04 January 2010

Junjung 31 dec-3 jan 10

Pulang ke kampung kali ni, duit banyak habis.
Hari kedua di sana, pergi ke carrefoure seberang jaya. Sambar 2 kasut, 2 selendang, sepasang kurung moden, sepasang blouse.
Hari ketiga di sana, pergi ke Jusco seberang prai city. Janji pada diri, taknak beli apa2 dah. Tapi terbeli jugak sepasang blouse.
Mujurlah hari keempat dah pulang ke kl..kalau tidak hancus rasanya.
Lepas ni kena refrain diri dari menjejak kaki ke shopping mall utk seketika waktu, al maklum di awal tahun baru ni, kena bayar yuran sekolah idlan di Ad Din, ditambah pula dgn yuran smart reader di mana kami plan utk hantar idlan ke english class setiap hari sabtu, ditambah pula dgn vakum yg tetiba blow pagi tadi, dan fan di master bedroom kami yg blow 2-3 minggu lepas tapi masih belum direpair.

Si abah pun happy, apa tidaknya sehari sebelum pulang ke kl kami sempat singgah di kedai motor Mega Fortune. Jaket idaman berada dalam genggaman.
Idlan & Firas pon happy...dpt round kampung naik motor Wan, dapat jumpa cousin2 mereka, dapat baju baru, dapat mainan baru.
Mak Ude pulak dah start keje....dah bz dgn on call, so lepas ni takleh la nak jln2 dtg kl macam dedulu.

Hari ni, mama terpaksa mc. Bawah mata kiri bengkak teruk, ingatkan kena gigit benda, tapi rupanya naik ketumbit isk isk. Penangan ketumbit kali ni lain macam sket, sampai bengkak dan berdenyut-denyut pulak rasanya. Harap2 by esok mata ni dah sihat...tak syiok rasanya bila mc di awal tahun baru ni.


firas cuak 1st time naik motor tok wan....


di jusco....
front: idlan, haikal, firas
back: mak, aiman, mak ude, mama


3 beradiks....idlan-haikal-aiman


org bz shopping, dia lena diulit mimpi


the best bargain ever, buy 1 free 1 :p

2 comments:

Farra said...

agaknya sbb kg pruz tu dkt bandar, suka sgt la korang shopping2 kat sana

kami jarang kuar jln2..dok kg / air terjun je , so jimat wang jugak :D..nak buat cemana, kg dman jauh dr bandar

y@tipruzz said...

yaa betul! kg dmn jauh...tak berbaloi kalo nk kuar town rugi minyak hehe