28 December 2010

of breastfeeding...

It's kinda sad to see when people around you somehow do not putting enough interest on breastfeeding their little ones. It's either they are ignorant, lack of knowledge, or simply choose not to breastfeed their babies and resort to formula instead. One of their reasoning, feeding your baby with formula is simpler, plus they can have enough rest since breastfeeding babies tend to 'melekap' with their mommies to the extend it becomes very tiring and restless.

Yes i do agree with the latter one. It's tiring when your babies demand for feeding round the clock. You may become even restless when you need to tend to your other growing up kids, not to mention the endless house chores as well. But please do remember, the benefits of breastfeeding far more outweigh all the things listed above.

Allah has given you the chance to give the best to your babies, so why must you let go of this precious moments and phase in your life? It doesn't come often, and not every woman out there is lucky enough to have the opportunity to do so. You're among the chosen ones, hence do exercise your chance wisely ok.

Happy Breastfeeding peeps!!! :)

25 December 2010

Persiapan Tahun 1 anakku...

Ini untuk rujukan para ibu bapa yg berhajat utk menghantar anak mereka ke Sekolah Sri ABIM.
Alhamdulillah, setakat kelmarin 99% barang yg perlu dibeli utk Idlan sudah selesai...lega! Jadi mari kita lihat apa list nya!

3 x kemeja ungu - RM17, total RM51
3 x seluar pjg hitam - RM23, total RM69
Sepasang baju melayu - RM24
Sampin ungu - RM11
4 x lencana - RM0.80, total RM3.20
2 psg kasut hitam Asadi - RM22.90, total RM45.80 (dpt free 2 psg stoking putih)
3 psg stoking hitam - RM9.90
Songkok - RM13

TOTAL UNIFORM = RM226.90

* baju beli 3 pasang sahaja sebab hari Jumaat pakai baju melayu.


pagi ni kena basuh baju, lepas tu kena start proses jahit lencana sebab Khamis nanti ada sesi orientasi.
Mujurlah seluar tak payah nak alter...selamat mama dia yg sgtlah tidak pandai bab menjahit nih!

Ok sekarang masuk bab buku teks, buku aktiviti & buku kerja pula. Dah 2 kali pergi sekolah, tapi tak byk buku yg sudah sampai, last sekali majoriti buku2 abah beli di kompleks PKNS. Bila tgk list buku2 semua tu, dalam hati mama berkata....habislah anak aku byknya buku kena belajar! Yang bestnya, buku teks dan buku kerja dia very colorful, jadi agaklah interesting dan sedap mata memandang gitu :p Buku teks dia agak nipis, sebab diasingkan dgn buku kerja/rampaian. Tengok buku tulis color hijau tu, byk bukan main!


TOTAL BUKU = RM131.25

TOTAL KESELURUHAN = RM358.15

Untuk pengetahuan, yuran bulanan adalah RM290. Yuran ni + registration fee kami dah bayar utk 6 bulan masa bulan Oktober hari tu, total RM2k++...kopak kami time tu :p

Ofismate cerita, makan disediakan 2x, sarapan jam 9.30am, lunch jam 12.30pm, kemudian mereka akan solat Zohor, dan sambung belajar lagi sampai 4.00pm. Dia beri duit poket kat anak dia RM1 jer...katanya budak2 lagi tak reti nak belanja hihi.

Perihal transportation ke sekolah, masih belum setel lagi. Sangat risau ni, tapi takperla...harap2 keajaiban berlaku di saat2 terakhir nanti!

* bila tgk Idlan try uniform & kasut dia, waahhh smart sangat anak mama...dah besar anak sulungku...how time flies! Lepas ni tanggungjawab kami akan jadi lebih berat. Malam kena monitor kerja sekolah dia. Yang buat mama cuak, bila tgk buku Arab. Dusss mama basic Arab seciput jer....sekarang ni langsung x igt apa2....yg mama tahu, Baqarah=lembu. Kerusi, meja, pensel, buku, etc....hahhh kem salam huhu

24 December 2010

mc

Inilah bahana stress. Sampai demam dibuatnya.
Sebenarnya dari kelmarin dah selesema & sakit tekak...badan dah lemah.
Tapi disebabkan 'rajin' (read: terpaksa), gagahkan diri ke ofis.
Air-cond takdelah sejuk mana, tapi badan dah start rasa menggigil.
Lepas lunch, saya cabut.

Hari ni saya mc.
Jangan risau yer user2 yg 'disayangi', saya tetap akan cuba setelkan payment anda semua setakat yg terdaya.
As per my email, we will try our best but there is no guarantee.

Ahaks ~

23 December 2010

stress.com

Wah dah ada yg komplen/mengadu dekat colleague ku yg aku tidak angkat telefon.
Bagus bagus, komplen la lagi.
Saya mmg dah cabut wayar telefon buat pengetahuan tuan puan sekalian.
Call handphone pun memang saya tak layan.
Kalau melayan masalah awak-awak semua, mmg tak jalan lah kerja saya.
Awak igt awak seorang sahaja user saya di dalam syarikat ini?
Kirim salam lah!
Terima lah padahnya bila suka kerja last minute, di saat2 akhir nak menyusahkan saya pula.
Ada yg berani hantar friendly reminder pula tu? Oh sori, saya bukan rakan awak yer.
Sori yer, you're dealing with a wrong person.
Saya mungkin nampak lembut di luar, tapi sekali saya naik angin, semua orang terkejut.
Jadi untuk mengelakkan saya meninggikan suara, atau naik angin pada awak-awak semua, lebih baik saya cabut telefon terus.

Oh ini baru permulaan. Baru sikit saya ajar ni. Tahun depan, awak semua kena lebih bersedia, sebab saya akan lebih garang dan tegas daripada sekarang.

Nantikan.

20 December 2010

Deep freezer

Freezer sudah tenat. Makanya weekend lepas cuma pam sekali je. Susu hari jumaat pun terpaksa disimpan di dlm fridge. Dah takde room utk disqueeze2 lagi.





Alhamdulillah, rakan blogger aka junior ku Zuedin dgn baik hatinya sudi meminjamkan deep freezer kepunyaannya. Niat di hati mula2 nak beli 2nd hand, tapi kata Zue dia masih ingin simpan utk kegunaan adik Wafiy. Apa2 pun Zue, terima kasih byk2 di atas pertolongan awak ni...serius akak rasa lega sangat2!! Syukur syukur :) (tak dpt nak melawat rumah awak kelmarin, Ammar cranky nak tidur time tu).


Inilah rupa deep freezer Zue tu...brand Hesstar.

Rupa bhgn dalam. EBM bulan Disember sudah selamat ditransfer ke sini pagi tadi:)


Lega sgt freezer sudah ada space! Lepas ni boleh beli brg basah & frozen food ngeh ngehh :)

15 December 2010

babywearing n me

An outing to Alamanda last week with MIL, SIL & idlan's cousin Aiman. It was the 3rd time i carried Ammar in the RS. This time i managed to position his head in the sling for few times, hence the term 'hands-free' applied :)


*RS bought from jumpsacbaby.com, design Mystere.
Kebetulan matching pula dgn stroller lama Firas tu :)


My boy, happily 'mengelap' the bowling balls each time they came out of the hole :p

13 December 2010

7yrs and counting....

‎7 wonderful years with the man that becomes a superdad to our kids; a great & understanding hubby that always stay with me during my ups n downs. I can't never thank you enough for all the things you've done for our family. Hepi Anniversary Yang...may our luv grow stronger each day, may our family is blessed with loves, happinness n iman till eternity.

Hugs,
-Mama-

12 December 2010

Idlan's 6th Birthday

Majlis sambutan kecil-kecilan dibuat secara ad-hoc pada Sabtu lepas, kebetulan mak dan adik iparku datang ke KL jadi teruslah kami plan last minute untuk buat makan2 sikit. Jemputan sekadar keluarga terdekat sahaja - umi, papa, adik, family abangku dan family abang pruzz.

Kita layan gambar terus ok..nak story panjang2 takde masa :p


Get ready nak potong kek. Idlan bersama cousin2 dia - Hannah & Suraya.


posing dulu yer...

shot dari atas oleh Pak Ngah :)


mahal ni - gambar 3 beradik. Kesian Ammar tgh ngantuk pon mama dera ambil gambar :p


kenal tak? banner recycle dari tahun 2008 kalau tak silap hoho


Menu petang itu sempoi jer - sate Yus, & mihun goreng (tu pun Umi yg tlg gorengkan hehe)
Limau comel tu Pak Ngah yg bawa...

Baby zebra...di atas riba Tok :) Konfius ammar awatla bising sgt rumah kita ptg tu..


Choc moist cake + ganache. Berjiwa mama nak siapkan deco kek pagi sabtu tu sebab asyik pause attend to Ammar. Disebabkan malas bancuh buttercream, kek cover dgn ganache je, wording pun tak buat. Nampak tak permukaan yg berkedut2 tuh...tensi tgk, ntah kenapa jadi macam tu padahal mula2 letak topping ok jer...after few hours keluarkan dr oven tgk2 jadi berkedut huhu. Lilin happy birthday recycle dari Firas punyer bulan 8 ari tu :p


Mula2 bebudak ni korek star atas kek, bila star atas kek dah habis, mama suruh abah bubuh byk2 atas piring kasik derang mkn hehe seronok depa!
OK tu saje yer...dan ni few shots gambar Ammar hasil kamera canggih Pak Ngah..cun kan!


To my dear Muhammad Idlan Farhan, Happy 6th Birthday sayang!!!
Mama & Abah doakan Idlan sentiasa sihat, dan sentiasa dilindungiNya selalu. Moga membesar menjadi anak yg soleh, dan berjaya di dunia dan akhirat.
Luv always,
Mama-Abah-Firas-Ammar

09 December 2010

jiwa kacau

1. Kerja byk. User bising2 complaint through email. Call tak henti berdering. Quick fix : jangan angkat telefon. Lagi ganas bila telinga tak boleh tahan dgr bunyi tu, cabut wayar fix line.
2. Bila stress, mulalah migrain. Quick fix : turun bawah beli kit kat, crunch, dan zip. Lazat!
3. Bertambah stress bila check byk saman belum berbayar. Quick fix : bayar through myeg menggunakan credit card (cc). Luv my cc!
4. Esok birthday anakanda sulungku. Tapi perihal celebration tak sempat nak fikir lagi. Kesian dia.

stress.com betullah sekarang ni huh!

08 December 2010

berlima

Kelmarin pagi2 lagi dah black out. TNB kata ada kabel rosak. Argh bosannya. Lately memang sangat kerap black out di taman kami. Kebetulan pagi tu memang ada appointment dgn doc utk neb Ammar, maka kami decide lepas ambil neb kita pergi ke Jusco :p Objektif utama, mencari hadiah besday anakanda sulung kami, dan membeli hadiah utk jiran2 yg baru melahirkan baby.

First time outing berlima, penat sungguh! Tanganku lenguh kena support kepala Ammar sebab dia tak suka kepalanya ditutup dlm sling. Sebelah tgn lagi menolak stroller (wajib bawa sebab boleh letak Ammar/Firas+brg2 shopping). Husband pula bz kena kawal kekanak berdua tu. Yg kelakar, terserempak dgn ramai pula kengkawan ku i.e. mizie, zarid & zaiti...nampak gaya rakan setamanku pakat pergi Jusco bila black out :p

Lepas ni, kena fikir byk kali kalau nak outing lagi. Tunggu Ammar besar sikit baru senang kot, especially bila dia dah ada own head support..tadela lenguh tangan mama :)

05 December 2010

neb

Ammar had his first dose of neb yesterday.
Has started coughing since Thursday, but only on Friday we got the chance to take his medication sori sayang!
This morning we're going for the second session at the nearby clinic.
Doc said his condition is still under control and the coughing is not that severe...i hope so!
Get well soon sayang...jgn buat mama risau di ofis yer huhu

Looking back, both idlan and firas also had their fair share of experiencing neb. If i can recalled correctly, Idlan had it few times while Firas had once when he was 6m-o. Both of us have sinus, so that probably explains why our kids are prone to having this kind of breathing/bronchitis infection thingy.

Moga Ammar cepat sembuh, moga anak2 mama sihat selalu.....

04 December 2010

wonderpets

Ofismate ku merangkap senior 1 tahun bertanya, tak susah ke takde maid bila anak dah 3?
Dia pun baru habis maternity leave, baby dah masuk 4 months, dan dia baru saja ambil maid sebelum berpantang hari tu.

Jawapanku:
Ntahla, kami belum tergerak hati nak ambil. Lebih selesa hantar anak ke tadika/taska sebab dah biasa. Penat mmg penat. Sebelum 530am dah bgn utk bersiap ke ofis, sebelum keluar wajib pam dulu utk supply kan sebotol fresh milk utk Ammar (kesian baby sebab susu lain semua frozen, khasiat kurang sikit kan..). By 640am dah keluar rumah (kesian Ammar sebab dialah baby pertama yg sampai ke taska isk isk sori sayang!) , sebelum 730am dah terpacak di ofis. Petang sebelum 530pm dah kena keluar sbb target utk ambil kanak2 tu sebelum 630pm. Sebelum tidurkan Ammar, saya akan transfer EBM ke dlm bekas, basuh botol, sterilize, dan kemas beg utk esok hari. Malam pula seawal jam 9pm sudah tidur sebab penat+kena bgn 3-4x utk bf & pam. Itu saya...

Dan suami saya pula...

Pagi2 dialah yg menyiapkan abg2 Ammar. Mandikan mereka, siapkan beg sekolah, sediakan simple breakfast & hantar mereka ke tadika/taska. Bila bakul baju dah penuh, dialah yg akan membasuh & menyidai baju. Bila dia takde kelas, dia akan vakum & mop lantai, dan kemas apa yg patut. Petang, dia akan belikan dinner utk kami sekeluarga. Lepas Maghrib, dia akan suap anak2 makan sementara saya menyusu & menidurkan Ammar dlm bilik. Dia juga selalu tolong clearkan pinggan2 dlm sink. Malam, kanak2 akan tidur dgn dia sementara saya dah 'selamat' mimpi dgn Ammar dlm bilik yg berasingan. Sejak Ammar lahir, dia jugalah yg iron baju ofisnya sendiri sementara saya cuma iron baju saya saja.

Tugasan lain macam lipat kain, yg ni saya akan buat time weekend, atau time tgh malam lepas bgn pam/bf Ammar. Kadang tgh mlm baru basuh pinggan :p Tahun depan bila si sulung sudah sekolah, either saya atau suami kena spend masa monitor homework dia sebelum masuk tidur. Memasak? oh bidang ni sudah saya tinggalkan sejak masuk ofis. Mungkin saya hanya memasak di hujung minggu...mungkin tau haha!

Anak saya yg sulung aka Idlan...
dialah yg selalu disuruh utk mengemas mainan yg dikumbah oleh adik keduanya aka Firas. Selalu juga si abang protes, tapi si abg tengah ni mmg tak kasi kerjasama langsung, sokmo kumbah mainan, baling itu baling ini ikut suka hati dia. Kiranya kalau marah mmg tak makan saman. Paling2 dia akan menangis sekuat hati (nangis tipu sebenarnya) tapi inilah yg paling saya cuba elakkan sebab nnt si adik akan terjaga dan terkejut. Bila abah balik malam sebab ada kelas malam, si abanglah yg akan temankan Firas tgk tv, makan sama2, main sama2, etc sementara mama cuba menidurkan Ammar dlm bilik. Kesian, mereka bawa hal sendiri di ruang tamu sampailah abah balik, atau bila mama berjaya menidurkan Ammar (proses nak tidur tu lama ok).

Jadi kamilah tiga sekawan aka Wonderpets yg saling bekerjasama dlm menguruskan hal rumahtangga (exclude Firas ok sebab dia jarang membantu :p). Tanpa salah seorang, tak mungkin kami dapat bertahan.

Thank you Yang, thank you my dear Idlan...moga kita semua akan terus bekerjasama, tanpa kamu..siapalah mama, tanpa kamu...pasti mama dah pengsan dan bengkok sekarang ni :) I am definitely not a supermom, but i am happy for being part of this little family...syukur padaNYA.

03 December 2010

war time

Stress yg amats tak terkata kelmarin.

1. Ammar batuk2, mlm tadi batuk sampai muntah memancut keluar dr mulut & hidung. Hari ni baru abah sempat nak ambil ubat di klinik utk di pass kpd taska.

2. Mama pula attend meeting yg sgt 'panas' ptg kelmarin.
Mereka sgt ramai, sementara mama & team cuma 3 ketul je yg ada...big boss tak dpt datang.
Dan kami dihentam habis-habisan dan dipressure utk melakukan sesuatu by this 'so-called due date' yg ditetapkan oleh mereka tanpa persetujuan kami. Dan yg paling penting, masalah timbul berpunca dari mereka! Dan mereka hanya memikirkan utk mencapai target mereka, tanpa mengambil kisah constraints di pihak kami. Definitely not a 1tm mindset!

I really hate them! To you and you and you, you guys better be careful next time cause i'm definitely gonna filtering you out one by one! Tunggu saje ok. Kelmarin hari kamu....the future is mine.