18 June 2011

jatuh katil!

Hari ini dalam sejarah, Ammar jatuh katil pagi tadi!!
Dusss lengkap rekod ketiga-tiga anak teruna mama pernah jatuh katil :p

Ammar memang tidur di bilik atas. Dan sejak dia pandai bergerak ala2 askar maju ke hadapan, saya memang akan kepung keempat-empat penjuru katil dgn bantal.

Tapi nampak gayanya, benteng sudah berjaya ditembusi dan dimusnahkan! huhu

Lepas dia jatuh tu, bunyi berdentum kuat giler diikuti dgn tangisan yg seperti tidak terkeluar suara. Hubby terus berlari ke atas, dan nampak Ammar sudah terlentang di atas lantai.
Bibir dia bengkak, ada sedikit darah beku, sebab terkena gigi. Bengkak besar bak paruh burung, hinggakan bila senyum tak nampak gigi comel 4 batang di atas yg sudah semakin besar tu. Nak minum susu pun dia menangis...lepas 1/2jam kot baru dia mahu minum.

Doktor kasi ubat sapu, dan ubat oral legakan bengkak.
Dan malam ni, bengkak sudah surut walaupun kesan darah beku masih ada berbaki.

Sori sayang, salah mama! Lepas ni awak tidur kat bawah atas tilam jela yer huhu


gambar last week di Melaka...soldier mama yg lagi seminggu akan genap 9 bulan :)


p/s: Ada orang tu jadi Johan Bola Tampar utk Taman Sutera. Waahhh minggu lepas Johan dekat MMU, now Johan taman pulak. Dah hepi tu, blanjer mama ipad2 la mahu????

2 comments:

tini said...

jgn kata anak bujang ko, anak dara aku due2 pun pernah jatuh katil :) nak2 si basheerah ni, jatuh katil ada jatuh meja ada eehhehehe

eLLe said...

btul tu, anak dara saya si marissa tu, siap dah jatuh since 2 bln, baru2 ni jatuh lagi dan lagi..isk..benteng mmg x gune dirobohkann jee..