17 May 2013

Selamat Hari Guru Cikgu!

Thanks to hubby for searching high n low on these teacher's day gifts. The blessing of working in a flexi environment, he can go run and about at his own convenience :p

Selamat Hari Guru buat semua cikgu, ustazah dan ustaz yang pernah dan sedang mengajar anak2 kami - Idlan, Firas & Ammar. Moga Allah sentiasa melindungi anda semua, dilimpahkan rahmat dan dikurniakan kesabaran dan kecekalan yg tinggi dlm mendidik mereka dan rakan2 mereka untuk menjadi mukmin yg soleh, berjaya dan berguna buat agama dan bangsa.
Buat cikgu2 lain di luar sana..terutama buat semua ex-cikgu2 saya, terima kasih cikgu!! Saya mungkin tidak berapa ingat dgn nama semua cikgu2 yg pernah mengajar saya...tapi doa saya moga cikgu2 sentiasa dilindungi Allah dlm apa jua yg dilakukan.
Tengok post en hubby dlm fb...saya pon nak tulis track rekod saya lah dekat sini..buat kenangan. Esok bila anak2 besar dan boleh baca blog mama dia, baru derang tahu wahhh rupanya mama dia ni suker berpindah-randah :p

1986 - Tadika Anakku Sayang, Kg Pandan
1987-1988 - Bukit Bintang Girl School, KL
1989-1991 - Sek Ren Keb Tumpat, Kelantan
1992 - Sek Ren Keb Tmn Nirwana, Ampang, Selangor
1993-1995 - Sek Men Aminuddin Baki, KL
1996-1997 - Sek Tun Fatimah, JB
1998 - Universiti Multimedia, Melaka
1999 - 2002 - Multimedia University, Cyberjaya
2006-2008 - Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah

9 sekolah altogether termasuk tadika, korang boleh lawan? haha
Adala 2-3 sekolah tu yang ai buat drama bila kena paksa pindah....tapi tu citer lama, tak perlu dikorek kembali...buat malu jer bila fikir adegan menangis dan sebagainya tuh haha. Tapi apa2 pun, alhamdulillah di atas berkat didikan cikgu2 semualah yg membuatkan saya berjaya seperti hari ini (eh eh berjaya kah aku? toing toingggg perasannn!!)

Ini buat cikgu2 idlan di skla & Kafa...pandai abahnya pilih...sgt comel!
 
bekas letak pensil tak cukup, jadi abah terpaksa beli gelas utk cikgu2 tadika Firas & Ammar. So total ada 26pcs hadiah altogether :)
 
dark choc brownies buat cikgu2 Kafa untuk majlis sambutan hari guru petang ini

Terima Kasih Cikgu!!! (sebut dlm nada Upin Ipin lagi best! hehe)

No comments: