25 February 2015

Stok EBM selepas sebulan

adalah dlm 109oz setakat hari ini...stok agak kurang memberangsangkan compared to Ammar dulu (150oz dlm masa sebulan pertama).

Start pam 3 hari lepas Irfan bersalin. Sekali pam dptla dlm 40ml (sebelah B)...kdg2 bole reach 60ml (2oz). Selalu pam sebelah je, sbb Irfan tidur kejap2..so spare sebelah lagi for DF..if not mahu mengamuk mamat tu kalo tetiba dia bgn and mama baru lepas pam.

Timing mengepam x tentu. Selalu 2x je dpt...siang n tgh mlm. tu pon depends la kalo dia bgn every 1hr time mlm mmg x dpt nk pam la. Mama pon nk rehat jugak hoho. Nk cari waktu pam time siang lg mencabar considering Irfan tidur kejap2 x sampai 30min..kalo dpt sejam tu mmg bertuah sgt dah mama!

Bila baca kat website kellymom, rupanya normal utk momies yg full time bf utk pam around 0.5 to 2oz for each session. Adoi lega bila baca! actually dh risau sebenarnya bila dpt kumpul stok sket je...tp takpela kena pujuk hati utk usaha dan buat yg terbaik. Moga Allah permudahkn perjlnan bf mama buat Irfan kali ni amin...

Oh ni pic Ebm Irfan yg diperah masa hari ke4 -6 kot...color masih kekuningan sbb belum keluar susu yg mature lagi :)

Hepi breastfeeding mommies!

Irfan 1 month

Kelmarin pegi klinik utk injection 1 month - Hep B.
Biasalah meraung kejap, then ok :)

Utk rujukan mama:
Berat tambah sket je - dari 2.72kg ke 3.1kg
Head circumference - bertambah dari 33cm ke 36cm

Behavior - masih kurang tidur siang, susah benar nak dpt tidur at least sejam. Malam kerap bangun, mcm malam tadi almost every hour bgn, adoi mencabar keimanan mama si kecik nih!


22 February 2015

Bila susu badan tidak keluar

Selepas bersalin, usah gusar jika susu badan anda tak keluar secara automatik. Ada orang lepas bersalin je terus susu keluar dgn byk. Ada juga orang yg susu badannya hanya akan keluar dua atau tiga hari lepas bersalin...atau mungkin lebih lambat. Jangan risau sangat ye mommies, yang penting kena ingat yg susu badan anda tetap anda, cuma it takes time for it utk keluar utk bayi anda!

Pengalaman saya sendiri, susu hanya keluar 2/3 hari lepas bersalin. Macam Irfan hari tuh, masa nurse suruh bf, saya letak je baby and kasik dia hisap, tapi setitik pon langsung takde! Irfan plak mcm baby2 lain, memula keluar mesti mamai..in fact first few days kebanyakan baby mmg akan tido sokmo...so kuranglah stimulation utk si ibu.

Bila dah keluar dari labor room and pindah ke wad, susu masih belum keluar. Bila nurse bawa baby ke bilik dan tanya nak bf baby tak? saya cuma jawab nak and bila sampai masa derang akan ambil baby balik ke nursery. Tapi susu still belum keluar jugak...mujurlah Irfan tidur je, so takdela dia mengamuk dan mengganggu patient sebelah katil saya :p Malam tu, mmg saya duk la sikat2 dan urut both B utk stimulate pengeluaran susu...sambil2 tu mulut mmg tak berenti doa pada Allah mintak cepatkan pengeluaran susu saya utk Irfan. Disebabkan hospital takkan kasi baby discharge kalau dia tak berak dan kencing, saya berikan kebenaran utk pihak hospital top up dgn susu formula jika Irfan tak kenyang (sebenarnya saya tipu nurse2 dgn mengatakan baby dah bf everytime depa amik Irfan dari saya huhu). Saya tak pasti berapa byk susu formula yg sudah diberikan kpd Irfan...tapi yg pasti Irfan byk tido dan kurang berjaga....dan yg pasti Irfan diberikan formula cuma pada hari pertama dia lahir.

Hari kedua, lepas lunch baru saya berjaya discharge. Again susu masih belum keluar, tapi since Irfan asyik tido je, pressure pada mama tu agak kurang. Seigt saya mlm tu barulah susu keluar sket, yakni kolostrum. Bila kuar je setitik dua, cepat2 saya sapu dgn jari ke mulut irfan sbb dia tido. Irfan masih belum pandai bf dgn betul, latch pon tak betul lagi. Hari ke3 dan ke4, B dah bengkak sbb susu makin byk tapi baby belum pandai latch dgn betul...mmg sakit yg amat. So saya sudah mula start aktiviti mengepam sejak hari ke3...takut sgt kalo bengkak susu, boleh demam ok! Bila pam, susu yg keluar agak kekuningan (pekat jugak kaler dia), dalam masa yg sama saya simpan sket dlm botol dan suapkan Irfan dgn sudu sebab susu2 terawal ni sgt penting utk antibodi dia. Irfan agak kurang cooperative sbb slalu tido, jadi susah utk saya train dia bf dgn betul. Rasanya hari ke6 or 7 baru dia boleh bf, tu pon belum betul2 terer lagik. Baby kalau tak pandai latch mmg akan mengamuk kan...so mama mmg kena bersabar byk2 part training newborn utk bf nih. Kalau tak kuat iman, mental dan fizikal mmg dah lama suap dgn formula...tapi JANGAN give up ye mommies!!

Sampai skarang (hari ke 28) Irfan at certain times tak latch on dgn betul. Kadang dia gopoh sgt, amik masa few minutes jugaklah baru dia boleh latch properly dan cover mulut dia the whole aerola tu. Bila tgk youtube, antara sebab baby tak latch dgn betul sebab dia tak bukak mulut dia besar2..jadi mulut dia cuma cover bhgn nipples sahaja, tak cover aerola. Bila jadi mcm ni, mommies kena stopkan nursing (keluarkan mulut baby dari nipples anda) dan cuba lagi sampai baby berjaya latch dgn betul ok. If not mmg nipples boleh terluka, crack or even worse berdarah! Sila tgk youtube dan gugel internet tentang how to latch on for newborn dan sebagainya...insya Allah byk jugak info yg dpt membantu especially for first timers.

20 February 2015

bayi berjaga di tengah malam

Jam 2 pagi.

Budak kecik ni suke benar wat projek tgh mlm/pagi. Elok je dh kenyang minum, tetiba dia berak..pastu sedu..pastu mata bersinar2. Mama siap settle potong kuku kaki dan tangan awak...dah tak tido sgt kan haishhh.

So far mmg rekod tanpa kalah wat projek almost every night. Adoilah adik..berak jela waktu siang..mlm kasikla chance mama tido lama sket!

Jeles tengok abg2 dan abah tgh lena kat living hall tu :p

18 February 2015

Tidur buai

Akhirnya mama mengalah! Sleeping beauty (gelaran yg nek umi kasik sbb dia susah tido hihi) ni tidur buai start kelmarin..pada hari ke 23 dlm pantang.

okla Irfan bole tido lama sket dr biasa. Paling penting, mama kurang lenguh tgn nk dodoi dia time nk tido...lega sesgt ok!! Dahla semlm kena migrain attack dr hari sebelumnya..telan ponstan 2 biji pon x jln. Nmpk sgt mama stress :(

Ammar agak teruja bila nmpk buai ni kelmarin. Dia teringin naik hehe sabor jela.

Oh sape yg skeptikal pasal bayi tido buai ni, jgnla judge org lain kalo anak korng tak tido buai yer. Soal keselamatan tak dinafikan mmg kena pantau lebih sket, dan antara sbb mommies terpaksa mengalah dan tidokn anak mereka dlm buai adalah utk kesihatan dan ketenangan mommies tu sendiri dlm pantang. Kalo stress, bukan saja bole jatuh sakit...silap haribulan bole meroyan tau hoho. Dan perkara yg paling aku takuti, susu bdn akan berkurangan time kite stress. Haa dahla anak susah tido..susu plak merudum..kan ke dah double stress tuh!

Satu lagi, bayi kalo tido lama sket barulah senang nk tambah berat bdn dan membesar...kalo kurang tido sedikit sebyk akan menjejaskn tumbesaran dia...mcm 
Irfan ni nmpk gaya mcm x tambah je berat dia..kecik mcm baru lahir aritu jer huhu

okla masa utk mengepam sementara sleeping beauty saya tgh tido nih...adios :)

17 February 2015

My 2nd online purchase!

consists of few essentials. My shopping cart has been added with few items since weeks ago,but the urge to place order finally came when we couldnt find the sarung buai, hence jom beli sarung buai! It is hard to put Irfan into sleep. Sometimes it took me 2hrs..3hrs..or even 4hrs before he dozes off, so was thinking to assemble the buai one day..tgkla camner. Had migrain attack for 3-4 times already during this confinement period due to stress and sleep deprived huhu

Back to my online shopping, i bought 3pcs of basic nursing bra (rm47.76), 1pc of Adora comfort bra (this is PWP hence got it at only rm16), 1 Lamaze wrist rattle (rm6.90) and a rose pink nursing blouse (59.90) which i lurve it very much! and oh the sarung buai costs me rm19.90. Anyway those itemswere bought from onebabyworld.com..one of my favourite online baby shops hiksss

So that's all for now peeps :)

p/s: rasa mcm gatal tgn nk bli nursing blouse lagik hiksss

09 February 2015

Set pantang bersalin

Kali ni mmg takde beli set pantang bersalin yg mcm org slalu beli tuh, pengajaran dari kes Ammar dulu, beli Nona Roguy 1 set tapi last skali mmg tak mkn pon sbb Ammar kena breastfeeding jaundice sampai 1 mth++.

Last Wednesday bawa Irfan pegi Columbia utk buat hearing test, dan test jaundice sama. Bilirubin level not too high, kira ada jaundice sket la. Ok mmg tepat la decision tak beli set jamu tu hehe. So inilah vitamin2 yg aku mkn time pantang kali nih.

Before breakfast wajib mkn habatussauda dan olive oil (dari preggie mmg dah start mkn). Then lepas breakfast mkn vitamin C, Calcium Magnesium & multivitamin yg doc Shida kasik. Executive B tu skip dulu..tunggu multivit habis baru consume Executive B tuh. So far badan rasa ok alhamdulillah...cuma pinggang ni mmg sakit tak dapek nk tolong dah sbb duk menyusu Irfan lama sangat! Letih woo time dia marah, mmg takleh duduk menyusu dgn tenang. Terpaksa bgn dodoi, tidur atas bahu, atas lengan, memacam la position kena try utk tidokan dia ngeh ngeh. Mama mmg kena bertabahlah...ni sama kes mcm si Firas dulu nih, susah nak tido sampai mama give up and terpaksa kuarkan buai.

Ramai kata pil phytonatal Nona Roguy tu elok utk melancarkan proses membuang. Bagi aku plak, tanpa pil tu pon senang je proses pembuangan berjln lancar ...tipsnya ialah sila minum air milo. Pas pekena milo time breakfast tu mesti masuk toilet :p Rasanya apa2 minuman yg bersusu boleh trigger anda utk cepat ke tandas. So sape yg sembelit time berpantang ni, selain kena minum air byk dan mkn sunkist, anda boleh try minum air bersusu ok!

06 February 2015

Bumble Bee Nursing Pillow

My very first online purchase during confinement period, also the most expensive single-item purchased for bby Irfan!

Average nursing time for Irfan is around 1.5-2hrs, before i can finally put him into sleep. There were times he woke up n refused to sleep for nearly 3 hours..nak kena kelek jer! This caused serious ache to my back,neck and of course arms. Hopefully this nursing pillow can at least reduces the pain and makes nursing more enjoyable n comfy for both mommy n baby :) Bought this Bumble Bee nursing pillow at Rm79.90 @ Fabulous Mom, normal selling price is Rm99.90. Pls do cross checking at all the major online baby shops before u do the purchase as some are having discounts on selected items.

2nd item purchased are washable bra pads. This is considered essential items for nursing moms, since ur milk will definitely flow n wet the bra during nursing. These 6 pcs bra pads are now selling at 20% off the normal price Rm16.90.

That's all for now. Hope there will not be too many series of online purchase this time! :p

05 February 2015

Kisah kelahiran baby Irfan (part 2)

Ok kite sambung yer!

26 Jan (Isnin)
Hari yg dinantikan sudah tiba! Memandangkan tiada apa yg berlaku mlm tadi dan sakit contraction yg natural langsung takde, aku akan di induce pagi ni spt yg dijadualkan oleh doc. Pagi tu bgn awal (sbb mmg tak lena tido), solat, mandi n breakfast (2 keping roti+air milo je yg hospital serve huhu..then minum air zamzam dan makan kurma). Berdebar mmg toksah ckpla. Pruz sampai quite awal pg tuh...dan kami pon ternanti2 lah nurse or doc sampai. Akhirnya dlm kol 9am baru nurse muncul ckp jom kita turun labor room skarang. Eh before that aku disuruh tukar uniform siap2 hehe. Labor room dekat tingkat 1, sama dgn ward/nursery room. Ada 5 labour room in total kat sini...aku masuk ke Room 5. Bila dah masuk situ, aku terdengarla patient lain tgh sakit nk bersalin...ada 1 bilik ni mmg gamat and havoc bunyi dia..budak tu susah nak bersalin kot punyerla bising bunyi nurse/midwife tgh kasik moral support n cheer budak tuh..isk lagi gerun rasa hati ni bila dgr bunyi org lain sakit huhu

Aku dimasukkan drip around 9.15am..satu botol ubat nk kasik contraction, 1 lagi plain water...fungsi dia nk kasik mommy stay well hydrated time sakit tuh..sbb guna byk tenaga kan nnt :p Midwife tanyela ni anak no brape...pastu dia ckp ohhh no 4 dah ke...cepat nih bersalin insya Allah. Aku ckpla average aku sakit 6 jam..dia senyum jer. Ada 3-4 org nurse dan midwife yg sentiasa keluar masuk labor room tu utk check bacaan CTG aku. Doc sempat jenguk kejap...then terus gi labor room lain sbb pg tu ade 3 patient lain tgh sakit nk bersalin...aku patient ke-4.

Rasanya contraction mild dtg dlm 9.45am gitu kot...time ni ok lagi still boleh borak dgn Pruzz. Sempat jugak baca Surah Maryam sekali...before contraction yg lebih aktif dtg. Nurse ajar guna gas ethonox kalo sakit...few times dia pesan suruh guna kalo tak tahan sakit.Mulut ni mmg tak berenti baca Ya Fattah dgn doa Nabi Yunus dlm perut ikan nun (ni hasil google few days before bersalin hehe). Selawat pon baca gak silih berganti. Bila sakit yg amat tu dtg, pruz cubala letak gas ethonox tu kat mulut aku..aku try sedut sket tapi mcm tak berkesan je..nk try sedut in deep breath rasa mcm terganggu n lemas plak + tgh sakit yg amat ....so after 2-3x guna gas tu aku tepis je...tayahla guna mmg rimas! So back to cara yg aku pernah praktis utk abg2 Irfan...masa sakit tarik nafas n hembus...bernafas dgn laju. Masa sakit tu mata aku keep on tgk jam di dinding..mmg boleh tahu timing contraction yg bakal dtg sbb dia sgt regular..every 1 min kots. Midwife few times pesan kalo ada rasa nak bera* cepat2 inform yer.

Dalam kol 12pm aku rasa mcm ada urge kat bawah tuh...tapi mcm berbelah bagi nk inform nurse ke tidak..sbb aku bajet bersalin kol 2-3pm kalo ikut average sakit 6 jam tuh. Last skali bila rasa mmg mcm ada benda kat bwh tu aku suruh pruz inform midwife. Midwife check bwh, dia ckp ok dah fully dilated. Cepat inform doktor! I was like wahhhh tak sangka cepatnya...syukur alhamdulillah! Midwife pon angkat katil aku bagi position duduk, dia suruh angkat both kaki dan tangan pegang ke pergelangan buku lali or peha. Aku pegang pergelangan kaki kot..sbb still reachable. Then dia suruh try push bila dah rasa..aku try la...then dia ckp very good ok now u rest..kita tunggu doc. Ohh dia nk test tgk aku pandai push ke tidak rupanya hoho!

Tak sampai few minutes doc shida sampai. Then dgn guidance doc, charge nurse dan midwife akhirnya lepas 3-4 push Irfan pon lahir ke dunia. Mmg kali ni proses teranku agak teratur, mujurla tergerak hati nk google kat internet 'cara2 bersalin'. Before this mmg taknah amik port langsung pasal teknik bersalin nih. Masa meneran muka tunduk ke bawah arah dagu/perut. Tarik nafas panjang thru mulut dan teran dgn satu nafas sahaja..then baru hembus nafas. Jgn curi nafas masa meneran tu sbb baby boleh masuk ke dlm balik tau. Rehat kejap bila penat..jgn sibuk nk push continuous sampai tercungap2 dan hilang tenaga. Masa teran doc dan midwife mmg sgt supportive..depa duk ckp ok very good very good you're doing good..masa derang ckp ok mama one last push yer....wahh time ni mmg rasa sgt bersemangat hehe

Irfan selamat lahir jam 12.22 tengah hari waktu tempatan :p

Lepas tu derang letak Irfan kejap atas dada aku..then tanya si abah nak tak potong tali pusat baby? So pruzz pon potong la tali pusat tuh..doc siap pesan selawat dulu ye abah. Aku sempat tanya placenta dah keluar ke doc? Doc ckp dont worry kita tekan2 je perut u nnt dia keluar...(oh takyah push ke hehe lupa dah). Lepas doc tekan2 perut kasik darah and placenta kuar, prosedur jahit pon bermula. Doc bius (local anasth) kat tpt nak jahit tuh..syukur doc kata dlm 1-2 jahitan je..tak byk. Kejap je setel, terasa jugakla benang di tarik2 even tho dah bius (tapi taleh lawan sakit contraction lah!).

Pastu aku cuba lelapkan mata n rehat. Nurse serve lunch dlm labor room tu (sbb dah waktu lunch kan..orang lain mkn milo dan biskut/roti tak silap pas bersalin) dan aku dgn jayanya mkn dgn penuh selera. 3-4 jam lepas tu baru aku diusung ke wad. Before that sempatla aku dengar budak lain yg tgh sakit nk bersalin yg mcm nk give up dah...kesian dia..maybe anak sulung kot takde pengalaman. Last skali nurse kata depa terpaksa vakum baby tuh sbb mama tu tak larat dah...huhu.

Ptg tu Umi datang dgn Pa bersama dgn kekanak....derang bila masuk je bilik wad tu terus tanya mana baby mana baby? sorang pon tak tanya khabar mama sabor jela :p Time umi dtg tu aku tetiba rasa mcm dizzy...padahal dlm labor room tadi rasa mcm segar bugar (nasi lunch pon almost habis!). Rasanya time maghrib tu kepala rasa dah back to normal...tak pening dah.

Alhamdulillah proses kelahiran Irfan kali ni agak mudah. 3 jam je sakit berbanding Firas dan Ammar dulu 6 jam.  Orang kata kalau induced takut jln lambat buka sbb serviks tk ready...anyway benda ni varies amongst individuals...ada yg cepat, ada yg lama proses bukaan nak capai 10cm tuh. Rezeki memasing kan...yg penting selalulah berdoa agar Allah permudahkan proses bersalin kita. Jgn lupa kerap baca Surah Maryam, time sakit contraction tu cuba selawat, baca Ya Fattah dan doa Nabi Yunus. Teknik pernafasan kena jaga, cuba tenangkan diri dan minda... dan jgn mengerang or menjerit sbb nnt hormon yg keluar tu (tak igt hormon apa) akan buat kita rasa lebih sakit...apa pon kita cuma usaha dan yg selebihnya kita serahkan padaNya.

Jom layan gambar budak kecik nih...nama dah official... Muhammad Irfan Faris bin Mohd Fairuz...moga membesar jadi anak yg soleh ye nak! Amin Ya Rabb....

Irfan = kebijaksanaan
Faris = yg alim, penunggang kuda

fresh from the oven nih..lepas dah dibersihkan.

anak mama yg paling small dan ringan...2.72kg je awak nih :p Exactly sama mcm dlm result scan antenatal check up mama!


Hari ke-3...dah rasmi sofa merah mama! Awak asyik tido je hari ke-2 hingga 4...so mama test tak bedung tgk bgn tak...rupanya lena gak! Tapi skang ni...awak punyerla payah nak tido...mama mmg kena byk2 bersabar!

03 February 2015

Kisah kelahiran baby Irfan

23 Januari 2015 (Jumaat)
39 weeks antenatal check up dgn Dr Shida. Result scan hari ni agak mendebarkan. Doc kata air ketuban ku makin berkurang, below normal level (reading dlm 7.9, normal above 8). Doc suggest utk induce next Monday (26 Jan) rather than waiting for another 1 week before EDD ku (1 Feb). Aduh sedihnya rasa masa dgr doc ckp tuh, sbb takut kalau bukaan serviks tak ready ada high chance utk emergency csect due to baby distress. Sesungguhnya mmg aku tak sanggup kena csect lagi..cukuplah rasa time Idlan dulu. So doc kasi MC utk hari itu (walaupun plan asalnya aku igt nak mintak MC start next Wednesday sbb nak setelkan kontrak ATK dan paper JPP dan handover keja2 lain, lagipon staff ku tgh bercuti umrah, rasa tak proper nak tinggalkan ofis). Lepas check up tu terus ku wassap bos, umi, yati dan geng lunch ku. Sambil wassap ngan umi sambil mengalir air mata (ofcoz cover2 dari Pruzz dan Ammar hehe) sbb mmg rasa sedih yg amat. Anyway doc ada check bukaan baru 1cm, dia ckp lepas ni akan keluar spotting sket2 so jangan panik. Awak doalah sakit natural datang sendiri, so that kita tak payah induce. Doc jugak pesan utk slalu monitor fetus movement. Malam tu serius ku tak boleh lena..memacam fikir dlm otak nih....aduhai hati tenanglah dikau! Buat pertama kali jugak aku buat fetal kick counts...yela doc dah pesan...so aku mmg kena alert kalo ada anything abnormal yg dikesan. Mmg mlm tu duk la google pasal air ketuban kurang (dlm medical term dipanggil 'oligohydramnios' = is a condition in pregnancy characterized by a deficiency of amniotic fluid). Makin byk yg dibaca, makin risau jadiknya! Baca dekat babycenter, byk kes emergency csect utk kes induced disebabkan kurang air ketuban due to baby distress.

24 Jan (Sabtu)
Hampir seharian berjalan ke Mid Valley. Konon salah satu exercise utk cepatkan bukaan dan kasik sakit natural datang. Tapi nothing happened..penat dan lenguh kaki toksah ckpla kan! hehe.

25 Jan (Ahad)
Pagi lepas breakfast roti canai bukit, the whole clan pegi NSK beli groceries dan lauk2 utk pantang. Aku beli 2 ekor ayam, ikan tenggiri, jenahak dan kerisi. Cukupla utk stok 2 minggu kots. Balik NSK, siang2 lauk bagai...then masak kari ayam khas utk Ammar sbb dia dari kelmarin duk request nk mkn kari. Dalam jam 1.30pm, aku dah ready utk lunch dan suap Ammar, tetiba rasa macam ada air mengalir keluar. Aduhh air ketuban ke nih?? Check dlm toilet, tgk jernih je air tuh...sah kot air ketuban! Sempat google kejap description pasal air ketuban, then wassap geng lunch mintak pendpt depa, Aida rekomen terus gi hospital. Call Columbia, derang suruh terus pegi emergency. Ok hati mmg sgt berdebar, tapi sempat la mkn dulu and teruskan suap Ammar. Suruh kekanak dan hubby lunch cepat2. Kari yg sedap pon rasa mcm tak sedap bole? mcm tak tertelan rasa hehe

Dalam  pukul 2 lebih, kami terus pegi ke bhgn emergency. Aku ditolak ke labor room, nurse check air yg keluar tuh (anyway mmg aku rasa air duk keluar sket2) dan buat CTG. Fetus heartbeat ok...contraction not detected at all. Nurse update kat doc, doc advise utk admit masuk ward mlm tuh utk terus monitor CTG. To cut it short, aku bermlm di wad tanpa hubby dan kekanak sbb bilik single full, dpt bilik twin sharing jer sob sob. Nurse duk monitor CTG mlm tuh, dan slalu pesan utk alert derang kalo ada sakit contraction, atau cepat2 ifm jika air ketuban bertukar color yellowish/green. Isk mmg tak lena tdo mlm tuh, sbb risau takut air ketuban bertukar color. Pruzz kat rumah pon tak lena. Anyway kekanak dah selamat dieksport ke Ampang rumah nek umi mlm tu jugak, in case kalau aku sakit nak bersalin mlm tu hehe.

okla sambung nx entri la plak ek..pjg dah ni :p

Deep freezer baru!

Alhamdulillah, aksesori baru di rumah kami..beli sempena kehadiran ahli baru yg kenit nih :) Hubby beli di kedai brg2 elektrik depan EPF lama kajang...paling murah is brand Hisense dr china..belasah saje lah heee reganya RM500...dekat kedai lain ada yg jual RM550.

Moga lepas ni makin bersemangat utk kumpul stok susu buat baby Irfan :)

Kisah kelahiran Irfan nnt saya tulis dlm separate entry yer!