26 June 2011

of Idlan...

1. Kena tumbuk Jumaat lepas di sekolah dan patah sebatang gigi di baris bawah. Dulu 2 ketul gigi kapak, now gigi bawah pulak. Cerita dia, berebut tempat di kantin dgn budak kelas lain. Bila tanye kenape tak lawan balik..dia ckp 'idlan dah sakit sangat, terus pegi toilet utk kumur...gigi lain pun sakit sangat!" Dia ada inform guru kelas, kemudian guru tu nasihatkan budak yg terlibat. Mama bila dengar cerita camni, agak panas hati nih!!

2. Sabtu - School's Muzakarah Day aka hari berjumpa guru dan mengambil report card murid-murid. Kami dah pasang niat nak face to face dgn parents budak tu, tapi malangnya tak terjumpa pulak budak tu isk isk. Minta guru kelas refer case ke PK, supaya PK nasihatkan sket budak tuh. Anyway, alhamdulillah result idlan ok...no 2 dalam kelas, average marks 95%, no 13 dalam keseluruhan aliran 1 out of 180++ murid.

Kalau ikut briefing dr pengetua, selepas ini dah takde exam/test lagi dah. Murid akan dinilai dari semasa ke semasa di dlm kelas, lepas tu ada la record book utk setiap murid. Waaa pasni idlan relaks la...tak payah kena paksa study kat umah! hehe. Idlan mmg ade cerita, kalau subjek Sains, jarang belajar guna buku. CIkgu lebih byk buat kuiz dlm kelas. Oh kami tanye cikgu, "macam mana idlan dlm kelas yer?" Cikgu kata dia ok..aktif...tapi manja!! Yer si sulung kami ni memang manja dan sensitif...suka benar suruh cikgu telefon mama & abah bila sakit sket2 :p Ari tu cikgu call mama sebab dia sakit kepala..bila mama ambil, tengok macam dah sihat je...bila bawak pegi Jusco bertambah sihat dia! isk iskk

3. Esok & lusa, ada Minggu Bakat di sekolah. Kata Idlan, hari Isnin dia akan jadi ketua utk pertandingan lagu di antara kelas. Tajuk lagu : Colors. Selasa pulak, dia jadi wakil kelas utk pertandingan baca Al-Quran. Lepas tu dia kata nanti ade kuiz...boleh pergi sekolah leftenan adnan lawan kuiz...dia masuk katanya. Bila tanye kuiz subjek ape...dia cakap "ntahla idlan dah lupa". Hai anak...kadang2 mama konfius nak percaya ke tidak ape awak ckp :p

4. Kena pakai spek. Patutla slalu mengadu sakit kepala. Pertama kali dlm sejarah keluarga mama ni ade orang pakai spek :p Itula kamu, suka sangat baca komik sambil baring, dan baca dlm gelap. Tengok kartun kat tv9 tu jangan cakapla, selagi tak tutup tv tu selagi tu kamu melekat dari pagi-petang tak heran orang lain dah! Mujur abah tak pasang Astro..kalau tidak memang jadi hantu tv terus. Unifi? ahh bukan mama tak mahu menambah pendapatan company mama, tapi kalau ada Unifi..huishh boleh jadi zombie la kamu nanti!

3 comments:

puterikiut said...

tahniah idlan.. :)mana nak tumpahnya kuah kalau tak ke nasik ye tak..mama & ayah dua2 pandai.. mana gambar dia pakai spek, yati? budak2 skrg mmg macam tu kan..kalau tak ditego suka sgt tgk tv dkt2.. satu lagi ngadap game kat pc.. mmg risau tgk sbb ngadap monitor je..

yatiscloset said...

tq auntie!

spek blom wat lg kak..mama abah dia bz huhu

Ummu Auni said...

180, ramai gak eh. sek al amin baru 144