Akhirnya trip kami ke Pulau Tioman berakhir dengan jayanya. Syukur kesemua anggota konvoi selamat sampai ke rumah masing2 dengan selamat walaupun ada yg sampai hingga ke larut malam. Bahana Tioman, hingga ke hari ini badanku masih lenguh2 dan sengal, mujur gynae ku sudi memberi mc kelmarin, dapatlah berehat2 dengan puasnya (sebenarnya tak rehat pun, lepas buat detail check up dgn pakar scan, kami pergi ke Nilai3 untuk misi minor face-lift rumah ..ni tunggu next updates okie :p).
Back to Tioman, cuma 3 keluarga yg join (yatipruzz, dmnfarra, ijahzahan) untuk cuti2 malaysia kali ini. Pagi Sabtu tu, aku bangun seawal jam 4am untuk menyediakan nasi goreng, sambal tempe & ikan bilis, nugget, dan sandwich sardin…kesemuanya siap dibubuh dlm bekas plastic untuk ditapau dan dimakan dalam perjalanan. Jam 5.30am idlan dah bangun, so kami suruh dia mandi siap2. Jam 6.40am, kami bertolak keluar dari rumah, masuk tol PLUS, dan exit di Seremban/Labu sebelum meneruskan perjalanan ikut jalan dlm (Kuala Pilah-Bahau-Muadzam Shah-Kuala Rompin-Tg Gemuk). Berhenti di area Kuala Pilah untuk breakfast bersama group konvoi yang lain (kami makan nasi goreng yg ditapau dari rumah tadi). Dan perjalanan diteruskan sehinggalah sampai ke jeti Tg Gemuk around 11.15am, just in time untuk naik feri pada jam 11.30am. Parking fee RM10/night/car, tiket marine park adult RM5, kids dia kasi FOC :p Tiket feri to and fro agak mahal, adult RM70 manakala kids RM60. Feri bertolak jam 11.45am, memakan masa hamper 1.5jam untuk sampai ke chalet kami iaitu Paya Beach Resort.
First impressionku, resort kami sangat cantik! Resort sebijik-sebijik, terletak di atas paya/kolam yg dipenuhi ikan2, pada aku landscaping dia agak menarik. Keadaan interior pun not bad, kami book triple room yg dilengkapi dengan 1 queen bed, 1 single bed dan 1 single pull out bed, just nice utk kami sekeluarga. Harga bilik RM240/night. Lepas check in kami terus rehat (read: terbongkang sebenarnya) sebab kepenatan, kecuali idlan yg langsung taknak tidur sebab excited nak mandi laut! Rakan2 lain keluar untuk lunch, kami cuma menghabiskan stok nasi goreng dan sandwich yg masih banyak berbaki (ni lah untung kalau bawak byk makanan hehe). Jam 4pm++, Pruzz dan Dman dah keluar untuk survey harga snorkeling gear, dan depa terus buat booking boat utk snorkeling trip keesokan harinya. Charge snorkeling RM35/adult, kids foc. Charge utk goggle dan life jacket RM15/set, kids pun diberi foc.
Jam 5pm++, kami dah turun ke laut. Kids memang happy giler, idlan buat pertama kali pakai life jacket. Firas takde size…so no jacket for him lah :p Pruzz dan Dman start snorkel dulu, dekat tepi pantai pun dah boleh nampak banyak ikan. Cumanya ikan takdelah colourful sangat macam kat tempat air dalam. Kids main air dan ‘berenang-renang’ di tepian pantai. Time ni Idlan, Mus’ab dan Mawaddah dah warming up dan mula start kamcing. Mula2 jumpa pagi tadi derang still malu2 kucing, tak bertegur sapa langsung :p Mommies2 bertukar snorkelling gear dgn hubby masing2 and take turn utk snorkel. Kat tepi pantai ni, aku memangla berani…yelah kaki masih boleh jejak ke tanah, so takdela rasa takut. Tapi esok time snorkel kat laut dalam….haaaah kecut perut den!! Firas as usual, memang tak takut air…pelampung mmg dia tak layan, dan kaki asyik berkuak2 macam org swimming. Rasanya kalau kami hantar dia kelas swimming, confirm dia cepat terer :) Bila dah maghrib, kitorang pun baliklah ke bilik.
Malam lepas solat, kami keluar dinner di gerai2 di luar resort. Harga makanan ok, takdela mahal…nasi goreng/mee goreng dlm RM5-5.50 sepinggan. Kanak2 tak makan sgt, sibuk berlari-larian and bermain dengan geng depa. Lepas mkn, kami terus balik bilik, rehat dan tidur. Kumpul tenaga untuk hari esok pulak yer!
Kita layan gambar dulu, nanti2 sambung next entry plak...macik tgh bz nih hehe
home made breakfast yg siap dibubuh dlm bekas plastik
Ration makanan dlm kereta...
1 comment:
waaa inila percutian pulau tu ye...menarik menarik..bleh release tension
Post a Comment