Pagi kami bermula seawal jam 9am, menghantar idlan ke tutorial SR dan kemudian terus ke Tesco Kajang membeli provision utk bulan ini. Tepat jam 11, kami keluar dari Tesco dan pick up Idlan…kemudian terus ke kedai elektrik di Kajang dengan agenda utama pada hari itu, iaitu membeli air-cond utk dipasang di master bedroom. Firas ada eczema, sama seperti si abang…so bila tidur malam dia agak kurang lena. Average bgn malam 3-4x utk minum susu, campur garu2 badan dia. Tapi jika kami on cuti-cuti dan tidur di hotel, guess what dia cuma bangun sekali sahaja. Ajaib kan penangan air-cond tu?? Selepas membuat perbandingan di antara brand, specs & yang paling penting harga, kami memilih Toshiba, 1hp, price RM1200 inclusive installation. Mula2 ingat nak pilih yg ada inverter, tapi menurut salesman tu, kalau you Cuma pasang sekejap je, inverter atau tidak, tak byk perbezaan dia…dan mungkin tidak wujud konsep energy savings. Personally kami berdua tidak tahan sejuk, so mungkin pasang air-cond sekejap sahaja utk hilangkan udara panas, then turn kepada fan biasa.
Air-cond dah close deal, tiba2 mataku terpesona pula dgn tv2 lcd yg besar itu. Ajak husband pergi tengok, dan dengan sekelip mata terus ku suakan idea utk tangkap 1 lcd. Lepas sesi tawar-menawar & sebagainya, husband ajak balik dulu…nanti kita fikir kemudian katanya. Oh yg kami eyeing tu adalah Samsung 40inch full HD LCD 5 series, cina kedai tu kasik RM2800+200 (wall-mount installation). Jam hampir pukul 1pm, kami bergerak ke Metropoint dan pekena lunch di Noodle Station. Alhamdulillah sedap…mmg sesiapa yg nak rasa pelbagai range of springy noodles, silalah ke sini! Anak2 behave well, especially firas yg happy & tak cranky langsung despite langsung tak tidur dari pagi.
Petang, kami rehat2 jer (i.e. tido!). Bila husband pergi main volley, aku curik masa surf rege tv tu dalam mudah.com.my. Yaaa harga yg kami dpt tu mmg sudah murah, tapi ada satu kedai ni offer RM2500. Malangnya ahad kedai tu tutup, so aku budget isnin baru nak call and confirmkan harga. Malam, jam 815pm kami ke Jusco cheras selatan, niat utama utk survey harga tv tu lagi. Dekat jusco harga yg diletak giler mahal, dlm RM3799 utk model yg sama isk isk.
Jam 10pm, kami bergerak ke area babies, niat di hati nak jenguk2 stroller kot ada yg berkenan di hati. Stroller ni mmg planned item to buy sejak dulu lagi sebelum ke GC, memandangkan stroller Tenderly sekarang ni sudah agak kusam, roda dah tak betul, dan berumur 5 tahun++, turun temurun dari si abang. Stroller lagi satu pulak agak besar, tak sesuai dan praktikal utk dibawa ke GC. Alhamdulillah, terjumpa pulak stroller sweet cherry yg agak ringan, praktikal, lipat payung, color pun cun, dan yg penting harga still within our budget. So item ke-2 yg dibeli pada hari tu adalah stroller color purple RM179.90....sangat berbaloi, dahla firas mmg enjoy the stroller big time :) Kami bergerak keluar dari Jusco jam 11pm, pintu Jusco pun dah separuh tutup time tu…mmg cipta rekod kali ni hehe.
Ahad, kami masih berfikir2 pasal tv tu. Nak beli atau tidak? Semalam dah penat survey, kalau tak beli rugi pulak hehe. Tv sekarang cuma 21inch tau, brand Samsung, usia hampir 6 tahun++, sama usia dgn perkahwinan kami :p Even umi & papa pun pakai tv 29inch, even mak ayah kat kampung pun pakai 29inch flat…kami masih 21inch…justifikasi agak kukuh isn’t it? Anyway abangku baru beli Samsung 40inch, model yg sama, pada harga RM3080 (campur installation). Petang, husband ku call kedai cina semlm, tanya dia..boleh kasik 2500 tak? Mamat tu tanpa ragu2 terus kata ok…campur installation 2700! Waahhh good bargain nih. Husband pun terus pegi kedai utk bayar deposit dan confirmkan, dan sempat pula tu dia kecek lagi utk kurangkan harga. So final price RM2680, maknanya kami dah untung RM400 berbanding abang ku hohoho. Jadi itulah item ke-3 yg dibeli dalam masa satu weekend. Ada yg keperluan, ada yg lebih kepada keinginan…tapi sekala sekala berbelanja setelah penat bekerja apa salahnya kan :)
Idlan agak happy, katanya yeyyy boleh idlan tgk Disney channel kat tv besar tiap2 hari! Sori sayang, kita cuma upgrade tv je, mama still tak terbuka hati nak subscribe Astro ok. Kalau ada Astro, dahi awak sure tercop Disney channel, abah pulak akan melekat tgk tv sampai ke mlm, nanti phd ntah ke mana…..:p
11 comments:
boleh kasi info kedai tak kak? kami juga sdg survey tv utk rumah baru nanti. Justification saya memang kukuh sbb saya blom ada tv sendiri lg. TV yg ada skrg tv tuan rumah :)
conclusion entry mu kali ni, happy=brg2 hebats :p ekekke
our tv philips 32 inch 1399 last month purchased..dah beli rasa biasa jer..so mmg btol la tv ni instant gratification (for us la)
tak minat eh beli stroller yg 2nd hand kat blog2 lain tu? aku tgk cun jugaks
btw, bila nak gi GC nyerr??
beb, kitorng duk pk either 32 or 40, aku ckp pruz, alang2 tu 40 la terus hehe
stroller 2nd hand kadang nampak kain cam kusam...lg pon taleh test & check sumer tu so leceh.
gc mid april. hopefully no morning sickness kalo idak sure bosan :p
woho.. kite dpt sms awak pasal aircond brand tuh.. tapi malam semalam (baru bukak tepon).. muahahha..
wala.. upgrade tv... tv lame korang wat pe ek? ada tmpt boleh trade in / jual 2nd hand tv ke?
gc tu dpt best deal taks? aku tingin gak..tp suami tak izin , katanya kene naik haji gak dulu baru gc..huhu
what do you mean by morning sickness? adakah aku tertinggal keretapi?
alaaa OK aper pasang astro. taknak disney channel ko lock la. bagi tgk playhouse disney... very educational ^_^
semah-tv lama simpan utk bilik idlan je kot. Rege trade in murah sgt, rasa rugi plak jual. Jual kat mudah je la semah :p
farra-gc tiket best deals la jugak, book taun lepas lagi 4pax rm2100++
k.tini- muehehehhe :p
Astro bahaya! saya tak risau idlan, risau lebey kt abahnya itew!!!
waa kak yati...adakah si idlan nak dpt adik? jeng jeng jeng
yati, aku pun nampak hint morning sickness ituuuu! are congratulations in order? huhuhuhuh ;)
toche toche!
doakan kite yer :)
thn ni ramai nk dpt bby gal amennnn
Post a Comment