22 February 2015

Bila susu badan tidak keluar

Selepas bersalin, usah gusar jika susu badan anda tak keluar secara automatik. Ada orang lepas bersalin je terus susu keluar dgn byk. Ada juga orang yg susu badannya hanya akan keluar dua atau tiga hari lepas bersalin...atau mungkin lebih lambat. Jangan risau sangat ye mommies, yang penting kena ingat yg susu badan anda tetap anda, cuma it takes time for it utk keluar utk bayi anda!

Pengalaman saya sendiri, susu hanya keluar 2/3 hari lepas bersalin. Macam Irfan hari tuh, masa nurse suruh bf, saya letak je baby and kasik dia hisap, tapi setitik pon langsung takde! Irfan plak mcm baby2 lain, memula keluar mesti mamai..in fact first few days kebanyakan baby mmg akan tido sokmo...so kuranglah stimulation utk si ibu.

Bila dah keluar dari labor room and pindah ke wad, susu masih belum keluar. Bila nurse bawa baby ke bilik dan tanya nak bf baby tak? saya cuma jawab nak and bila sampai masa derang akan ambil baby balik ke nursery. Tapi susu still belum keluar jugak...mujurlah Irfan tidur je, so takdela dia mengamuk dan mengganggu patient sebelah katil saya :p Malam tu, mmg saya duk la sikat2 dan urut both B utk stimulate pengeluaran susu...sambil2 tu mulut mmg tak berenti doa pada Allah mintak cepatkan pengeluaran susu saya utk Irfan. Disebabkan hospital takkan kasi baby discharge kalau dia tak berak dan kencing, saya berikan kebenaran utk pihak hospital top up dgn susu formula jika Irfan tak kenyang (sebenarnya saya tipu nurse2 dgn mengatakan baby dah bf everytime depa amik Irfan dari saya huhu). Saya tak pasti berapa byk susu formula yg sudah diberikan kpd Irfan...tapi yg pasti Irfan byk tido dan kurang berjaga....dan yg pasti Irfan diberikan formula cuma pada hari pertama dia lahir.

Hari kedua, lepas lunch baru saya berjaya discharge. Again susu masih belum keluar, tapi since Irfan asyik tido je, pressure pada mama tu agak kurang. Seigt saya mlm tu barulah susu keluar sket, yakni kolostrum. Bila kuar je setitik dua, cepat2 saya sapu dgn jari ke mulut irfan sbb dia tido. Irfan masih belum pandai bf dgn betul, latch pon tak betul lagi. Hari ke3 dan ke4, B dah bengkak sbb susu makin byk tapi baby belum pandai latch dgn betul...mmg sakit yg amat. So saya sudah mula start aktiviti mengepam sejak hari ke3...takut sgt kalo bengkak susu, boleh demam ok! Bila pam, susu yg keluar agak kekuningan (pekat jugak kaler dia), dalam masa yg sama saya simpan sket dlm botol dan suapkan Irfan dgn sudu sebab susu2 terawal ni sgt penting utk antibodi dia. Irfan agak kurang cooperative sbb slalu tido, jadi susah utk saya train dia bf dgn betul. Rasanya hari ke6 or 7 baru dia boleh bf, tu pon belum betul2 terer lagik. Baby kalau tak pandai latch mmg akan mengamuk kan...so mama mmg kena bersabar byk2 part training newborn utk bf nih. Kalau tak kuat iman, mental dan fizikal mmg dah lama suap dgn formula...tapi JANGAN give up ye mommies!!

Sampai skarang (hari ke 28) Irfan at certain times tak latch on dgn betul. Kadang dia gopoh sgt, amik masa few minutes jugaklah baru dia boleh latch properly dan cover mulut dia the whole aerola tu. Bila tgk youtube, antara sebab baby tak latch dgn betul sebab dia tak bukak mulut dia besar2..jadi mulut dia cuma cover bhgn nipples sahaja, tak cover aerola. Bila jadi mcm ni, mommies kena stopkan nursing (keluarkan mulut baby dari nipples anda) dan cuba lagi sampai baby berjaya latch dgn betul ok. If not mmg nipples boleh terluka, crack or even worse berdarah! Sila tgk youtube dan gugel internet tentang how to latch on for newborn dan sebagainya...insya Allah byk jugak info yg dpt membantu especially for first timers.

No comments: