24 February 2010

brain drain

Bulan ni sangat hectic bagi saya. Semua perkara berlaku terlalu cepat, sampai tak terkejar dibuatnya. Nafas saya semput, badan sangat penat, otak tak usah cakaplah mmg penat dikerah untuk berfikir selama 10-12jam saya berada di ofis.

Cuma satu la yg saya nak komplen, kenapalah perlu diadakan workshop pada hari weekend?
Sabtu lepas, workshop habis jam 1230am...kuar je dr bilik kami terus pekena supper. Budak hotel yg jaga hidangan tu siap tanya, derang ni taknak berenti break ke? Ahad, workshop habis jam 11:15pm. Bayangkan dari pagi-malam, otak kami dikerah utk bekerja, cuma berenti rehat utk solat zohor & lunch. Kami solat Asar di bilik jam 6:40pm...memang penat. Takde can langsung nak luruskan kaki ke, nak streching, nak lepak2 atas katil. Selesai je workshop hari ahad tu, ku terus pecut kereta keluar dari hotel (Grand Blue Wave s.alam) jam 11:25pm, selamat sampai di rumah jam 12am. Pertama kali dlm sejarah kot drive seorang diri di tengah2 mlm di ibu kota, jalan mmg lengang. Speed maintain 120km, sbb mata dah mengantuk tahap gaban. Mujur selamat sampai :) Isnin, workshop diteruskan di Menara & Annexe utk menjimatkan kos...ni mmg bagus la kan :p

Apa pun, mesej yg ingin saya sampaikan kpd bos2 di luar sana, janganlah buat workshop pada hari weekend. Utk ibu2 yg bekerja yang tidak ada pembantu rumah, kesian kepada suami mereka yg terpaksa menguruskan rumah, menjaga & melayan karenah anak2, etc. Apa tidak cukup ke 5 hari seminggu yg diberikan kpd kami utk bekerja? Janganlah curi masa weekend & rehat kami...satu2nya masa yg kami ada utk diluangkan bersama keluarga tercinta!

Weekend ni.....saya impikan percutian ringkas bersama keluarga, sebagai tanda terima kasih kpd suami tersayang yg sangat faham dgn tugas si isteri. Tapi tak sempat plan apa2 lagi macam mana tu huhuhu ....sesiapa yg nak kasi cadangan sila sila jangan malu2 yer :)

6 comments:

tini said...

ko pindah ke unit mana ni? yg sgt sibuk sampai kena workshop on weekend? huhuhuhu aku ketinggalan keretapi, duk umah je ni. tak tahu citer terbaru kat opis :)

y@tipruzz said...

next week ko masuk kan...nnt kite lunch together gether okeh :)

taleh disclose bebyk kat blog :p

Farra Da Smiley said...

ok nak join skali lunch..boleh dgr luahan prasaan tuh..ekeke..roger k

mmg tak patut workshop wiken, dah tu abeh lewat..gila kerjaaa ape depa ni..

tinidewi said...

takpe la... ko duduk dulu unit tu sampai pegi assessment. confirm Band 2 kalu, ko chiow! baaaiiikkk punya aku hasut dik.

Zuedin said...

jomla bersama2 dating dk KLCC :) bersama hubby dan anak

y@tipruzz said...

aiseh zue, mmg syiok proposal mu itu tp takut firas melalak tgk avatar hehe