28 November 2014

Trip Jeju-Seoul Day 6: Namsan Seoul Tower

Day 6 bermula dgn aktiviti sopping oleh kaum wanita, manakala hubby dgn sportingnya tunggu di apartment dgn kanak2. Mmg malas nak angkut bebudak tu masuk beli kain...sure depa kebosanan nanti. Disebabkan malas nk jalan menapak ke subway, aku, umi dan unda naik cab ke Dongdaemun Market (tambang 5.3k won). Hujan renyai2 plak pagi tu, so perjalanan kami agak slow dan terbatas. Kami beli kain Korean satin yg takdelah mahal sgt, dan kain chiffon utk buat shawl (tapi sampai skarang tak hantar2 ke tailor lagik!!). Dongdaemun mkt ni sgtla besar, ada beberapa tingkat (tak igt) dan menjual pelbagai jenis benda dari peralatan dapur, cadar, comforter, souvenir, kain, etc. Memang besar giler, cuma floor yg jual kain agak mengecewakan sbb byk seller yg cuma tunjukkan sample2 kain yg sudah dipotong (exactly mcm kat Guangzhou), bukan kain yg dlm gelung2 kayu tuh. Depa buat begitu maybe sebab space kedai yg limited, dan satu lagi sebab kain2 yg byk tu depa simpan kat tpt lain (stor/warehouse). Oh kain lace pon tak byk choice, baikla soping lace kat Bandung or KL jer hehe.

Dari Dongdaemun, kami naik cab pegi ke Gwanjang Market sbb org kata kat sini byk jual kain cotton. Tpt ni mcm style ala2 Pengkalan Kubur or Rantau Panjang, Kelantan...bukan dlm bangunan bertingkat2 mcm Dongdaemun tadi tuh. Kain cotton mmg byk, semua dah siap potong 4mtr dan disusun bertingkat2...again mmg susah nak jumpa kain yg belum dipotong dalam gelung2 kayu. Kebanyakan kain cotton dijual pd harga 10k won sepasang...ada yg cun, ada yg biasa2 jer. Selain cotton, ada juga dijual hanbok, apron, brg2 souvenir, craft, etc. Hampir setengah hari jugakla spent masa dekat both market, then terus tahan cab blk ke hotel...kesian bila mengenangkan si abah dan bebudak yg tunggu kami di hotel..sure depa kebosanan :p

Lunch hari tu, kami ke Muree Restaurant di Itaewon, kemudian pergi ke Seoul Mosque dan War Museum. Ni saya akan ceritakan dlm entry yg lain. Dari War Museum, kami ke Namsan Seoul Tower...hari mmg dah agak lewat...rasanya kami sampai di Namsan dlm 6pm++..memang dah hampir gelap.

Entry fee Namsan Tower:

Adult 8.5k won, kids 5.5k won

Sempat jugak beli fridge magnet kat Namsan Tower..price agak murah jugak. 4pcs/pack baru 3k won. Sementara nak tunggu malam (konon nk tgk view waktu siang dan malam dr atas tower) kami pekena churros, coffee dan bun kat cafe atas tuh. Harga mmg cekik darah lah kan hehe. Churros 3pcs = 9k won yer!

bersedia panjat Namsan


kami x beli pon love padlock nih..mahal okey

five of us...tapi rupanya dah berenam time nih :p


wajah2 kesayangan mama :)

hari baru lepas stop hujan, so cuaca tersangatla sejuk dan windy. Dinasihatkan bwk jaket especially kalo dtg waktu malam



Namsan Tower pada waktu malam..sejuk ke tulang hitam rasa!

3 comments:

Farra Da Smiley said...

sedap tak churros? x beli pon

y@tipruzz said...

sedap lg yg aku buat kot hehe

Blogger said...

Did you know that you can make dollars by locking special pages of your blog / website?
Simply join AdscendMedia and use their content locking tool.