19 January 2012

Ammar..permata hatiku yg manja

Sangat manja…manja…dan manja!

Itulah Ammar..anak bongsu kami yg kini hampir mencecah usia 16 bulan.

Pagi tadi, dia menangis ketika aku tinggalkan dia di taska. Cebik muka, kemudian keluar suara mendayu-dayu, kemudian keluar air mata. Aduh sayu hati mama! Sebelum itu, sempat lagi mama bf kan dia dlm kereta di depan pintu taska. Tak sampai hati nak tinggalkan dia sebab dia dah menyondol2kan muka ke ehem ehemmm mama :p Walaupun masa keluar dari rumah, dia sebenarnya happy & busy duduk atas riba dan pegang stereng kereta..konon nak drive sama2 dgn mama…siap tepis tangan mama tu!!



Mama sudah habis sidai kain...tapi dia masih mahu bermain di luar. Tak heran pun bila grill dikunci. Tapi bila mama tutup pintu, meraung terus!

senyuman dia yg selalu buat hati mama & abah cair!


Hari selasa, mama pulang lambat ke rumah..sampai hampir waktu Maghrib. Time mama nak keluar dari kereta, dia dah melambai2 dari grill rumah…muka sayu dia tuh, adusss macam tak jumpa mama setahun! Bila mama jejak jer kaki ke dlm rumah, terus dia peluk. Daya pelukan tu, memang betullah seolah-olah sudah setahun kami terpisah!


Sebenarnya bukan hari Selasa je, hari-hari lain pun begitu. Si kecil sorang ni lain dari abang2 dia. Memang pantang berenggang dgn mama. Bila mama hilang depan mata, pasti dia sibuk mencari. Bila tak jumpa, menangis. Bila dah jumpa, terus gelak dan main seperti biasa. Lakonan semata-mata bukan? Mama rasa, tahap bonding dan attachment tu terlalu kuat antara kami..mungkin kerana penangan breastfeeding, kami jadi rapat.


Tapi apa2 pun..mama tetap sayang semua..sama rata, tiada yg lebih, tiada yg kurang. Semuanya permata hati mama dan abah. Moga kalian semua sentiasa dilindungiNya.
Ini abang2 Ammar. Sangat rapat, walaupun bila bergaduh, pasti ada salah seorang yg menangis. Byk perkara yg mereka lakukan bersama..baju pun selalu sedondon. Cuma time solat, abang long takdelah pakai 'mask', sebab abang long dah matured :)


Love,

mama yg extra happy hari ini :)





No comments:

Post a Comment