21 July 2012

Ramadhan yg lalu....

Khas buat Farra yg mahu kite berkongsi kenangan di bulan Ramadhan :) Memandangkan memori jangka panjangku agak lemah, ku kira ini sahaja yg mampu ku ingat dan masih kuat tersimpan dlm kotak memori (wahhh full bm apekahhhh hehe)


2009 - ramadhan yg paling mencabar dan menduga sepjg hidup ini kerana beberapa hari sebelum puasa aku terpaksa warded di kpj dan menjalani operation membuang gall bladder. Firas berusia 15 bulan dan masih fully bf. Namun selepas operation susuku merudum teruk dan sepjg di wad hubby menggunakan ebm utk setiap feeding. Sehinggalah stok ebm habis terus. Teringat jua kes staff nurse yg membuang 2 botol ebm yg ku simpan di dlm fridge hospital dgn mengatakan yg susu itu basi! Masya Allah sedihnya perasaan tuhan je yg tahu. Punyalah perit nk mendptkan 2 botol tu...kerana susu ku perah ketika selesai operation dlm mana badan masih lemah. Dahla bila perah cuma dpt 1-2oz...jadi cuba kira brape kali perahan baru cukup sebotol.

Ok sepjg ramadhan, mmg ku langsung tidak berpuasa kerana dlm proses recovery. Masih terpaksa ulang alik ke hospital sepjg 2 minggu kerana ada complication selepas surgery. Jadi ponteng puasa cukup 30 hari hoho


2010 - Cukup puasa 30 hari! Kerana aku tgh sarat mengandungkan Ammar. Ammar lahir pada minggu ketiga Syawal kalau tak silap..sebab tu diberi nama Ammar Fitri :) Rasanya tahun ni biskut raya mmg buat sendiri. Sebab sepanjang preggy aku terover rajin baking kek dan seangkatan dgnnya hehe


2011 - Cukup puasa 30 hari jugak!!! Ya itulah kelebihan ibu yg menyusukan anaknya secara eksklusif. Tiada bendera merah yg muncul sejak Ammar dilahirkan hinggalah beberapa bulan lepas di mana haid mula menghantui diri bila aku start mencampurkan susu formula buat Ammar. Tak silap ebm ku habis tatkala ammar berusia 16 bulan. Tahun ni langsung tak buat biskut raya sebab ammar masih kecil dan kerap bgn mlm. Well mama perlukan masa rehat yg mencukupi betul tak! Ramadhan tahun ni aku sgt rajin memasak time berbuka. Kiranya achieve kpi 5 lah walaupun perut boyot around 38 mths :)


2012 - konfem tak boleh puasa penuh hehe.

Cuba juga nak achieve kpi 5 part masak..part biskut raya masih belum pasti dan decide lagi memandangkan tuntutan kerja ofis yg sgt byk. Ammar masih lg menyusu...dan hari ni hari pertama berpuasa...tekak terasa sgt kering walhal baru pukul 12 huhu. Pagi tadi dah buat Popia frozen bebyk...dan cream caramel baru je siap masak. Tinggal nak masak ptg je nnt.


Idlan - masuk tahun ketiga dia puasa. Sahur x susah nak kejut..tapi dia jenis x mkn byk. Dulu2 cuma layan koko krunch. Nasi putih dia reject. Pagi tadi ku goreng mihun...nampak selera la jugak tadi siap tambah sekali :)


Oklah...selamat menyambut ramadhan kpd semua. Cubalah menunaikan terawikh setiap hari...membaca al-Quran sekerap mungkin..bykkan amal sedekah kpd mereka yg memerlukan. Aku cuba berazam utk menjadi lebih bersabar...dan lebih tabah dlm menghadapi masalah2 di tempat kerja. Paling penting..nk cuba kurangkan stress agar tidak terlalu kerap migrain!


Published with Blogger-droid v2.0.4

2 comments:

Farra Da Smiley said...

time idlan cane lak? pose penuh la kan?

y@tipruzz said...

Dah lupa hihi memory lost