01 July 2010

Panas panas!

Kecoh seantero ofis bila satu bangunan tiada air-cond. Bukan satu, tapi bangunan jiran pun kena sekali. Hari ni hari ke-2. Mula2 time pagi masih boleh tahan, hampir masuk ke waktu tengah hari aku dah start rasa pening kepala, loya dan penat. Yang tidak puasa, sekejap turun mkn di river side, ada yang melepak di Secret Recipe...ada juga yg berura-ura nak lari ke Mid Valley hehe. Mesyuarat waktu petang ku terpaksa cancel, ramai yg tak sanggup nak datang. Pukul 1.15pm, aku turun ke bazar jualan di bawah...beli sebekas lagi bahulu kerana bekas yg pertama kubeli hari Isnin lepas dah habis dek pulun oleh si anak teruna. Suka benar dia dengan bahulu kali ni. Sempat juga aku membeli karipap sardin frozen yg nampak agak lazat, gemuk2 pulak tu, murah je RM8 untuk 25 biji. Nak harapkan aku buat karipap sendiri kirim salam la kan, acik malas :p Naik ofis, terus jumpa bos dan cakap nak minta half day. Rasa takde mood nak keje sebab kepala pun dah pusing2.

Sampai di rumah, hujan agak lebat, basah kuyup baju time buka pintu pagar. Usai solat, terus baring niat nak tidur merehatkan diri..tapi handphone ku bunyi tak berhenti-henti...adus bosan betul nak melayan vendor2 semua tu. Pagi tadi handphone tak glamour takdela berdering banyak kali sangat..time orang nak tidur ni la pulak diorang nak kacau iskkkk. Lalu ku terus bangun, pergi ke dapur, dan mencuba resepi Japanese Souffle Cheesecake, di ambil dari fotopages mamafami. Kalau sedap dan menjadi, nanti aku share resepinya ok!

Oh hari ni hari terakhir aku berpuasa ganti...esok raya insya allah :)))
Akhirnya berjaya juga hutang 46 hari tu ku langsaikan.
Syukran ya Allah di atas nikmat kesihatan yang Kau berikan....moga aku akan terus dapat berpuasa dgn baik di bulan Ramadhan nanti.......

Lepas2 ni, a journey to indulgence shall begins mueheheehhe...bertambah2 manisla baby dalam perut ni :p

2 comments:

Farra Da Smiley said...

wei karipap tu jual lg tak esok?

wah wah tahniahhhhh..so boleh makan sefud sakan la kat tioman nnti! good2

y@tipruzz said...

ntah ade lg kot. akak tu dari senin menjual. tade mood tadi, round 10 minit then terus blah, pening pala panas.....