25 March 2013

Gold Coast again?

Kita nak pegi mana mama cuti sekolah kali ni?
Pegi Gold Coast...
Yessss. Berapa hari mama?
Sehari jer...
Eh kenapa sekejap jer..bukan jauh ker?
Bukan Gold Coast Australia tu la....Gold Coast kat Malaysia nih jer.
alaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


hehehehe amboi anak2 sekalian...
takkan nak repeat Gold Coast OZ berkali-kali kots..
Lainla kalau company mama kasik bonus masyuk macam bank ker GLC lain ker...konfem tak payah tunggu bertahun-tahun utk menabung...terus mama klik 'now everyone can fly' dan buat booking! :p

Takpe yer....tahun ni kita cuti2 Malaysia jer. Kena doakan abah cepat siapkan phd, lepas tu baru mama intai-intai 'now everyone can fly' dan kita pergi jalan2 cari makan!


So cuti sekolah kali ni kome ke mana?

Oh just for my personal note, alhamdulillah si sulung kami sudah berjaya khatam al Quran pada Sabtu lepas. Syukur kami panjatkan kepadamu Ya Allah, yang menerangkan hati anak2 kami, dan memudahkan proses pembelajaran anak2 kami. Moga Kau kekalkan rahmatmu buat anak2 kami, dan anak2 sahabat kami...agar mereka terus berjaya dunia dan akhirat.

Mama terfikir nak buat pulut kuning dan rendang utk dibawa ke Kafa, tapi aishhhhh nak masak rendang? hahhhh itulah masalah paling besar buat mama..i've never cook rendang on my own sedari dulu! (opss pecah rahsia rumah tangga!) Masak utk family pon belum pernah, apetah lagi nak masak utk budak2 kafa yg ramai tu kan....lepas tu mesti ustaz dan ustazah kafa tu pun akan rasa...kalau rasa rendang tu pelik, waduhhhh jatuh reputasi mama haha!

Nak outsource kepada Nek Umi...susah pulak arrangementnya nanti sebab pulut dan rendang mestilah kena masak pada hari yg sama..baru sedap. Mama tanye pada si sulung, kalau mama bawak kek je ok tak? Si sulung sgt sporting...dia cakap 'ok jer mama!' Tapi ish mama masih rasa tak puas hati. Abah kasik idea...'nanti kite tanye makcik jual nasi lemak tepi sungai tuh'. Oh yesssss idea yg sgt bernas...harap2 makcik tu sudi buatkan pulut kuning buat anak mama nih aminnn :)

0 comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com / Header Butterfly by Pixels + Ice Cream