11 February 2011

Marble choc cheese brownies

This is one of our (read: me n hubby) favourites. Buat dlm loyang 10'x10'...dpt pulun mkn tak hingat...sangat puas! :)

Ini resepinya (source: Internet, tapi tak igt dari website mana sebab dah byk sgt resepi semua pakai cut and paste saje ke microsoft word hehe)

Bhn2:
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur - B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum - ayak dgn BP and SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bika
1 tsp esen vanilla

cara:
1. cairkan butter. masukkan serbuk koko and kacau rata.
2. handwhisk gula and telur. masukkan ke dlm adunan butter tadi. kacau sebati.
3. masukkan susu cair and kacau sebati.
4. masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati. last, masuk esen vanilla.
5. Guna loyang 10' x 10'. tuang adunan brownies and bakar at 180 celcius for 40-50min (depends pd oven memasing). tinggalkan sket brownies tadi utk buat marble atas lapisan cheese nanti.

lapisan cheese:
250g cream cheese
65g gula castor
1 biji telur - B

1. pukul cream cheese sampai gebu.
2. masukkan gula..pukul lagi sampai sebati.
3. masukkan telur..pukul sampai sebati.

* after 40-50min keluarkan brownies dr oven. tuang adunan cheese dan ratakan. buat marble atas lapisan tu. bakar semula dlm oven for 15-30min (depends pd oven) sehingga cheese masak. Biar sejuk before potong.


ok jom layan gambar pulak!

Whip cream yg selalu ku gunakan adalah jenama Gold Label. Memang setia dgn jenama ni sejak azali sebab sedap. Siapa yg nak buat topping kek dengan fresh cream, sila beli 'non'dairy' whip cream ok, jangan guna 'dairy', nanti topping anda tak cantik (tak set dan keras). Harga makin mahal, dah naik rm2 berbanding dgn tahun lepas (sigh**). Nampak kitchen scale merah comel di sebelah kanan anda tu? Haaa scale murah saja, tapi masih bertahan sejak tahun 2005 (yer sejak kali pertama ku menceburi bidang baking ni :p)


Lapisan choc brownies dah masak. Sekarang letakkan lapisan cheese di atas dan bakar semula ye hingga cheese masak.

Close-up sikit....sudah dipotong dan bersedia utk dingap!!


Loyang 10'x10'...memang puas lah bila buka fridge setiap hari nampak brownies ni :)
Nota kaki:
1. Version brownies kali ni agak kureng rasanya (kurang moist and very dry) sebab daku ter'overbake' brownies tu dlm 10-15 minit. Yelah sambil buat brownies buat jugak tiramisu, pam susu, kemas rumah, monitor share...last2 terlupa brownies yg tgh bake dlm oven uh uhhhh.
Jadi bagi anda yg ingin mencuba, ingat yer jgn overbake nanti brownies anda kurang moist dan kurang umphhh! Walau bagaimana pun, saya berbesar hati sebab komen dari en suami --> ok jek pada kite still sedap!...(TQ Yang i lapp you!)
2. Perasan tak tiada corak marble di atas lapisan cheese? Sekali lagi saya terlupa nak tinggalkan sedikit adunan coklat utk dilorekkan di atas cheese. Jadi peringatan buat anda semua, jangan lupa tinggalkan sket adunan coklat anda. Selayaknya version kali ini dipanggil 'choc cheese brownies' saje...kena buang perkataan 'marble' hehe
Next resipi ---> Tiramisu
tungguuu!!!

4 comments:

  1. Ovenmu tade timer ker?
    My feveret too ni!

    Whip krim tu harga udah bape? Dulu beli pon dh mmahall

    ReplyDelete
  2. ade timer...tp aku jarang ikut timer bebetul, slalu aku intai from time to time.

    rege rm13.50..dulu 11++ rasanyer.
    cheese pon naik dekat rm2!!

    ReplyDelete
  3. sikulat4:06 PM

    tiramisu.. sedap sedap.. ehhehehe. yummeh.. leh wat jualan nih..

    ReplyDelete
  4. yummehhh....firas ckp 'kek aiskrim' hehe. serve cold lg umphhh :)

    ReplyDelete