. Everyday when i reached taska to fetch Ammar, i will take a peep inside their freezer and check the balance of EBM so that i know how many containers i need to send to them on the following day. Indirectly i also get to know how much EBM he consumes throughout the day (again this is very important at least to me who is now on 'kais pagi makan pagi stage' kata orang hihi).

So that's it peeps.
How about you?

Ummie's Collection

Everytime saya pakai baju kurung moden ni, mesti ada yang tegur kata cantik (wink wink**). Ini batik sutera yer kengkawan, sourced originally from Kelantan. Ingat lagi dulu beli masa mengandungkan Ammar, cepat-cepat hantar kedai suruh depa jahit...sebab kes nak pakai sebelum perut makin besar & memboyot (sempatlah pakai sekali je time tu :p). Dan sekarang bila sudah slim, batik ini sudah boleh disarungkan semula ke badan :)


Kepada kawan2 yang terasa mahu memakai batik sutera dari Kelantan atau Terengganu, haaa bolehlah melawat blog umi saya http://ummiecollection.blogspot.com (wahhh ibu ku pun sudah buat biz hehehe). Semua batik diambil khas dari 2 negeri di Pantai Timur ini, jadi kualitinya pasti tip top! Kain diambil dari tokey2 batik yang berlainan, jadi usah gusar kerana setiap satu design dan color adalah unik, jadi tidak mungkin anda akan terjumpa si Ana atau si Esah yang memakai batik sama sejibik seperti anda :) Ibu saya juga ada menjual koleksi handbag dan pakaian wanita, jadi bila free tu bolehlah menjamu mata dgn klik link di atas (dan juga link di sebelah kanan blog saya ini).

Jika berminat, bolehlah contact ibu saya (she's such a one sweet lady jgn takut yer), atau kalau anda malu, meh liaise direct dgn saya...insya Allah saya boleh nego2 dgn ibu saya minta harga diskaun utk kawan-kawan (ewahh pepandai je aku muehehe sejak masuk procurement ni keje saya asyik bernego sajerk :p).

ok sekian promosi buat hari ini :)

p/s: masih tak sempat nak watch my wishlist items on eBay....sedey!!!!
Ni update blog pun pukul 2am wahaaaa!

22 February 2011

Jam selamat!

Jam ku selamat alhamdulillah!!!
Tertinggal dalam toilet di ofis petang kelmarin, balik rumah baru sedar. Tapi tak tahu nak call siapa di ofis sebab dah lambat (tak inform husband takut kena marah hehe sebab dulu dah pernah hilang jam kes tertinggal dekat toilet surau!).
Pagi ni first thing in the morning terus meluru masuk toilet, tapi dgn hampanya tak jumpa jam itu.
Terus shoot email kepada BC ku minta dia war-warkan kepada ofismate.
Dan BC ku reply inform 'jam ada pada saya'.

Adusss syukurnya alhamdulillah......

Jam Swatch hitam yg ku beli pada 7 May 2010...tak sampai setahun lagi umurnya :)

20 February 2011

Sweet Chat Cafe

5 bulan pantang makan durian, akhirnya mama kalah pada godaan Jumaat lepas. Jom kita terjah!


BBQ chicken meltie - RM9.90

Baked mac cheese - RM10.90

Scone 2pcs - RM6.90 (sangat sedap hokay, nak buat scones sendiri sgtlah leceh, so order saja lah :p)


Durian pancake - RM7.90 (a must-try, sekali cuba pasti nak lagi!)


Bubur pulut hitam c/w Tong Yuen (filling peanuts) - yg ni pun sedap!


Ice chocolate - RM8.90
Not in the pic:
Sandwich set - consists of chicken sandwich, tropical punch & bubur pulut hitam
Price: RM17.90
Dah banyak kali kami ke SCC, tapi setiap kali datang sini mesti order menu yang sama.
Menu wajib sudah tentu durian pancake, scones, mac cheese & bubur pulut hitam!
Harga dia agak mahal sebab tak banyak menu set disediakan, kebanyakan food comes in ala carte. So far yang saya tahu SCC ada di The Mines & Mid Valley...tak banyak outlet lagi di Malaysia ni tapi boleh cuba google utk check the lastest outlet ok.

kasut lagik!

Jummat selepas kerja:
Abah ajak pergi Mines, nak cari kasut katanya. Mama pantang dengar Mines, terus teringat Sweet Chat Cafe (read: their ever scrumptious durian pancake & scones!).
Selesai outing, berjaya lepas gian makan dekat SCC selepas hampir 5 bulan memantangkan diri dari durian, dan inilah hasilnya.......

------
-----
----
------
------
------








crocs Bob the Builder utk Firas....ohh dia mmg an avid fan of Bob n the gang!

and a pair of black wedges for mama! Again a case of love at first sight :p

4 inch you jangan marah, time test pakai tu try berdiri sebelah abah, kira pass la sebab abah still lagi tinggi :p My highest heel in collection kiranya ni jgn terpelecot time jalan sudahla yer mama!

Inilah yg mama benci, bila keluar orang lain yang nak cari benda tapi akhirnya orang lain yang 'terbeli' benda......ishhhh. Ini tiada dalam wish list mama ok, so definitely an impulse buying tak sukenya!! (tapi mahu :p)

18 February 2011

EBM difference...

The one you're getting from the right breast is more than the left one, or vice versa.
I am pretty sure some of the breastfeeding mommies out there do experience the same thing. I just dont have the time to look up from the net on the reason behind this. Whether it's purely hormonal thingy, or due to lack of stimulation from one side, or problems in latching, or anything.

During Firas's time, i got more EBM on the right hand side, while now with Ammar i got more from the left breast. I rotate equally between both left and right side during direct breastfeeding, hence i strongly believe my case is not due to lack of stimulation. In fact i've tried to give continuous direct feeding on my right breast for few days to see the 'after-effect' of this action but as you can see below, the result is still the same.


right breast 3oz, left breast nearly 6oz.

Whatever the reason is, it's 'fitrah' determined by Allah and insya Allah is enough for your baby...

17 February 2011

Coach Poppy Storypatch Wristlet

This currently on the top of my wishlist.
Did blogwalking last few days, and when i bumped into this wristlet, i kind of fall in love at first sight...jatuh cinta pandang pertama gitu!!

Coach Poppy Storypatch Wristlet
Dimension: 6'x4'

Lowest price in the online shop - RM200

When i look up in eBay, there are loads of sellers auctioning this item, and the price omg is soooo tempting that i almost placed a bid last night (but lucky i forgot my eBay password hence i couldn't log in haha).

What do you think peeps? is it nice?

My current wallet seriously sudah wear and tear, probably in need of replacement within this near time. But the other frugal side of me was telling...jangan beli jangan beli!! Adesss ku di dalam dilema :p

kebab Restoran Saba' Cyberjaya

Hahh mesti selalu dengar pasal Restoran Saba' kan?
Jom kita tengok salah satu menu favourite kami (on top of their signature dish - nasi arab yg lazat itewwww)........presenting....

lamb kebab with chips & salads, wrapped in pitta bread

Harga: RM7/pc

Komen kami:

Lamb dia sangatlah lembut dan sedap, cuma style orang Arab agaknya bila makan roti pitta mesti tak bubuh cili sos. Jadi kalau nak lebih umpph kena bubuh cili sos sendiri yer kengkawan!
But again, i guess nothing can beat their ever scrumptious nasi arab, makan nasi sepinggan pun tak puas! :p

Bayi tidur bedung, perlu atau tidak?

Dah lama saya hendak menulis tentang perihal membedung bayi ni, sama ada ia perlu atau tidak. Jika dilihat dari aspek turun-temurun, ohh sudah pasti membedung bayi ni sangat WAJIB, bak kata orang tua-tua, senang sebab bayi anda boleh tidur dengan lena tanpa tangan dan kaki terangkat-angkat sebab terkejut. Di zaman moden ni, ada yang kata tak perlu bedung bayi sebab nanti bayi marah, memberontak, menangis sakan sebab macam kena ikat, etc.

Pengalaman saya sendiri, anak sulung cuma dibedung time dalam pantang. Dalam pantang pun umi selalu bukakan bedung dia, biar dia bebas bergerak. Alhamdulillah bila sudah diajar, lama-lama dia boleh tidur lena tanpa perlu dibedung.

Anak kedua, huiishhh tidur mesti wajib dibedung! Kalau tidak dia tak boleh tidur lena. Bedung sampai umur 7-8 bulan tak silap, sangat leceh ok. Nak keluar pergi shopping complex pun bila dia tidur dalam stroller kena bedung. Orang pun pandang semacam jer :p

Yang ketiga ni (umur 4 bulan), hahh memang wajib bedung jugak. Malam bila tangan terlepas dari bedung mesti dia terjaga dan menangis. Tapi saya nekad utk cuba ajar dia tidur tanpa bedung, jadi sudah beberapa malam saya test buka bedung dia. Mula2 memang perit, sikit2 jaga dan nangis, terpaksalah mama dia ni bangun dgn mata terkebil-kebil dan ikat bedung dia kembali. Tapi dua tiga hari ni Nampak macam dah ada significant improvement, dah boleh tidur ‘agak’ lena tanpa dibedung. Tapi mula-mula tu tangan mama kena kepit tangan dia, halang tangan dia dari bergerak dan garu kepala :p

Saya rasa jeles benar dgn bayi yg mudah tidur sendiri, dan hendak tidur tanpa mahu dibedung. Senang tau nak bawa jalan ke mana-mana. Macam kes saya, bila dukung dia tidur lena..lepas tu bila diletak dlm stroller tanpa dibedung, terus si kecil ni terjaga dan nangis…dusss leceh sungguh :p

Anak anda pula macam mana? bedung lama tak? Atau cuma dalam pantang sajer…..

Nota kaki:
Teringat cerita jiran depan rumah, anak dia dahla tembam giler, sampai 8 bulan masih berbedung..jadi bila keluar ke shopping complex terpaksa bedung dengan kain pelikat si ayah :p



Ammar @ 2 months. Kena ikat dek mama. Kain bedung tu beli sendiri dekat Kamdar dan hantar kedai untuk jahit tepi (jimatttt!). 1 meter baru RM4.50-5.00 tak silap.

different angle...gambar ni ambil time kami outing pergi main bowling dekat Alamanda before mama officially masuk kerja lepas pantang :)

boolatt kan mata saya?

TM Special Dividend

To all TM shareholders, please hold your share and avoid selling within this near time since TM will be paying out special dividend to all its shareholders. Amount is still uncertain, but the announcement shall be made to public, tentatively on 25th February 2011.

Too good to be true huh?

Have a nice day!
p/s: Latest price as at 9.22am today is 3.90.

16 February 2011

harga emas Public Gold

Ada rakan yang meminta saya letakkan harga emas terbaru Public Gold (PG). Berikut adalah harga pasaran pada hari ini. Sila refer kepada harga 'We Sell' jika anda mahu membeli emas dari PG, dan 'We Buy' jika anda mahu menjual emas sedia ada anda kepada PG.


Just for my personal reference, harga yg saya beli pada 11 May 2010 bagi emas 20gram ialah RM2762 + RM10 fee. Bagi dinar emas pula, harga yang saya beli pada 7 July 2010 ialah RM578.

Pelaburan emas ini merupakan satu pelaburan jangka masa panjang. Jadi janganlah anda beli hari ini, dan target untuk jual dalam masa 3-4 bulan. Siapa yang inginkan pulangan pelaburan yg cepat/jangka pendek, haaa anda boleh belajar main kontra dalam saham. Untung cepat (jika anda pandai pilih saham!), dan risiko untuk rugi pun sudah pasti ada :p Tapi ingat, ia memerlukan komitmen yg tinggi dan anda boleh berjaya jika dapat duduk mengadap screen laptop sekurang-kurangnya 12 jam, tolak waktu makan, minum, solat dan sebagainya hihi :)

Jadi apa pilihan anda?
Sebelum membuat pilihan, kumpullah ilmu sebanyak mungkin dulu yer, supaya anda tidak menyesal di kemudian hari.

cara hard reset HTC Touch 3G

Seperti yang anda sedia maklum, dua hari lepas saya agak stress, gara-gara hp HTC Touch 3G saya yang tiba-tiba 'hang' dan tidak boleh on langsung (actually stuck dekat black screen 'smart mobility' dan terus tak boleh proceed).

Ye inilah smart handphone atau lebih dikenali sebagai PDA handphone, handphone dia senang 'hang', sebab mekanisme phone tu bekerja sama lebih kurang macam pc anda, byk program di dalamnya.

First time handphone saya jadi hang dan giler terus, sebelum ni kalau hang saya cuma buat 'soft reset', iaitu tekan 'reset' button di belakang hp dan walllahhh, terus hp tu ok. Tapi kali ni, lepas buat soft reset berkali-kali, keluarkan bateri dan sim card berkali-kali, handphone itu masih degil untuk on. Jadi saya pun buka En Google, dan surf ke dalam website HTC utk cara-cara membuat 'hard reset'. Ini excerpt dari website HTC yer, buat panduan anda yang mengalami masalah sama seperti saya.


How do I perform a hard reset?
1.With the device turned on, press and hold the VOLUME DOWN and ENTER buttons, then press the RESET button with the stylus tip. (ni sangat tricky, sebenarnya anda kena tekan button volume down, enter dan reset button serentak!....duss terkapai-kapai jari saya nak tekan 3 button ni sekaligus hehe)

2. Release the RESET button, but continue pressing the VOLUME DOWN and ENTER buttons until you see this message on the screen:Warning! Your device will be set back to factory default settings. Please ensure any additional installed programs and/or user data have been backed up before a hard reset is performed.

3. Release the VOLUME DOWN and ENTER buttons, then press the VOLUME UP button to perform the hard reset, or press any other button to cancel the reset.

Ok senang saja bukan?
Saya ada call ke service center HTC, kata agen yg mengangkat call saya tu, untuk diagnosis kerosakan sahaja akan di charge RM50, kemudian mereka akan menghantar quotation kepada kita utk kos repair, dan proceed repair jika kita setuju. Hubby ada pergi kedai dan tanye berapa kos untuk repair, kata mamat kedai tu dalam RM100++.

Hoho saya bukan sahaja sudah jimat RM100++, tapi sangat gembira kerana dapat belajar sesuatu yg baru :)

Tapi perlu ingat, hard reset ni bermakna phone anda akan back to 'factory settings', jadi semua application yg baru download akan hilang. Hanya application asal akan retain dalam phone. Untuk kes saya, kesemua gambar2, notes dan sebagainya hilang...tapi tidak mengapa, janji saya tidak perlu membazir untuk beli phone baru hehe.

15 February 2011

Muffin coklat tanpa telur

Siapa kata anak teruna tak pandai masuk ke dapur?
Jangan main-main, anak sulung mama Muhammad Idlan Farhan sekarang ni sudah pandai basuh pinggan tau (walaupun punyalah lama dia main air :p).
Dan si teruna kedua Muhammad Amir Firas memang selalu jadi peneman setia mama di dapur. Dia sukalah tengok mama basuh pinggan, masak, goreng itu ini, dan yang pasti, bila mama busy buat kek dia pun pasti akan ada sekali.

Petang tadi mama buat muffin ekspress. Bukan guna muffin mix yer kengkawan, tapi teruja nak try resepi sempoi ni lepas tgk kawan mama (mama yg rajin dlm pantang sape lagi kalau bukan auntie Farra) buat muffin coklat tanpa telur. Resepi sangat mudah, dan yang paling best, tak payah guna mixer..semua kacau guna tangan saja. Bahan-bahan pun sikit jer. Kesimpulannya buat tak sampai 20 minit dah siap! Sesuai sangatlah bagi beginner, atau pun mereka yg kesuntukan masa tapi teringin sgt nak makan kek (mama lah tu hehe). Dan rasanya, usah gusar ye, walaupun tiada telur tapi rasa tetap mantop! Fluffy dan gebu tekstur dia :)


Bancuhan ikut resepi asal sangat cair, jadi mama tambah tepung gandum sikit

Ni yg mahal ni...my eldest two yg tolong taburkan choc chips (cc) atas muffin tu. Si Firas punyela letak byk giler cc, siap marah bila abang dia curi cc tu dan makan :p

concentrate betul budak nih!

keratan rentas muffin yg sudah siap...fluffy kan!

For full recipe visit here:

http://www.myresipi.com/top/detail/6595

(maaf saya tak boleh copy paste resipi tanpa kebenaran tuan empunya website tu)

Komen saya:

-resipi sedikit cair, sila tambah tepung sikit, in fact sukatan minyak dan air pun saya kurangkan ikut instinct sendiri hehe

- brown sugar 2 cups tu mungkin byk sgt, kurangkan menjadi 1.75 cups sahaja ok

Rindu pada kek!

Mama dan kek memang tidak dapat dipisahkan, kata orang...ibarat lagu dan irama gitu. Membuat kek ibarat satu terapi yang sangat indah, paling best bila kek masih di dalam oven dan aroma dia menusuk ke hidung...wahh time tu memang terasa tidak sabar mau ngap! Tetapi paling tidak best, hahh proses membasuh segala peralatan kek selesai sudah membuatnya...tapi kata orang, alah bisa tegal biasa, kalau malas basuh terus biarkan sahaja dia di dalam sink dan boleh basuh bila penat lelah buat kek sudah hilang hihi.
Dannnn kenapa mama suka buat kek? Kerana saya seorang peminat kek sejati, kasilah saya apa jua jenis kek, pasti anda tidak menyesal kerana dalam sekelip mata saya boleh habiskan! Ehh tapi masih ada exception, mama tidak berani makan kek keladi, kek perisa nangka, kek durian...hmm tu je kot perisa yg dikecualikan dari tekak ini, yg lain saya hentam saja :) Dannn yang kedua, kerana suami mama juga sangat suka makan kek, especially kek hasil air tangan isteri dia (ewahhhh).
Sebenarnya mama teringin sangat nak buat kek hari ini, tapi malangnya suami mama ada course di Monash, jadi bila mama cuma tinggal berempat dengan anak2, confirm mama tak dapat nak spend masa lama-lama di dapur mengadap mixer, tepung, gula dan sebagainya. Jadi untuk melepaskan rindu dendam terhadap kek, kita layan sajalah gambar2 lama kek yang pernah mama buat dulu...hukhukk aku rindu sama kek-kek ku!!

fresh fruit clan - yg ni dulu mama buat utk besday nek Umi. Umi tak suka choc cake, jadi dlm tu adalah vanilla sponge cake, dan dihiasi dgn fresh cream, peach dan blueberry. Kalau anda punya budget yg besar, bolehlah letak apa jua buah-buahan fresh di atas tu...kiwi, strawberry, anggur, etc. Dapat imagine tak?? haaa lazat kan!!

Hahhh this will always be our all-time favourite, apa lagi jika bukan blueberry cheese cake. Tengok blueberry yg meleleh di tepi kek tu pun dah buat air liur mama meleleh sekarang ni hukhuk

Ini adalah plain cheesecake, dihiasi dgn chocolate ganache yg lazat ituuu + strawberry +
choc curls. Lelehan choc ganache itu memang sgt mengancam :)


last but not least, my Premium choc moist cake. Kenapa premium? sbb ada fresh cream, ada choc ganache, ada strawberry, ada grated choc di tengah & keliling kek, dannn ada choc chips di tepi. Strawberry gemuk2 tu jenama Driscolls...sangatlah gemuk (mama lagi prefer Korean strawberry tapi kadang out of stock).
Jadi sekarang ni anda rasa yang mana satu kek yg paling mama rindu sekali???
---
----
---
---
---
---
---
---
---
Sudah pasti the last one, sebab tu paling leceh dan mengambil masa paling lama untuk disiapkan!
Nota kaki:
tak sabar nak tunggu Ammar besar!

14 February 2011

HTC ku sudah kembali pulih!

Aduh, terasa hidupku kembali sempurna bila hp sudah ok!

Dari semlm, hingga ke pagi tadi rasa stress bila hp rosak/hang. Bila pam susu pun production kurang 2oz. Bertambah stress bila call service center, tapi perempuan yg angkat tu tidaklah helpful langsung, malah suara sgt 'monotonous' seperti malas menjawab telefon.

Pagi tadi bangun jam 3am utk baca manual/user guide. Dah tergerak hati nak buat 'hard reset' tapi mata sudah layu, sambung tidur semula.

Pagi ni di ofis, sedang daku sambung baca manual dan sambil tu beremailan kpd sifu IT ku Semah, dia pun mengutarakan cadangan utk buat 'hard reset'. Apa lagi, lepas khatam baca teruslah cuba buat. Buat sekali gagal. Lepas tu bos panggil utk discussion (isk bos ni potong stim jerrr dahlah org bz byk keja). Habis discussion sambung buat kali kedua. Berjaya!!! Tapi bila hp tu hendak kembali ke setting asal, aku stuck part 'align your screen'. Kali ni cuba call mamat kedai tempat aku beli hp ni dulu (di Mines), mujur budak ni baik and guide the process. Dannnn alhamdulillah HTC ku berjaya berfungsi dgn normal dan jayanya...walaupun sms byk hilang, walaupun ring tone bunyi sgt pelik dan tidak best, etc.

Tidak mengapa, janji boleh call dan sms sudah mencukupi.

Tq Semahhhh...i owe you again this time!!! :)

Nota kaki:
Lain kali kalau buta IT, tak payahla sibuk nak bergaya dgn PDA phone/smart phone. Cubalah bersetia dgn hp basic anda, seperti Nokia 3310 ku dulu yg kuguna bertahun-tahun tapi langsung tidak rosak dan memberi masalah. Menyesal jual tau!!

HTC Touch 3G ku hang!!

Mula2 bateri habis dan hp terus off sendiri. Lepas recharge power, tiba2 dia hang dan tak boleh on. Puas sudah kucabut bateri dan sim card berkali-kali, tapi masih gagal. Ohhh daku sudah handphone-less. Kedai kata software mungkin rosak, jadi kena repair. Kosnya rm100+++ (mahalnya!!!).

Adakah boleh kita download software sendiri dan cuba re-install?
Sesiapa pengguna HTC atau yg expert bab handphone ni, ohhh tolonglah kasi pendapat.

Susah hidup tanpa handphone ni! hukhukk

12 February 2011

Tiramisu i love u :p

Wahh kenapa letak tajuk macam tu? Sebab happy banget bila first time buat resipi Tiramisu ni menjadi dan sangat sedap! (ewahh perasan sket sori yer!) Paling best, resipinya sangatlah sempoi jika saya bandingkan dgn resipi di internet. Jika anda surf, pelbagai version resipi tiramisu yg boleh kita cuba, dan majoriti menggunakan 'mascaporne cheese' yang sangat mahal itu. Tapi resepi di bawah ini, cuma guna Philadelphia sahaja...walaupun mahal tapi tidaklah semahal mascaporne....i like!!

Ok meh kita jenguk resipi dia...saya dapat resipi ni dari kawan saya, Hany Fariza (tq Hany for sharing the recipe!!), tuan empunya dapat dari cousin dia...original source saya sendiri tak pasti. Apa pun, Hany dah kasi green light utk saya share dlm blog :)

Bahan cream cheese:
1 kotak kecil whipping cream (200ml) - saya guna jenama Gold Label (non-dairy)
1 ketul cream cheese phildephia - 250g
1/2 cawan gula halus (sesedap rasa)
= campur semua, putar sampai gebu dan sebati. - make sure dia akan jadi creamy ala2 topping fresh cream, dan tidak cair

Bahan lapisan:
biskut marie (tiger) = boleh guna kek span or ape2 kek.
4 sudu kecil nescafe - saya guna 3 in 1 sajerk :p
4 sudu kecil gula
air panas= bancuh nescafe

-celup biskut marie dlm nescafe & susun dlm bekas.
-masukkan cream cheese satu lapis.
-celup biskut marie dlm nescafe susun lagi.
-masukkan cream cheese satu lapis lagi.
-ulang proses lapisan sampai habis bahan.
*lapisan atas adalah lapisan cream cheese.
-masukkan dlm peti ais = 4 jam
- taburkan serbuk koko.. potong n hidangkan.
*serbuk koko bleh campur ngan milo lagi sedap & setiap lapisan cream cheese bleh tabur serbuk koko+milo.

Nota kaki:
1. Anda boleh adjust kepekatan nescafe itu ikut citarasa masing2..siapa suka rasa thick coffee boleh bancuh pekat, siapa suka light taste bolehlah bancuh cair, atau kurangkan nescafe tu.
2. Biskut marie jangan celup lama...nanti kuat sangat pulak rasa coffee tu.
3. Saya ada try buat dgn kek, tapi tak sedap jika anda celup kek dlm nescafe sbb nanti dia jadi basah/watery. Di internet, siapa yg guna kek dia takkan celup dlm nescafe, instead kek tu diletak di lapisan bwh sekali...lapisan atas bubuh cream.
4. My tiramisu version tidak boleh dipotong, mungkin byk cream kot, jadi kena ceduk guna sudu. Bak kata anak saya si Firas...'kek aiskrim!"
5. Resipi di atas cuma boleh dpt dalam 10-12 medium cups sahaja...itu pun saya tidak bubuh penuh2...cuma buat 4 layer je.
6. Anda boleh guna apa sahaja jenis kek - sponge kek, cake mix, brownies, etc. Perisa pun terpulang pada citarasa anda- vanilla, coklat, etc. Husband saya komen, apa kata cuba guna kek pandan, atau kek oren? dusss cuba anda imagine 'tiramisu pandan layer'...sedap ke? haha. Siapa berani try nanti inform saya hasilnya tau!! :)

Ok tu saja...silalah try ok...senang, simple, dan paling penting...SEDAP!!
Jom layan gambar!


1st batch - dpt 6 cup saje...lepas tu stop sebab kena ambil Ammar from taska sbb EBM dah habis :p

2nd batch - dapat 10 cups...bawa pegi ofis sket, kasi geng Photobook sket, the remaining pulun kat rumah dan spare utk dibawa ke rumah Umi

close-up...nyum nyum!!

p/s: Dulu pernah sekali saya beli kek Tiramisu dari SR, tapi rasa dia masya Allah sangatlah pahit! Lepas tu serik tak nak makan tiramisu sehinggalah terbuka hati nak buat sendiri bila dpt resipi dari Hany...thanx again dear!! Lepas ni confirm tiramisu jadi menu wajib utk sambutan besday kekanak bertiga tu :)

11 February 2011

Gathering Geng Photobook @ TCB, BSC

Wah tiba-tiba dah wujud 'Geng Photobook' ker? Kata orang, bila wujud minat yg sama, maka chemistry itu pasti muncul, dan persahabatan yg sudah terjalin akan bertambah erat (cewahhh!). Kami bukan kawan baru, masing2 sudah kenal lama sejak di alam universiti lagi (except diriku yg cuma kenal kak ct di alam maya/dunia blogger, ini baru first time bersua muka tapi macam dah mesra kan kak kannnn...that's the power of chemistry setuju tak?? ). Apa-apa pun, terima kasih kepada kak Siti Zuraimah yg mengutarakan idea utk this so-called ad hoc short gathering, utk kami berkongsi melihat hasil Photobook masing2, dan seterusnya mencetuskan idea yg lebih bernas utk projek2 akan datang (wahhhh macam banyak projek jer? hehe). Terima kasih juga kak kerana sudi men'drive'kan kami ke sana, mujur ada 'Bumiku Ride' kan :p Kpd Semah, Aini, dan Zarid (consider geng jugaklah walaupun hasil dari Zarid belum muncul lagi :p), next time boleh kita bergather2 lagi ok!!! Special thanx juga kepada sifu ku Semah yg tidak jemu2 membantu macik yg buta IT ini sedari awal projek pembikinan Photobook aku, hinggalah siap! I lappp you my fren!!! Terima kasih daun keladi, next time jangan jemu bantu lagi yer :)

Ok jom kita layanzz gambar.


kak CT, Zarid, Aini

me and my sifu, Semah

chicken and mushroom fusilli (amongst the expensive ones, tapi kurang rasa, kena tambah lebih garam lagi..:p) Price: RM17++


Chicken ape yer ....alamak Aini den dah lupa nama dia...rasa sedap kan? hehe. Definitely a healthy choice since it serves with wholemeal bread c/w salad, sesuai utk mereka yg sedang berdiet :)

Lasagna. Rasa standard macam the one serves at SR, San Franc dan seangkatan dengannya.

Red Velvet cake (RM8.90/slice). The taste is somehow quite disappointing, dry and not moist, the cheese topping is dull and not creamy, overall the taste is far far below the one serves by O Gourmet/Just Heavenly (as informed by Aini and the rest yg pernah rasa O Gourmet's version)

Tuna Linguine ordered by kak ct. Sedap, highly recommended!

Right: my double hot chocolate with marshmallow serves in regular glass. Sangat besar, should have order the small size next time. Sedap!!

Us with our various version of Photobooks. Ada square Imagewrap, debossed hardcover, softcover, large/medium landscape Imagewrap.

Another pose from us...i like!!
(special thanx to Zarid yg sudi mengambil gambar kami...zarid tak masuk sebab dia takde Photobook lagi hehe...so ape lagi Zarid cepat hasilkan satu dari anda!!)
Balik dari gathering terus kelam kabut solat dan rush ke meeting jam 3pm. Sangat lemau bila ada meeting hari Jumaat (dahlah jadi chairman hukhuk), dahlah byk issue dan masalah...sampai migrain sepanjang2 meeting tu. Sampai rumah dekat jam 7pm, terus tertido lepas tidurkan Ammar.
Ok itu saja buat kali ini dari kami 'Geng Photobook' ahaksss.
Nota kaki:
First time aku makan di The Coffee Bean, baru tahu dari Aini dia ada halal Jakim. Kek-kek dia semua nampak lazat dan tempting...next time kena try kek pulak but no more red velvet ok :p