Nevertheless just now i had stumbled across this lovely watch with black leather strap which to me looks simple yet elegant. Probably another item in my next list? hikss
source: Zalora's website |
Perlu
diingatkan bahawa, jangka hayat jam tangan kulit adalah hanya setahun jika anda
memakainya pada setiap hari.
Namun, tentu sekali
anda boleh melanjutkan jangka hayat jam tangan tersebut jika anda mengambil
langkah penjagaan yang baik, termasuklan dengan kerap membersihkan jam tangan
anda itu. Berikut merupakan beberapa langkah penjagaan atau cara membersihkan
tali kulit jam tangan Fossil;
1. Lap tali jam tangan dengan kain kering
Tahukah anda udara
yang lembap mudah terperangkap di ruang antara kulit anda dan tali jam tangan
kulit tersebut. Oleh itu, penting untuk anda mengelap tali kulit tersebut
daripada udara lembap dan kotoran yang tersembunyi. Gunakan kain kering yang
lembut agar tidak mencalarkan permukaan tali jam tangan tersebut.
2. Cuci dengan air
dan sabun
Jangan gunakan kain
yang basah untuk membersihkan tali kulit jam tangan anda. Tetapi, gunakan kain
yang lembap dan tambahkan sedikit sabun tangan untuk membersihkan kotoran pada
tali kulit jam tangan tersebut.
3. Bilas dan
keringkan tali jam tangan
Kemudian, bilas dan
keringkan tali jam tangan anda dengan menggunakan kain yang kering. Biarkan
beberapa lama untuk memastikan tali jam tangan tersebut benar-benar kering.
Ingat, jangan jemur tali tersebut di bawah matahari kerana ia boleh menyebabkan
struktur tali tersebut merekah.
4. Gunakan pelembap
khas barangan kulit (leather conditioner)
Selepas tali tersebut
benar-benar kering, sapukan sedikit leather conditioner pada kedua-dua
permukaan tali jam tangan. Ia menjadikan
permukaan kulit tampah lebih bersinar dan memanjangkan jangka hayat barangan
kulit.
Not that difficult don't you think so?
Now i just know the existence of a leather conditioner..ingatkan shampu je ada conditioner :p
Kipidappp
ReplyDeleteMana nk beli tali kulit macam tu
ReplyDelete