11 June 2013

Genting Highlands 29-30 May 2013

Dari Pangkor, kami meneruskan perjalanan ke Genting Highlands.Apakah nasib, kami tak berjaya jumpa exit ke Plus Highway, makanya perjalanan menggunakan jalan lama terpaksa dilalui dgn penuh seksa! isk isk Bayangkan jam 2pm bertolak dari Pangkor, kami hanya berjaya sampai ke Genting around 6pm. Dahsyat tuh, siap lalu kampung orang asli bagai. Memang betul2 macam road trip gitu :p Memang pelik sungguh la perjalanan dari Perak nih. Dari jauh dah nampak signboard hijau highway, tapi sampai ke sudah masih tak jumpa2 exit ke highway. Akhirnya, setelah beberapa jam perjalanan baru kami berjaya exit ke highway (exit Sungkai tak silap..yang boleh pergi ke Felda Sg Klah tuh) phewwwww!

Kami book First World hotel thru online booking...hotel paling budget pada firasat saya (RM118/night). Manusia punyala ramai dekat lobi hotel tuh..huish ramainya yg suke pegi Genting! Jangan buang masa queue di kaunter, anda boleh buat self-check in di kiosk dekat lobi hotel tuh. Pantas dan efficient...tak sampai 2 minit siap dapat access card to your hotel room!

Di luar lobi First World Hotel...lepas waktu Maghrib. Lampu2 neon yg dipasang mmg cantik di waktu mlm.

@ Indoor theme park. Kami tak beli tiket indoor sebab dah lambat kan...confirm tak boleh nak fully utilize the rides. Tengok orang beratur nak naik rides pun punyerla ramai..panjang Q ok...so jln2 tgk orang jelah malam tuh :)


Tak dpt tgk Eiffel Paris, tgk Eiffel tower kat Genting pon jadikla :P

Ripley's Believe it or Not...kami tak masuk...tiket agak mahal jugak tapi tak igt dah

Kids bergumbira sebab dpt pakai jacket! Feeling ala2 kat obersea gitu :)

Kami plan malam tu nak beli siap2 tiket utk Outdoor Theme Park utk keesokan harinya, malangnya org kaunter ckp esok baru boleh beli..haish leceh betul. Kebanyakan rides dlm Indoor theme park ni tiket dia RM8/ride/pax. Teringin sgt nak masuk 4D motion movie tapi Ammar pulak tak lepas min height requirement isk isk. The kids ada jugak beratur utk naik bumper car, tapi bila dah sampai turn kami, orang tu ckp Idlan 'terlebih' height requirements...ape lagi merajukla si Firas sbb tak dpt naik. Suruh dia naik dgn Ammar je dia tak berani nak manoeuvre kereta tuh pulak. Penat je queue huhu. Moral of the story utk setiap rides sila baca dulu min age/height requirements dia ok! Kesimpulannya mlm tu kami hanya berjaya naik 1 ride...train yg pusing the whole theme park yg sgt slow tuh..haha jadikla kids pon hepi je dpt naik benda alah tuh. Dalam pukul 10pm++ kami pun pulang ke bilik hotel...selepas pekena Baskin Robbins secawan. Kat KL tak mkn BR, kat Genting mengada-ngada pulak tingin nk makan eskrem mahal time sejuk2 tuh :p
 
Rise n shine semua! Pagi Jumaat tu dgn penuh bersemangat bebudak bangun awal. Lepas pekena morning breakfast dekat KFC, kami terus berjln laju menuju ke Outdoor Theme Park. Oh kesian kat hubbyku, terpaksa Q punyerla pjg giler nak beli tiket!

Our 1st ride of the day..naik train slow pusing the whole theme park

Jet ni kami semua naik!

ni ride bodoh jer...mama konfem berani la. masih boleh tersenyum pandang kamera :p Cuba suruh naik solero shot ke flying coaster ke...haaa ade berani??? kasik 5k pon konfem aku takkan naik yer!

Ride yg paling menyampah dan konfem akan blacklist seumur hidup - teacup!!! cis nampak cam bodoh je tapi lepas naik...omg terus pening kepala!!! hubby n kids nmpk cool je pusing cawan tu laju2 tapi mama siap pakai spek mata hitam and pejam mata rapat takmo kasik pening. Aduhai lemah sungguh!


beratur panjang utk naik boat ride di sekeliling dinasourland. Letih queue tapi worth it jugaklah.


Banyak replika dinasour di sepanjang sungai tuh


Dinasihatkan anda naik boat ride ni awal2 pagi utk mengelakkan queue yg panjang!



tulang dinasour!
kami akan melalui satu dark tunnel...kemudian dlm gelap tuh adalah mcm dinasour show/bunyi orang ckp2 terangkan pasal sejarah dinasour. Ammar takut sbb gelap dan tetiba nmpk dinasour bergerak2!
 
Ok lepas habis boat ride kami jln sekejap dekat dinasourland ni

dinasour tunnel

ride utk budak kecik...abg Idlan cuma boleh tgk dari jauh hihi

The Waves ni sgtla giler! walaupun aku tak naik...tapi kalau aku naik mmg konfem akan migrain! ala2 mini roller coaster siap pusing ke depan ke belakang...isk tgk pon rasa nak pening! Idlan siap tunduk sebab takut melayang. Firas tak lepas height requirements..selamat!

Kasik ikan makan...sementara mama dan abg Idlan naik boat dekat tasik :)

sgt penat ye kengkawan naik bot nih. kena kayuh manual...ish rasanya kalori terbakar agak byk jugakla lepas habis naik nih!

Anak bujang tu mula2 takut bukan main nak naik dgn mama..maklumlah mama dia tak reti swim. Tapi bila dah masuk dlm bot tuh...siap pujuk taknak stop :p

Ok now turn abah pulak naik dgn Firas. Si Firas ni pon eksyen...takmo naik dgn mama isk isk. Time ni si Ammar dah meraung sakan sbb nak naik bot sama!!! Panjang jugakla drama dia...sampai terpaksa pujuk beli eskrem. Ammar terlalu kecik..tak lepas height requirements utk naik paddle boat nih.

Abah semput habis lepas turun dari bot nih. apa taknya dia sorang jer kayuh...si Firas tu syiok bukan main relaks jer...sempat peace2 lagik tuh pandang kamera :p Bagus jugak awak tak naik dgn mama..kalo tidak haru mama kena kayuh sesorang!

Ok si comel mama dah boleh tersenyum manis...lepas ni baru lepas beli jiwa kasik upah eskrem!

nak kasik dia sengih macam tu..kena ckp...'mana gigi cantik mana gigi cantik??'haish padahal ade 2 btg gigi dah berkarat :p

Mama tahu..abah sure lega giler dpt pulang ke pangkal jalan! haha

aritu nek umi kasik London bus sebagai souvenir beli kat london...haaa kitorang siap dpt amik pic dengan London bus ni lagik tauuu :p

pondok telefon merah ni pon ade!

dan juga kereta antik :)

Genting indoor night view. Bubyes Genting..see u in the next 5 yrs!! 


Ticket price..for reference. Kami amik family package utk Outdoor park only @ RM167. 

Raanya kami dah boring kot pegi Genting. Rides pon ada byk yg tutup for maintenance, frust betul. Lepas ni tunggu update pasal Korea plak okeh!! (cehh berangan lagik tuh :p)


2 comments:

Smiley said...

mmg bosan aa genting..for us la..huhu
owh baru tau ada self in kiosk

Anonymous said...

My programmer is trying to convince me to move to .net from
PHP. I have always disliked the idea because of the expenses.
But he's tryiong none the less. I've been using Movable-type on
various websites for about a year and am nervous about switching to another
platform. I have heard excellent things about blogengine.
net. Is there a way I can transfer all my wordpress content into it?

Any kind of help would be greatly appreciated!

My blog notevalley6.webgarden.com/sections/blog/the-ways-to-choose-the-most **

 

Blog Template by YummyLolly.com / Header Butterfly by Pixels + Ice Cream