Alhamdulillah, ramai tetamu yg dtg ke rumah hari ini..dari pagi hingga ke maghrib. Meriah rasanya, anak2 pun semua happy bukan main dpt jumpa cousin2 depa. Terasa bertuah sungguh dpt berkumpul ramai2, terasa yg diri ini disayangi..sungguh bertuah dikurniakan sahabat, kaum keluarga dan jiran yg sgt2 mengambil berat perihal kami..terima kasih Allah di atas nikmat kasih sayang dan ukhwah yg Kau beri kpd kami.
Malam ni, air mata seperti tak boleh berhenti tika ini. Irfan di sebelah dah lena dibuai mimpi, abang2 pun dah tidur..hanya mama yg tgh feeling2 syahdu mengenang hari esok. Irfan ckp kpd saya tadi, irfan tak sedih sebab nek umi nak jaga irfan. Kalau irfan nak susu nek umi buat, kalau irfan nk eat nek umi suap, kalau irfan 'yak' nek umi wash, esok mama balik mama suaplah irfan okey. Masya Allah so clever boy, tapi hati saya sgt tersentuh bila ayat2 itu dilontarkan oleh anak kecil seusia 3 tahun...sori sayang i need to leave u for a while!
Esok, hari yg sgt2 kami nantikan. Ramai bertanya, apa perasaan menjadi tetamu Allah? Saya jawab..gembira sgt, terharu, sebak sgt2...sebab Allah sudi jemput hamba yg penuh dgn dosa ini ke tanah suci..ke rumah Allah..tpt yg sgt membahagiakan bagi mereka yg pernah sampai ke sana. Allahuakbar..nikmat terbesar yg kami pernah terima, x dpt digambarkan..sbb tu sgt sebak.
Dalam masa yg sama, rasa sedih sebab terpaksa meninggalkan anak2 di bawah jagaan umi..terpaksa menyusahkan umi..walau saya tahu pengorbanan seorg ibu tersangatlah ikhlas, namun sebagai anak, saya tetap sedih..sedih sgt2.
Moga Allah permudahkan urusan umi dan keluarga saya yg ditinggalkan di sini. Saya hanya berserah dan bertawakal kpd Allah utk pelihara dan jaga mereka, kerana Allah lah sebaik2 penjaga buat mereka.
Saya sedih, tapi saya sgt2 tak sabar nak ke sana..mengabdikan diri hanya kepadaNya, fokus kpd amal ibadat dan melupakan hal duniawi buat seketika. Perjalanan dan moment yg amat2 dinantikan, anugerah dan nikmat paling besar yg Allah beri kpd kami insya allah.
Doakan urusan kami dipermudahkan dan dikurniakan haji yg mabrur. Saya harap saya dpt share our hajj journey sekembali ke sini nanti. Ya Allah, mmg saya x sabar sgt! Terima kasih Allah!
No comments:
Post a Comment