21 August 2009

berangan lagi....?

Kelmarin masa saya dihabiskan dgn menonton cd operation saya. Hehe curious jugak nak tahu ape yg doc buat did lm perut saya ni. Tak penah saya imagine yg gall bladder (GB) saya tu size dia lebih besar dari saiz tapak tgn saya ni. Sgt swollen, dan tegang, spt belon yg tunggu time nak meletup! Dan just imagine instrument doc tu plak adalah 2 pasang gunting yg pjg bilahnya dlm 1.5inch, dan benda tu la yg digunakan utk mencangkuk GB saya tuh. Confirm takkan dpt catch punyer betul dak hehe. Maka saya lihat doc me’laser’ GB, membuang fluid di dlmnyer, dan macam2 lagila utk mengecilkan size dia supaya dpt dicapai oleh gunting yg kecil itu. Cd macam tak complete, so saya tak dpt lihat macam mana akhirnya doc dpt keluarkan GB yg besar itu. OKla stop dulu….rasa loya plak bila teringatkan screen shot procedure tu :p

Kelmarin juga agent insurans saya En Meg*t dtg melawat. Dia adalah junior husband di mckk dulu, juga junior kami di MMU. Diberinya saya seketul teddy bear yg comel, rasa malu plak, dah besar pjg tetiba dpt teddy bear hihi. Saya dan husband sebenarnya agak teruja, kerana kami tahu kami layak membuat claim under insurans saya tu. Yela dahla kami dah upgrade ke bilik single deluxe, which is lagi mahal dari single standard, so harapan kami bila dpt claim insurans terubatla sket poket yg rabak tu :p Bila membuat kira2, dgn bayaran bulanan yg saya buat tu, saya layak dpt RM250/night sebagai hospital allowance+rm500 surgery benefits (mengikut severity of surgery procedure). So dlm otak dah siap merencana, nak sambar netbook satu lah, nak bwk family kedua belah pihak pegi holiday la, yada yadaa. See nafsu dah mencanak2 tak tentu pasal :p

As we flip thru the policy (ni adalah first time saya jumpe Meg*t) and I’m yet to sign the policy, tetiba kami terpandang pada satu clause. Clause tu ckp sakit saya ni (stones related to urinary or biliary systems) falls under 7 categories of specified illness yg mana insurans company hanya akan cover cost medical after 120 days after the commencement date of the policy. Ohhhhh harapan kami terus musnah! Saya baru je bertukar ke insurans baru ni, date policy saya 9 June 2009, obviously saya tak layak nak claim! Dangggggggggggg hancur berderai netbook ku ituuuu akakakakkaka. Nampak gaya, terpaksala saya swipe mr credit card bila discharge nanti :p
Sampai ke ptg kami berdua gelak terkekeh bila terkenangkan perkara ni. Itula, sape suruh berharap sgt. Itula…sape suruh pasang angan2 cepat sgt.

Ape2 pun, saya bersyukur, allah masih menyayangi saya. Biarla tak dpt claim pon, yang penting saya cepat sembuh dan dpt berjumpe kekanak di rumah tu.

Husband siap tanye, nak tukar bilik ke awak? Saya kata takperla…..tadi kan kata dah pasrah :p

7 comments:

ShaFiAti said...

bile yati dpt kuar wad?..takper yati..asalkan badan sihat kan...duit boleh dicari..:)

sikulat said...

brape charge first class ? PMCare still akan bayar Band1 maximum RM180 per month..kalau Band2 mmg layak 1st class.. cam kitoang arituh.. upgrade 1st class (masa warded kekanak) -- cume bayar different tu aje..

awak masih di spital ke?

Nazmi said...

get well soon ^^

y@tipruzz said...

masih di spital. insya allah ptg ni doc cam kasik green light utk discharge :)

180 per month? ke per night?
bilik ni rege 250 hihi

y@tipruzz said...

masih di spital. insya allah ptg ni doc cam kasik green light utk discharge :)

180 per month? ke per night?
bilik ni rege 250 hihi

Farra Da Smiley said...

semalam baca entry ko buat aku nangis, hari ni rasa nak tergelak! baru amik rupanya itu insuran..emm..takpe la..sesekali sakit nak dok selesa gak

ShaFiAti said...

mcm lutfi warded hr tu kat annur pun duk bilik rm250 per night..huhu..mujur duk 3 mlm je bilik tu,lagi 2 mlm tukar bilik la..sbb lame sgt..heheh...n guna hubbynyer pun, still kena byr extra rm100 per night..huhu...