23 April 2011

Tips tambah susu ibu?

Ingat tak dulu saya pernah try makan Fenugreek dan janji nak ceritakan hasilnya atau after-effect consumption fenugreek tersebut?

Nah, hasilnya...pengeluaran susu saya sama sahaja after few weeks of consumption. For first few days adalah nampak pertambahan dlm 1-2oz. Tapi selepas pemerhatian dilakukan untuk beberapa minggu, actually average daily output tetap sama, sebelum atau selepas pengambilan Fenugreek. Cuma satu perubahan yg nyata, kepekatan susu saya bertambah selepas mkn Fenugreek. Jika saya tak makan, saya perasan yg susu saya kelihatan sedikit cair.

Jadi saya yakin, pengambilan sebarang supplement tambahan untuk menambahkan pengeluaran susu ni sebenarnya bergantung kpd badan masing2. Ada orang yg serasi, maka susu dia bertambah dgn banyak sekali, atau mungkin bertambah sedikit. Ada orang yg probably kurang serasi, maka tiada apa2 perubahan yg berlaku. Dan sayalah orang itu hehe.

TETAPI, teori mengosongkan B sekerap mungkin untuk menambahkan pengeluaran susu ibu...haaa yang ini memang saya sangat percaya dan sokong 110%! Buktinya.....

Senario 1:
Jika saya bangun tgh malam jam 12am utk pam, dapatla dlm 4-5oz (sebelah B).
Kemudian pukul 5.30am saya akan pam lagi sekali, dapatla dlm 4oz (sebelah B yg sama).

Senario 2:
Jika saya tidak bangun tengah mlm...dan hanya pam pada jam 5.30am, normally saya akan dapat dlm 5-6oz sahaja (sebelah B yg sama).

Nampak perbezaan di atas?
Senario 1, total output dlm 8oz, senario 2 total output hanya 60z.

* Ini adalah hasil pemerhatian utk beberapa hari yer kengkawan, bukan keputusan yg direkod hanya dalam 1 hari. Andai kata saya tengah buat research, pada saya 'sampling' yg diambil ini kiranya sudah mencukupi untuk menyokong keputusan yg dicapai setelah diambil kira faktor kekerapan dan ditolak dgn unsur2 bias :p

Jadi apa yang boleh saya simpulkan?

1. Lagi kerap anda kosongkan B, lagi banyak susu yang akan dihasilkan.
2. B capacity setiap individual itu tidak sama, ada orang B capacity dia sangat besar, maka dia dpt pam byk oz dalam tempoh sesuatu interval.
3. Ada orang B capacity dia kecil, jadi dia hanya dpt hasilkan beberapa oz sahaja dlm tempoh interval yang sama.
4. Bagi individual dalam kategori no 3, dia hanya akan untung jika lebih kerap mengosongkan B. Dalam erti kata lain, dia kena usaha kuat sedikit dan pam dengan lebih kerap. Tapi bagi mama yang jatuh dalam kategori no 2, dia mungkin hanya perlu pam dalam 3x sehari sahaja dan sudah mampu untuk mengumpul hasil susu yg sangat banyak!

Anda dalam kategori yg mana satu?

Ha fikir-fikirkan lah, dan cuba aplikasikan saranan di atas, kita tengok apa hasilnya :)
Kemudian jangan lupa beritahu saya keputusan anda ok!

No comments:

Post a Comment