1. Pagi tadi as early as 830am kami sudah berada di perkarangan sekolah Seri Abim. Idlan bakal menduduki peperiksaan kelayakan untuk masuk ke darjah 1. Ramai juga budak2 yg register, dalam 200++ dan mengikut kata guru di sana mereka nak mengambil seramai 180 orang pelajar. Idlan duduk di belakang sekali...jadi aku bolehlah mengintai melalui tingkap belakang kelas. Jam 9am peperiksaan bermula..masa yg diberikan adalah sejam, kertas soalan ada 10 mukasurat, soalan bercampur-campur untuk subjek Bahasa Melayu, English, Sains, Matematik dan Jawi. Bila exam bermula, Pruzz pergi ke kantin untuk breakfast bersama Firas. Sementara mama setia berdiri di luar kelas memerhatikan si anak. Anak relaks, mama yg terlebih cuak dan risau huhu. Ni baru exam nak masuk darjah 1, belum exam UPSR lagi :p
First page, kena mewarna mengikut arahan yg diberi. Kuperhatikan idlan punyalah berhati-hati, terkeluar garisan sikit dia padam....so agak lambatla dia menghabiskan page pertama tu sedangkan ada budak yg dah masuk page ketiga....mama start risau! Lepas tu page yg seterusnya dia ok...cuma masuk part isi tempat kosong utk alif, ba, ta sampai ya...boleh pulak idlan terlupa huruf 'ha' ('ha' yg sebelum 'lam alif'). Mungkin sebab dah lama tak tulis alif ba ta sampai terlupa isk isk....lain2 tu mama sempatla intai rasanya betul dah dia jawab. Apa2 pun mama doakan idlan lulus ok!! Jam 945am Idlan dah siap....maknanya 45 minit mama berdiri di luar kelas tu...uh uhh memang lenguhla kaki dan badan :p
Nilai 3
Lepas exam tu, kami terus menuju ke Nilai 3 (idlan ponteng klas SR hari ni hehe).
Masuk hari ni, bermakna sudah 3 minggu berturut-turut kami ke sana! Aduh memang letih, ditambah pula dgn cuaca yg panas. Minggu pertama kami membeli lampu untuk dining area dan 2 sets string curtain untuk menutup bahagian dapur basah yg agak terbuka. Minggu kedua membeli langsir untuk dimatchingkan dengan warna dinding yg sudah bertukar. Dan hari ini membeli beberapa barang perhiasan to add more colors to the house.
RM120 selepas diskaun..memang berbaloi!
Jadi plan untuk menggantung kain Ikea boleh discrap off :)
Jam...ini plan nya untuk digantung di dinding atas tv
RM99...murah jugak berbanding di Athome, Folio, etc.
Akhir sekali, rod besi berwarna hitam untuk dimatchingkan dgn langsir.
Rod lama kami berwarna coklat, sungguh tidak 'in' dengan warna langsir baru huhu
Ada lagi beberapa benda nak cari, tapi tiada yg berkenan di hati....terpaksala teruskan jalan2 cari 'barang' di tempat lain pulak lepas ni
rajin mama dia tunggu eh..su kan yati..su tinggalkan je lutfi dlm kelas sbb cikgu dah suruh mak bapak turun..hahah...dah siap exam baru bleh naik amik anak2 blk...itu kat integrasi..yg kat al-amin tu...tinggal jugak..hihihi..nak dekat sejam die dah siap..siap bace iqra skali..diorang mmg tak bg masa...kat integrasi dia kasi 2 jam + bace iqra...
ReplyDeletekat integrasi pun nak amik 180 org jek..yg dtg exam tu ade 407 org...punye la ramai...
al-amin nak amik 120 je..yg dtg amik exam lebih dlm 200 kots...tak sempat nak cek senarai nama bebudak..sbb kalut interview..
so lutfi dpt mane? both results dah kuar kan....
ReplyDeletewahh cun cun ..kiter minat jam gitu gak... adeh hubbyku amat bizi...dari masuk ari tu....gitule rumahku
ReplyDeleteskolah integrasi alhamdulillah dpt...skolah al-amin blom tahu lg..nak kena attend seminar ibu bapa...tak sure hubby nak pi ke tak..huhu...sbb dah kluar result integrasi..
ReplyDeleteintegrasi makin bagus org kata....kitorang kalo tak ok abim igt next yr nak try mintak integrasi tu kot2 ade kosong sbb budak kluar ke reject ke....
ReplyDelete