01 April 2011

live life simple

Tersenyum sorang2 saya bila baca tulisan seorang sahabat di tengah hari Jumaat ini.

Yer benar, buat apa nak susah-susah pening kepala.
Kerja rumah tak pernah siap.
Saya suka kaedah 'tutup sebelah mata' ataupun 'tutup kedua-dua mata sekaligus' bila kita cakap pasal soal 'kekemasan' isi rumah.
Baru kemas sekejap, si anak bujang sudah sepahkan balik.
Kasik warning, tu diaaaa tak makan saman pun.
Bila denda, hmm tengoklah kadang dia ikut, kadang dia tak heran pun.
Tinggi suara? ohhh ni memang dah selalu buat...tapi as usual kadang tricks ni menjadi, kadang tidak. Silap haribulan jiran sebelah rumah dengar kita jadi singa, ishh malu sungguh rasanya (hihi!!)

Kesimpulannya, buatlah sehabis baik tapi setakat mana yg terdaya dan mampu sahaja. Biarlah mainan bersepah, kain tidak berlipat setinggi gunung, pinggan tidak berbasuh, habuk tebal seinci...yang penting keluarga kita happy.

Ehh tapi saya tak cakap janganla anda langsung tak buat kerja2 kat atas tuuuu :p Maksud saya, pandai-pandailah curik masa nak selesaikan kerja rumah.
Bangun pukul 3 pagi untuk lipat kain dan sapu rumah.
Pukul 12 tengah malam baru basuh pinggan.
Seminggu sekali baru lap habuk di kabinet (ni semua kisah benar hehe).

Janji, waktu weekend boleh keluar bergembira bersama keluarga tercinta!
(Yang, esok nak keluar gi mana?? hehehe)


Sebabnya bila weekdays masa bersama anak2 terlalulah singkat.
Tak sempat nak borak apa, si ibu dah mengantuk, si anak dah tidur, si abah pun dah kepenatan.
Bukan dengan anak je, dengan suami pun kadang2 tak sempat nak berborak, atau inform pasal sesuatu yg penting, sebab dah terlupa dan kepenatan.

Kesimpulannya, live life simple. Enjoylah waktu yg ada bersama keluarga anda sebaik mungkin. Kita mungkin tak sedar, esok...atau hari ini adalah hari terakhir buat kita.

Oh lupa lagi satu, jangan stress sangat pasal kerja.
Buat apa fikir berat2, kalau kita takde pun, syarikat dengan senang, mudah dan pantas boleh cari pengganti untuk isi tempat kita.

Jadi, tepuk dada tanya diri sendiri!

Have a nice weekend peeps :)

4 comments:

Zuraimah Ismail said...

i loike this entry!!!!!!!

ye, biarla rumah bersepah sket2 asalkan leh spend time dengan anak, tgk anak2 buat homework, spend masa blogging etc...hehhehehe

p/s ai ada selonggok baju x fold lagi kat hall rumah + sebakul lagi baju lom basuh...hohohoho

y@tipruzz said...

k.ct - tu lah hakikatnya. i support u!!! hehehe

(tp part blogging tu benarlah, baju x lipat tp sempat update blog hoho)

Farra Da Smiley said...

yer mmg gitu la

senang gini la, kalau la kita tahu umur kita lg setahun je contohnya, mesti kita pilih nak jd SAHM spend time wif family

keje umah biasa la, tak abes2..tak rosau la..janji happy keh keh :p

ZurratulAin said...

setuju!! Syarikat boleh ganti kita bebila masa.. people come, people go!!