10 June 2011

Boboiboy!!


"sekarang saya sangat suka jelir lidah...tak tahulah kenapa"


My boboiboy sudah pandai menyusur dan bergerak ke hadapan yey!!
Mula2 cuma pandai mengangkat badan dlm posisi sedia utk merangkak. Dan akhirnya at 8 months dia berjaya bergerak ke depan :)


Masih menyusu badan exclusively alhamdulillah.

Cuma mama dia sudah agak malas sekarang ni. Malam dah tak bangun utk mengepam. Sebab fikir stock EBM byk lagi, dan bila memikirkan akhir tahun nanti mungkin deep freezer terpaksa diserahkan kembali kpd tuan asal dia (ehem ehem)...tu makin malas tu :p


Ini budak sangat suka makan. Masaklah ape sahaja..mesti dia pulun.

Tapi badan tetap steady slim dan tak berat sangat, muka je nampak bambam. Takdelah gagah perkasa macam michelin tuh hoho.


Alhamdulillah jarang sakit. Demam adelah sekali dua, tapi lepas kasi ubat syukur dia sihat kembali dan cergas seperti biasa. Berkat susu ibu kot?? :)


Esok dia akan ke Melaka. Menyaksikan abahnya berlawan volleyball. Moga abah menang okeh...kami semua akan menjadi penyokong setia abahhhh!!! Lepas tu kalau ade rezeki bolehlah boboiboy ni naik Eye of Malaysia & merasa naik cruise dekat Sungai Melaka tu :)


OKlah, mama tak boleh tulis panjang2...byk keje nih. Tapi blog tetap dekat di hati cewahhh sebab tu kena update :p


Have a nice weekend ahead peeps!

No comments: