Pertama sekali, Selamat Menyambut Ramadhan kepada kengkawan semua. Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk menghadapi dan menikmati kemanisan bulan ini buat kesekian kalinya pada tahun ini. Semoga amal ibadah kita diberkatiNya, dan semoga kita diberi kekuatan untuk menambah dan mempertingkatkan lagi amalan2 yang dituntut, sama ada yg wajib ataupun sunat. Harapan saya, mintak2lah saya berjaya solat penuh Terawikh, dan membaca Al-Quran sebanyak mungkin.
Antara azam lain, saya ingat nak cuba memaksimakan memasak sendiri di rumah utk sahur/berbuka. Di samping menjimatkan duit, dapat juga pahala ye tak :p Tapi since si suami tersangatla suka makan kuih, maka mungkin kami akan singgah di pasar utk membeli kuih barang seringgit dua, selebihnyer...home made!
Ini menu saya (penat pk hehe), agak simple tapi cukupla utk kami berdua:
Ahad - tomyam campur+telur dadar+sayur
Isnin - ayam masak merah+sayur
Selasa - Mee hailam
Rabu - Sotong kicap+telur dadar+sayur
Khamis - Sambal tumis udang+ikan goreng+sayur
Jumaat - tade idea lagi, mungkin beli hehe
Sabtu - nasi ayam+dessert cream caramel
Ahad - tade idea lagi
Sahur pula, yang confirm first day nanti nasi panas+sardin+telur masak kicap (daku sudah terliur :p)
Hari-hari lain tak pasti lagi, mungkin recycle lauk time berbuka, atau scramble egg, koko crunch, nasi goreng, mee goreng, etc etc....
Harap2 plan kali ni menjadi...taun lepas prestasi agak kurang memberangsangkan, maka taun ni kena cuba pertingkatkan lagi ewahh. Petang ni kami akan ke careffoure utk membeli segala provisions yg diperlukan.
So Selamat Berpuasa semua. Kerja rajin2 ok!
p/s: order biskut raya ditutup pd 1st week puasa ok...tq.
No comments:
Post a Comment