12 March 2010

Pagi tadi di Hot FM, tajuk hot check yg diutarakan adalah ‘berjaya selepas gagal’. Saya tertarik dengan cerita seorang pemanggil lelaki ni. Dia gagal dalam SRP, berhenti belajar dan kemudian mengambil upah kerja menarik tiang elektrik, kabel, etc. Ada macam2 lagi kerja yg dilakukan, semuanya memerlukan kudrat yg lebih dan memenatkan. Kemudian dia kumpul duit, dan Berjaya membeli mesin kecil utk menurap jalan. Bermula dgn menurap jalan kecil di kawasan rumah dia, sekarang ni dia Berjaya mendapat kontrak membina jambatan yg harganya jutaan ringgit.

Kagum bukan?

Ini satu lagi kisah benar, anak saudara kepada bapa mertua saya yg kami panggil abang zul. Kata emak, abg zul belajar tidaklah sepandai mana, tidak masuk U pun. Bermula dengan kerja kecil-kecilan, sekarang di mata kami semua dia memang sangatlah berjaya. Business berkaitan telekomunikasi tak silapku, kontrak jutaan dengan syarikat2 gergasi termasuklah TM :) Yg ku tahu, dia ada banyak asset, rumah sendiri sangat besar, rumah sewa mmg merata. Adik-beradik dia ramai, tapi bila adik2 nak kahwin, dialah yg paling banyak mengeluarkan belanja. Orangnya kecil sahaja, muka very humble, anak2 dia comel tak ingat. Kata emak, itulah abg zul, orangnya tak pandai mana, tapi salah satu sebab emak percaya dia berjaya adalah dia tidak pernah terlepas utk menunaikan solat duha. Setiap hari. Ya rezeki tu mmg datang daripada Allah. Kepada Dia kita meminta, dan hanya Dia yg berkuasa untuk memberi.

Saya sangat kagum bila kenal dgn orang yg sebegini mulia sifatnya.

Satu lagi yg saya percaya, berkat doa ibu dan bapa, maka berjayalah anak2 tu insya Allah. Oleh itu, jangan lupa pada kedua ibu bapa kita, walau setinggi mana anda berada, setimbun mana harta anda...mereka haruslah sentiasa bertapak di hati kita. Saya sangat terharu bila mana ibu saya selalu berkata, umi tak mengharapkan apa2 dari dik nur, cukuplah doa dari anak2 untuk bekalan di hari akhirat kelak. See, time tulis ni pun saya dah mengalirkan air mata huhuhu ku memang seorang drama queen :p

Saya sangat sayang ibu dan bapa saya...Moga mereka sentiasa berada di dalam lindunganNya.

sekian renungan di pagi Jumaat :p

6 comments:

aida said...

yati, aku menangis baca kisah ni. sebab pagi tadi aku marah amni, dia tak dengar apa aku suruh buat. balik dari hantar amni, suami aku cakap.. setiap kata mak pak adalah doa. terus aku diam.

aku selalu marah anak2 aku. huwaaa

CT said...

aida, me tooo selalu marah anisah..huhuhu tp lepas marah mesti tensen sendiri huhuhuh

yati, cuba baca buku latest Dr Ridzwan Bakar...ada la lebih kurang cerita awak ni..tp die more towards sambung belajar n mencari ilmu...

aida, awak pun should read sbb mmg die fokus pasal cerita die amik PHD...:)

y@tipruzz said...

we can never be a perfect parents, but we can always try and strive to become one..at least to the eyes of our beloved kids betul tak?

aku pun tulis ni dgn niat utk mengingati diri sendiri :)

myjuliana said...

slalu2 ingatkan diri & suami. anak2 tu kita yg bentuk. kalau silap perilakunya, cermin2lah diri kita.

dulu hubby selalu marah2 aisya esp bila taknak buat apa yg disuruh. after we had several discussions, he's more calm now. as a result, aisya dah banyak boleh baca quran. siap hafal surah lagi. hari2 baca quran skarang. kalau ayah/emaknye tak ajar dgn baik, siapa lagi kan?

satu lagi, kalau ada mission nak kaya & berjaya, biarlah niat tu untuk menolong org yg susah. takut seh kalau jadi kaya tapi bongkak and lupa diri. nauzubillah..

puterikiut said...

daku pun mengalir air mata baca entry ni..kadang2 tu kalau pagi2 marahkan anak2 sbb lambat siap ke sekolah, 1 hari rasa bersalah..sorry anak2 mama..

ieka said...

yati, tu bukan drama queen tapi terkesan sbb dah jadi mak juga sekarang.. hehe tq for the posting, tapi betullah nak kaya byk cara..cuma sanggup ke tak la.. nak buat dhuha sekali sekala pun susah, apa lagi istiqamah kan.. moga2 tak dpt kaya harta , kaya budi bahasa pon ok la.. harap2 nya la kekal sampai bila2 huhuh