Itulah yg boleh disimpulkan utk percutian singkat kami kali ini.
10 buah keluarga, bersama anak-anak memasing, dan turut disertai oleh 2 jejaka bujang...hmm dah cukup gamat dibuatnya :)
Cuma yg tak best, pihak pengurusan TBR dah mula mengenakan caj utk wristband, isk dulu2 kami pegi tak pernah caj pun, sangat tidak patut! Lepas tu derang tak check pun siapa yg pakai atau tak pakai.
Seawal jam 3.30pm kami dah turun mandi di kolam. Biasalah tidur 1 mlm je, kalau boleh nak memaksimakan waktu sebaik mungkin...kasi kanak2 puas! Ammar very good boy, ni first time dia mandi dekat pool, first time juga merasa tidur di hotel, sangatlah cooperative!
Puas mandi-manda, malam tu kami berkonvoi ke Kg Telok, Pasir Panjang (cuma dlm 15 minit dari TBR) utk makan ikan bakar. Sangat sedap, tempat luas, bersih, makanan pun cepat sampai, harga berpatutan..kesimpulannya highly recommended! Cuma takde air-cond dan open space, so agak panas...jadi Ammar tak boleh nak tidur dan time nak makan mmg kena bergilir dgn en hubby. Kami semua order ikan bakar, asam pedas ikan pari, kerang rebus, kupang goreng bercili (terbaek!!) dan sotong goreng tepung (juga terbaek!!). Memang kenyang tak hengat! Tapi yang slacknya, takde satu pun gambar diambil malam tu...semua bz makan, mama2 pula sibuk menenangkan anak2 dan baby memasing :p
Ahad pagi, sambung mandi sampai puas. Selepas check-out, kami lunch di Restoran Asam Pedas, terletak hanya beberapa batu dari Sri Intan PD. Lauk sumer sedap2, rendang kerang dia terbaekkkk silalah cuba!
Jom layan gambar plaks....susunan tidak teratur yer malas nak arrange byk sgt :)
Mommies2 yg masih comel walaupun sudah beranak ramai :p
Gambar termahal utk trip kali ini thanx Bull!! Ammar kena dera dek mama naik slides..sian dia kena splash water bila sampai bawah. Sori yer kaki mama aksi cegitu, konon nak break tp licin yg amatsss! Muaz dan Mus'ab hepi giler, Ammar jer yg blur :p
Firas yg dah ketar-ketar..3 jam kot berendam mau tak penat. Siap tergolek atas rumput tu beberapa saat lepas gambar ni diambil. Uncle Halim & Munir sgt jahat, diorang gelakkan je bila Firas tergolek tak beri bantuan langsung :p
asyik gi jalan je :P
ReplyDeleteanak2 akak mmg muka fotostat... sama jeer hehehehe... comey.. btw.. seronok betul pegi holiday yer...
ReplyDeleteaini - taun depan kami include mu dlm mailing list ok! macam la ko x slalu jln..gi oversea jer :p
ReplyDeleteatul - tu la 3 beradik ni time kecik sama...bila dh besar je makin lain :)