04 December 2010

wonderpets

Ofismate ku merangkap senior 1 tahun bertanya, tak susah ke takde maid bila anak dah 3?
Dia pun baru habis maternity leave, baby dah masuk 4 months, dan dia baru saja ambil maid sebelum berpantang hari tu.

Jawapanku:
Ntahla, kami belum tergerak hati nak ambil. Lebih selesa hantar anak ke tadika/taska sebab dah biasa. Penat mmg penat. Sebelum 530am dah bgn utk bersiap ke ofis, sebelum keluar wajib pam dulu utk supply kan sebotol fresh milk utk Ammar (kesian baby sebab susu lain semua frozen, khasiat kurang sikit kan..). By 640am dah keluar rumah (kesian Ammar sebab dialah baby pertama yg sampai ke taska isk isk sori sayang!) , sebelum 730am dah terpacak di ofis. Petang sebelum 530pm dah kena keluar sbb target utk ambil kanak2 tu sebelum 630pm. Sebelum tidurkan Ammar, saya akan transfer EBM ke dlm bekas, basuh botol, sterilize, dan kemas beg utk esok hari. Malam pula seawal jam 9pm sudah tidur sebab penat+kena bgn 3-4x utk bf & pam. Itu saya...

Dan suami saya pula...

Pagi2 dialah yg menyiapkan abg2 Ammar. Mandikan mereka, siapkan beg sekolah, sediakan simple breakfast & hantar mereka ke tadika/taska. Bila bakul baju dah penuh, dialah yg akan membasuh & menyidai baju. Bila dia takde kelas, dia akan vakum & mop lantai, dan kemas apa yg patut. Petang, dia akan belikan dinner utk kami sekeluarga. Lepas Maghrib, dia akan suap anak2 makan sementara saya menyusu & menidurkan Ammar dlm bilik. Dia juga selalu tolong clearkan pinggan2 dlm sink. Malam, kanak2 akan tidur dgn dia sementara saya dah 'selamat' mimpi dgn Ammar dlm bilik yg berasingan. Sejak Ammar lahir, dia jugalah yg iron baju ofisnya sendiri sementara saya cuma iron baju saya saja.

Tugasan lain macam lipat kain, yg ni saya akan buat time weekend, atau time tgh malam lepas bgn pam/bf Ammar. Kadang tgh mlm baru basuh pinggan :p Tahun depan bila si sulung sudah sekolah, either saya atau suami kena spend masa monitor homework dia sebelum masuk tidur. Memasak? oh bidang ni sudah saya tinggalkan sejak masuk ofis. Mungkin saya hanya memasak di hujung minggu...mungkin tau haha!

Anak saya yg sulung aka Idlan...
dialah yg selalu disuruh utk mengemas mainan yg dikumbah oleh adik keduanya aka Firas. Selalu juga si abang protes, tapi si abg tengah ni mmg tak kasi kerjasama langsung, sokmo kumbah mainan, baling itu baling ini ikut suka hati dia. Kiranya kalau marah mmg tak makan saman. Paling2 dia akan menangis sekuat hati (nangis tipu sebenarnya) tapi inilah yg paling saya cuba elakkan sebab nnt si adik akan terjaga dan terkejut. Bila abah balik malam sebab ada kelas malam, si abanglah yg akan temankan Firas tgk tv, makan sama2, main sama2, etc sementara mama cuba menidurkan Ammar dlm bilik. Kesian, mereka bawa hal sendiri di ruang tamu sampailah abah balik, atau bila mama berjaya menidurkan Ammar (proses nak tidur tu lama ok).

Jadi kamilah tiga sekawan aka Wonderpets yg saling bekerjasama dlm menguruskan hal rumahtangga (exclude Firas ok sebab dia jarang membantu :p). Tanpa salah seorang, tak mungkin kami dapat bertahan.

Thank you Yang, thank you my dear Idlan...moga kita semua akan terus bekerjasama, tanpa kamu..siapalah mama, tanpa kamu...pasti mama dah pengsan dan bengkok sekarang ni :) I am definitely not a supermom, but i am happy for being part of this little family...syukur padaNYA.

5 comments:

afidalina said...

good job korang! tuhla kitorg pun kalau boleh x nk maid. insya Allah, hopefully dpt handle when the time comes.

aida said...

afie, dah ada berita gembira ke? as for me, with 4 kids, aku pun rasa maid takde keperluan setakat ni. anak2 aku dah biasa buat sendiri, dan suami banyak membantu

lagipun bila dpt offer buat ACCA di UK< aku rasa bersyukur tak memanjakan diri dengan ada maid

tini said...

mmg betul. apa yang penting...KERJASAMA! buat sorg2 tak larat beb :)

julie.yaacob said...

sob sob. terharu beb baca entry ni. kite pon tak terpk lagi nak ambik maid. walaupon belum ada project for number 3 (sbb slipped disc skrg ni), but mmg dah niat tanak ambik maid. biarlah bersusah2, rumah mcm kena dek ribut pon. hehe

Farra Da Smiley said...

yer begitulah kisah kami jua