Hari ni, buat kesekian kalinya mama terpaksa buat muffin guna mix, pastinya sebab kekangan masa dan perkara lain yg lebih penting perlu dibuat dan diselesaikan. Senang guna mix ni, campak2 dan pukul sekejap je, terus siap.
Bahan2:
muffin mix 500g
egg 200g (lebih kurang 4 biji telur size A, mama guna size B, so bila timbang jadi 220g)
water 100g
corn oil 180g
choc chip 90g
Caranya:
Masukkan kesemua bahan, pukul rata dalam 5-10 minit, kemudian boleh terus masukkan campuran ke dalam cup. Choc chip tu jangan dipukul yer, gaul sahaja dlm campuran muffin tadi.
Bakar pada suhu 180 celcius, 15-20 minit bergantung kpd oven anda.
Mix sudah siap, jadi masukkan saja choc chips tu dan gaul rata.
Boleh tambah choc chips extra di atas muffin utk rasa yg lebih umpph, kanak-kanak pasti suka!
Hot from the oven! Nak rasa extra coklat lagi, silalah cari Hershey's chocolate syrup dan siram ke atas muffin anda....wowiiee sangat sedap!!
Hot from the oven! Nak rasa extra coklat lagi, silalah cari Hershey's chocolate syrup dan siram ke atas muffin anda....wowiiee sangat sedap!!
Muffin ni mama saja buat utk dibawa bekal utk perjalanan pulang ke kedah esok pagi. Jalan jauh, mesti kena spare makanan banyak2 dalam kereta betul tak? Niat di hati teringin nak buat marble chocolate cheese brownies, tapi bila fikir banyak benda nak kena settlekan hari ni, lupakanlah niat tu dulu. Esok bila Ammar dah besar, insya Allah nak mengaktifkan diri kembali ke dunia baking!
Aku pon dh salu guna muffin mix
ReplyDeleteAnak dh ramai, kene xpress jek
tp mahal hehe
ReplyDeletebake with yen dah ade kat bangi ler.
ReplyDeletetadi jumpa kedai 'yati ayam percik' hehe. ada dapat komisen tak?