Showing posts with label surgery. Show all posts
Showing posts with label surgery. Show all posts

08 October 2009

Safely back at home yesterday. Alhamdulillah, the ERCP procedure went smooth, removal of stones done as planned, and no more abnormalities observed within the duct. Dr Ong gave mc till today, and that allows me to bake something for my office jamuan raya tomorrow :) I'm thinking of bringing cheese tarts, but let's see whether i'm 'rajin' enough to prepare the pastry hihi.

We (read:me n hubby) are having dilemma, whether to go to s'pore on the next 2 weeks or not. Tix have been bought since early tis year during AA's promo, but considering the H1N1 case, we ought to think twice about it. To be frank i couldnt get more excited when thinking about the impending trip, after all it's going to be our first plane-board this yr, and of course firas's 1st experience. We still haven't book the hotels, lucky enough i already made some research on the interesting spots to go and have them jotted down in my diary.

so friends, should we proceed with the plan or not?
blank la huhuhu.....

06 October 2009

home leave

Isnin - As scheduled, aku menyerah diri utk diwardedkan pada hari ini. Memandangkan aku sihat walafiat dan perut alhamdulillah ok, aku dgn sopan santun meminta pada doc utk tak payah diwardedkan. Boleh tak saya puasa kat rumah je doc? Doc yg puas hati dgn tahap kesihatan aku pon dgn baik hati cakap...you kena warded, sbb nak buat blood test dan x-ray, after that petang saya kasi you 'home leave'. You boleh tido kat rumah mlm nih. Esok pagi pukul 8am datang balik arrrr. Yeszaaaaa riang gembira toksah cakap la nyeh nyeh. Blood test result alhamdulillah semuanya back to normal...berat pon dah bertambah jadi 47kg :) Pukul 6 lebey, pruzz datang amik ku di hospital. Dan after Isyak, kami bersambung jalan raya ke 2 buah rumah jiran lagik ekekeke. Memang rezeki ku lah dpt join derang sumer jln raya lagik malam ni (mujur dr Ong tak tahu hoho lagipon doc pesan suruh puasa after pukul 12 malam). Ada 2 family jiran ku sound nak dtg beraya ke rumah kami malam ni sebab kelmarin derang tak dpt join. So aku pon goreng jela karipap dan popia frozen utk jamu derang sumer. Pukul 11:45pm semua tetamu beransur pulang....dan lepas basuh pinggan2 sumer, ku menaip entry ini hihi. Bila bersalaman dgn derang, sumer perasan jarum IV berwarna biru di tangan kananku...hehe terpaksala citer kat derang yg aku warded pagi tadi....balik rumah ptg tadi, esok pagi masuk ward balik. Bila difikirkan kelakar pon ader....pepe pon sebenarnya aku sedikit cuak bila memikirkan procedure pagi esok...harap2 semuanya berjln lancar, moga Allah permudahkan segalanya.

So esok pukul 11am ku akan disorong masuk ke bilik procedure.
Next update tunggu yer :)
Gud nite semua!

01 September 2009

admitted lagik...

Dugaan dtg lagi. Selasa lepas tiba2 aku diserang gastrik yg teruk dek akibat terlewat sket amik lunch. Bila dah kena, cam biasa aku akan muntah2 non stop dari tgh hari sampai la ke esok paginya. Rabu, ku pegi menyerah diri berjumpa doktor sbb badan dah terlampau lemah and dehydrated and as expected, surgeon ku tahan masuk wad. Berkampungla aku di KPJ lagi skali dari rabu-ahad lepas.

Rabu, first day di wad blood test dibuat and yg tak best, result ku sangat abnormal. Doc suspect masih ade saki baki gall stones yg tertinggal dlm common bile duct (CBD)ku. Aku dilarang mkn hari tu, hanya bergantung kpd IV drip and clear fluids jer.

Khamis bermula 6am, aku diarahkan berpuasa mkn dan minum dan pukul 9++, aku pegi buat ultrasound. Result ultrasound nampak macam ok, CBD looks normal tp blood test result masih belum improving, maka doc arahkan aku membuat MRCP (ala2 MRI scan). Dlm pukul 12noon aku pegi buat MRI, time tu nak jln mmg dah tak larat, badan huyung hayang sbb terlalu lemah dek kerana hampir sehari setengah berpuasa. Sebelum masuk ke bwh mesin MRI tu aku dah start muntah2...rasanye gastrik dtg balik. Sepanjang discan di bwh MRI perut bergelodak, tekak loya and aku struggle giler menahan diri dari termuntah. Dahla sejam duduk dlm mesin tu,badan langsung takleh gerak, sejam yg penuh penyeksaan. In fact ade few steps yg terpaksa ku ulang lagi skali kerana aku tak berjaya ikut arahan pegawai imaging tu, dia suruh aku tarik nafas, buang nafas, tahan nafas...benda simple camtu pon tak dpt kubuat sbb dah terlalu lemah. Habis MRI, kluar je dari mesin tu ku muntah lagi berkali-kali. Result MRI menunjukkan ade 3-4 biji gall stones yg masih tertinggal dlm CBD ku yg dah dilated (inflammed). Gastro ku dipanggil turun dan lepas dia tgk result MRI, terus dia ckp yg aku perlu menjalani ERCP (procedure utk kluarkan gall stones) ptg tu jugak. Aku cuma mampu mengangguk kepala je...kepala dah tak boleh nak digest pepe info dah dek kerana terlalu lemah and hampir pengsan...(malangnyer tak pengsan betul2 hehe). Dlm pukul 3pm, aku masuk ke bilik procedure. Ku diberi local anestetik (LA) bukan GA, bermakna aku separa sedar sepjg procedure dijlnkan. Aku disuruh meniarap, kepala disengetkan, mulutku disumbat benda supaya terbuka, dan beberapa tiub dimasukkan thru mulut. Then aku pengsan. Tiba2 ku tersedar, ku dengar gastro ku marah2 nurse, sekali sekala dia tersebut '4 letter words' and aku tahu, sekali lagi kes ku kali ni agak complicated. Then aku batuk terbahak2, and muntah byk kali disebabkan rasa tak selesa dgn tiub2 dlm mulut ku. Adus sgt trauma bila teringatkan procedure hari tuh....kenapala aku tak pengsan sampai habis procedure.

Esoknyer, gastro dtg ke wad. Katanye procedure kurang berjaya, hanya satu gall stone yg berjaya dikluarkan , yg lain tak berjaya. A straightforward case cuma amik masa dlm sejam, tapi ERCP ku mengambil masa hampir 2 jam, dan disebabkan conditionku yg dah teruk procedure terpaksa diberhentikan. Sangatla kecewa bila kudengar, especially bila teringatkan what has happened throughout the procedure. It was damn horrible and terrified, lagi teruk dari surgery baru2 ni. Tapi disebabkan aku masih lemah, aku cuma angguk2 mendengar je...tak mampu nak komen pepe.

Ahad, alhamdulillah aku berjaya discharged nevertheless sampai skarang perutku senang rasa bloated, dek kerana post-effect dan infection yg berlaku selepas procedure. Kata gastro ku, a second ERCP will be done after hari raya, which scares me a lot when come to think about it. Sekarang ni, aku cuma berharap yg aku kekal sihat sampailah ke hari raya, harap2 takde kes kena tahan wad lagi. Apa yg bakal berlaku lepas raya, kita tunggu dan lihat jela yer :p

In terms of diet, ku masih berpantang cam biasa. Satu perubahan besar, sejak surgery hari tu, the most i can eat at one time hanyalah about 1/4 of the plate (rasanye firas mkn lagi byk hehe), couldnt go more than that kalau tidak immediately perut rasa sakit and bloated. Kalau breakfast, cuma sekeping roti dan sedikit milo, nak habiskan satu mug pon tak boleh. Perut obviously dah tak buncit hehe, kempis terus you....berat confirm dah hilang few kilos. Ku kira Dia mendugaku dgn menarik nikmat makanku buat sementara waktu kali ni...dan hikmahnya aku skarang menjadi manusia yg sgt berhati-hati dgn soal pemakanan....insaf rasanye. Physically badanku masih lemah, belum fit lagi. Ku cuma larat masak makanan utk diri sendiri...husband tapau food dari bazar ramadhan jer kesian dia :(

oklah sekian updates buat kali ni....doakan saya cepat sihat yer kengkawan... :)

22 August 2009

Relactation?

I've been discharged yesterday alhamdulillah. Felt much better now, physically and mentally especially after seeing the two boys. Firas dah boleh berjln ke sana ke mari, dah boleh main, dah boleh gelak. Kata husband, sepjg ketiadaan saya dia cuma 'terkapok' dlm dakapan husband, langsung tak boleh diletak, langsung taknak main dgn org lain, etc. Rindu sangat pd mama yer sayang :)

After nearly 2 weeks of not nursing firas directly, my milk supply drops tremendously to only 1oz yesterday. Tried to pump at the hospital during morning on the day i was discharged, but only few drops coming out, hence i resorted to hand expressed, and the total collected is only 1oz. Really sad but the other part of meeself was some sort of already redha with it. As far as i remember, i pumped only once a day during the days i was warded (before the surgery). Monday i went for surgery, and only wednesday i had the energy to pump again, that time i got only 6oz in total. Thursday i pumped and got 3 oz, and friday (the discharged day) i got 1oz.
Besar sungguh dugaan Allah kali ni.

Last night, i tried to bf directly and firas didnt seem to get enough. As such i supplement with ebm once throughout the night. Today, i also supplement with ebm once, and i tried to feed him with solid as much as possible :p Opps dia dah upgraded from finely blended puree to normal rice ok. I fed him with rice and chicken soup today and he simply loves it! Malam ni, i dont know yet but i have the feeling of having to top up with ebm again since my breast feels empty all day long. I'm one unhappy mom definitely :(

Nevertheless, the journey is still ongoing, and i tried not to think too much about it. Mungkin ada hikmah disebaliknya. What i can do now is try not to feel too depress about it, drink loads of plain water day and night, and berdoa pada Dia moga rezeki firas masih panjang lagi. And yes starting from tomorrow i shall continue eating white lobak hoping it will boost the supply.

pray for me my dear friends....i feel very sad indeed :(

21 August 2009

Anyway ku masih di hospital. Tadi doc datang, ku terus pujuk dia supaya kasik discharge by today. Dia nampak macam agree, tapi pepe pon ptg ni dia akan dtg tgk lagi and decide. Adus cam patient kesayangan plak rasa hihi, dia mmg sgt concern...well my case may be quite rare and posted a big challenge to him, and to his skill...sbb tu dia nampak a bit reluctant to release me.

Tadi saya tgk rancangan masakan kat tv, depa dah start buat biskut and kek raya dah adusss mengancam keimanan sungguh. sempak jugak la ku taip resepi cheese cake chef asma sambil dia masak2 tadi hihi.

Selamat Berpuasa yer kengkawan semua...semoga kedatangan Ramadhan kali ni membawa seribu satu keberkatan dan pengertian kpd kita semua. Jgn lupa, jaga pemakanan anda...jgn mkn yg pedas2, minyak, dan berlemak sgt tu....sebenarnye more to a reminder to meeself :)
Saya dah berangan nak buat cream caramel and kek batik buat suami. Walaupun diri sendiri takleh mkn, tapi husband suke hati pon senang :) Menu ramadhan minggu pertama saya ni confirm la sup ikan haruan jek :p

berangan lagi....?

Kelmarin masa saya dihabiskan dgn menonton cd operation saya. Hehe curious jugak nak tahu ape yg doc buat did lm perut saya ni. Tak penah saya imagine yg gall bladder (GB) saya tu size dia lebih besar dari saiz tapak tgn saya ni. Sgt swollen, dan tegang, spt belon yg tunggu time nak meletup! Dan just imagine instrument doc tu plak adalah 2 pasang gunting yg pjg bilahnya dlm 1.5inch, dan benda tu la yg digunakan utk mencangkuk GB saya tuh. Confirm takkan dpt catch punyer betul dak hehe. Maka saya lihat doc me’laser’ GB, membuang fluid di dlmnyer, dan macam2 lagila utk mengecilkan size dia supaya dpt dicapai oleh gunting yg kecil itu. Cd macam tak complete, so saya tak dpt lihat macam mana akhirnya doc dpt keluarkan GB yg besar itu. OKla stop dulu….rasa loya plak bila teringatkan screen shot procedure tu :p

Kelmarin juga agent insurans saya En Meg*t dtg melawat. Dia adalah junior husband di mckk dulu, juga junior kami di MMU. Diberinya saya seketul teddy bear yg comel, rasa malu plak, dah besar pjg tetiba dpt teddy bear hihi. Saya dan husband sebenarnya agak teruja, kerana kami tahu kami layak membuat claim under insurans saya tu. Yela dahla kami dah upgrade ke bilik single deluxe, which is lagi mahal dari single standard, so harapan kami bila dpt claim insurans terubatla sket poket yg rabak tu :p Bila membuat kira2, dgn bayaran bulanan yg saya buat tu, saya layak dpt RM250/night sebagai hospital allowance+rm500 surgery benefits (mengikut severity of surgery procedure). So dlm otak dah siap merencana, nak sambar netbook satu lah, nak bwk family kedua belah pihak pegi holiday la, yada yadaa. See nafsu dah mencanak2 tak tentu pasal :p

As we flip thru the policy (ni adalah first time saya jumpe Meg*t) and I’m yet to sign the policy, tetiba kami terpandang pada satu clause. Clause tu ckp sakit saya ni (stones related to urinary or biliary systems) falls under 7 categories of specified illness yg mana insurans company hanya akan cover cost medical after 120 days after the commencement date of the policy. Ohhhhh harapan kami terus musnah! Saya baru je bertukar ke insurans baru ni, date policy saya 9 June 2009, obviously saya tak layak nak claim! Dangggggggggggg hancur berderai netbook ku ituuuu akakakakkaka. Nampak gaya, terpaksala saya swipe mr credit card bila discharge nanti :p
Sampai ke ptg kami berdua gelak terkekeh bila terkenangkan perkara ni. Itula, sape suruh berharap sgt. Itula…sape suruh pasang angan2 cepat sgt.

Ape2 pun, saya bersyukur, allah masih menyayangi saya. Biarla tak dpt claim pon, yang penting saya cepat sembuh dan dpt berjumpe kekanak di rumah tu.

Husband siap tanye, nak tukar bilik ke awak? Saya kata takperla…..tadi kan kata dah pasrah :p

19 August 2009

the KPJ episode

salam sumer,
rasanyer ramai yg tak tahu saye sebenarnyer tgh warded di KPJ kajang :p
Dan baru saje selesai undergo laparoscopy surgery membuang gall bladder isnin 17/8. Skarang tgh recuperating alhamdulillah...condition wise i felt a bit better, though the pain is still there.

Sebenarnyer saye dah ulang alik ke hospital since last tuesday, masuk drip, amik blood test, etc sbb kena gastric attack yg sgt teruk dan muntah2 lebih 20x. Badan dah dehydrated, body cramp all over dan disebabkan saya almost collapse doc di klinik memanggil ambulan utk antar saya ke KPJ last week. Memikirkan firas yg masih bf dan kecik, saya decide not to be warded dan bertahan dari selasa hinggala ke kamis. Tapi come friday, badan saya dah terlalu lemah...akhirnye saya menyerah diri, mintak dekat doc utk wardedkan saya sbb tak tahan dgn gastrik, muntah dan loya2 yg sgt teruk. Makan mmg tak lalu langsung, menyebabkan bdn saya bertambah lemah. Teringat lagi hari rabu kot, pukul 12 lebey tgh mlm saye dan suami antar kekanak ke nursery sbb saya kena gastrik pain yg sgt teruk....kami pegi ke emergency utk mintak jab malangnyer Q terlalu pjg, last2 kami ke klinik jer. Itu kali pertama saya berpisah dgn anak2. Dan masuk hari ni, dah 6 hari saya tak berjumpe firas dan idlan....sedih mmg sedih, tapi sakit di badan kenala jaga juga.

actually saya mmg dah lama ade gall stones, since the past 2 yrs bila buat ultrasound doc dah detect ade few tiny gall stones. tapi katanye tak payah buat surgery or anything considering saya tak sakit. Bila dah kena recurrence gastric attack yg terlalu kerap dan teruk, doc buat lagi ultrasound and inform gall stones saya dah bertambah byk dan membesar, the largest was 1.3cm, and my gall bladder was badly inflammed. Terus dia refer kpd surgeon dr kumar. Ahad mlm, Dr kumar dtg and inform saya utk proceed with surgery to remove the gall bladder, sbb dah badly inflammed, plus he said there's no point of keeping a bladder yg tak serve its purpose. Gall bladder adalah storeroom utk bile, yg diproduce oleh liver utk mengemulsifikan lemak2. Dr kata a lots of people are living without gall bladder and they just live like any other normal person. Instinct saya mmg terus agree to proceed wth the op bcoz i just couldnt stand the pain, it was so unbearable yg pada saya sakitnyer lagi teruk dari sakit hendak bersalinkan firas. husband plak balik rumah terus search the net for alternative treatment n watnots.

Isnin 17/8, saya dah ade keputusan saya...pruzz pon agree with the surgery. Pukul 4pm, saya disorong ke OT bertemankan pruzz, MIL dan SIL. Dr kata a straightforward case will take about 30-45min for the whole procedure. Tapi mine may take a bit longer considering gall bladder saya yg tgh inflamme tu. Apa2 pon saya hepi sepjg ke OT tu, dgn harapan biarlah sakit ini pergi once and for all.

Op saya selesai dalam pukul 8ish pm....husband kata dia risau kerana terlalu lama, plus nobody informed them on the progress of the Op.

Selasa 18/8, Dr Kumar dtg and explain the whole thing about the procedure. Dia kata i was lucky, sbb kalau saya tak op skarang, probability for my bladder to get ruptured was very high sbb mmg dah seriously inflammed. saya terus nangis bila dgr, rasa spt nyawa di hujung tanduk. My case was a big challenge to dr kumar, in fact in the middle of op derang terpaksa tukar instruments and watnots to suit my case. horror saya dgr...tapi syukur Allah masih sayangkan saya. Sampai skarang saya rasa macam fobia bila dgr kata2 doc tu...tak tahula ape akan jadi should i decided not to do the op...mungkin condition saya makin parah, dan infection to the whole system....dan sebagainya masya allah takut utk saya bayangkan. Saya sendiri dpt rasakan dr kumar was some sort of proud dpt resolvekan case saya....dan syukur dia hanya buat laparoscopy and not change to open surgery. Dia dah remind saya katanye kalo kes terdesak he may end up doing an open surgery to take out the bladder. Dia kata gall bladder saya dah melekat di liver, susah sgt instrument dia nak cangkup bladder tuh....and dia terpaksa go a bit farther and upper to catch the bladder. Well CD sepjg op tu ade di tepi saya ni, tapi i still do not have the guts to take a look at it. Bila saya dah sihat, mental and emosi dah stabil, barulah saya cuba beranikan diri tgk cd tu.

tak pasti brape lama lagi saya akan berada di wad ni, yg pasti saya mmg rindukan anak2. dah 3 hari saya tak perah susu....rasanyer perjalanan saya utk menyusukan firas akan berakhir tak lama lagi. stok yg ade mungkin cuma bertahan selama sebulan je lagi. Mungkin setakat ini je rezeki firas. Kata husband, idlan dah lama tak bertanyekan pasal saya...mungkin dia mrajuk sbb dah lama tak jumpe saya. husband reluctant nak bwk dia ke spital, dgn kes H1N1 yg byk ni...biarlah mereka tak dtg jumpe saya. Firas plak ntahla...dia mungkin tak faham lagi. saya sgt2 rindukan mereka....sabar ye sayang....insya allah tak lama lagi mama akan keluar.

Syukur saya dikelilingi insan2 yg tersayang sepjg saya sakit ni. MIL dan SIL yg temankan saya siang dan mlm. Husband yg slalu terkejar dari opis ke hospital, menguruskan anak2 lagi. Kalau takde mereka, mungkin saya makin depress. Ibu saya takde di kl, skarang di kelantan menemankan nenek yg kurang sihat. Tima kasih mak, tima kasih unda....and to my lovely hubby, i just couldnt find the right words to thank you. You're one greatest gift god ever gave to me in this life. Kpd opismate, bos dan kengkawan yg dtg melawat, time kasih ye semua....sesungguhnye time sakit ni kata2 semangat korang sgtla saya perlukan.

Doakan saya sihat ye kengkawan.

Luv,
-yatipruzz-
19/8/08