02 February 2010

cuti-cuti Penang

Back from Penang for good. Penat sgt, pagi ni gagahkan diri ke ofis walaupun mata tersangatlah mengantuk…drive pon mamai giler pagi ni. Rezeki di bulan baru, keretaku adalah kereta terakhir yg dapat parking free di Annexe hehehe.

Sedikit cerita cuti-cuti kami di Penang…kami stay di rumah peranginan BNM, abangku yg tolong book. Banglo 2 bilik, lengkap dgn kitchen dan peralatan memasak, ruang tamu yg luas, bilik pun sangat luas. Hari sabtu kami bertolak dari Junjung ke Feringgi, stuck dlm kereta utk beberapa jam disebabkan perarakan Thaipusam, tensi sgt. Petang tu, kami jalan2 di pantai yang cuma terletak beberapa meter dari resort. Idlan bising nak naik kuda….aku malas nak naik, so at last dia naik dgn pak su (adik ku), bayaran RM30. Firas sibuk nak berdukung, langsung taknak cecah air pantai, agak moody sebab tgh ngantuk sakan. Malam kami dinner di restoran Khaleel yg terletak dlm 4km dari resort, niat di hati nak pekena nan+tandoori, tapi takder….last2 order maggi goreng jek haha. Firas lena dlm stroller, dari dlm kereta…sampailah kami habis makan pun masih lena lagi…sian dia tak dinner. Abang ku pulak keluar jumpa geng2 dia di hard rock yg terletak bersebelahan dgn resort kami.

Hari ke-2, pergi jalan2 di Queensbay Mall. Datang penang jauh2 tapi pergi jalan kat shopping mall, agak bosanla jugak kan, tapi itulah tak tahu nak jalan2 kat mane. Tgh hari, pekena lunch di Restoran Kapitan…belakang Queensbay tu. Restoran ni agak glamer kots…sebab recommended by kawan abangku. Kami pekena cheese nan+tandoori…rasa dia memang heaven! Petang, kami berjaya mengeluarkan peluh dgn bermain ping pong. Ahhh best giler rasa dpt lepas gian…Cuma slack nya tak dapat main betul2 sbb kekanak tu pun sibuk nak main..meja pulak cuma ada satu je. Lepas ping pong, pegi main2 air dekat pantai buat kali terakhir. Kali ni firas berjaya menjejakkan kaki ke dlm air. Idlan demand nak naik kuda lagi….tapi kami tak layanzz hehe. Time azan maghrib, baru la kami naik ke bilik…lepas mandi solat sumer, keluar dinner di restoran thai dekat dgn resort. Lepas dinner, kami jalan2 ke pasar malam di area batu feringgi…Cuma beli t-shirt utk kekanak tuh….pukul 11ish baru balik resort…penat sungguh malam tu.

Isnin, kami pun gerak pulang ke KL. Alhamdulillah jalan tak jem….semua smooth jer….pukul 6pm sampai di taman sutera. Agas stress sebab ada 3 beg plastic baju kotor yg menunggu utk dibasuh, baju2 ofis belum iron, lantai agak berhabuk…adusss ni la yg boring bila balik dari bercuti. Dan pagi ni time tgh shower, tiba2 lampu shower off…air jadi sejuk….adessss rasanya fius/wiring yg blow kots…sabor jela!



Jumaat - dinner @ Megamall Penang bersama tok & mak ude

tu la banglo BNM...mmg cun & luas

idlan & pak su naik kuda..mula2 gayat, lepas tu pagi petang asyik demand nak naik kuda :p

dgn family abangku...

firas blur+ngantuk







idlan kena buli :p

ruang tamu

cousins! Hannah-Huzaifah-Idlan-Firas

@ Jusco Queensbay Mall

sesi ping pong



abah tgh packing, dia syiok landing plak...

budak galok :p
@ R&R Sg Buloh. T-shirt sama color beli kat pasar mlm batu feringgi.

No comments: