18 November 2011

it's the final day of school...

and Idlan has just gotten his final xm results today.

Overall score - 92%
Kedudukan dlm kelas - 9/35

Full result:
Al-Quran 80
B. Arab 100
Pendidikan Teras Islam 93
Jawi 98
BM 93
BI 95
Maths 93
Sains 80
P. Seni A

Agak merosot berbanding keputusan penggal pertama dulu tapi takpelah, janji semua A :)
Dulu Sains dpt 100, now 80 sajer erkkkk...
Al Quran tu byk slack dekat surah Al-Kafirun...bila suruh baca kat rumah, boleh je dia baca...tp dlm kertas, sumer ditulisnya salah!

Keputusan UPSR baru keluar kelmarin.
Dan tadi aku sempat berbual dgn colleague yg duduk di sebelahku, yg mana anak sulung dia dpt 5A dlm UPSR dan no 2 terbaik bagi PSRA di negeri Selangor (mumtaz, markah 98.6%).

Hebat benar anak kakak ni.
Kata dia, sejak darjah 1 anak dia dapat no 1 dan markah selalu dpt 100% dlm setiap ujian atau peperiksaan di sekolah. On top of that, anak dia mesti bolot hadiah utk mata pelajaran terbaik.
Selain drpd potensi anak dia, peranan ibu bapa tu sgt penting. Byk benda yg ku pelajari hasil drpd perbualan singkat dgn kakak ni.

Anak kita mungkin pandai, mungkin cemerlang....
tapi tanpa doa dan restu ibu bapa, mungkin dia tidak akan cemerlang selamanya.

Anak kita mungkin tidak berapa cemerlang dan pandai...
tapi berkat doa dari si ibu dan bapa, mungkin dia akan lebih cemerlang dan excel dlm setiap perkara yg diharungi.

Masa UPSR, kakak ni ambil cuti seminggu dan berpuasa sunat setiap hari. Semasa anak dia exam, kakak ni buat solat sunat, mengaji dan tidak putus2 berdoa pada Allah sehinggalah paper anak dia selesai.

Bila ku lihat dan bandingkan dgn diri sendiri...

- hmm apa anak belajar di sekolah pun tak berapa pasti...
- 2-3 hari nak exam, baru kelam-kabut buka buku sekolah anak, dan tanya dia dah belajar sampai mana.
- last minute baru duduk dgn anak utk ulangkaji pelajaran bersama-sama dan buat latihan

Dan bila direnung dan diingat kembali, rasanya masa exam final baru ni aku terlupa nak buat solat hajat utk Idlan...unlike masa periksa penggal pertama dulu, ku rajin buat solat hajat utk dia (anyway time tu dia dpt no 2).

Sangat jelas, peranan ku sebagai ibu dekat sini sangatlah kurang.
Macam mana la anak nak cemerlang kalau mama dan papa sibuk dan kurang ambil tahu hal pelajaran mereka betul tak?

Mama janji, bermula tahun depan mama akan jadi lebih rajin dan komited lagi perihal pelajaran anak2 mama. Moga kamu akan jadi lebih cemerlang dari mama dan abah, lebih cemerlang dari mereka semua.

Dan kamu kena ingat, solat itu sangat penting. Jangan nak buat muka masam kalau mama dan abah bising menegur perihal solat kamu yg kadang2 tu laju yg amat...mama tahu kamu sibuk nak kejar tengok kartun kan???

Doa qunut - hmm alhamdulillah kamu dah hafal! Selama ni solat Subuh tak baca qunut. Salah mama dan abah tak suruh kamu hafal...tapi baru2 ni bila mama suruh hafal, hmm kejap je dlm masa beberapa jam kamu dah berjaya hafal. Yer insya Allah anak mama ni terang hati...moga Allah terus menerangkan hatimu utk mudah menangkap ilmu2 yg baik buat bekalan di hari esok.

Apa2 pun, we lurve you loads son. Kamu memang anak yg baik, taat, obedient, abang yg penyayang dan boleh diharap. Apa mama suruh, mesti kamu buat..walaupun kadang2 kamu akan membebel balik dan ckp "asyik-asyik idlan, asyik-asyik idlan...suruhlah firas!". Ahh mama tahu kamu belum cukup matured lagi, sebab tu suka bandingkan sesuatu perkara tu dgn firas.

Dan mama tahu kamu masih belum masuk 7 tahun lagi. Sebab itu perangai masih macam budak-budak...siap nak bawa mainan pergi sekolah..ape kes tu???

7 comments:

aida said...

thanks for sharing... yang aku kagum, masa penyampaian hadiah sekolah agama amni..

tokoh pelajar lelaki mithali, walaupun dapat 3a 2b, tapi seorang imam di rumah, muazzin di surau dan bercita-cita menjadi pendakwah cum doktor (pendakwah teknokrat).

aku nak anak aku seperti itu, apa-apa amalan baiknya akan sampai kepada ibu bapanya di alam barzakh

yatiscloset said...

wahh hebat cita2 budak tuh..kagum aku dgr!!

bila tanye idlan cita2 ape..dia jawab bomba. aku ckp kenape bomba?? dia ckp ntah...takleh nak pk :p

aida said...

yati, lain sikit ler beb.. cita cita bomba.. takpe jadi bomba islamik.. hihihih...

sorry pagi tadi tak perasan kau masa kat tingkat 3.. suami aku cakap hang sengih2 baru i perasan :P

yatiscloset said...

tu la hang giler serius angkat teh tarik :p

Ummu Auni said...

aku boleh imagine nada kau bebel pada idlan, hahaha

y@tipruzz said...

Kitorng silap la beb. Rupanyer style abim utk kssr ni berbeza. Final xm carry 40% je, the rest monthly assessment. No wonder sains dia ckp salah 2 je, then aku marah ckp kalo salah 2 takkan dpt 80 je? Bila gi skool tgk paper dia betullah salah 2 je hihi. Ikut cikgu abim MOE x finalize lg method kssr yg betul2 sbb tu lain skool lain implementation dia...upsr pon blom tentu ade lg time derang ni

Ummu Auni said...

tak jadi ek kluar sekolah tu?