21 July 2013

Ikan siakap bakar tandoori style

Diam tak diam kita dah berada di minggu kedua Ramadhan..kejap je masa berlalu. Seperti tahun2 lepas, di bulan Ramadhan saya akan jadi extra rajin, pasang niat utk masak sendiri utk berbuka dan kurangkan aktiviti bersai'e di bazar Ramadhan hehe. Alhamdulillah so far KPI masih lagi cemerlang..cuma sekali je skip masak atas sebab2 yg tidak dpt dielakkan :p

Actually pengalaman membeli di bazar Ramadhan 2 hari lepas sangatlah tidak manis utk di recall. Salah satu juadah yg kami beli adalah pasembor, tapi bila nak panaskan kuah, masya Allah kuah tu keras berketul2 macam jeli! Kami suspek mesti dia bubuh terlalu byk tepung jagung utk pekatkan kuah...tapi terlebihhhhh tepung sampaikan dia jadi keras isk isk. Sedih giler time tuh...hubby mmg merungut..isk tak baik kalau berniaga buat macam nih :( Serik rasanya....tapi on a positive note ia memberi saya semangat utk terus merajinkan diri dan exceed the target KPI hehe :)

Seperti minggu2 yg sebelumnya hubby akan ke Tesco utk membeli barang basah. List barang saya yg provide (opss saya mmg takleh pegi Tesco, nafsu perempuan... benda2 yg tak patut pon sibuk nak beli!) dan salah satu yg saya pesan adalah cendawan! Tengah giler cendawan goreng tepung skarang ni :p Hubby beli organic mushroom, rupa dia gemuk2 belaka syiok tengok!

Siakap in action dlm magic pan! Siakap ni pon besar giler...kami makan hingga ke waktu sahur. Resepi siakap tandoori style ni saya google dari blog chef Hanieliza...tapi biasalah saya adjust and just make do with whatever bahan yg ada dalam fridge, measurement dia mmg saya tak amik...catit bahan2 jer :p Bhn2 dia: bwg besar, bwg putih, cili giling, serai, air asam jawa, belacan, garam gula...blend bawang, cili and serai tu, dan masak atas api kesemua bhn2 tu sampai masak. Ikut chef, ada byk lg bahan2 lain seperti daun kesum dan daun limau purut...ni mmg saya takde and omit :p Perap ikan dgn garam, kunyit dan sedikit pes ikan bakar tadi...dan bakar hingga masak.

Untuk taknak kasik ikan bakar tu terlalu kering, lebihan pes yg sudah dimasak tu saya tuang je ke atas ikan yg dah masak sebelum hidang. Jadi ikan bakar saya tidak kering :) Serai tu mmg membuatkan ikan bakar anda rasa umphh...kalau ada dedaun yg saya sebutkan tadi mesti lagi double triple upmhhh :)

Pengakuan ikhlas...ni lah pestaim saya buat air asam utk cicah ikan bakar. Selama ni tak pernah (or tak reti) buat haha. Sebelum tu saya buat talian hayat kat mak tanye apa bhn2 yg diperlukan...acik malas nk google ok :) Bahan2 dia - bwg besar, cili api, tomato, air asam limau, air asam jawa, sedikit belacan, garam dan gula. Guna air panas utk gaulkan kesemua bhn2 di atas. Measurement? As usual semua saya belasah je..mujur rasa ok! hehe

Cendawan organik goreng tepung in action!! Rasa dia lebih kurang je kot macam cendawan biasa. Tapi texture dia lebih kenyal dan pejal, cantik, dan kurang bau. Bila mkn pon terasa sihat haha pshyco plak rasa :p

anak2 kami agak kureng mkn ikan...so saya buat ayam goreng rempah utk mereka.....dan si putih2 comel gebu2 tu haaaa cuba teka ape dia???? Saya post gambar ni di fb dan suruh kawan2 teka. Semua teka salah....antara jawapan yg diberi - buah melaka, badak berendam, kimchi (omg tini sabor jela jawapan ko nih), mochi (ok pestaim saya dgr mochi terus gugel nk tahu apa kebenda mochi nih hehe), cek mek molek, etc. Tersenyum bila baca komen kengkawan....tak sangka syiok pulak main teka teka di bulan pose ni :)



-------------
----------------------
 --------------
-----------
-----------------------
------------------
---------------------------------

Dannnnnnn inilah dia jawapannya! Tong yuen yer nama benda putih tuh....diperbuat daripada beras pulut dan intinya adalah kacang merah. Hubby beli instant di Tesco 10 ketul RM5 (saya baru tahu ade jual benda nih) sebab saya dah ckp awal2 yang petang nanti nak buat bubur pulut hitam...oh hubby mmg sgt memahami sbb ni mmg favourite kami. Selalu mkn di Sweet Chat cafe...dekat Paparich pun ada jual. Kids mmg suka giler bubur pulut hitam tapi Tong Yuen derang tak reti nk makan...insya Allah petang ni saya akan buat lagi bubur ni for the second round :)

p/s: lepas ni tak payah pegi Sweet Chat cafe lagi hihi

No comments: