01 March 2011

Cara menambah susu dengan Fenugreek

Ramai ibu-ibu yang kata bila makan Fenugreek (halba) nanti susu ibu akan bertambah.
Jadi dulu saya memang sangat teruja nak membeli Fenugreek di saat stok susu perahan buat si kecil Firas merudum. Inilah rupa Fenugreek yg saya beli di GNC di Mid Valley, 610mg with 100 capsules for RM62.90, mahal giler kan??? harga tu back in 2009, sekarang saya tak pasti.

Saya makan 1 capsule each day, as recommended by the bottle label. Tapi malangnya hasil tidak memberangsangkan, susu saya tidak bertambah pun, sama seperti sedia kala. Jadi selepas beberapa minggu saya makan pil ni, saya terus decide utk stop sebab tiada effect, dan rasa dan baunya tidak sedap! Sebab itulah pil ni masih banyak berbaki sehinggalah si kecil Ammar dilahirkan :p

Dan pagi tadi, bila saya blogwalking ke blog mama Iman, saya terbaca artikel beliau tentang Fenugreek ni dan rupanya Fenugreek ini elok dimakan banyak, dalam 5-10 biji setiap hari, barulah boleh nampak hasilnya! Adusss maknanya amalan saya sebelum ini dah salah, lepas tu membebel seorang diri cakap 'Fenugreek takde effect!' hoho. Anyway thanks to mama Iman for her awesome review on this herb!

Saya sambung baca lagi, dan dusssss rupanya ada yg menjual pil ini dgn harga yg jauh lebih murah. Sila klik sini untuk mengetahui dgn lebih lanjut.

Saya bandingkan harga dari website di atas dgn harga yg saya beli di farmasi GNC tu, mak aiiihh beza dekat 3x ganda tuuuu, which translates to a significant saving i tell u!!
Jadi hari ni, saya makan 1 biji pagi tadi selepas breakfast, dan 2 biji lagi sebelum lunch. Malam nanti wajib makan lagi. Nanti bila ada significant effect saya akan kongsikan hasilnya ok :)
p/s: membaca itu jambatan ilmu, tak sempat baca paper tapi blogwalking pun jadiklah hihi. Now who says blogging is a waste of time and unproductive?

15 comments:

  1. good info kak! saya tak penah try fenugreek before ni, tapi kalau beli pun confirm saya makan sehari sebijik je (which is takde effect pun kan ;p). rupa2nya kena makan 5-10 bijik ye, orait2 akan cuba bila BF semlua nnt :D
    *ada org kata side effect dia badan berbau tak best sikit, ye ke ek?

    ReplyDelete
  2. urine and peluh akan bau, and that shows you have taken up to the max as per recommended (tp ni based on ape akak baca la...real experience nnt akak updet awak ok hihi)

    ReplyDelete
  3. kellymom kate mcm bau maple syrup..err.. bkn wangi jer?

    ReplyDelete
  4. Aku rasa ok je fenugreek, tapi sila abaikan pendapat aku sbb air akar kayu dan air kunyit pun aku rasa best

    ReplyDelete
  5. huda - yep website ni pon kata maple syrup...tp kalo betul maple syrup cam takde bau sgt kan ok jer :)

    aida - aku time idlan dulu mak paksa minum akar kayu..tp aku slalu ponteng. pantang sendiri time firas n ammar hahh tadela aku nk minum hohoho. air kunyit aku taknah rasa...dan x penah tingin rasa :p

    ReplyDelete
  6. hi yati, ni mama luqman humaira maisara imran raihana ni. tak ingat macamana jumpa ur blog ni.. oooo from yahoogroup tmn sutera kot. just to share my experience BF ni kalau my petua nak tambah output ialah makan jamu.

    ReplyDelete
  7. salam mama humaira hehe berjumpe dlm blog eh kita!

    mkn jamu brand ape? saya jamu2 x suke...vitamin pon kena paksa telan. fenugreek tu kena telan ngan air milo br jln..kalo air msk sure tak lalu :p

    ReplyDelete
  8. yati.. kita pernah makan yg snowdrop punya.. masa tu ok la..lepas 3 hari makan mmg nampak kesannya if konsisten.. again, the magic word is consistency ahahhah.. tapi ikut la cara dia ajar, makan pil dengan segelas penuh air at least 30min before makan kan.. kalau tak ikut, mcm kurang sikit la production berbanding ikut.. :)

    ReplyDelete
  9. so ieka mkn brape biji sehari?

    ReplyDelete
  10. Good info..
    So skang macam mane hasilnya?
    Ain nak try jugak.. Kalau boleh nak BF smp anak 2thn...(^_~)

    ReplyDelete
  11. Anonymous3:06 PM

    thanks for info, saya penah makan fenugreek gnc tapi jangan lebih 6 bulan coz boleh sebab darah cair, so stop untuk 1 bulan than continue la balik, hasil alhamdulilah, masa tu saya makan 1 biji sehari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan masa bila? sebelom atau selepas makan?

      Delete
  12. Anonymous11:51 PM

    baby sy ada g6pd.blh ambil z fenugreek. ni yer? ada sesiapa yg blh jelaskan?tq

    ReplyDelete
  13. Sapa ada jual? Plsss wassap saya...0129669370

    ReplyDelete
  14. dah makan ke? susu bertambah tak?

    ReplyDelete